Pertemuan eksklusif di antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum saya meninggalkan negara kerana ke Madinah dan Makkah telah menjadi isu panas dan jadi kontroversi.
Haron Din: Suka anti klimeks. |
Tidak hairanlah sejak beberapa malam lalu sudah ada orang bersolat hajat agar perkara ini - tujuan pertemuan itu - tidak akan menetas menjadi masalah kemudian akhirnya menguburkan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama. Mereka tidak mahu nyalaan api untuk membakar UBN akan menjadi layu dan terpadam sebelum tiba masanya.
Risau juga saya melihat perkembangan hari ini berpunca dari masalah itu kerana ada yang tidak menahan perasaan dan terlebih emosi sampai menangis memikirkan kemalangan dari apa yang meletus kini. "Tolonglah sheikh, kita sayang... kepada semua, dan apa yang dah ada ni molek dah," begitulah rayu dan desah seorang pembaca blog saya. Beliau rujuk kepada konsensus sepadu Pakatan Rakyat sebelum.
Anwar: Terkilan sangat... |
Ia juga memberi isyarat bahawa apa-apa yang berlaku termasuk dengan niat busuk tidak boleh disembunyikan kerana akhirnya ia akan terdedah juga kemudian memberi natijah buruk kepada diri sendiri - back fire.
Saya sengaja tidak mendedahkan agar orang ramai khasnya penyokong Pakatan Rakyat tidak 'terkanyak' dengan peristiwa itu. Saya tidak mahu menganggu emosi dan semangat mereka. Biarlah mereka tenang dan terus mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk menumbangkan UBN tanpa dikacau ganggu. Biarlah air yang tenang terus menjadi tenang dan jernih manakala gunung kekuatan untuk tumbangkan UBN terus tegak kukuh seperti awalnya. Dan kalau mereka mengetahuinya dari sumber lain itu adalah takdir dan inisiatif diri sendiri.
Bagaimana pun akhirnya seperti saya katakan dalam intri itu (rujuk sini) buah yang jenis berbau tidak boleh ditusukselindugkan. Apabila ia sudah masak ia akan mengeluarkan baunya dan lendir, ketika itu ia tidak dapat disembunyikan lagi. Sesuatu keburukan dan kebatilan itu tidak boleh diselindungkan kerana akhirnya kebenaran akan mengambil tempat. Laksana bangkai yang terdedah maka akan berderulah dubuk datang mengoyak dan mengheretnya menjadi habuan perut mereka.
Bau itu kini sudah mengalir keluar dan sudah diecerkan. Ia menyendak ke dalam lubang hidung para pendokong Pakatan Rakyat. Ia sudah mulai membusuk keadaan. UBN sudah mengambil kesempatan menjaja untuk menceritakan Pakatan Rakyat bermasalah. Isu pertemuan dan cadangan itu telah meringankan beban asmara UBN. Jangan salahkan anjing kalau ia menggonggong tulang hanyir.
Yang hendak dicari kini atas apa yang berlaku ini, siapa yang boleh dipersalahkan? Siapakah yang patut menerima hukum karmanya. Secara umumnya ia boleh disalahkan kepada kedua individu yang bertemu itu; Anwar dan juga Haron Din. Merekalah yang perlu dipertanggungjawab ke atas tersebarnya rahsia pertemuan itu. Mereka berdualah berhak membuat press release kerana mereka saja yang kamil dan makrifah mengenainya.
Tetapi didalam soal ini, kalau Anwar yang menyebarkan ia adalah sebagai protection dirinya. Sebagai seorang manusia sekuat mana jiwanya dia tetap ada kelemahan sesuai sifatnya sebagai makhluk baru. Beliau tidak boleh dipersalahkan kerana bingkisan yang dibawa Haron itu boleh dianggap satu pemungkiran janji dan pengkhianatan. Ia memeranjatkan dirinya kerana dianggap sebagai gunting dalam lipatan. Haron telah memusnahkan konsensus awam. Justeru yang wajar dipersalahkan di sini Haron Ibni Din kerana beliau yang membawa niat itu, yang membuka mulut menyampaikan tujuan itu yang tidak bijak diluah saat Pakatan Rakyat sedang berganding bahu menyeberangi lautan untuk mengapai pulau kemenangan.
Tidak salah jika dianologikan apa dilakukan Haron kononnya atas kehendak Majlis Syura Ulamak (MSU) itu seperti membocorkan kapal yang sedang belayar yang mana tujuannya untuk membuang musuh yang ada bersama. Mereka seronok dengan perbuatan itu padahal mereka tidak sedar ia juga membahayakan diri sendiri. Haron Din tidak sedar kalau dia berjaya membocorkan kapal bukan saja Anwar tenggelem, tetapi dia dirinya sendiri akan kelemasan dan tenggelam. Apakah perkataan sesuai untuk dipadankan dengan fiil ini kalau bukan bodoh?
Apa hendak dilakukan MSU atau Haron Din itu bukan perkara baru sebenarnya. Ianya sudah ada sejarah dalam Islam lebih 1,400 tahun sebelum ini. Perhatikan apa yang berlaku dalam ritual ibadat di dalam Islam. Sudah berlaku pertukaran kiblat dari masjid al-Aqsa ke masjid Haram di Makkah. Kejadian ini berlaku dalam tahun kedua atau ketiga Hijrah. Kejadian itu memberi isyarat sesuatu yang sudah ditetapkan itu boleh diubah bila keadaan berkehendakkan begitu.
Mulanya kiblat orang Islam ialah ke arah masjid al-Aqsa di Baitumaqdis (Palestin) kemudian dipindah ke masjid Haram di Makkah (Arab Saudi). Perpindahan itu ada sebab musababnya. Antaranya kerana Nabi merasa malu dan hina apabila dipersendakan oleh Yahudi kononnya orang Islam meniru kiblat mereka. Nabi berdoa mohon Tuhan memberi petunjuk. Hinggalah pada satu hari semasa Nabi sedang mendirikan solat Zohor (di masjid Qiblatain) bersama beberapa orang kawan Jibrail turun menyampaikan perintah agar Nabi memalingkan diri (kiblat) dari arah masjid al-Aqsa ke masjid Haram. Ketika itu juga Nabi memusingkan badannya mengarah ke Makkah.
Barang kali sejarah itu dijadikan iktibar dan diguna pakai atau diambil sebagai justifikasi oleh Haron Din untuk melaksanakan misi gelapnya itu, memberi tahu Anwar bahawa PAS (bukan PAS sebenarnya ahli MSU) telah memindah kiblat sokongan kepadanya sebagai perdana menteri kepada orang lain. Di sini seolah-olah Haron Din seperti Jibrail yang menyampaikan mesej PAS kepada Anwar. Namun secara peribadi saya tidak percaya kalau Haron Din itu adalah batang tubuh Jibrail asal. Pasti ada Jibrail yang lebih Jibrail dari itu dan dialah yang mempunyai agenda mengenai pengubahan 'kiblat' berkenaan.
Siapakah dia?
Satu sisi Haron Din hanya adalah alat atau hanya Jibrail kecil saja dimana kesalahannya hanya kecil juga. Dia dijadikan utusan kerana dia adalah memanda tua yang dimalu mata. Apa yang perlu disediliki ialah mencari Jibrail yang mempunyai perancangan itu. Jirbail inilah lebih tahu kenapa dan dia tentu ada politiknya tersendiri menggunakan MSU, dan Haron din sabagai galang gantinya. Jibrail inilah yang sepatutnya disula.
(Dalam catatan lain saya akan cuba mendedahkan siapa Jibrail di dalam PAS).
Apapun alasan mesej dan siapa yang empunya idea itu ia sungguh menyenak dan menyedihkan hati Anwar dan seluruh pendokong PKR dan Pakatan yang telah menerima konsensus awal. Mungkin Anwar boleh menerima apa yang disarankan itu atas kapasiti dia seorang pemimpin yang berjiwa besar, bertaraf 'ulul azmi' tetapi bagaimana orang dibawah, dengan penyokongnya.
