Bagi saya
berjumpa dan berbicara dengan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan satu tuah
dan peluang keemasan. Walaupun sudah
acap kali saya dapat bersamanya dalam keadaan eksekusif – ada kalanya dari satu
waktu solat membawa ke solat lain, tetapi bukan bermakna saya sudah puas. Jauh
sekali terasa istimewa malahan terasa makin sayup pula dengannya selepas sesuatu pertemuan itu.
Agak lama tidak berfoto seperti ini dengan Tokguru. |
Sebab itu tatkala
saya diberikan ruang, saya guna sepenuhnya. Saya manfaatkan sebaik mungkin agar
masa itu tidak akan sia-sia dan terbiar begitu saja. Hatta hidangan yang
disajikan saya enggan menjamahnya kerana tidak mahu membazirkan masa.
“Eh enta tak berahi (gemarkan) kueh ni?” begitulah kata Tokguru pada satu pertemuan bila beliau menyedari saya tidak makan dan menyentuh hidangan. Di hadapan kami tersedia berbagai kueh mueh yang dikirim oleh seseorang.
“Takkk... suka
togkuru, makan lah dulu,” balas saya sambil memerhati beliau makan. Bagi saya
yang memuliakannya melihat dalam apa jua bentuk gerak-gerinya, senyum dan tawa kecilnya semuanya indah dan
cintik.
Kepada saya untuk
bersamanya bukan perkara senang walaupun ia bukan sesulit untuk berjumpa
perdana menteri. Pergi atau tunggu saja masa waktu solat di masjid di Pulau Melaka,
pasti akan dapat bersua dengannya. Tokguru tidak akan pernah mengecewa dan
menghampakan harapan sesiapa untuk bertemu dan memohon bantuan darinya.
Sifat dan
keperibadian inilah menjadikan dia dihormati dan dikasihi oleh semua orang, baik
ahli parti, maupun musuh partinya. Bukan saja orang Melayu tetapi semua bangsa, India, Cina, Siam, Orang Asli dan lain-lain. Di sinilah kehebatan beliau mampu menundukkan orang,
menjadikan kasih dan bersimpati kepadanya dengan ketinggi akhlak dan pekertinya.
Kalau kebetulan
beliau tiada urusan lain, sebaik bersalam selepas solat, dia akan pelawa naik ke rumahnya yang terletak
di serambi masjid, dihidangkan air dan kueh mueh sekadar apa-apa yang ada.
Merujakan
dia akan mengangkat sendiri makanan atau minuman dan melayani tetamu tanpa dikelaskan darjat atau
pangkat. Sebenarnya sifat ini adalah warisan para guru-guru atau alim ulamak
yang tawaduk dan penuh dengan sifat qa'naah. Ruang tamu dan empat atau lima kerusi sedarha itulah tempat duduk dan bersimpuh tetamu, hatta kalau al Sutan mengunjunginya di ruang itulah juga tempat bagida beradu dan berbicara dengan beliau.
Di kala ini darjatnya
sebagai MB atau pemimpin tertinggi PAS tidak dipakai langsung, ditanggal dan
dia jadilah seperti kawan atau sahabat kita tanpa terasa dipisahkan oleh darjat.
Demikian humblenya beliau. Orang yang tidak mengenali beliau tidak sangka dia
adalah MB dan mungkin disangkakan sebagai pelayan di dalam rumah saja.
Justeru,
pertemuan semalam (24 Februari 2013), di hotel penginapannya di Kuala Lumpur
saya guna dan mengambil manfaat sepenuhnya. Saya tidak membazirkan kerana dialah
mutiara saya dan pendeta saya, yang amat mahal harganya. Dalam situasi hari ini kesihatannya mulai terganggu tidak kerap dia boleh meluangkan masa banyak untuk berbicara. Tidak terlampau kalau
dikatakan, hanya dia sahaja guru ataupun wali yang menzahirkan bebayangan
perteduhan kepada saya. Tiada guru atau tok guru lain yang saya kunjungan untuk
memecahkan apa-apa ilmu atau pun ilham dan waridat tentang sesuatu kecuali beliau.
Satu masa dulu semasa
hayat Ashaari Muhammad, (Almaruhum) (pemimpin jemaah Arqam) masih ada, dialah salah seorang lagi tempat saya
bernaungan dan berbicara mengenai ilmu dan juga sejarah tamadun Islam. Kandati
saya bukan ahli jemaah al Arqam tetapi saya merapatkan dirinya kerana terpesona dengan
gaya hidup dan keluasan sempadan perjuangannya. Bagi saya Ashaari berjiwa seorang penakluk, ini menyebabkan saya tertarik kepadanya.
Kepada saya
orang-orang agamawan, berpendidikan seperti mereka adalah ‘muktabah’ ilmu terbaik buat saya untuk menyelongkarkan segaka macam disiplin ilmu agama, menerima pandangan dan pengislahan dari segi teori dan praktikal agama.
Sore itu Tok guru memberi
ruang sebaiknya untuk saya. Dia mungkin sudah dapat meneka apakah isi
kandungan atau butir bicara yang hendak dibincangkan kepadanya. Seorang kahsyaf
sepertinya mengetahui apa yang terkandung dalam sanubari. Dia sudah arif saya
tidak akan saja-saja untuk menemui dengan membuat temujanji terbih dahulu kalau
tidak ada hak-hal mustahak. Dia sudah dapat menyangka apakah kepentingan dan kemustahakan itu.
