RENUNGAN KHAS
Orang Melayu selalu mendabik dada mengakui merekalah tuan tanah air ini, yang mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan. Kerana itu mereka berpeluang menjayakan diri. Tetapi sayang peluang itu tidak diguna seoptimanya. Orang Melayu tidak pula begitu pandai menggunakan ruang dan peluang ini untuk memajukan diri sampai ke tahap setinggi-tingginya.
Kerana itu orang Melayu selalu bertelingkah, 'berkekah' dan bergaduh sesama sendiri. Jauh sekali untuk membawa persefahaman bersama dalam menuntut hak. Seolah-olah Tuhan memberikan peluang menduduki di bumi ini untuk saling menunjuk ego dan menunjukkan 'qubul" masing-masing. Mahu berlumba dan menunjukkan 'qubul' siapa paling panjang bukan 'berbadi' untuk menunjukkan akal siapa paling panjang dan mempamirkan kebijaksanaan membina diri.
Sepatutnya Tuhan memberi ruang bumi ini bagi orang Melayu berlumba (berbadi) secara baik dan mengambil sikap positif bukan negatif. Menghayati falsafah pertelingkahan, berbahas dan bergaduh akal itu untuk kebaikan bukan sebaliknya. Ada kalanya dalam perjuangan orang Melayu baik menuntut hak tanah air, hak bangsa dan hak agama, tetapi orang lain yang dinafikan ketuanan itu yang lebih mndapat keuntungannya.
Apakah orang Melayu selesa berbuat demikian kerana mereka yakin kepada mitos kata-kata berbunyi; tak akan hilang Melayu di dunia ini?
Mari kita melihat dan menyedari apa-apa yang berlaku di sekeliling kita untuk membuktikan apa yang dikatakan itu. Banyak contoh agenda yang diperjuangan tetapi kerana keadahnya lari dari adat dan hukum agama menyebabkan apa yang diperjuangkan Melayu itu sia-sia saja. Ia menjadi asap yang dibawa hayut oleh angin menuruni lembah gunung kemudian ghaib di permkaan lautan.
Contoh terbaru ialah mengenai kalimah Allah. Sekali pandangan semua orang Melayu sedang memperjuangkan untuk menjaga kesucian nama zat Allah itu demi mendaulatkan Islam. Itulah yang hendak ditonjolkan. Kemabukan Melayu memperjuangkannya seolah-olah orang Melayu rela bermandi darah mengenainya. Itu yang kita tampak. Tetapi natijah perjuangannya ia sia-sia dan membuang masa saja.
Orang Melayu dengan rupa diri masing-masing bangun mempertahankan kalimah Allah. Di satu pihak tidak mahu kalimah Allah itu digunakan oleh orang Kristian kononnya ia boleh mengelirukan umat Islam kemudian boleh menyebabkan Melayu akan menjadi Kristian. Melayu jenis ini nampak akan gejala dan bahaya serta strategi di sebalik perubahan penggunaan God kepada Allah itu. Tetapi di masa lain pula mereka yang membuka masuk segala gejala itu. Yang melonggarkan ikatan agama. Inilah menjadikan orang skeptikal kepadanya.
Melayu jenis ini hanya nampak bahagian ranting tetapi tidak nampak bahagian dahan dan batang. Bahkan akar tunjang Islam itu sendiri dibongkahnya. Melayu seperti inilah yang tidak sedar kakinya tersadung najis tetapi ia cuba memakai sepatu kulit berjenama.
Satu pihak lagi bersikap terbuka membenarkan Kristian menggunakan kalimah berkenaan. Pihak ini tidak sedikitpun bimbang dengan kemungkinan dinyata oleh pihak satu lagi. Alasan golongan ini perkataan Allah tidak mutlak untuk Islam. Prinsip kemanusiaan dan kesegatan agama diguna pakai. Kononnya kebenaran penggunaan kalimah itu membuka ruang dakwah kepada Kristian. Aduhlah sayang...
Kalau merka dapat menyelami kenapa Kristian beriya-iya mahu menggunakan perkataan itu, nescaya tidak akan tergamak untuk puak ini berpandangan postif begitu. Sesuatu yang perlu disedari bahaya tektik dan uslub dakwah Kristian ternyata lebih canggih dan halus dari pendakwah Islam sendiri.
Buktinya bilangan orang Islam (Melayu) yang memeluk Kristian lebih banyak berbanding dengan orang penganut Kristian yang memeluk Islam. Kalau figure yang dikeluarkan oleh seorang mufti boleh dipakai, menyebabkan kita akan menangsi dan silap-silap akan membunuh diri. Katanya 250,000 berlaku kes murtad di negara ini dimana jumlah besarnya tentulah Melayu.
