FOTO PILIHAN
[kemaskini] Ada berbagai respon mengenai gambar ini yang mana ia boleh diambil kira dan merupakan maklumat tambahan untuk difahaminya. Gambar ini katanya diambil ketika Nik Zawawi dan beberapa yang lain menghadiri satu majlis (seminar, forum dsb) di Vietnam 10 tahun lalu. Ada yang kata ia tidak wajar diheret... tetapi saya sudah jelaskan ini dunia politik, apa-apa pun menjadi wajar sebab politik itu serba mungkin. Saya mempunyai tanggungjawab sosial dan memegang amanah bangsa.
Tanpa ada jawaban dan penjelasan Nik Zawawi ia tidak memuaskan hati saya dan orang lain juga. Bukan apa, hanya penjelasan direct darinya saja yang diperlukan. Selepas Subuh tadi ada hamba Allah menghubungi saya mengakui tahu apa yang berlaku di Vietnam itu dan mendakwa ada gambar yang lebih jelek lagi dari ini. Saya mengira itu hanya satu 'ugutan' saja. Namun saya mencabar hamba Allah itu untuk menyerahkan foto yang lebih jelek itu kalau ia benar memilikinya. Wassalam.
Ada Iya bukannya apa hanya sekeping gambar biasa saja yang tidak perlu pun menjadi kontroversi. Foto sebegini tidak lebih dari rakaman detik kenangan untuk disimpan dalam album peribadi. Tetapi ia menjadi salah kerana ia melibat individu penting dan orang ada jawatan penting dalam politik. Pulak tu masa gambar ini di publishkan di saat orang semua panas kepala.
Kalau Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bukan setiausaha Majlis Syura lamak PAS yang dianggap sebagai badan tertinggi di dalam PAS tidak ada dalam gambar ini, ia dilupakan begitu saja. Saya juga tidak 'hingin' melayan gambar ini yang dikirimkan kepada saya berkeping-keping ada yang kelabu asap sehingga sukar untuk mengesahkan ia tulen atau tidak.
Begitu juga kalau dalam gambar ini tidak ada bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan presiden MCA Chua Soi Lek yang mengaku bermukah dan merakam adigen mukahan, tidak menjadi masalah. Kalau setakat seorang lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang Cina, ia tidak perlu dikisah.
Tetapi kerana ada watak-watak itu yang dianggap tidak relevan untuk digambari dan disusuli pula membuat isyarat syahadat 1Malaysia itulah menjadi masalahnya. Kalau pihak PAS boleh mengeksplotasikan perbuatan dan karektor orang Umno yang seolah cenderong kepada PAS begitu jugalah sebaliknya.
1 Malaysia adalah isyarat shadat Najib Razak. Apa lagi ketika ini ulamak dalam PAS dituduh cuba menjolok kawan seniri ia boleh menyebabkan isyarat dilakukan Zawawi itu untuki menjolok rakan sendiri.
Kita tahu dunia politik itu rencam dengan segala macam. Setiap aksi, kata, hatta batuk dalam politik sensitif dan akan diterjemah dengan berbagai tafsiran mengikut kehendak orang yang menterjemahkannya. Justeru hal-hal sebegini (foto) ini bukan perkara enteng boleh diabaikan begitu saja. Nik Zawawi perlu memberi penjelasan tuntas mengenai.
Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah. Iktibar ke atas kejadian sebgini perlulah diambil kira.
Semalam saya telah menghantar satu SMS kepada beliau menerusi PM dalam Faxebook memita beliau jelaskan mengenai foto berkenaan. Tetapi masih belum menerima apa-apa perkhabaran hingga kini. Mungkin beliau belum membacanya atau menganggap ia sebagai spam saja, kerana tidak penting. SMS saya itu tidak lebih sebagai tahi ayam kering saja.
Percayalah cerita gambar ini tidak akan berakhir disini saja. Ia akan terus dicakap dan diungkitkan. Apa lagi kalau kebetulan dalam pilihan raya nanti ulamak muda PAS ini turut sama bertanding dalam pilihan raya. Kalau Fatul Bari Mat Jahya boleh memberi penjelasan berhubung perkahwinan 'lari'nya di Siam saya tidak merasa Zawawi merasa begitu kelas untuk tidak menjawab dan memberi penjelasan mengenai gambar ini.
Entahlah kalau dia ini yang sekali imblas semacam wajah bekas timbalan presiden PAS itu juga mempunyai fiil dan perangai sama dengan orang itu. [wm.kl.4: 13 pm 04/02/13]
Apa2 pun kita dgr dulu komen dr yg empunya diri,sekrg ni gambar pun boleh menipu.Agar Allah swt tetapkan pepaduan sesama kita,apa pun ubn mesti dimuziumkan.