Anwar boleh membujuk Azizah, Nurul Izzah tetapi dia tidak akan berdaya membujuk pemimpin PKR di sekelilingnya. Paling 'rohok' untuk Anwar ialah memberi tahu kepada orang Cina, India, Dayak, Kadazan, Dusun di Sabah dan Sarawak yang sudah sepakat menjadikan dia sebagai 'kiblat'. Juga susah untuknya untuk memberi tahu kepada sekutunya DAP? Anwar atau sesiapa boleh menguasai kelompok sendiri tetapi tidak untuk menguasai kehendak rakyat.
Apakah PAS mengira orang DAP juga tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri? Kalau begitu apa hal dengan pengisytiharan Lim Kit Siang di beberapa tempat himpunan perdana yang menyebut Anwar bakal perdana menteri? Apakah Lim Kit Siang juga sama munafik dengan beberapa ulamak PAS yang terikut telunjuk Jibrail? Apakah Haron Din atau Jibrail itu tidak mendengar suara hati DAP ini?
Pertukaran kiblat atau pun agenda politik Majlis Syura Ulamak itu betapa pun ia baik tetapi ia tetap silap dan salah kerana dilakukan bukan pada waktunya. Sepatutnya mereka atau sesiapa saja tidak perlu melaklukan apa-apa ralat kepada strategi dan tektik perjuangan disaat musuh sudah berada di depan mata dalam gelanggang. Kalau MSU atau Haron Ibni Din hendak ubah, kenapa tidak dilakukan sebelum ini? Kain atau jubah perlu diangkat sewaktu 'peler' belum dibawa keluar untuk pancut ke mangkuk tandas. Kalau diangkat sesudah kencing, jubah dan kain akan kebasahan dan akan 'hancing perak.' Maaf kasar. Perbuatan menunjuk peler di hadapan cermin dalam bilik adalah makruh dan ada ketikanya ia boleh menjadi haram!
Saya cukup memahami kenapa timbul keraguan dan kebencian kepada Anwar oleh Haron Ibni Din serta mereka kononnya sangat Islami dalam PAS. Mengapa saya bekata begitu, kerana kalau tidak benci, beliau akan membiarkan persetujuan lisan bahawa Anwar adalah perdana menteri. Saya boleh baca sebab musababnya. Mungkin kerana Haron Din tidak boleh berkompromi dengan masalah moral yang dipalitkan ke atas Anwar yang dilakukan oleh konspirator Umno.
Saya mendapat tahu sejak mula lagi ada beberapa orang telah menonton video lucah yang membabitkan Anwar yang diproduksi oleh Datuk T. Tikit untuk menonton video berkenaan dibayar sendiri oleh anggota tertinggi polis Bukit Aman. Tindakan mereka menonton video ini adalah salah dan tidak menunjukkan mereka sebagai rakan sepemimpinan Anwar dalam Pakatan yang berintegriti. Sepatutnya mereka tidak menonton kerana sudah tahu siapa dia polis dan siapa dia Datuk T. Sebagai kumpulan manusia yang menjadi alat kepada Umno tentulah apa yang hendak dipertontonkan itu sesuatu yang boleh memburukkan keadaan dan menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Ada sepotong ayat al Quran ia tidak menyebut jangan berzina, tetapi jangan kamu menghampiri zina. Apa erti perkataan JANGAN di sini?
Larangan awal itu lebih penting daripada larangan kedua, berzina. Kerana kalau kita patuh kepada larangan jangan menghampiri maka tidak akan berjumpalah kita dengan zina dan tidak terpolotlah dengan zina dan kekeliruan.
Seorang berwajah Islami dan ulamak seperti Haron Ibni Din mungkin dia tidak menontonnya. Apakah seorang ulamak (walaupun ada nafsu) bersedia untuk menontonnya bagi dijadikan dalil dan saksi? Apakah kalau dalil dan bukti itu boleh dipercayai? Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan video berkenaan tidak boleh dijadikan bukti kerana ia plastik bukannya manusia. Sejauh manakah ikhlas kata-kata Abdul Hadi itu dan sejauh manakah ianya valid dalam PAS?
Saya menaruh sangka baik Haron Ibni Din dan juga Abdul Hadi tidak menyaksikan video berkenaan. Tetapi pemimpin kanan lain yang sebelum ini menjadi enjin kepada Unity Government (UG) menyaksi video berkenaan. Mungkin mereka akan memberi taaruf kepada Haron Din. Persoalannya apakah Haron Din percaya dan yakin?
Kita berandaian Haron Din yakin dengan apa yang ditakrufkan itu. Atau yakin selepas beliau dibekalkan video berkenaan dan menonton sendiri di rumahnya didalam bilik yang dikunci dengan penyelak sebesar betis. Tidak menjadi masalah. Wajar kalau dia merasa Anwar tidak boleh menjadi pemimpin dan imam di dalam sembahyang kerana keperibadiannya sudah kotor berdasarkan apa yang beliau saksikan dan hujah-hujah yang disampaikan kepada beliau oleh agen Umno. Jangan pula Haron Din dibayar sekian jutaan agar mempercayai fitnah itu?
Musykilnya kenapa Haron Din tidak membentangkan perkara ini awal-awal lagi kepada PAS. Kenapa dia mempertikaikan akan kredibiliti dan syaksiah Anwar pada saat ini? Kenapa dia hendak membocorkan kapal yang sudah belayar menjauh pantai di separuh jalan? Atau pun memang niat beliau begitu mahu memusnahkan perjalanan ke Putrajaya dengan cara begitu. Oh, adalah zalim dan kejinya perbuatan sebegitu.
Tindakan Haron Din adalah anti klimeks. Dan bila saya mengingatkan kepada sejarah tahun 1999 mengenai Haron Din tidaklah pula saya musykil sangat apa yang baru terjadi. Pada tahun itu beliau sudah dihebuhkan akan bertanding di salah satu kerusi di Perlis. Penglibatannya dalam pilihan raya memberi impak dan pengaruh besar. Penyertaan itu dijadikan aset dan penyuntik semangat. Tetapi apa jadi pada hari penamaan calon? Haron Ibni Din tidak hadir dan tidak menjadi calon. Maka seluruh dunia Malaysia terkejut dan orang PAS jadi lemah semangat. Semangat PAS jatuh mendadak. Berdasarkan kepada sejarah dan chemistry itu saya tidak pelik kalau sekali lagi Haron Ibni Din akan membuat kerja anti klimeks atau menyuntik dadah sebelum tidur?
Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan 'sebegitu' mengenai keperibadian Anwar Ibrahim. Tetapi bagi saya soal keperibadian adalah soal beliau dengan Tuhannya. Lagi pun segala macam bukti dan dalil yang dikemukakan tidak dapat disahkan secara mutlak mengikut kehendak undang-undang yang ada. Tuduhan liwat ke atas Pembacuh Kopi ditolak oleh mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah. Apa yang boleh kita boleh bertindak jauh daripada keputusan mahkamah? Mursyidul Am PAS, Nik Abudl Aziz Nik Mat juga meragui tuduhan itu kerana ia tidak disaksikan oleh mata manusia. Dalam prinsip Islam sesuatu itu boleh diterima benar bila ada empat saksi yang mukhalaf. Pegangan dan kepercayaan Nik Aziz terhadap kes Anwar tidak goyang kerana dia ada substance yang kuat.