Justeru kepada saya kedua perjuangan kedua-dua pihak berhubung kalimah Allah itu sebagai menegak benang basah saja. Ia hanya perjuangan bermusim yang berbentuk sandiwara. Mereka berjuang bukan atas kebenaran membela dan mendaulatkan Islam tetapi membela kerana ada kepentingan politik masing-masing. Dalam kata lain mereka menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal politik.
Pihak sebelah sini mengambil isu kalimah Allah itu bagi mempengaruhi orang Melayu agar menyokong mereka. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia merekalah mujahid Islam sengoti. Merekalah yang menjadi hero membela Islam walaupun mereka juga merupakan orang yang kufur kepada hukum dan perintah asas Allah. Merekalah pewaris ulama sebenarnya.
Manakala pihak di sebelah sini pula merelakan kalimah itu digunakan dengan memberi berbagai pengertian dan dalih di sebalik kebenaran itu, juga mahukan sokongan politik. Mereka berharap orang bukan Islam terutamanya Islam akan melihat perjuangan mereka lebih liberal, toleran berasaskan hakikat kewujudan manusia atas fitrah masing-masing tidak menganggu agenda dan machinery agama mereka. Apabila mereka selesa dengan kebenaran itu, undi bukan Islam akan berpihak kepada mereka. Kristianj akan memberi sokongan moral kepada mereka.
Seharusnya, kalimah Allah tidak patut digunakan sebagai isu dan modal politik mentah seperti isu-isu lain seperti ekonomi, pendidikan dan budaya. Isu yang berkaitan agama harus diselesaikan penuh beradab, berilmu dan bijaksana bak kata orang umpama menarik rambut di dalam tepung.
Saya melihat dalam isu kalimah Allah menyerlahkan kebodohan besar orang Melayu dan juga kehuruharaan siasah orang Melayu. Perkara itu menatijahkan kerugian besar kepada orang Melayu semuanya. Kenapa saya kata bodoh, kerana isu ini yang mendapat untung dan labanya orang Kristian. Mereka bergembira dengan polemik isu ini kerana tanpa perlu membuang masa dan tenaga ada pihak yang membela mereka.
Hari ini orang Kristian walaupun tidak bertepuk tangan tetapi mereka sangat suka ia didebatkan dan dipolemikkan. Isu ini berjaya menjadikan pemuka Islam bertegang leher sesama sendiri. Suasana inilah yang mereka ingin diketahui oleh umum terutamanya pengikut dan pendokong mereka, bahawa tidak sistemetiknya umat Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka.
Lantaran itu mereka (Kristian) hanya berdoa semoga pihak yang membela mereka akan menang. Dalam pada itu pihak yang menentang mereka akan kalah, kemudian menjadikan pertetangan kedua pihak itu berterusan dan mudahlah mereka mengambil kesempatan. Strategi inilah saya rasa tidak diperhati dan disedari oleh orang Melayu. Mereka tidak sedar mereka bergaduh dan bercekah di mana kesempatannya diambil oleh orang lain.
Melihat kepada Melayu mendebat isu kalimah Allah ini dan melihat di mana kedudukan Kristian saya ibaratkan bagaimana harimau dan singa yang bertarung mengejar mangsa di hutan belantara menunjukkan kegagahan dan kehebatan masing-masing, menunjukkan ketajaman kuku dan keruncingan taring masing-masing tetapi akhirnya semua itu sia-sia saja.
Dengan kehebatan itu mereka akhirnya berjaya menangkap mangsa. Malangnya baru mereka hendak menikmati mangsa itu, mereka tidak sedar bahawa di atas kepala mereka, nun di langit sudah lama berterbangan si burung hering, (burung botak) pemakan daging yang mengikut pertarungan kedua haiwan hebat itu. Mereka memerhati dari jauh dengan penuh prihatian.
Manakala sebaik saja harimau dan singa sudah berjaya menerkam mangsa dan baru hendak memakannya tiba-tiba burung hering akan menyewah turun. Mereka ramai-ramai mengelilingi singa dan harimau yang sudah penat bertarung itu. Si hering ini akan membuat tektik dengan mengacau dan mengacah-acah terhadap harimau dan singa itu. Akhirnya kerana tidak tahan, apa lagi kepenatan kerana bertarung mengejar mangsa keduanya beredar meninggalkan mangsa tanpa sempat menyentuhnya.