Jadi kehadiran saya ditunggu dan pegawai-pegawainya, memberi kesempatan yang seluas kepada saya untuk berintraksi dengan tok guru.
“Abang Ti...
sulit ke dengan tok guru ni,” tanya Wan Zulefli pembantu atau asoib peribadinya untuk mengetahui natijah dan tujuan pertemuan.
“Tidak, sikit
sulit.. sikit terbuka, terbuka!,” jelas saya untuk tidak meletakkan pertemuan
dengan tokguru begitu eksklusif pada sore itu.
Penjelasan itu
menyenangkan Wan Zul untuk menguruskan perbualan saya dengan tokguru semahunya
dan sesempurnanya. Juga untuk mensesuaikan dirinya di mana dia harus berada nanti. Seorang
pembantu lain menyiapkkan seteko tea "O" dengan sedikit kueh, martabat, buah-buahan
sebagai pengiring pertemuan.
Ketika saya
sampai Tokguru masih di dalam biliknya, beradu. Saya cukup mengerti fiil orang
alim dan ulamak mereka akan tidur selepas Zohor sebagai sunnah.
Pertemuan
sepautnya selepas Zohor tetapi kerana lambat menerima maklumat, saya kendurkan
selepas Asar. “Elok selepas Asar Zul, waktu Zohor dah panjang, mungkin tok guru
hendak berihat,” balas saya kepada Zul.
“Tak apa abang
Ti, ni tok guru dah menunggu sedang baca surat khabar,” bagi tahu Zul lagi.
Saya sedikit serba salah ketika itu, Namun kerana untuk memberi kerihatan kepada tok guru saya menemuinya selepas Asar. Alhamdulilah pertemuan itu berlangsung hampir mencecah Isyak.
Saya faham tok guru perlukan masa rihat yang banyak sebab itu dia tidak berada
di rumah Kelantan, tetapi memilih hotel untuk berihat. Kalau dia berada di rumah
Kelantan tetamu akan datang tidak putus-putus, dan tokguru pula seorang yang
tidak tahu dan tergamak menghampakan tetamunya. Lagipun di sebelah pagi beliau menghadiri majlis akad nikah cucundanya di Shah Alam.
Lebih kurang 10
minit saya berada di ruang tamu menanti tokguru bangkit. Zul serba salah dan
cuba hendak mengejut tok guru tetapi saya mencegahnya. “Tak pa Zul... ana bukan
pun apa, saja saja nak berjumpa dengan tok guru, tak puas petang semalam,” jelas
saya.
Petang semalam
semasa majlis Himpunan Muslimat di Perantau di Taman Melawati saya sudah
bersama tokguru, berada dalam hidangan sama. Di situ saya sudah asyik
memerhati tok guru makan dan merakam gambarnya. Saya suka melihat tok guru
mencubit lauk, mengaul nasi kemudian disuapnya. Cara dia mengunyah nasi seakan
ada irama dan gendang mengangungkan Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. Irama dan gendang itulah yang ingin saya ketahui makrifatnya.
Hajat besar dalam pertemuan ini mengenai sesuatu yang dapat dikesan apa yang diperolehinya di Makkah. Saya ingin tahu dan penjelasan lanjut mengenai perkara itu. Dan selebihnya tentulah perihal ehwal politik dan calon pilihan raya. [wm.kl.12:26 pm 01/03/13]
Hajat besar dalam pertemuan ini mengenai sesuatu yang dapat dikesan apa yang diperolehinya di Makkah. Saya ingin tahu dan penjelasan lanjut mengenai perkara itu. Dan selebihnya tentulah perihal ehwal politik dan calon pilihan raya. [wm.kl.12:26 pm 01/03/13]
Bersambung dengan
catatan topik-topik perbualan dengan Tokguru.
Kalu Tok Guru baca atikel MSO ni, tetu dio toleh nok tido....
ReplyDeletePerjuangan PAS masih mengharapkan buah fikiran, pendapat, nasihat dan ketegasan Tok Guru. smoga Tok Guru dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan hendakNYA. Amin..
Tak sabar nak tunggu tulisan MSO seterusnya......
Salam saudara MSO..saya baru saja buka blog MSO,sebelum ni tak pernah tahu pun.Bila saya baca tulisan tuan dalam blog ni,tiba-tiba hati saya teringat pada tok guru,saya nak tengok dari dekat macam mana keadaan dia sekarang bila berdepan dengan fitnah puak-puak UMNO...Tadi saya ke tempat dia di pulau melaka,sebab kawan cakap hari jumaat boleh dikatakan dia selalu ada kat rumah,jadi pada saya,kalau pergi waktu asar mesti dapat jumpa dia.Kebetulan tadi saya sampai ke pulau melaka tepat-tepat waktu asar,memang dia yang jadi imam,saya terus solat berimamkan dia,lepas solat,berzikir sekejap & sebelum berdoa dia sempat lagi bagi tazkirah walaupun 5 minit..bila habis berdoa,semua orang keluar untuk balik ke rumah,tapi dia masih lagi kat dalam surau,saya tengok dia macam sedang mengaji.Waktu sekarang ahli-ahli politik sibuk berkempen,tapi dia macam takde apa-apa masalah,tetap tenang je..bila di fikirkan semua,saya rasa kesal sangat,kenapa sebelum ni saya tak pergi ke tempat dia walaupun cuti lama kat kelantan,padahal kata sayangkan tok guru..lepas ni kalau ada masa terluang,saya akan selalu pergi ke sana,walaupun jauh dari rumah,tapi berbaloi dapat tengok orang yang kita sayang..
ReplyDelete