Kesimpulan dari senario itu PAS telah mengambil keputusan bahawa Anwar tidak terkeluar dari ciri-ciri pemimpin yang boleh diangkat menjadi pemimpin kerana pembuktiannya terhadap kesalahannya samar. Tidak mengapalah sekiranya Haron Din ada pandangan lain dan tetap sangsi terhadap Anwar, kenapa dia tidak bertegas sejak awal. Membuat keputusan menolak Anwar sebelum kapal berangkat menjauhkan pantai? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
Soal Anwar tidak layak menjadi PM kerana isu moral ini sepatutnya dibuat awal-awal. PAS kena mengatakan pendirian awal-awal jangan sampai sesudah menaiki kapal bersama Anwar dan ketika berada di tengah laut baru timbul soal moral dan mengancam Anwar. Ini perbuatan yang keji dan huduh dalam sisi Islam lebih-lebih lagi dibuat oleh orang dianggap berpengetahuan mengenai hal ehwal agama Islam. Perbuatan ini juga satu pengkhianatan dan penganiayaan kepada penyokong yang setia dan taat di belakang.
Sedih, hari ini apa yang hendak dilindungi dan dibincang dengan baik dengan menawarkan Anwar perdana menteri selepas dua atau tiga tahun Pakatan memerintah sudah menjadi pengetahuan ramai. Haron Din dan majlis syura sudah menguris hati Anwar, telah menguris hati PKR dan rakyat semua. Kelukaan dan kepedihan itu tidak boleh ditepukan dengan minyak attar dari gaharu keluar Kelantan pun. Cuma ada sedikit saja ruang untuk PAS memulihkan keadaan ini dan mengembalikan kepercayaan umum kepada PAS, Haron Ibni Din bersama majlis syura ulamak kena membuat penjelasan terbuka mengenai perkara ini.
Majlis Syura Ulamak kena membuat sidang akhbar mengenai perkara ini. Ia tidak boleh diserahkan kepada Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh saja. Sekiranya ianya tidak dijelaskan dan keadaan ini akan dilendekkan, ia boleh menggangu perjalanan ke Putrajaya. Perjuangan yang tidak ditumpu sepenuhnya atau dalam keadaan hati berbolak balik tidak akan menghasilkan kejayaan.
Seperti seorang pemanah secekap mana dia mengatur busur panah ke sasaran kalau hatinya terganggu, anak panah boleh melencung ke kiblat lain. Paling dibimbangkan anak panah yang dihala ke sasaran itu akan berpaling dan memanah PAS balik. Kalau ini berlaku ia satu tragedi yang tidak akan dilupakan sampai mati. Apakah Haron Ibni Din dan anggota majlis syura ulamak mengira Umno akan datang membantu?
Sebaik-baik penjelasan mengenai perkara ini ialah pada 25 Februari ini sempena majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat. Perlancaran itu tidak akan bersemangat sekiranya kemelut hari ini masih berterusan. Pada hari itu PAS menerusi Mursyidul Am perlu membuat kenyataan berupa penjelasan dan ikrar umum bahawa Pakatan Rakyat tetap meletakkan Anwar sebagai calon perdana menteri utama! Atau kalau keberatan dan PAS memang tidak 'ambuh' kepada Anwar umumlah yang PAS akan bersama Umno untuk mendepani pilihan raya dan umumlah juga PAS ada tokohnya tersendiri untuk menjadi perdana menteri mengganti Najib Razak.
Biarlah jujur, biar jelas agar pengundi tidak akan terkabur dengan permainan politik Machiavelli sesetengah orang dalam parti bernama Islam, PAS itu. [wm.kl.1:53 pm 20/02/13]
* Catatan ini dibuat dengan realistik dan bahasa yang bombastik.
Tuan MSO. Apa yang saya nampak suasana selepas PRU nanti ialah pempimpin2 UBN yg sombong akan bertambah sombong. Dan pemimpin2 PAS yg tak pandai berpolitik akan bertambah tak pandai. Dan rasuah dan hutang2 negara bertambah banyak yg pasti generasi akan datang yg akan membayar dengan harga yg mahal...terima kasih.
ReplyDeleteBhai MSO...
ReplyDeleteGua ader beberapa nama nih... tapi rasanyer lebih baik diorang muhasabah diri terlebih dulu... supaya jangan sampai gua terpaksa nak keluarkan nama diorang di blog... payah nanti...
Aper-aper pon... gua nampak dah ader ramai pimpinan PAS yang berkecenderungan jadi antu mikrofon nih...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Analisa tuan mso sangat tepat. Saya sebenarnya telah mensyaki sesuatu yang tak betul kepada 2 orang 'orang kuat PAS ni'. Saya rasa sangsi terhadap ustaz nik zawawi nik leh didalam perjuangan memperkasakan PAS. Begitu juga dengan ustaz harun deen. Saya merasakan mentaliti mereka adalah sehaluan dengan Hasan Ali dan Nasha Bachok. Tapi alhamdulilah tuan telah menangkap lebih awal. InsyAllah dua orang yang bobrok yang saya sebutkan diatas tidak akan berjaya melakukan kejahatan mereka. Saya berpendapat yang nik zawawi tu adalah orang yang akan merosakkan keutuhan PR. Diharap Allah akan ampunkan dosa saya jika tersilap.
ReplyDeleteYa Allah, aku berserah padaMu sepenuhnya di atas kemelut ini. Keadaan begini hanya akan melemahkan kita semua. Sungguh menyedihkan. Terima kasih Tuan MSO di atas pendedahan ini, hanya dapat mendoakan pemimpin kanan PAS yang lain dapat menyelesaikannya sebaik mungkin.
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteSatu perkembangan yang menyedihkan tetapi tidak memeranjatkan ambo. Ambo telah buat komen didalam blog Mountdweller apabila "ketua besar UG ( istilah ambo- ambo raso Tuan tahu sapo ambo maksudkan ini)" ini memberi ulasan menyokong kenyataan Presiden yang PAS akan bersama selagi tidak gadai Islam. Ambo komen yang ada puak-puak dalam PAS "dok main cekku cak ".
Kita sudah agak jelas puak manakah dalam PAS bertindak "NEKAD" ni. Nekad benar puak ni bertindak kerana berani membabitkan parti. Persoalan yang penting sekarang ialah apakah Presiden dan Mursyidul Am sudah tahu perkara ini dan apa pendirian mereka berdua. Bia dah jelas pendirian mereka baru kita boleh faham maksud tindakan yang diambil oleh PAS. Dibahu mereka berdua terletak tanggungjawab besar yang menentu hajatuju PAS dan perjuangan Islam yang PAS bawa sekarang.
Perkara kedua yang perlu difahami semua bahawa kebangkitan rakyat untuk menuntu perubahan telah mencapai momentum yang besar dan tidak mungkin boleh dihentikan oleh puak UG dan PAS sendiri.
Realiti yang ada, jika usaha geng UG ini memberi kesan, kesannya sekadar memperlahan "sedikit" sahaja momentum ini. Tetapi jika matlamat untuk menumbang UBN dalam PRU 13 kerna angkara mereka, dalam PRU 14 nanti, momentum ini menjadi lebih besar dan ganas lagi dan akan memakan korban geng ini dan PAS sekali jika tersilap langkah.
Menagapa ambo berpendapat begitu? Momentum perubahan ini disokong oleh majoriti rakyat dari pelbagai bangsa. Kekuatan PAS tidak boleh menandingi kesunguhan dan iltizam rakyat yang mahukan perubahan.
Apa pilihan PAS sekarang? Ia bergantung kepada pendirian Dato Presiden dan Dato Mursyidul Am. Mereka bedua sahaja yang boleh mengagalkan usaha puak-puak UG ini dengan tuntas dan dengan kesan politik yang minimal. Sebab itu pendirian mereka sekarang penting. Mereka berdua boleh menampal kebocoran yang tuan maksudkan sekurang-kurangnya 80%.
Langkah yang paling logikal sekarang ini adalah untuk cantas/ikat pergerakan puak-puak UG ini sementara waktu agar tidak boleh memberi kesan besar kepada agenda untuk menumbangkan UBN sehingga PRU 13 selesai dan UBN dapat ditewaskan. Ambil tindakan pembersihan selepas mencapai kemenangan nanti.
