[terkini] Polis mengesahkan dua anggota komando Malaysia dan 12 ahli kumpulan penceroboh dari Filipina terbunuh dalam pertempuran pagi tadi dalam kejadian pencerobohan wilayah Malaysia di Lahad Datu.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo dekat sini.
Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.
Serangan sekumpulan rakyat selatan Filipina yang mengakui sebagai pewaris kerajaan Sulu ke atas bumi Malaysia di Lahad Datu Sabah sesuatu yang mengejut dan mendukacitakan. Kejadian seperti itu sepatutnya sudah tidak berlaku lagi selepas Sabah merdeka dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) sudah 50 tahun.
Lokasi kawasan yang diceroboh. |
Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia sebelum menerima Sabah sebagai wilayah baru bersama Singapura, seharusnya memuktamadkan segala perkara itu dengan kerajan Filipina khasnya dan mana-mana pihak bersangkutan termasuk puak yang mengakui pewaris kesulutan Sulu yang ada hak ke atas Sabah. Mana-mana perkara dirasakan bakal berbangkit diberesi dulu sebelum menerima Sabah dan Sarawak.
Gunanya untuk tidak timbul masalah dikemudian hari. Gara-gara kurang cermat dan teliti itu atau tiada penyelesaian secara pakej maka terjadilah pencerobohan seperti sedang berlaku kini.
Tragedi mencabar wibawa Najib? |
Kita percaya yang akan menyerang dan menggayang negera kita bukan saja etnik serumpun tetapi orang asing juga yang bersifat tomak dan mahu menjadi raja lambat laun akan melakukannya.
Sekiranya kerajaan Malaysia berwaspada dan berpandangan jauh di dalam perkara ini apa yang meletus kini tidak akan terjadi. Pihak yang menggelarkan pewaris kerajaan Sulu tidak akan berani bertindak sewenang-wenang itu. Tetapi inilah bahananya apabila pemimpin Malaysia bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman Al Haj hingga ke zaman orang bijak Mahathir Mohamad gagal atau tidak cuba menyelesaikan apa-apa isu berbangkit di peringkat international.
Misalnya Malayisa di era Mahathir dianggap gembilang dan hebat, tetapi disebabkan kehebatan dan sanjungan dunia itu Mahathir gagal menyelesaikan berbagai perkara berbangkit di Sabah dan Sarawak. Bukan saja perkara berbangkit di peringkat international membabit puak pemisah di Filipina dan pihak-pihak tertentu tetapi perkara berbangkit dalam negeri (Sabah dan Sarawak) juga gagal. Contohnya isu tuntutan 20 perkara rakyat Sabah dan Sarawak yang kini dijadikan modal untuk menyerang Kuala Lumpur.
Berbalik kepada peristiwa pencerobohan yang kini makin kritikal menghairankan kenapa penceroboh itu dibiarkan sampai berminggu? Kumpulan seramai kira-kira 150 orang itu mula memasuki perairan kita di Kampung Tandou, Lahad Datu 11 Februari lalu. Hari ini sudah masuk hari ke 18 hari. Tempoh itu adalah satu tempoh yang panjang di mana kalau ianya sebiji benih sudah tumbuh dan memecah beberapa helai daun dan sudah mula menetaskan akar tunjang.
Membiarkan ia berada dan bertapak di tanah air kita begitu lama ia kurang bijak dan membahayakan keselamatan negara. Apa alasan pun kelambatan atau kegagalan menanganinya satu kesilapan besar yang perlu diakui sejujurnya.
Dan hari ini apa yang dibimbangi sudah pun berlaku. Sudah ada dilaporkan yang terkorban akibat pertempuran di antara puak penceroboh dengan pasukan keselamatan kita. Dua orang anggota Komando VAT 69 dilaporkan maut akibat terkena serpihan mortar puak penceroboh. Sementara ada laporan tidak disahkan pihak penceroboh juga ikut sama terbunuh. Adalah diharap kenyataan rasmi dari kedua pihak Malaysia dan penceroboh (Filipina) dapat dikeluarkan untuk tidak menimbulkan sebarang prasangka boleh memburukan keadaan.
Di sini tidak penting mencari pihak mana yang memulakannya sikap ganas, tembak. Hakikatnya bumi Lahad Datu sudah mula menelan darah. Malang lagi darah itu adalah darah umat Islam. Jika dilihat kepada nasak keturunan agama dan bangsa, tidak sepatutnya puak penceroboh itu yang mengakui kesultanan Sulu berketurunan Rasulullah (kononnya) menyerang dan negara orang yang pemerintahannya juga beragama Islam.
