Tuesday, November 6, 2012

Kawal Agama Dijadikan Isu dan Modal Politik

SESUDAH SUBUH                                                                                                                          

Kekerapan agama dijadikan isu dan modal politik akhir-akhir ini sungguh mendukacitakan kita. Memang politik itu serba mungkin dan segala benda berada dibawah geluknya. Tetapi ada kalanya benda yang dibawa masuk dalam geluk politik itu sesuatu yang tidak wajar dan perlu dihindar. Misalnya tindakan dan bicara ahli politik kita memain atau menjadikan agama sebagai isu dan modal politik ia agak melampau. Ada yang telah menyentuh perasaan dan menguriskan iman orang muslim.

Dibimbangi kalau ini dibiarkan tanpa pengawalan akhirnya ia boleh menyebabkan ada darah akan menitis di bumi ini.

Mungkin dari kalangan ahli politik mereka boleh menerima agama dijadikan isu atau modal politik kerana matlamat mereka bukan hendak menjaga kesucian agama Islam, melainkan untuk mencapai matlamat mendapatkan kuasa. Dunia politik bukan saja sanggup memperdagangkan apa jua hal, tetapi sanggup juga melacurkan apa juga perkara demi mendapatkan kuasa. Inilah kejinya dan sadisnya politik.

Namun begitu, kebebasan dan kerencaman politik itu tidak boleh dijadikan lesen untuk melakukan apa saja seperti menjadikan ia modal dan isu politik. Orang politik boleh menerimanya tetapi dibimbangi ada golongan ekstrem dan fanatik agama apabila mereka mengambil peduli hal-hal itu menyebabkan akan berlaku perkara tidak diingini.

Bagi orang politik kalau sekalipun mereka terpaksa menjual agama, demi kuasa dan kemenangan mereka akan lakukan. Dalam politik semua perkara dan benda laku untuk dijual. Ia bergantung sejauh mana kekreatifan seseorang ahli politik mengolahkan sesuatu itu. Misalnya dari ayat yang sama, surah yang sama dan Qur'an yang sama ia boleh ditafsir dan diterjemah mengikut aliran dan pentas politik masing-masing. Inilah bisa dan hebatnya politik.

Adakalanya fatwa dan formula politik mengatasi al Qur'an walaupun al Qur'an itu adalah qadim dan mutlak akan kebenaran dan hadnya. Tetapi orang politik sanggup 'menasakhkan' mana-mana ayat Qur'an kerana politik melalui khilas-khilas dan ijhtihad sendiri. Yang selalu kita ketahui dan temui firman-firamn Allah dan hadith-hadith Nabi hanhya dibaca bukan untuk dilaksanakan dan dipatuhi tetapi sebagai umpan pancing dan disamping bagi menggambarkan 'kefasihan' di dalam agama.

Disebabkan kerana rata-rata yang terlibat dalam politik negara ini adalah Melayu yang secara harfiah perlembagan negara adalah Islam, elok kalau masing-masing mengambil tanggungjawab menjaga agar agama tidak mudah dijadikan isu dan modal politik. Asinglah sedikit subjek mengenai agama dari dipolitikkan sebegitu mudah sekali. Biar adalah sedikit timbang tara dalam hal ini.

Cubalah hormat dan jaga martabat agama. Agama adalah segala-gala mahkota didalam kehidupan. Kalau agama dicemari, boleh diperleceh dan diperkatakan oleh sesiapa saja, dijadikan toys politik dimanakah kemuliaan dan kekeramatan agama itu. Hak asasi Islam sebagai sebuah agama orang muslim (Melayu) sudah tiak ada lagi kalau semua kaum dari berbagai agama boleh memperkatakan tentangnya seweneng-wenengnya. Dayuslah orang Islam kalau agama mereka boleh diperlecehkan.

Untuk menyedari dan menginsafkan ini saya mengambil dua peristiwa atau kejadian dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan bagaimana agama Islam boleh dipersendakan dengan mudah dan umat Islam (Melayu) semacam sudah hilang geram untuk membela agama sendiri. Ia berlaku dan berlangsung bagaikan sekawan gagak terbang di atas kepala sambil memuntahkan najis.

Pertama, mengenai kelancangan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempertikaikan atau bercakap mengenai hukum hudud yang beliau jahil murakab mengenainya. Jangan pedulikan apakah yang dipertikaikan itu apakah hukum hudud itu hudud Pas atau Umno, tetapi apa yang disentuhkan atau dijadikan modal politik oleh Soi Lek sungguh menyesalkan dan kurang hajar. Umat Melayu sepatutnya bingkas mengenai hal ini bahawa Chua Soi Lek tidak berhak untuk mempertikaikan sama ada hudud Pas atau hudud Umno? (Kalau ada).

Cara beliau mempertikaikan hudud menjadikan modal untuk menakutkan orang Cina dari mengundi Pas itu sungguh memalukan umat Islam.Tindakannya mencabar dan melakarkan arang ke wajah orang Islam. Ini kerana beliau tidak layak untuk bercakap mengenai hudud bukan saja beliau 'jahil tukil', tetapi dia sendiri tidak berimkan dengan agama Islam yang menzahirkan hudud.

Malangnya, umat Islam hanya memerhati saja apa yang dilakukan Soi Lek. Beliau bebas mengeluarkan beribu patah perkataan mengenai hudud. Kata-kata itu ada yang berkonotasi memperleceh dan menghina hukum Allah itu. Yang sedihnya pula umat Islam hanya memerhati saja tanpa tindakan tegas. Umat Islam dalam Pas dan Umno menjadi begitu naif kerana tidak cuba menegur dan menghalanhg Soi Lek secara bermaufakat. Ada pula yang seakan-akan sengaja memberi celah untuk Soi Lek terus bersuara dengan bergaya.