Ambo komen lagi lepah ni. Dok puah hati lagi nih...hehehe
bat8
ambo lamo jugok dok perati gerak geri puak kerajaang perpaduang ni, sejak mula-mula timbul dulu lagi.
Jika penjajian ini (Pakatan Rakyat) dikhianati 30 tahun lagi tak mungkin BN jatuh kebumi. Jika munafiq-munafiq yang menentukan hala tuju PAS, ntahlah. . . berilah apapun alasan. Keputusan mesyuarat adalah concessus yang dipersetujui bersama dan sama menerima buruk baiknya. Kenapa perlu khianati janji? Bukankah ini sifat munafiq?
ReplyDeleteKALAU PERKARA INI BENAR...MAKA PAS ADALAH PARTI YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI...ULAMAK APA MCM TU...KALAU BEGITU DAP SEJUTA KALI LEBIH BAIK DARI PAS...MALU WEIIII
ReplyDeletesalam tuan mso. sungguh loya meneliti penulisan tuan selama ini.jika selalu hanya mendiamkan diri,kali ini tergarak hati untuk meberi komen.tidak perlulah memuja saudara anwar dan bercerita yang bukan -bukan berkaitan tuan guru harun din.kami kenal sipa yang lebih ikhlas memperjuangkan agama anra mereka.kalau harapkan anwar habislah kita..tuan mso yang bijaksana bukan semua analisa adalah bijak kadangkala penuh keplasuan yang nyata.wallahualam.
ReplyDelete"kalau harapkan Anwar habis lah kita"? Apakah di akhirat kelak Haron Din mampu Bagi syafaat? Apakah serapuh itu iman Kita semua nk mengharapkan org lain? apakah pm yg ada skrg ini mampu menjaga dan meningkatkan iman korg skrg ni? Huhh mengucap panjang gua dgn hujah hujah puak youji (ug) ni..
DeleteSeram sejuk saya membacanya
ReplyDelete..
Panjang lebar mso, apa yang penyokong nak tau intipati pertemuan tersebut dan implikasinya kepada melayu dan islam
ReplyDeleteBravo! Horass! Terbaek Tuan! Ayuh bogel kan agenda gelap YouJi ini! Hanya Sang pengecut berjumpa dlm gelap.Hanya Sang pengecut menikam dari blkg menikam dari dalam. Hanya Sang pengecut yg sanggup bersekongkol dgn musuh akibat dari kelemahan mentaliti perjuangan. Hanya Sang pengecut bernaung di bwh YouJi!!
ReplyDeleteJahanam lah kamu golongan YouJi!
Tuan Guru Harun Din adalah ulama' besar. Cerita2 tuan MSO ni penuh dengan andaian. Sesuai kalau PRU lama lagi ... tapi sekarang sangat2 tak sesuai. Tuan MSO cuba provoke TGHD beri penjelasan, dan ya penjelasan tu akan jadi tersangat penting sekarang sebab Tuan MSO dah buat macam2 andaian.Siapa tahu apa jadi masa depan (lepas PRU). Kita cuma rancang tapi yang tentukan Allah. Mungkin bukan Anwar, sapa tahu ajal maut, susah senang, sakit susah ...tup, tup lain PM nya. Kerosakan dah terjadi, jadi setujulah TGNA dan TGHA buat pendirian.
ReplyDelete"Realiti yang ada, jika usaha geng UG ini memberi kesan, kesannya sekadar memperlahan "sedikit" sahaja momentum ini. Tetapi jika matlamat untuk menumbang UBN dalam PRU 13 kerna angkara mereka, dalam PRU 14 nanti, momentum ini menjadi lebih besar dan ganas lagi dan akan memakan korban geng ini dan PAS sekali jika tersilap langkah.
ReplyDeleteMenagapa ambo berpendapat begitu? Momentum perubahan ini disokong oleh majoriti rakyat dari pelbagai bangsa. Kekuatan PAS tidak boleh menandingi kesunguhan dan iltizam rakyat yang mahukan perubahan.
Apa pilihan PAS sekarang? Ia bergantung kepada pendirian Dato Presiden dan Dato Mursyidul Am. Mereka bedua sahaja yang boleh mengagalkan usaha puak-puak UG ini dengan tuntas dan dengan kesan politik yang minimal. Sebab itu pendirian mereka sekarang penting. Mereka berdua boleh menampal kebocoran yang tuan maksudkan sekurang-kurangnya 80%."
ambo stuju sangat dengan komen bat8
Tak tahu nok kato gapo! kalu dengar komen TGNA ari tu, dio tak tahu lagi. Stuju dgan MSO, lebih molek lagi utk tulisan MSO seterusnya mengenai isu ni baik tunggu apa kata TGNA. Harap TGNA lebih memahami reliti semasa sokongan rakyat pada PR
Tuan MSO,
ReplyDeletePEJUANGISLAM kena faham kita tidak mempersoalkan keilmuan dan keikhlasan perjuang untuk memartabatkan Islam oleh Dato harun Din. Kami akui dan akur. Yang dibincangkan ini adalah kaedah dan strategi siasah dalam konteks realiti politik yang ada di negara kita hari ini. Ikhlas sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan kebijaksanaan membaca realiti yang ada.
Ini membawa saya kepada satu soalan apakah hujah dan alasan puak UG ini melihat Islam boleh dimartabatkan dengan bergabung dengan UMNO. Apakah mereka ini benar-benar faham tentang UMNO ini?
UMNO yang ada hari ini bukan UMNO dulu. Ia lebih merupakan satu topeng atau Front sekelompok orang melayu untuk menggunakan sentimen dan nama melayu untuk tujuan mengumpul kekayaan sahaja.Mereka ini adalah lintah-lintah darat kapitalis yang hanya mahu merampas kekayaan negara sahaja. Asas perjuang seperti yang PAS ada? Tak ada langsung. Ideologi mereka hanyalah pragmatisma - apa cara yang boleh membuat orang menyokong, itulah dasar.
Saya bersetuju dengan pendapat Tuan MSO. Dato Harun Din hanya boneka yang digunakan oleh dalang-dalang sebenar ( sesiapa yang memerhati akan kenal siapa antara ketuanya) yang mengambil kesempatan diatas keikhasan perjuangan beliau untuk memartabatkan Islam.
Soalnya sekarang apa pilihan-pilihan PAS yang ada untuk menangani isu ini? Insiden Dato Haron Din bertemu secara sulit dengan Anwar sebenarnya adalah satu perisytiharan terbuka dari Puak UG kepada pucuk pimpinan PAS. mereka tidak lagi buat kerja sembunyi-sembunyi seperti dulu.
bat8
Pepaduan? Perpaduan apa yang puak UG ni nak
Semoga Allah tunjukkan jln penyelesaian,sedih hati ini mengenangkan masa yg ada pun semakin suntuk,timbul pulak perkara cam ni di saat akhir.Bg penyokong setia tidaklah memberi kesan sgt tapi yg di atas pagar perkara cam ni boleh membuat mereka keliru.
ReplyDeleteBila baca tulisan mso ni, bertambah menyampah dgn mereka yg perasan ulamak syariat ni, harun din ni ingat dia ada talian online ke dgn tuhan.
ReplyDeleteSalam tuan MSO..terima kasih atas pencerahan ini...bila dada yang diselaputi ayat-ayat Allah telah berjaya ditembusi peluru bodoh Dr. M...maka jiwa n jasad itu umpama bangkai yg tak de harga sepuluh sen pun..seterusnya membawa virus mengancam keikhlasan insan..bersama kuatkan jemaah!!!
ReplyDeleteSalam tuan MSO..terima kasih atas pencerahan ini...bila dada yang diselaputi ayat-ayat Allah telah berjaya ditembusi peluru bodoh Dr. M...maka jiwa n jasad itu umpama bangkai yg tak de harga sepuluh sen pun..seterusnya membawa virus mengancam keikhlasan insan..bersama kuatkan jemaah!!!
