Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap.
Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam.
Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.
Sehelai bendera Pas dicelah-celah ribuan bendera Hamas. |
Kibaran bendera Pas lebih jelas dan terang. |
Tokoh dimaksudkan itu Khaleed Mashaal berada di Mesir sejak tahun 1975.
Ikhlas, mula-mula saya terpandang bendera itu yang diposkan dalam facebook, saya mengira ianya adalah satu permainan super impose saja sebagai menunjukkan simpati dan sokongan Pas kepada Hammas. Saya tidak begitu mempedulikannya kerana memang saya alergik kepada kreativiti super impose . Tetapi selepas Subuh tadi saya mengamati sekali lagi gambar-gambar diposkan itu, dan mendapat penjelasan insan yang cekap merakam gambar itu, jurufoto muslimat Shahrina Ahmad Sharkawi, baru saya merasakan ia sesuatu yang amat berharga.
Sharina kini sedang bertugas dan berjihad di Ghozzah bersama ratusan rakyat Malaysia yang lain dalam usaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman kekejaman Zionis Israel.
Lagi jelas dan terang, sahih bendera Pas. |
Ratusan ribu rakyat Palestin keluar meraikan HUT Hamas. |
Di dalam negara ini usah dikira lagi, di mana-mana saja bendera Pas dikibar dan berkibar megah hatta di bumbung rumah orang Umno? Paling merujakan lagi bukan saja di lokasi-lokasi politik tetapi di dalam stadium juga bendera Pas turut sama dibawa dan dikibarkan.
Hebat.. itulah kata-kata yang tumpah dari dalam diri saya untuk Pas mengenai hal ini. Timbul juga persoalan apakah parti lain khasnya Umno tidak terliur dengan apa dicapai Pas? Mungkin para pemimpin mereka jelous dengan kewujudan itu namun apa boleh buat pendokong dan ahlinya tidak sekental pendokong dan ahli Pas. Atau bendera Umno atau BN memang ada dibawa tetapi ia tidak tergamak atau malu untuk dikibarkan oleh sang pembawanya atas sebab-sebab tertentu.
Syabas kepada pendokong Pas yang membawa panji perjuangan mereka ke mana-mana saja. Dan syabas dan terima kasih juga kepada jurufoto muslimat terulang negara, Shahrina Ahmad Sharkawi kerana kecekapan anda serta keprihatinan yang tinggi dalam menghasilkan seni foto. Sesungguhnya foto anda itu adalah termahal dan penyuntik semangat buat pendokong Pas dan Islam di sini.
Sangat wajar kalau mana-mana pihak di dalam Pas terutamanya Dewan Muslimat menghulurkan anugerah khas di atas 'kejayaan' Shahrina ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan atas jasa yang kita tetapi besar ertinya. [wm.kl.7:24 am 09/12/12]
Saya rasa diperbodohkan oleh blogger ini. Sila tengok kibaran bendera tersebut dan siapa yang pegang. Nampak kerja photoshop.
ReplyDeleteinilah bukti penyokong & parti PAS sentiasa istiqamah berjuang utk pembangunan Islam & ummah. Tidak seperti AMNO yg sentiasa beretorik dlm perjuangan demi utk mengaburi mata penyokong jumud mereka sejak sekian lama. Natijahnya Islam yg dilaungkan AMNO hanyalah Islam keMelayuan...bkn Islam syumul bawaan Rasulullah SAW.
ReplyDeleteto kassim selamat cuba tengok video ni http://www.youtube.com/watch?v=dsvB7VdjMjw&feature=share
ReplyDeleteInilah posting MSO yg paling kelakar. Rasanya Palestine tidak memerlukan bendera. Mereka lebih memerlukan bantuan dalam bentuk material dan dana. Bendera tu hanya diperlukan oleh PAS hanya untuk mengangkat imej parti.
ReplyDeleteEncik Kassim Selamat agaknya belum melihat rakaman video asal. Maafkan dia, memang orang UMNO tidak dapat menerima kehebatan PAS.
ReplyDeleteDan siapa pula pembawa panji kebesaran PAS dibumi Ghozzah tersebut? Syabas. Anda telah membangkit semangat Pejuang PAS tanahair dan membuat pencacai UMNO merasa jaki.
Sy sengaja lepaskan komen Joeking... dia selalu mengusi saya dan mrnyinis saya, tak dak masalah. Mungkin Joerking tak faham apa yg saya catatkan dan mesej sy dalam catatan itu. Bukan sy kata Palestin memerlukan bendera Pas, tapi sy timnbulakn semangat orang Pas. Pelestin juga tak perlu magie dan modes, tetapi memerlukan nyawa.
ReplyDeleteSaya faham sangat... makanya kalau hendak menyinis biarlah tepat dan jangan menunjukkan ketidakfahaman kita dalam sesuatu perkara. Sy tak nak gelarkan Joeking otak kemetot kerana teruk sangat gelaran itu. Bagaimana pun para penjenguk lain dapat menilai apa yg sy kemukakan.
Terima kasih.
Jgn marah ke kasim selamat.. Dia memang buta kerana menangis. Jgn di layan org yg buta mata hati. Tp yg ini Pekak dan tuli pendengaran . Memang masih ramai yg mcm kasim kat dalam kandang umno.. Hidup tau makan saja. Janji perut kenyang.. Jadilah kita di tipu Kasim takut tak selamat. .. Berubah sekarang. Hidup Pakatan Hidup Rakyat..Insaflah..
ReplyDeleteRupanya tuan MSO, PAS dijemput oleh HAMAS...ni sumbernya...saya tak pasti betul ke tak tapi betullah rasanya. http://networkedblogs.com/FK98u
ReplyDelete