Semua umat Islam kena sedar, dari sudut mana sekalipun Soi Lek tidak boleh memperkatakan hudud apa lagi cuba mempertikaikan hikmah dan rahmat di sebaliknya. Sebijak mana Soi Lek dia tidak akan mengetahui tujuan apa dan hikmat apa Allah membenarkan hudud. Jadi dimanakah relevansinya dia menyentuh soal-soal agama dan Islam.

Ketidaklyakan beliau untuk bercakap mengenai hudud boleh diumpamakan begini; walaupun
Soi Lek memiliki pisau tajam, ada kudarat untuk menyembelihkan seekor lembu, namun dari sisi Islam beliau tidak boleh melakukan penyembelihan kerana beliau tidak Islam. Ataupun kalau kebetulan dia membuat mucung ***** nya atas maslahat kesihatan, tetapi tanpa mengetahui apakah hikmah di sebaliknya dari sisi agama dan sunatnya, pembuangan mucung itu tidak membawa apa-apa erti kepadanya. Begitu juga dengan hukum hudud. Kita tahu Soi Lek tidak tahu status ini, tetapi dukaciatakanya tidak ada pula umat Islam yang cuba memberi tahu kepadanya.

Seperti dikatakan tadi, Soi Lek galak memperkatakan hudud kerana tidak ada bangkangan dan bantahan dari umat Islam. Umat Islam yang teperangkap dalam dilema politik, terdesak inginkan kuasa terpaksa memberi ruang atau tidak mengambil peduli ini menyebabkan Soi Lek jadi semakin besar kepala.
 
Perkara atau kejadian kedua ialah berhubung pandangan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dan tidak ada paksaan ke atas manusia untuk menerima mana-mana agama  yang telah dimanipulasikan itu. Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu adalah dari konteks agama secaraca umum seperti mana dijelaskan oleh firman Allah. Apabila ia ada hubung kait dengan agama maka tidak wajar untuk mana-mana bukan Islam cuba menyentuh dan memberi pandangan peribadi. Sebab pandangan perbadi tidak dapat mengubah ketetapan agama.

Dalam perkara ini didapati seorang ahli Parlimen India, yang beragam Hindu ikut sama mahu bercakap mengulas pandangan Nurul Izzah itu. Untuk apa ahli parlimen ini bersuara, dia tidak tahu menahu mengenai agama Islam beliau tidak ada lokas standi pun untuk menyentuhnya. Bagi saya ahli parimen berkenaan tidak ubah sekeping daging babi yang tidak pun boleh diletakkan berhampiran dengan daging lembu yang disembelih oleh orang Islam. Dia tidak ada cop mohor halal untuk bercakap mengenainya.

Tetapi itulah yang terjadi. Seenaknya beliau turut mengupas dan memberi reaksi kepada pandangan Nurul Izzah itu kononnya Nurul Izzah bercakap demi politik. Dalam hal ini lebih malang dan dukacita lagi kenapa wartawan boleh meminta pandangan darinya. Kalaulah wartawan itu dikatakan sama jahil dengan ahli parlimen berkenaan, apakah editor atau penyunting media eletronik nyang menyiarkan komen ahli parlimen berkenaan juga jahil?

Nurul Izzah Anwar
Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seharusnhya meneliti dan menyiasat perkara ini lebih awal sebelum membuat kenyataan untuk menyiasat Nurul Izzah. Musuh yang patut ditangkap ialah musuh nyata bukan musuh yang disyaki? Orang yang patut diugut untu disoal siasatan Chua Soi Lek dan ahli parlimen beragama Hindu itu bukan Nurul Izzah.

Gejala-gejala atau politik melampau ini mungkin ia wajar dan tidak menghiris hati orang politik, walaupun dia mengaku muslim. Mereka boleh menghalalkan apa saja asalnya menjadi modal politik yang menjanjikan kuasa. Orang politik meletak kuasa sebagai mahkota paling gemilang.

Tetapi golongan lain yang ekstrem dan fanatik dengan agama tidak dapat menerima apa yang sedang cuba diamalkan di Malaysia kini, iaitu meliberalkan segala aspek kehidupan termasuk agama. Bagi mereka kebebasan beragama bukan bererti bebas untuk bercakap dan mengucar agama orang lain. Kebebasan beragama ialah bebas menganuti agama yang diingini. Bila menyentuh perkara ini ia tidak tertakluk orang bukan Islam di luar parti Islam saja tidak berhak bercakap mengenai agama Islam, tetapi yang bersekutu didalam parti Islam juga tidak berhak juga.

Sekali lagi dipohon kepada ahli politik Melayu tidak kiralah dalam Pas atau Umno hendak lebih berhati-hati dan masing-masing bertanggungjaab kepada agama. Cubalah letakkan agama itu diatas dan bendunglah ia dari mudah dipersenda-sendakan oleh sesiapa. Kehebatan dan kebermaknaan orang politik dan perjuangan ialah apabila berusaha memartabatkan agama, tanahair kemudian bangsa. Tidak ada ertinya kita berjuang kalau agama 'terlerak', bangsa terbuah tanah air lebur. Tidak ada guna!

Ditegaskan sekali lagi kalau perkara ini tidak dikawal, perlecehan dan campur tangan ke atas agama Islam berterusan, ia boleh menyebabkan akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ingat  sejarah dan sunnah manusia boleh sakit kerana bangsa, tetapi mereka sanggup mati kerana agama.  [wm.kl.7:38 am 06/11/12]

No comments:

Post a Comment