ReplyDeleteSaya tak nampak PAS akan membuat keputusan tersebut yang boleh merugikan pakatan rakyat. Selaku parti yang agak senior, pertemuan tersebut hnyalah usaha PAS dalam mengukuhkan kedudukan dan suara PAS dalam pakatan dengan memastikan hasrat parti dalam mendaulatkan islam (khususnya) dan memartabatkan melayu islam serta negara berkebajikan tidak ketinggalan dan tercapai. PAS bukan hanya ingin menang dalam usaha menjatuhkan BN seterusnya berkuasa memerintah Malaysia tetapi PAS menyasarkan agenda islam terlaksana. Dalam suasana semua pihak terutama bukan melayu mengambil kesempatan membuat tuntutan kepada parti yang menyertai pilihanraya, tuntutan yang berkaitan dengan islam seolah olah tiada. Suasana sekarang kurang sihat dan banyak memberi kelebihan bukan melayu akibat kerakusan kedua2 pihak memancing undi bukan melayu. Jadi saya fikir pertemuan tersebut bukan menyatakan hasrat PAS untuk bertukar kiblat tetapi percaturan politik demi memastikan suara PAS serta perjuangannya juga perlu diambil perhatian. Kalau betul hasrat itu (seperti yang diceritakan Tuan MSO) disampaikan oleh TG Haron Din, saya fikir itu hanyalah permainan tarik tali bagi memastikan agenda PAS perlu didokong jika ingin memastikan PAS terus bersama. Permainan politik yang biasa digunakan oleh ahli politik. Cuma yang saya muskil ialah siapa yang menyebarkan maklumat pertemuan tersebut. TG Haron Din seorng saja yang ke rumah DSAI, mustahil TG Haron Din menyebarkan maklumat rahsia ini dan kemungkinan Pihak Anwar yang menyebarkan maklumat ini bagi mengurangkan taring PAS dalam membuat tuntutan.
ReplyDeleteBom jangka yg dipasang oleh tun madey meledak lalu tercedera batang tubuh pejuang..baju kalis peluru yg dibuat dari surah-surah al-quran tidak mampu menghalang kekuatan bom tun madey dan kuncu syaitan yg dikenali...
ReplyDeleteBenar, sebagai manusia, insan bernama Anwar Ibrahim itu banyak lemahnya, tak sempurna sifatnya. Itu fitrah. Tapi satu yang harus diingat, kerana musibah yang menimpa batang tubuh itulah maka semua kezaliman musuh terbongkar. kerana musibah itu juga lah kita semua bersatu. Dan kerana itu jugalah maka PAS mula diterima oleh semua orang, jadi orang-orang tua dalam PAS itu janganlah lebih-lebih sangat. Baju hijau tak semestinya masuk surga...
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteAmbo lagi nih. Dok puah hati lagi...hehehe.
Ambo tanya bentuk perpaduan macam manakah yang puok UG ni nak dan bersungguh-sungguh nak capai bersama UMNO.
Mari kita lihat rekod-rekod UMNO yang ada di depan kita. Sebelum tu, ambo nak sebut sekali lagi -
puok yang UG nak bekerjasama itu adalah sekumpulan lintah-lintah darat atau hantu raya kapitalis yang menggunakan nama UMNO sebagai topeng untuk kesenangan mereka dengan mengaut kekayaan negara atas nama orang melayu dan Islam. UMNO diguna untuk mendapat sokongan orang melayu agar berada dibelakang mereka dan yang paling penting sebagai alat untuk mengawal sokongan itu sentiasa padu. Ideologi mereka saya dah nyatakan diatas - tak dok langsung! Modus operandi ialah mengunakan nama melayu untuk menyedut peluang ekonomi atas nama orang melayu dan Islam.
Dari segi Islam - adakah bertambah iman dan kehebatan Islam hari ini setelah 56 tahun merdeka? Zaman Mahathir didombakan oleh UMNO sebagai zaman pembangunan hebat, tetapi hebatkah iman, kemajuan dan kehebatan Islam di negara kita hari ini?
Makin tinggikah moral dikalangan orang Islam? Kaum mana yang paling banyak buang bayi hasil zina? kaum mana yang paling banyak menjadi penagih dadah, mat rempit dll. Makin tinggikah nilai moral dan budi anak-anak muda melayu islam kita hari ini? Tuan-tuan lebih tahu dari saya.
dari segi ekonomi, tahukah tuan-tuan bahawa 1/2 atau 8.5 juta orang melayu Islam berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan. dari 10 orang rakyat Malaysia, 7 orang adalah orang melayu Islam. Manakala 3 orang lagi adalah pelbagai kaum: cina, india, kadazan dll. 40,000 graduan masih menganggur dan sebahagian besarnya orang melayu Islam.
Bidang-bidang lain, tuan-tuan boleh tengok sendiri. Sedangkan sejak merdeka, 6 orang perdana menteri adalah melayu, sebahagian besar menteri kabinet adalah melayu.
Tuan-tuan tengok pula kemajuan yang dicapai oleh golongan pemimpin-pemimpin UMNO dari segi kekayaan, moral dsbnya.maaf ye, ahli akar umbi UMNO termasuk dalam golongan orang melayu Islam yang majoriti yang susah seperti kebanyakan kita juga.
tengok pembaziran yang dilakukan. Tengok bagaimana kekayaan negara di sapu.
tetapi dengan puak ini geng UG nak bekerjasama dan bergabung untuk mendaulat Islam dan orang melayu? Mereka faham ke apa realiti yang ada hari ini baik bila kita bercakap tentang kedudukan Islam dan orang melayu?
ambo dan ramai orang lain yang tak sabar nak mendengar penerangan puak UG ni tentang asas-asas pendirian mereka. Mereka Ulamak, kita bukan, tetapi kita boleh rujuk hujah mereka dengan ulamak lain.
bat8
Saya melihat apa yang ditulis dalam artikel ini lebih kepada spekulasi dan lebih berbentuk provokasi.Cuma saya harap ia bukanlah cubaan golongan tertentu untuk memberi imej buruk kepada golongan ulamak. Satu persoalan yang ingin saya timbulkan; jika benar ia pertemuan sulit 4 mata, bagaimana Pak MSO boleh tahu isinya? Adakah Anwar yang maklumkan pada MSO?(Saya kira Anwar la kot bgtau sebab takkan Haron Din)Kalau betulpun, bolehkah ia dipercayai?
ReplyDeleteDan saya agak ragu-ragu jika Pak MSO anti dan benci kepada kelompok yang dinamakan "Geng Perpaduan" oleh musuh PAS. Sebabnya Pak MSo sendiri pada hakikatnya rapat dgn kelompok yang menaja perpaduang melayu di luar PAS. Malah akhbar Siasah yang dimiliki sebelum ini pun telah "diserahkan" kepada musuh PR sekaligus berubah wajah daripada akhbar neutral dan rasional kepada akhbar propaganda musuh PR..
Alngkah malang andai Pak MSO berasa diri sangat membantu dan menyelamatkan Pakatan namun hakikatnya Pak MSO terjerat dalam permainan politik musuh yang ingin melihat perpecahan dalam Pakatan. Kan bagus kalau artikel ni tak ditulis?
SALAM....ramai yang mengagumi harun din....namun aku suka gelar harun ni mangkuk....antara mangkuk2 yan bakal jadi mangkuk tandas.....biarlah kamu semua mengaminya.....menyanjunginya...
ReplyDeleteaku tetap kata sosok ni mangkuk.....antara sebab TGNA tidak undur dari jawatannya adalah kerena sosok ni......tahu tak kenapa UG tu di gelar KERAJAANG PERPADUANG....pahamlah wahai bani melayu....dan jibrl yang sebenar adalah HADI.....jika tidak terhalang oleh TGNA dah lama kerajaang perpaduang terbentuk...dah lama HADI jadi menteri....NASHA jadi menteri....HASSAN AKIDAH jadi MB SELANGOR.....
sesungguhnya dunia akan tenang bilamana orang jahil itu diam.