Nah, saat ini burung hering yang cerdik, yang tidak menggunakan sedikit tenaga untuk mengejar mangsa itu akan melahap sampai habis mangsa ditangkap singa dan harimau itu tanpa meninggalkan sisa belulang atau tulang. Yang kenyang ialah hering yang terus kelaparan walaupun menang bertarung ialah sang singa dan harimau yang 'budak' itu. [wm.kl.2:43 pm 10/01/13]
MSO,
ReplyDeleteSelama saya mengikuti tulisan tuan, inilah yang paling terbaik. Setengaah orang akaan mengatakan ditelan mati mak di luah mati pak. Itulah MeLAYU yang sangat abstrak bangsanya. Pakai tak pakai, tak pakai pakai. Lembut KERAS, keras LEMBUT.
Bangsa pilihan ALLAH yang hebat ini memang begitu memeningkan bangsa lain seluruh alam menelah.
Waalaahhualaam
Saya kurang setuju dengan pandangan tuan mengenai isu penggunaan nama ALLAH. Tuan tidak boleh salahkan orang Melayu sebab yang menjadi dalang adalah Melayu tertentu atau boleh kata Melayu strategis politik dalam UMNO. Mereka ini sudah memperbodohkan Melayu selama puluhan tahun dan terus menerus memperbodohkan mereka. Lihat lah dari kurikulum sekolah mereka sudah menipu Melayu. Sejarah yang dibentangkan kepada Melayu juga tidak betul. Mereka sering takutkan Melayu dengan lagu2 seperti 'anak kecik main api' dll. Jadi penulisan tuan yang beri gambaran seolah-olah Melayu yang perjuangkan nama ALLAH adalah tidak tepat. Sepatutnya tuan sasarkan penulisan inni terhdap UMNO dan kepimpinan UMNO. Kenapa tuan tidak buat bagitu.
ReplyDeletePihak pembangkang juga tidak bersalah, mereka menegakkan kebenarang tentang nama ALLAH. Mmemang betul tuhan itu satu dan tuhan itu adalah ALLAH. Dari zaman ke zaman Arab kristian dari timiur tengah dan diserata pelusuk dunia termasuk Malaya waktu itu guna nama ALLAH apabila mereka nak kaitkan apa2 ngn tuhan mereka. Bagitu juga kaum sikh yang juga gelar tuhan mereka 'rab' atau allah.Apa yang dilakukan oleh pembangkang memang tepat dan tidak mengelirukan. Tetapi apa yang dilakukan oleh UMNO/Kerajaan yang diterajui oleh puak UMNO adalah salah. Mereka secara terang-terangan guna ALLAH untuk politik mereka. Mereka mahu menyelamatkan UMNO dari terkubur dan mohon bantuan ALLAH dengan jalan haram.
Sebelum tsunami politik 2008 dan selama saya buka mata dalam dunia dan Malaysia ini, saya tidak pernah didedahkan kepada isu seperti ini. Bagitu juga seluruh umat Islam dan Melayu dalam negara ini. Tetapi setelah MNOBN kalah dalam 2008 dan akan berkubur dalam tahun 2013, Insyallah mereka terus cari isu2 keagamaan. Nama ALLAH jadi bagitu sensitif kepada puak2 UMNO sekarang dan penganut kristian di Selangor sudah jadi satu ancaman hebat kepada Melayu disana. Nak tergelak pun ada tapi marahnya amat sangat. Apa, UMNO fikir Melayu bagitu bodoh, ia. Kawe nak tanyo lah UMNO, sepanjang mereka perintah hampir 57 tahun, apa yang mefeka lakukan untuk Islam. JAIS,MAIS, dan entah apa2 lagi yang dok makan gaji buto selama ini. Mana pendakwah. Mana cendikiawan Islam Melayau seperti arwah Ahmad Deedat? Mana orang2 hebat Melayu. Takdekan sebab UMNO sudah memperbodohkan mereka dan mereka yang cerdik dipinggirkan dan dihentam dalam media setiap hari. Dr. Mahathir sendiri mengakui bahawa orang2 pandai, doctor, peguam dll sudah masuk PAS. Kenap? Sebab Mahathir sudah halu mereka keluar dari UMNO dan apa yang ada hari ini adalah saki baki pembodek Mahathir yang tidak berakal. Sebabitu semua projek bermasalah.
Sebenarnya kawe malas nak ulas. Rasanya ckup setakat ini. UMNOBN wajib berkubur untuk negara ini maju dan keluar dari htang yang sudah cecah berbillion.
Saya tidak faham apa yang pengomen ini (Johan) hendak katakan. Mungkin penjengok lain mengerti dan berikan pencerahan kepada saya.