Kalaulah benar Sabah adalah daerah dan jajahan takluknya pihak kesultanan Sulu boleh menuntutnya di mahkamah timbang tara dunia, (ICJ) bukan bertindak ala zaman kuno. Hari ini peperangan di meja perundingan bukan menerusi pertarungan fizikal yang menentukan siapa menang dan siapa kalah dengan kekuatan fizikal. Perluru hari ini adalah hujah dan fakta bukan mortar, keris pedang, meriam atau bom.
Secara peribadi saya tidak mahu melihat isu ini berpanjangan. Tetapi lebih untuk mebcari di manakah kesalahan dan kelemahan semua pihak. Dari sebelah kita kenapa ia dibiarkan berminggu-minggu untuk menamatkan segera pencerobohan itu. Bukankah kita ada hubungan diplomatik dengan Filipina kenapa tidak meminta bantuan atau 'nasihat' dari kerajaan Filipina untuk melengsaikannya sesegera boleh?
Malaysia sepatutnya perlu segera meminta penjelasan dari kerajaan Filipina mengenai status penceroboh itu. Apakah ianya di bawah perlindungan Filipina ataupun mereka bergerak sendiri? Kalau mereka bergerak sendiri kerajaan Malaysia harus bertindak atas tujuan dan matlamat memelihara kedaulatan buminya sendiri. Begitu juga kalau ia dilindungi Filifina saluran diplomatik lain juga boleh digunapakai bagi mencari penyelesaian.
Apabila Malaysia lambat bertindak dan membiarkan penceroboh berlamaan di situ menyebabkan mereka jadi keras kepala. Perdana Menteri, Najib Razak tidak perlu berlembut dalam situasi kritikal dan mencabar kedudukan dan kedaulatan negara itu. Mereka perlu dilengsaikan segera tanpa memberi masa tawaran yang agak panjang.
Sedikit dimasykulkan apabila perdana menteri seperti membiarkan keadaan itu. Gara-gara itu timbul berbagai andaian kononnya ia sengaja dibiarkan kerana ada motif politik. Konon Najib mahu Lahad Datu dan Sabah didaruratkan memandangkan kedudukan UBN di negeri berkenaan sudah tidak berdaya lagi. Jadi apabila diadakan darurat Sabah tidak boleh diadakan pilihan raya umum, dan dengan mudah Umno akan menang. Dalam kata lain pencerobohan atau tragedi itu disandiwarakan?
Begitukah?
Saya sendiri tidak percaya kalau tragedi itu tetas teori atau satu formula politik. Nampak sangat Najib terdesak dan sanggup melakukan apa saja termasuk soal keselamatan dan maruah negara untuk kepentingan dirinya. Jadi saya menolak spekulasi nakal begitu. Sebaliknya saya meletak kepanjangan tempoh pencerobohan itu ada sangkut paut dengan kelemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara serta para pakar perang negara kita dalam menasihati Najib.
Dari sisi lain apa yang berlaku di Lahad Datu itu satu ujian buat Najib, mengenai keselamatan negara dan sejauh mana kecekapan beliau dalam menyelesaikan isu-isu sebesar itu. Ia memberi pengjaran berguna kepada Najib bahawa untuk mengatasi isu seperti itu bukan senang dan mudah. Najib belum ada pengalaman dalam hal ini kecuali kes al Ma'unah Bukit Jenalik, Perak.
Sesungguhnya kejadian itu menguji Najib. Menguji wibawa, maruah dan juga kebolehannya memimpin negara. Sekiranya Najib gagal menyelesaikan, atau kejadian itu menelan korban banyak baik di sebelah kita atau penceroboh itu, pemerhati akan membuat kesimpulan Najib tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak bijaksana menjadi 'penarik rambut dalam tepong'. Najib hanya layak dan mampu menjadi seorang bermulut merah saja. Tidak lebih dari itu.
Bagi saya tidak melampau kalau pencerobohan itu akan memakan mangsa korban lebih banyak ia memberi implikasi buruk kepada Najib. Orang boleh memaksa Najib melepas jawatan. Paksaan itu juga akan terheret kepada sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Degeri dan juga Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan. Mereka kena bertanggungjawab atas tragedi itu dan tidak boleh dianggap ia hanya seperti isu stadium runtuh di Terengganu atau jambatan (flyover) runtuh di Putrajaya.
Menjadi pemimpin bukan setakat untuk menawan ketua bahagian agar mencalonkan diri kita, atau lebih hebat memperdayakan rakyat dengan pelbagai habuan agar mengundi kita. Tetapi menjadi ketua negara ialah tanggungjawab memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin dan utuh. Apakah selepas ini Sabah pula akan hilang dari kerajaan Malaysia? Kalau Sabah setakat hilang dari Umno tidak menjadi masalah; yang bimbangnya Sabah akan mengikut jejak Singapura meninggalkan Malaysia?