ReplyDeleteRagu-ragu musuh kita,
Andaian penyebab sengketa,
segala amal perbuatan di kira
umbinya hanyalah pada niat semata
Sekiranya betullah apa yg tuan nukilkan ni, memang bengong lah puak2 yg cuba nk menjatuhkan DSAI ni. Kalau dikenang balik, macam2 dugaan yg telah dihadapi oleh DSAI yg tidak pernah dihadapi oleh mana2 politician di malaysia ni. Malah pas telah banyak mendapat kredit drpd kesengsaraan yg dihadapi oleh DSAI. Tp apabila mereka rs sudah kuat dan tdk memerlukan DSAI lg maka mereka mahu tendang DSAI begitu saja. Beginikah politik Islam yg dilaung2kn selama ini. Wallahuaklam.
ReplyDeleteAbe setuju dgn komen sdr Pelabuhan Keredhaan, dan kpd sdr bat8 sila baca hok blog2 yg di kelola oleh non melayu & non muslim, ulasan mereka mengenai islam amat menjenkelkan, cubalah sesekali berfikir dgn waras tanpa diselubungi emosi, pasal kejahatan UBN tak payah nak ulas panjang semua dah tahu, persoalannya skrg apa persedian melayu islam pasca PRU13, jgn terlalu galak hendak berubah tapi tanpa persedian, ingat golongan oportunis/politician selalunya akn mengambil kesempatan.
ReplyDeleteYang ambo berbulu coklat hacks. Masih dok timbul isu kalimah. Selagi dia ada payah nak kawal dap ni.
ReplyDeletepd pandangan wa, tulisan MSO nie adalah semata2 berdasarkan persepsi sj. x ada knyataan rasmi atau bukti, peristiwa itu dirakamkan secara fakta. PERSEPSI X MELAMBANGKAN REALITI.... andai persepsi dijadikan fakta utk brhujah, sy juga boleh mngandaikan bahawa MSO ini adalah seorg penulis yg mungkin telah diupah oleh satu pihak utk melaga2kan pimpinan PR dan menangguk di air yg keruh.... apapun kita tunggu knyataan rasmi drp mereka.... WA.
ReplyDeleteSalam Semua,
ReplyDeleteMenark isu ini. Kita serahkan saja pada Allah SWT. Amin
Ini realiti dalam PAS.HanyaMSO berani mengupas feil PAS.Orang lain 'nnakut haPAS'
ReplyDeleteDari pengalaman saya PAS suka 'jeh' orang lain. Hingga mereka lupa apa Rasulullah hampar dan praktik di Madinah.
Tokjeng yang dihormati,
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk memberi pendapat saya setelah membaca komen tokjeng diatas. Pertama-tama sekali saya minta kefahaman bahawa saya tidak menulis komen ini untuk membela Tuan MSO. Tokjeng tentu telah jelas dimana pendirian saya dalam soal dibangkitkan melalui posting yang kita bincangkan ini.
Pertama-tamanya saya dan saya percaya Tuan MSO dan lain-lain tidak mempertikaikan keilmuan, penguasaan ilmu dan kedudukan ulamak-ulamak yang berada di dalam PAS. Saya akur dan patuh kepada keilmuan ugama yang mereka ada dan kedudukan mereka secara umumnya sebagai pemimpin ummah.
Yang menjadi kemusyikilan ialah dari segi tindakan siasah dan bacaan realiti keadaan semasa sahaja segelintir ulamak dalam PAS yang menggunakan platform MSU dan PAS yang tidak munasabah dengan realiti sebenar. Mengapa wujud persepsi ini?
Persepsi ini wujud jika kita perhatikan tindakan, isu-isu yang dibangkitkan, kesan/reaksi UMNO kepada isu yang dimainkan oleh segelintir golongan ini sejak PAS telah membuat keputusan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Ipoh beberapa tahun lepas. Jadi persepsi yang wujud bukanlah satu tomahan atau sangkaan tetapi berdasarkan apa yang dilakukan oleh segelintir Ulamak-Ulamak dalam PAS ini dan rentetan-rentetan peristiwa yang dimainkan oleh UMNO apabila diberi bola tanggung sejak keputusan muktamar di Ipoh dulu.
Sekali lagi dinyatakan tidak ada niat untuk membelakangkan perana Ulamak didalam PAS. yang dipersoalkan ialah tindakan segelintir ulamak di dalam PAS yang menggunakan platform MSU dan PAS untuk membawa PAS melakukan harakiri politik dan mengkhianati aspirasi sebahagian besar orang melayu yang mahu melakukan perubahan - sebabnya pada saya tidak memahami realiti politik, ekonomi, sosial dsbnya.
Aktiviti-aktiviti kelompok ini sejak Muktamar PAS di Ipoh adalah real jika kita memahami isu "kerajaang Perpaduang", mengenali siapakah pemain-pemain UG ini,memerhatikan isu-isu yang dimainkan oleh mereka dan respon-respon UMNO setiap kali kelompok ini melontarkan isu ke gelanggang politik. Orang yang tidak mengamatinya mungkin tidak akan perasan.
Satu lagi perkara penting yang mesti jelas - tidak ada sesiapa pun meragui keikhlasan segelintir ulamak-ulamak ini dalam perjuangan memartabatkan Islam. Dalam hal ini, kita semua masih berpayung dibawah ketinggian ilmu mereka.
Ambo bukan ahli mana-mana parti politik tetapi menyokong PAS sejak umo 16 tahun.
Setakat ini dulu, sebagai pembuka kata untuk perbincangan seterusnya.
bat8
Sdra Azhar Ismail,
ReplyDeleteBetul apa yang sdra sebut mengenai pandangan negatif terhadap Islam di dalam blog-blog non-malay. tetapi tidakkah kita semua perasan bagaimana Islam di negatifkan oleh blogger-blogger UMNO hanya untuk menegakkan dan menghalalkan tindak-tanduk UMNO. Dan inilah parti yang segelintir pemimpin PAS mahu gantungkan perjuangan Islam mereka. Ambo dah ulas serba sedikit tentang watak, madus operandi UMNO sebelum ini.
Dalam isu permainan kelompok UG selama ini mungkin persepsi bagi orang yang tidak memerhatikan perkembangan sejak Mukatamar di Ipoh tempohari. Juga yang tidak mengenali siapakah watak-watak ini.
Antara watak-watak ini semua orang kenal, seperti Hassan Ali dan Ustaz nasha ( akhir-akhir ini). Tetapi watak utama tidak menonjol sangat.
Watak ini dapat kita lihat jika kita perhati betul-betul dengan isu-isu yang dilontarkan mereka dan respon-respon UMNO dalam menyambut lontaran-lontaran ini.
Dulu mereka beroperasi secara sembunyi-sembunyi setelah Muktamar PAS di Ipoh menolak kerjasama dengan UMNO. tetapi kalau kita perhati betul-betul, kita akan nampak pattern dan polanya. Pada umum, mungkin tak perasan.
Sekarang mereka menjalankan usaha mereka dengan lebih terbuka dengan menggunakan salah satu DEwan di dalam PAS dan sila lihat timing dipilih, dekat2 dengan PRU 13 setelah semuanya telah disepakati untuk "UP"kan agenda mereka . Sebab itu ambo kata kena perhati dari lepas Mukatamar di Ipoh dulu lagi. Kalau baru nak tengok dengan insiden terbar/isu terbaru ini, memang tak nampak.
bat8
Harun Din tidak boleh mencampuradukkan perasaan peribadi beliau terhadap mereka yang membiayai penerbangan dan perubatan beliau di Australia dan Amerika Syarikat dengan politik perjuangan Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteMacam ni lah. Tak baik dan sangat jahat jika Pas menikam Pakatan Rakyat selepas penamaan calon. Saya cadangkan Umno bertanding di kawasan yang mereka sudah menang melawan Pakatan Rakyat dan Pas pula bertanding melawan Pakatan Rakyat (PKR + DAP) di kawasan yang mereka sudah menang. Jadi pertembungan PRU-13 ialah BN vs Pakatan Rakyat dan Pas vs Pakatan Rakyat. Saya juga berminat untuk melihat keputusan jika PKR vs Pas di kerusi-kerusi Kelantan dan Terenganu tanpa melibatkan BN.
sekali depa khianati rakyat , rakyat akan hilang keyakinan .. maka , 50 tahun lagi laa UMNO/BN perintah
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya baru membaca blog Malaysian Waves mengenai isu yang sama. Mengikut blog tersebut cadangan yang di bawa oleh Dato haron Din ialah meminta Anwar berundur sebagai calon PM Pakatan dan mencadangkan Kuli sebagai penganti.
