Sebuah bangunan yang terletak di simpang lampu isyarat di Danau Kota, Setapak menjadi tanda tanya kerana walaupun ia masih belum siap sepenuhnya tetapi telah beroperasi.
Bangunan itu merupakan kompleks beli belah baru di kawasan ini yang menempatkan sebuah pasar raya dan ratusan kedai termasuk gelanggang makanan berbagai jenis makanan dan lain-lain. Ia mula beroperasi sejak tahun lepas lagi.
Bahagian bawah, beroperasi, atas masih dalam pembinaan. |
Persoalannya macam mana bangunan itu dibenarkan operasi sedang pada hakikatnya ia masih belum siap sepenuhnya. Bahagian atas bangunan berkenaan sedang dalam proses pembinaan rumah kediaman berupa kondominum.
Apakah memang ada peraturan membolehkan mana-mana bangunan yang belum siap beroperasi? Persoalan ini timbul kerana melihat keadaan bangunan berkenaan yang dalam proses pembinaan itu boleh mendatangkan merbahaya kepada orang ramai.
Bilik kediaman di bahagian atas. |
Bukan itu saja persekitaran bangunan itu juga dikotori dengan habuk dan debu yang menganggu persekitaran dan kesihatan kerana pembinaan itu.
Adalah diharap pihak DBKL memberi penjelasan mengenai status bangunan ini apakah ia beroperasi dengan ada kebenaran atau sebaliknya. Sepanjang pengetahuan saya, keadaan seperti ini; bangunan belum siap tetapi sudah diguna pakai adalah pertama kali ditemui di di kawasan ini.
Sekiranya memang ada kebenaran atau peraturan untuk berbuat begitu diharap DBKL perlu menampalkan notis penjelasan mengenainya agar tidak menimbulkan persoalan kepada orang ramai dan orang ramai juga boleh berwaspada menghadapi apa-apa musibah. Kalaulah memang ada kebenaran mungkin ia boleh dikaji semua keadaan keadaannya tidak begitu kondusif.
Pengunjung pusat membeli belah itu seharusnya diberitahu bahawa pembinaan di bahagian atasnya masih dalam proses. Mungkin pembinaan itu berasingan dengan bangunan menempatkan pusat membeli belah itu,tetapi ia bersambungan menyebabkan orang akan menganggap ia adalah banguan sama. Keadaan yang kelihatan hari ini juga mencacatkan dan buruk dan seolah sistem pembinaan di negara ini masih di tahap belum tamadun. [wm.kl.8:26 pm 10/01/13]
Tuan Mso
ReplyDeleteSama macam Kota Sri Mutiara diKota Bharu lah. Masa shopping kompleks dah dibukak, kat atas sana pembinaan condominium Mutiara dan Hotel Renaissance masih rancak berjalan.
Sekarang pun KB Mall bukak macam biasa walaupun pembinaan kat atas KB Mall tengah rancak berjalan.
Mungkin PBT dah keluarkan CF kpd bangunan podium kerana perkara seperti ini agak biasa di mana2 pun...
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteApakah pihak PBT tidak melihat keadaan di sekitar bangunan itu sebelum keluarkan CF? Harap pihak yang arif dapat memberi penjelasan perkara ini. Kalau cara dilakukan kini sudah betul maka wajar diperbetulkan sebab ia tidak begitu baik kepada pengguna dan orang ramai.
ReplyDeletePihak pbt ada prosedurnya. Bila dah dirasakan selamat even belah atas tgh berjalan pembinaan, green lite blh diberi.
DeleteByk contohnya paradigm pun kat atas ada bangunan tinggi, masa garden md valley bukak dulu tu pun construction kat atas utk hotel n pejabat masih juga berjalan lagi.
Tuan MSO
DeleteItulah amalan kebanyakan PBT di negara ini. CF mudah dikeluarkan kpd pemaju yg ada cable besar dgn mereka apatah lagi kalau pemaju adalah kroni kpd pemimpin yg berkuasa...
Kes ini pernah dibangkitkan dlm akhbar dulu. DBKL sahkan CF dah dikeluarkan bagi membolehkan KLFC mall itu dibuka. Sama kes dgn Pavillion ketika mula dibuka dahulu. Kata DBKL, mereka puas hati dgn penjelasan pihak berkaitan spt pemaju, arkitek, jurutera berkenaan aspek keselamatan. Itulah penjelasan DBKL dulu. Sejauh mana tahap keselamatan itu dpantau, tak tahu lah.
ReplyDeleteDulu The Mall pun sama, ruang perniagaan dibuka manakala Hotel Legend & kondo rancak dibina kat atas manakala.
ReplyDeleteada jaring besar dipasang.
Bhai MSO...
ReplyDeleteMaybe la urusan CF sementara telah diberikan... tapi memang musykil sebab benda nih kira bahaya... tapi tak tau la... JKR buat kerja macam mana... sebab setiap bangunan yang dibuat dibawah pemantauan JKR...
Keuntungan didahulukan, Kroni diutamakan
ReplyDeletetak pernah ambil pengajaran mudah lupa atau pun ada peraturan baru boleh buat sekerat sekerat
ReplyDeleteTahun 80an KOMTAR kat Penang pun macam tu juga. Ruang perniagaan di podium 5 tingkat KOMTAR telah beroperasi sedangkan menara 65 tingkat belum siap dibina.
ReplyDeleteTuan MSO, sebenarnya tidak menjadi masalah. Ini perkara biasa. Ini dikira pembangunan berfasa. Pihak PBT mengeluarkan kebenaran menduduki bangunan (sekrg dikenali sebagai CCC) mengikut FASA dengan syarat2 yang mereka tetapkan. Dan sekiranya syarat2 tersebut dipatuhi tidak ada masalah. Dulu bangunan Hotel LEGEND The Mall pun sama...
ReplyDeleteNi semua kerajaan BN punya law.. Nak tau makna C.F dalam Kerajaan BN... Cash Flow.... Ada Beres... Semua law BN yg Warta... Jgn salah Pakatan.. Sape Berkuasa ni...... Bukan Nik Aziz.. Bukan LGE... Puok atas dlm BN ni yg lulus.... Jangan Kentot dlm kain. Kalau tak nak hidu Bau... 55thn doh wei kena tipu.... Insaflah.... Cai.... Fikirkanlah....
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteIni dipanggil sectional completion & alow under law since all regulations & precautions fulfill