Disebabkan sikap acuh tidak acuh dan alpa kepentingan sejarah bangsa dan negara kita kehilangan Batu Putih, sebahagian Pulau Sipadan apakah selepas ini ada pula wilayah tertentu di Sabah tidak akan menjadi milik kita dan hilang dalam peta Malaysia? Akhirnya saya berseru kepada Najib dan juga kepada ahli politik lain, berhenti sekejap untuk merebut kuasa sebaliknya duduk dan berfikirlah sejenak mencari jalan dan ikhtiar untuk mencegah perbuatan pencerobohan itu yang kini mahu mencuri negara kita.
Saya rasa Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin yang boleh diajak untuk mempertahankan negara dari para penceroboh. Umno usahlah degil. Korbankan pendirian dan sikap ego anda untuk berpadu dengan orang lain juga. Sesungguhnya dengan sebelah tangan kita tidak mampu berbuat lebih baik dari orang yang memilki dua belah tangan. Melayu kini dicaing-caingkan menjadi tiga belah tangan. Aduhhhhh. Penadol untuk Mat ... Mat mana lagi, Mat Maslan lah. [wm.kl. 6:24 pm 01/03/13]
assalamu alaikum tuan. Dalam perkara sebesar ini seharusnya apa yangboleh diambil adalah mengadakan sidang tergempar parlimen tapi nampaknya ia macam tak akan berlaku.
ReplyDeleteSemua kita tertanya-tanya bagaimana penceroboh itu boleh masuk keLahat Datu? Itulah persoalan yang bermain dalam pemikiran rakyat sekarang kerana apa yangberlaku hari ini tak akan berlaku kalau sejak awal lagi sempadan kita tidak dibolosi.
Hari ini nyawa telah tercagar dan nyawa-nyawa itu adalah nyawa orang Islam. Betul, kita tak boleh tuding menuding mencari kesalahan siapa kerana nasi telah pun jadi bubur tapi setiap yang berlaku pasti ada pertanggungjawaban dari pihak berkuasa dan di sini mahu tidak mahu UMNO memang bertanggungjawab kerana merek a minta kuasa namun bila berkuasa gagal menunaikan amanah dengan kuasa itu.
Yang aku pernah dengar, kalau di luar negara Malaysia berlaku begitu adalah menteri yang letak jawatan. Di Malaysia entah bila boleh berlaku begitu !.
ReplyDeleteBro, itu negara luar bukan m'sia. Klu negara luar, menteri boleh letak jawatan krn gagal awasi keselamatan tanah air.
ReplyDeleteKat m'sia semuanya yg penting jadi tak penting
Salam tuan. Persoalan yang sangat menarik. APAKAH SABAH BAKAL TERKELUAR DARIPADA MALAYSIA?
ReplyDeleteNovember 1961, satu Suruhanjaya Cobbold dibentuk untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Pada Tahun 1962 Suruhanjaya ini membuat peninjauan yang menyeluruh dikedua-dua negeri tersebut. Pada Pertengahan tahun 1962 laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan, Mengikut laporan hampir semua rakyat Sabah dan Sarawak monyokong pembentukan Persekutuan Malaysia.
Ini adalah merupakan asas kepada penyertaan Sabah membentuk Malaysia. Berbalik kepada persoalan di atas, sekiranya tuntutan ini membawa kepada pungutan suara seperti awal 1960an, suara penduduk asal sabah berkemungkinan akan akan diatasi oleh 'penduduk baru' atau Pendatang Tanpa Izin yang telah diberikan taraf kewarganegaraan sejak sekian lama. Keadaan ini boleh menyebabkan Sabah akan berpindah milik kepada penuntut.
Dan, adakah juga ini adalah menjelaskan bahawa kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah ini merupakan strategi jangka panjang penuntut untuk memperolehi Sabah kembali......?
SABDIL
Saya masih confuse.. kenapa polis (KDN) yg perlu selesaikan masalah ni sehingga ada anggota polis yg terkorban..? Kenapa bukan ATM? Kenapa perairan negara boleh dicerobohi dgn mudah oleh "tentera" bersenjata? Cara kerajaan tangani insiden ni berbeza dgn kes Sauk...
ReplyDeleteSedara norizam, kenapa PDRM bukan ATM? Simple je jwpan nye. Ada "orang" yg berebut political milage & nak tunjuk HEBAT depan mata RAKYAT yg dia nye seorang yg CAPABLE for PM MATERIAL IN THE FUTURE BY SOLVING THE STAND OFF PEACEFULLY serta nak menaikkan semula imej PDRM yg banyak TERCALAR BALAR akibat mengikut kata arahan Menteri yg INCOMPETENT.
