Sunday, September 9, 2012

Tiada Tindakan Ke Atas Nasharudin, Beliau Masih Ahli Majlis Syura

TERKINI

Majlis Syura Ulamak Pas yang telah bersidang kira-kira jam 9:20 minit malam tadi telah pun selesai mesyuarat. Mesyuarat yang ditunggu-tunggu kerana ia dikatakan membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak memberi sebarang kejutan.

Nasharudin hadir di majlis berkenaan dan tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Nasharudin masih seorang anggota majlis yura. Keputusan ini sesuatu yang bijak dan ia tentulah mengecewakan pihak-pihak yang mahu melihat Pas berkecamukkan sesama sendiri menerusi isu Nasharudin ini.

Pihak musuh Pas yang kian naif dan miskin isu menanti untuk menjaja isu Nasharudin kononnya dipecat oleh Pas. Atas keputusan bijak dan matang malam ini diucapkan berbanyak terima kasih. Tentu semua ahli Pas baik yang sayang kepada Nasharudin atau yang terkilan akan dapat tidur dengan nyenyak dan bermimpi indah UBN akan tumbang.

Kepada Nasharudin semoga selepas ini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan atau memperagakan diri agar tidak menjadi isu. [wm.kl.11:26 pm 09/09/12]

2 comments:

  1. Kuasa Allah jauh jauh jauh lebih hebat mengatasi usaha jahat musuh-musuh Islam, Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  2. ..sebagai jemaah yang memperjuangkan ISLAM..kita perlu bersangka baik dalam semua perkara..sehingga di putuskan oleh syura jemaah..

    ..dalam kes ini saya melihat tindakan Ust Nasha adalah salah satu strategi jemaah dalam mengembangkan dakwah..semoga kerja buat untuk jemaah..kerana ALLAH..akan menjadi penyebab kemenangan jemaah ISLAM..insyaAllah..

    ReplyDelete