Saya pernah membaca mengenai perkara yang sama dalam blog Pak Aspan. Saya juga telah membuat komen mengenai isu ini.
Pertama dimanakah logiknya mencadangkan KULI, seorang pemimpin kecil parti lawan ( Kuli hanya Ketua Bahagian GM sahaja) dan nobody ( sebab tidak menjadi ahli MKT pun) sebagai bakal ketua kerajaan Pakatan jika Pakatan menang PRU 13 nanti.
Kalau cadangan ini bernas, elok lantik sahaja Mahathir kerna Mahathir adalah bekas PM Malaysia dan belas Presiden UMNO selama 22 tahun. lagi le hebat.
Jika cadangan ini logik dan merupakan satu idea yang menakjubkan, eloklah puak UG ini mencadangkan kepada UMNO agar melantik Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan PM dari Najib kerana semua penanda aras/indikator menunjukkan Najib gagal menjalankan tugasnya sebagai PM dan memajukan ekonomi Malaysia.
Cadangan ini dilaporkan oleh media datang dari...jeng..jeng...jeng ( terlupa pulak nama pemimping ini).
bat8
Saudara saudari sekalian,
ReplyDeleteTak timbul isu PAS nak bergabung dengan UMNO malah kerajaan perpaduan yang dilaunkan dulu pun banyak disalah ertikan. Kerajaan Perpaduan dicetuskan untuk menggabungkan seluruh parti politik dan bukannya gabungan antara PAS dan UMNO. Semua parti politik bergabung perintah Malaysia. Satu cadangan yang sangat bernas tapi sukar dilaksanakan jika melihat realiti. Mana mungkin parti parti politik Malaysia bergabung semuanya. Berdasarkan rekod di Malaysia terutama BN apabila sesebuah parti menang mereka akan cuba cantas habis habisan parti lawan walaupun parti lawan kalah pilihanraya atau hanya menang di kawasan tertentu seperti menafikan royalti petroleum di Terengganu dan Kelantan. Atas dasar faktor dan rekod yg teruk ini, kerajaan dan pembangkang sekarng tak akn bergabung kerana masing2 meragui keikhlasan parti lawan.
satu lagi hujah PAS tak akan bergabung dengan UMNO sekarang ialah faktor kewujudan tahaluf siasi. Antara faktor utama PAS bersama dengan pakatan rakyat adalah dakwah. Mana mungkin PAS berdakwah dengan memberi kesan yg buruk dan luka yg mendalam kepada bukan islam khususnya. PAS sebagai parti islam akan cuba menjaga kehebatannya dan kehikmahan dalam menggerakkan parti mereka. Perbuatan mungkir janji dan menipu dalam pakatan rakyat dengan keluar pakatan saat akhir akan menimbulkan pandangan negatif bukan islam kepada islam setelah PAS berjaya menarik minat bukan islam bekerjasama dengan islam. Pandangan negatif yang mungkin berpanjangan ini akan memburukkan usaha dakwah yang ingin dicapai oleh PAS sama ada semasa menjadi pembangkang atau kerajaan.
PAS beruntung dipimpin oleh TGHA seornag ulama' yang bukan sahaja bergerak diperingkat Malaysia tetapi pergerakannya diakui di peringkat antarabangsa. Malah dari sudut pandangan dan kemampuan politik, pandangan dan kemampuan politik TGHA lebih matang dalam memperjuangkan agenda islam hasil kemampuannya bergerak diperingkat antarabngsa. Hanya ada satu sahaja sebab kalau PAS akan keluar daripada pakatan. Jika pakatan tidak boleh melaksanaka agenda islam dan memertabatkan umat islam. Hanya satu sebab ini sahaja yang memungkinkan PAS keluar pakatan. Malah tidak keterlaluan mengatakan atas dasar ini juga PAS akan memilih calon Perdana Menteri.
Persoalannya yang timbul sekarang hanyalah, keraguan kita terhadap keikhlasan ulama' dalam PAS berjuang di dalam PAS. Jika anda yakin dengan ulama' tersebut dan kelilmuannya, tidak timbul isu ini. Mengikut pemerhatian kerdil, ulama' yang hebat keilmuannya sungguh berdisplin dan berpegang teguh dengan prinsip. Maka kuatlah sokongan anda kepada para ulama' ini, jangan meraguinya.
Perkara yang dimusykilkan ialah usaha memperkecilakn kekuatan PAS. Kalau mengikut analisis awal, diantara parti yang didominasi oleh melayu. Antara UMNO, KEADILAN dan PAS, PAS dijangka mendapat kerusi paling sedikit di parlimen. Walaupun begitu, PAS mempunyai kekuatan kerana dilihat sebagai jmbatan diantara BN dan Pakatan seperti KEADILAN sebagai jambatan kepada PAS dan DAP. Kekuatan tersebut membolehkan PAS membuat tuntutan yang lebih supaya suara mereka lebih didengari. Oleh itu, saya merasa ada usaha melemahkan PAS untuk membuat tuntutan pada masa akan datang yg kebanyakkan berasaskan agenda memartabatkan islam yang semestinya akan diketuai oleh ulama' di dalam PAS. Usahanya senang, meragukan keikhlasan ulama' dalm memperjuangkan hak rakyat.
Walhua'lam
Assalamualaikum.
ReplyDeletePandangan saya pendek.
PAS dan DAP pernah bergabung menjadi Barisan Alternatif
Tetapi tidak diterima rakyat dan akhirnya mereka mengikut haluan masing2.
Selepas DSAI keluar penjara beliau sekali lagi menggabungkan PAS dan DAP menjadi 1 komponen
Kali ini PAS PKR DAP berjaya menang besar dalam sejarah politik Malaysia
Adakah kemenangan besar ini kerana PAS mahupun DAP?
Rakyat Malaysia rata2 mahu DSAi sebagai PM
Adakah masa PRU 12 PAS dan DAP memang kerana pengaruh PAS dan DAP itu sendiri?
Jangan jawab soalan saya diatas sekiranya anda jawab sebagai penyokong PAS atau DAP.
Sekiranya PAS tidak mahu Anwar sebagai PM senang saja jalan penyelesaian
PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT
Jika PAS tidak mahu keluar PAKATAN RAKYAT dan TIDAK MAHU ANWAR SEBAGAI PM Malaysia seperti PAS mengemis simpati.
Jika tidak kerana DSAI rasa2 PAS boleh jadi Kerajaan Negeri di Perak (sementara) dan Kedah?
Hahahaha.. Tu dia! Masa awl2 puak anwar dlm Pas begitu taksub dgn anwar MSO ni la org yg paling lantang mengkritik. Siap masuk tv3 lagi tu. Kritik golongan pentaksub anwar dlm Pas. La ni MSO pulak yg jadi penjilat bontot anwar no wahid!! Dunia..dunia.. Masyuk kot bila jadi penjilat tegar anwar. Hanya tuhan je yg tahu.. Harap MSO dapat bersumpah atas nama Allah yg anwar x pernah bagi MSO apa2 ganjaran. Ada berani ke? Demi anwar haron Din dihina dan dikritik dgn sebegitu rupa.. Ulamak yg dahulu dihormati dihina demi menghalalkan apa yg anwar buat. Tahniah MSO.. Good job. Tak sia2 hari2 keluar tulisan memuja anwar. Berani ke nak siar tulisan aku ni?