ReplyDeleteTuan Haji,
ReplyDeleteIsu Sabah adalah isu yg unik, tetapi sangat mudah untuk difahami:
1) jika Jabatan Statistik melapurkan pendudik Sabah seramai, katakan, 4.5 juta orang, maka sila round up ke 6 juta;
2) sebahagian penduduk yang memiliki k/p dan pengundi di sana tidak oleh berbahasa M'sia/pribumi, dan bukan lahir di M'sia. Tanya TDM/UBN kenapa;
3) muskati (yakni bukan mustahil) terdapat di kalangan pasukan bersenjata Sultan Sulu memiliki dual kerkyatan;
4) Jika 100 anggota lengkap bersenjata dari luar boleh menceroboh masuk dengan mudah, bagaimana agaknya keadaan jika 10 pasukan seramai 100 orang setiap kumpulan berpecah dan masuk ke Sabah dari KK hingga ke Sandakan secara serentak?
5) apakah akan wujud retaliasi oleh golongan2 simpati serta penyokong Kesulatanan Sulu yg sudah bermastautin di Sabah, dan menjadikan Sabah sebagai Iraq di Timur? Sejauh mana keberkesanan Intel kita dan persediaan langkah2 mitigasi oleh pihak berkuasa dalam menangani kemungkinan ini?
6) Indecisive action @delays oleh pucuk pimpinan negara (politik, kem. dalam negeri, dan ketenteraan) berpotensi menambah risiko ke atas anggota keselamatan khasnya, dan rakyat amnya. Tragedi Lahad Datu adalah bukti terkini;
7) Invaders should be dealt with @ naturalized while they were still at sea. If we failed to detect their intrusion, we were doomed! and it looks like we as-a-matter-of-factly are.
Taziah kepada keluarga hero kita yang gugur di perbatasan, semuga Allah memasukan mereka dalam golongan para syuhada.
Ameen.
saya kurang setuju dengan tuan.. rasanya tindakan kerajaan mengadakan rundingan dengan mereka adalah yang terbaik walaupun lambat dan berminggu-minggu kedegilan penceroboh itu tiada apa yang boleh dilakukan melainkan mereka mendapat arahan dari Sultan Jamalul Kiram III sendiri supaya mereka berundur barulah mereka berundur..
ReplyDeletekalau Najib mahu selesaikan perkara konflik ini dengan segera sudah tentulah melibatkan lebih banyak pertumpahan darah apatah lagi melibatkan orang awam kerana penceroboh itu berkubu dan berkampung di Kampung Tundao menjadikan surau dan rumah penduduk sebagai markas
Kerajaan boleh saja melakukan perkara demikian samalah seperti kerajaan India lakukan terhadap pengganas semasa insiden di hotel mumbai dahulu dimana melibatkan kematian orang awam yg agak banyak
dakwaan tuan sekiranya kerajaan Malaysia berwaspada dan berpandangan jauh di dalam perkara ini apa yang meletus kini tidak akan terjadi... kita boleh tengok kepada perjanjian damai yang dimeterai antara MNLF dan kerajaan Filipina pada 15 Okt 2012 di Manila. Perjanjian ini sekurang-kurangnya boleh membawa kepada kestabilan dan kemakmuran antara filipina dan bahagian selatan filipina secara menyeluruh.. harus diingat Najib dan kerajaan tulang belakang penting terhadap perjanjian itu
mengenai saranan tuan bahawa Anwar Ibrahim boleh dijadikan galang ganti dalam kes di lahat datu..... Kerajaan Filipina melalui perisikannya mengatakan ada 3 entiti dalang kepada kejadian ini antara yang terlibat MALAYSIAN POLITICAL OPPOSITON menurut sumber
satu tuduhan yang berat yang mana bukan orang umno yang tuduh tapi semua atas sumber yang diperoleh dari perisikan Filipina
Dirancang atau pun tidak, rakyat nampak ini kelemahan siapa. Terlalu sibuk berstrategi memburuk pembangkang hingga lupa strategi pertahanan negara. Yang paling pelik, berbilion dibelanja dari bajet negara, takan 234 orang penceroboh menjadi masalah.
ReplyDeleteSalam, perlu diketahui filipina juga akan mengadakan pilihanraya umum.... Mereka juga mencari kambing hitam. Mengapa perlu mempercayai risikan negara luar bab kata MSO dlm twitt nyer..... Mereka agenda sendiri setah menyisihkan kesultanan sulu didalam perjanjian damainya dgn MNLF
ReplyDelete