ReplyDeleteSaya baca artikel tuan mso.apa yang saya faham ialah kedua-dua pihak berbeza pendapat dan yang akan mendapat labanya ialah orang yang mencetuskan isu ini, tapi saya tidak nampak sebarang cadangan bagaimana hendak selesaikan polemik ini.Secara mudah untuk tidak dipanjangkan lagi, maka eloklah semua pihak berfikir untuk tidak memanjangkan lagi isu ini akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana sikap opportunis yang ada disatu pihak. Saya masih tercari2 bagaimana isu ini boleh diselesaikan Sukar..sukar..sukar
DeleteTuan empunya laman maya...emm selepas diacap kali khatam penulisan saudara johan. pelipat pipi saya kembali tersenyum selepas puas berkerut. apa tidaknya permintaan pencerahan tuan laman maya, pada hemat saya sebenarnya suatu tindakan rendah diri yang tinggi pekertinya. kreditasi 5 bintang dan saluuuut pada tuan punya laman maya.
ReplyDeleteSaya lagi tak faham. Apa tajuk yang telah dibaca oleh beliau, rasanya beliau mahu komen posting terbaru dari blog Aspan Alias....
ReplyDelete28 Safar 1434
ReplyDeleteAs Salam
Keluarga cina di kampung saya menggunakan istilah Tuan Allah sejak dulu lagi.
Ramli AR
Ape nak dihairankan auntie cina kat kg nie slalu ckp insyaallah, alhamdulillah. Dia bukan muslim pun.
DeleteYg x gemarnya bila kalimah allah ni dipolitikkan. Hok ni yg x brp comeinyo. Kawe mmg dah naik menyampah doh dgn puok2 hok sengaja mempolitikkan kalimah allah nie. Bagi kawe allah itu satu, tiada sekutu, tidak beranak, tiada anak, tiada bini. Kalau nk guna sgt kalimah allah demo tu kn akui lagu tu jugak.
Saya bersetuju dengan artikel Tuan Mso.
ReplyDeleteTentang penggunaan kalimah Allah, ambo tengok perdebatan hangat kat laman sosial macam fb.
Bilo ambo baco tu, ambo rasa gerun.Gerun sebab sijahil duk berdebat/berhujah dengan sijahil juga.Alhasil bukan setakat yang baca tu haru biru tapi ambo rasa mereka pun dah jadi kelabu.Mereka nie berhujah macam tahu agama tapi sebenarnya cetek dilihat pada apa yang ditype mereka.Inilah jadinya kalau pendapat orang berilmu taknak dengar sebab duk pertahankan parti yang mereka sokong adelah betul.
Salam Tuan
ReplyDeleteKalau dulu kita salahkan UMNO sebab bagi kerakyatan mudah pada orang asing untuk dapat kemerdekaan secara mudah. Saya percaya 10 tahun akan datang, perkara yang sama akan dilakukan apabila isu ini bertambah besar. Kali ini akan berlingkar pada ' disebabkan gila nak jadi PM maka kita gadai atau jual apa yang boleh membawa kepada jawatan tersebut'. Tapi inilah hakikatnya bahawa jika melayu sama melayu bergaduh kita akan lupa semua kebaikan pihak lawan yang telah dilakukan walaupun sebesar padang. Memang umno melakukan kejahatan pada rakyat kelantan (kenapa saya merujuk pada negeri ini adalah kerana PAS itu Nik Aziz malah ada yang menyamakan beliau dengan mullah di aghanistan sebab tiada yang berani bangkang cakap beliau)tapi hakikatnya peluang dibuka pada rakyatnya. Cuba lihat disektor pekerjaan dan peluang di sekolah berasrama.
Isu utama kita di sini adalah adalah malang kita orang melayu yang beragama Islam kerana tidak mempunyai seorang pemimpin yang tahu bagaimana nak jaga kepentingan bangsanya walaupun terpaksa mengorbankan perjuangan politiknya.
Saya ado persoalan.
ReplyDeleteKenapa beria2 sgt nk guna nama allah utk sbg translation bg god dlm bahasa melayu ? Bkn kah nama allah itu sendiri bukannya perkataan bahasa melayu ttp dibawa masuk n diperkenalkan bilamana islam disebar kat sini. Seharusnya kalu nk terjemah dgt gunalah TUHAN sbb itu mmg translation makna god kedlm bahasa melayu.
Nampal sgt ado agenda lain
Tuan Hj, ambo ni anak kelate, nak komen sikit saja pernah ambo bercakap dengan Mek Cina Kelantan dan beliau sebut begini "Nanti tuhan allah marah!!" Saya terkejut dan baru tahu bahawa orang kafir percaya tuhan mereka adalah tuhan allah. Disini saya ingin kongsi perasaan saya bahawa tidak sedikit pun terasa tercabar dengan penggunaan tuhan allah oleh ugamanya (buddha) bahkan timbul rasa simpati dan kesian kepada Mek Cina itu kerana ianya kafir.
ReplyDelete