ReplyDeleteTak tahulah siapa yang dapat mengesahkan berkenaan projek Ku Li yang diperkatakan.Soal Kuli jadi alternatif PM ni rasanya dah lama.. zaman era Pak Lah di mana idea Kerajaan Perpaduan ditimbulkan.Sebagaimana yang dah dijelaskan berkali-kali, konsep unity government bukanlah melibatkan UMNO dan PAS tetapi keseluruhan komponen BN mahupun Pakatan sebagaimana yang berlaku selepas peristiwa 13 May di mana PPP, PAS dan Gerakan yang sebelumnya pembangkang menyertai Barisan Nasaional.Perkara ini takkan berlaku sebab komponen PR memang tak mau. PAS pun dah ambil keputusan Projek UG tutup buku..
ReplyDeleteSatu perkara yang perlu kita tahu,pimpinan PAS banyak kali sebut lepas pilihanraya baru kita boleh tentukan PM siapa dia sebab kita belum tahu siapa yang menang atau kalah. Dari segi logik betul la tu. Saya nampak ini juga salah satu bentuk "amaran" buat Anwar mahupun DAP sendiri supaya tidak melakukan perkara yang bukan-bukan. If u do so then we will defact.
Contoh perkara bukan-bukan yang saya maksudkan ialah bila Lim Guan Eng Gatal mulut bukak cerita balik pasal kalimah Allah. Isu ni dah timbul dulu dan dahpun disenyapkan. Apa motif LGE bukak isu ni? Nak "paksa" PAS kata boleh untuk dapat sokongan pengundi Cina? Tidakkah LGE dan DAP dapat terlalu bodoh samapai tak boleh mengagak apa yang bakal berlaku jika isu ni dimainkan? Itu belum dicampur lagi dengan tindak tanduk Anwar yang agak lunak dengan golongan-golongan liberal dan tuntutan yang bukan-bukan kelompok-kelompok tertentu sehingga menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan pengundi atas pagar melayu muslim.
Janganlah PR syok sendiri dan merasakan majoriti rakyat akan menyokong mereka. Betul ramai yang mahu melihat BN dijatuhkan akan tetapi ia tidaklah bermakna PR boleh buat apa saja janji BN jatuh. Bagi kelompok Melayu Muslim yang masih menjadi majoriti di Malaysia, isu kedaulatan Islam dan kepentingan masyarakat melayu sebagai pribumi tetap menjadi pertimbangan utama. Jika tidak TGHH takkan membuat kenyataan sekiranya kerjasama PAS dalam PR merugikan agama Islam dan umatnya maka PAS tidak teragak-agak untuk mufaraqah dari PR.
Jadi kalaupun betul soal 'projek Ku Li" ini, ia lebih kepada satu bentuk "peringatan" buat DSAI dan DAP.. Wallahualam..
Sedikit penjelasan, ada beberapa pengomen bertanya apakah saya sudah bertemu dengan Haron Din untuk mendapat penjelasan berhubung apa yang saya tulis. Apa nak dikatakan dengan permintaan itu, memang ia sebaik-baiknya. Tetapi apakah benda yang rahsia (misteri) wajar dilakukan begitu. Haron Din tidak akan menceritakan apa yang berlaku seperti mana dia tidak akan menjawab apa yang saya tanggapi itu. Tidak timbul soal fitnah, itu adalah penulisan ... gunalah akal. Kalau tidak pecaya ya sudah, saya sudah menjalankan kerja untuk menghalang usaha menyekat perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Dalam kerja ini menuruti sakuran ini saya ada etika sendiri, saya tidak akan mendedahkan kesemuanya sekali.
ReplyDeleteSeloknya orang yang menyuruh saya itu bertanya dan berjumpa sendiri dengan Haron Din, habis cerita. Saya yakin dia akan sedia berjumpa dengan orang2 seperti itu dan bukan saya.
Yang pastinya bahawa pertemuan itu berlaku, dan intipatinya seperti apa yang disebutkan itu.
Selalu terjadi begini di kalangan petaksub kelas atasan, mereka akan mengogeh-ogehkan apa yang ditimbulkan mengenai pemimpin mereka, tetapi akan terus percaya kalau ia berlaku kepada pemimpin UBN.
Banyak saya menulis mengenai Mahathir, Najib dan sebagainya tidak ada pula orang mukhlis atau mukhlisin seperti itu meminta saya berjumpa dan bertanyakan Mahathir sendiri. Sesungguhnya cadagan sebegitu tidak pratikal didalam dunia kewartawanan yang berbentuk penyiasatan? Jangan kita double standard dalam menilai sesuatu. Tanpa salam dan tanpa wassalam.
Saya rasa ini merupakan satu strategi pembunuhan watak saja...saya tak tau siapa terlibat,merancang,melaksana dan penjatuh hukuman.. walau bagaimanapun tak mungkin seorang atau berdua tetapi sepasukan...kalau kita lihat semua pemimpin dalam PAKATAN telah pun kena...ada yang utuh bertahan kerana dilindungi ALLAH ada yang tak berupaya...terikut dan akhirnya hancur jiwanya..perjuangannya patah dan berkecai ditengah jalan...Sesiapa saja yang ditunjuk sebagai pemimpin utama pasti akan kena strategi ini...media..orang dalam..strategi luar..akan dilakukan...bagi saya kalaulah Tengku Razaliegh menjadi Pilihan ...maaflah..disaat kita perlu undi Melayu hanya 25 peratus saja lagi akhirnya kita tidak akan mampu lagi menemui"nya"(suasana dan iklim sebegini) walaupun 500 tahun lagi seandainya belum kiamat sekiranya kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini...alangkah bagusnya kalau Pemimpin Cina Kelantan ditunjuk sebagai pemimpin utama PR untuk memimpin negara ini kalau pun Anwar tidak layak walaupun berkerusi roda..fikir-fikirlah..
ReplyDeleteTuan mso,banyak nya komentar kali ni, saya pun tak "chekat" nak baca.Saya rasa tuan tahu siapa jibrail dibelakang jibrail tu...Saya boleh gamak dah.Tuan pasti tak berani sebut nama,hanya tuan dok "ralet" membongkar saja.Kedua-dua Harun,Dato' Harun Taib dan Dato' Harun Din ...adalah pencetus dan menjadi jibrail... lagumana? contoh...tengok sejarah pas memerintah negeri Terengganu 1999-2004? akibat tidak flexible...tak "beri"...
ReplyDeleteKemenangan aktivis dan profesional sbg pemimpin parti dlm pemilihan muktamar lalu mungkin sedikit sebyk memberi impak kpd segelintir ulamak yg pro UG.harus diingat jg kemenangan mat sabu,husam,salahudin dan mahfuz adalah krn ahli parti melihat gerak kerja mereka selama ini terhadap parti.penolakan ust nasha jg seharusnya dilihat sbg simbolik penolakan ahli kpd UG itu sdiri bkn kpd ulamak.kemunculan lewat ust tn ibrahim menjd slh satu faktor kekalahan beliau pd masa tu.pengajarannya.....ahli2 parti sdh lama brsedia ke putrajaya dan bersetuju dgn tahaluf siyasi,mrk melihat kpd pemimpin yg membuat kerja dan bijak berpolitik dan masih menghormati ulamak.contohilah ulamak spt ust tn Ibrahim...bekerja dlm diam utk parti tanpa sbrg promosi diri....sibuk mentarbiah ahli bkn sibuk 'mentarbiah' media.ulamak jgn hya muncul dlm isu kalimah Allah shj,byk lg maslahat umat.semoga Allah ampunkan aku kiranya tulisanku ini salah.
ReplyDelete#timb presiden pas dikatakan pro syiah,manakala ketua dewan ulamak dikenali cukup anti dgn syiah...