ReplyDeleteBukan setakat gambar bh syahdah 1 Malaysia.. gambar dia dan mustafa ali jumpa chua soi lek (org yg sama spt di atas)di luar negeri (saya assume sbb pakai baju sejuk n siap pakai snow cap) pun dh tersebar..
ReplyDeleteapa erti semua ni? kalau sekali org blh kata kebetulan tp dh dua dan mungkin banyak lg to yg problem..
makin kuat lah rumaour yg PAS akn join UMNO jika BN kalah tipis dlm PRU13 nnt..
Gambar lama 2010 punya kisah di Phnom Penh
ReplyDelete"MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek poses with other Malaysian representatives. Gentleman with songkok is former Perlis Menteri Besar Dato’ Seri Shahidan Kassim (UMNO). To Soi Lek’s right is Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Political Secretary to PAS President at a meeting held in Phnom Penh."
Gambar lama 2010 punya kisah di Phnom Penh
ReplyDelete"MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek poses with other Malaysian representatives. Gentleman with songkok is former Perlis Menteri Besar Dato’ Seri Shahidan Kassim (UMNO). To Soi Lek’s right is Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Political Secretary to PAS President at a meeting held in Phnom Penh."
takyah tokok tambah perencah dan perisa. pastikan dulu gambar tu bila, bukan sebarkan terus.
salam,saya desak supaya nik zawawi beri pencerahan apa yang sebenarnya berlaku. Saya sangat benci pada manusia munafik yang mengaku berjuang demi Islam. Saya adalaha penyokong PAS dari dulu kini dan seterusnya.
ReplyDeleteKalau tidak beri pencerahan maka saya akan menyumpah dia ini hingga ke anak cucunya kerana telah mengkhianati perjuangan kami.
Saya harap majlis tertinggi PAS bikin sidang tergempar akan hal ini. Jangan sampai akar umbi ambil tindakan sendiri.
anonymous-reader cuba nak buat penjelasan dengan memberi caption gambar berkenaan tetapi nampaknya tersasar jauh. Zawawi kena jelaskan tak kisah lah gambar ini lama atau baru. Itu pun payahkah nak jewlas.
ReplyDeleteTtg foto ust nik zawawi dgn chua soi lek & shahidan kasim. Ni respon ust syed ~ Gambar ketika persidangan antarabangsa di filipina lama dah. Turut hadir mewakili pas adalah Dr Raja iskandar dan Dr Ahmad Samsuri. Ramai2 tunjuk isyarat satu tu bukan gambarkan satu malaysia pun, pasal ramai lagi wakil antarabangsa lain.. Gambar ni sengaja disebarkan oleh puak yg fitnah kononnya ada ahli majlis syura yg pro umno..
ReplyDeletesekiranya kelompok ini berjaya meyakinkan ahli parlimen pas utk bergabung dgn umno, mereka akan berjaya bentuk kerajaan persekutuan tapi ianya takkan bertahan lama ... dan selepas itu PR khususnya PKR akan jadi lebih kukuh
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeletenak tanya Dr.Harun Din adakah watak-watak seperti Nik Zawawi OneMsia ,Nasha,Hassan Ali..menjadi pilihan beliau.Adakah mereka ini lebih layak diangkat menjadi ketua???
Adakah Najib,Mahathir,Soi Lek... lebih layak menjadi sahabat dalam mentadbir rakyat walaupun ahlak mereka jelas jahat dan kotor..
Adakah cara berpolitik AlMahrum Ust.Fadzil, Tok Guru Nik Aziz ,TG Hadi...tidak betul???
imej PAS! kena jaga, di mana di dunia, kecuali cabut title Pas, imej 24 jam. Orang tak kata kita mewakili bani mana, buka kelakuan ruang untuk orang mengata juga adalah saham...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSabor kawan2, gambar tu copy n paste x de prsidangan apa2 pun, cuba perhati nisbah kepala dengan badan Us. Zawawi tu, ada kekeliruan sebab gambar kepala lebih besar dengan nisbah badannya. Tak payah dibangkit fitnah yang sedang tidur tumpu kepada kerja kita.
Saya tidak faham dengan Politik Malaysia.
ReplyDeleteAdakah salah jika pemimpin politik parti berlawanan bergambar dan menghadiri majlis bersama di kira kesalahan?
Adakah salah Ustaz Nasha mengiringi PM Malaysia ke Gaza?
Dan juga bila dikatakan Malaysian Representatives, ianya boleh juga dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen tak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang, atau pun diwakilkan kepada setiausaha politik.
Jadi apa masalahnya??? Masih lagi dengan pemikiran zaman batu berpolitik cara kampung?? Orang PAS tak boleh datang kenduri kawen orang UMNO dan sebaliknya??
Sudah2 lah tu pakcik.
makin dekat pru makin ramai kaki cari makan..sapa yg jadi musuh dlm selimut lps pru akan terbongkar! tak kirala sapa samaada calon atau blogger semua ada pluang utk belot..biasala cari makan
ReplyDelete