Sunday, April 28, 2013

60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar?

KHABAR PAGI                                                                                                                  

Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook. [wm.kl. 8:53 am 28/04/13]

4 comments:

  1. Pemimpin Pas tahu. Ahli Pas juga tahu. Pas dan DAP berdepan dengan musuh yang sama (common enemy). Pas mahu menumbangkan Umno. DAP juga mahu yang serupa. Kerjasama politik Pas - DAP adalah atas matlamat yang saya, " Menumbangkan Umno ". Sebab itu mereka masih boleh bersama walau pun tak sekepala dalam isu Hudud atau Negara Islam.

    Mungkin yang dimaksudkan oleh Haron Din baru2 ini adalah, " kita tumbangkan Umno dahulu kemudian baru kita bincang pasal Hudud, pasal negara islam "

    Adakah ini boleh disamakan, " tak apa kita robohkan dulu rumah lama yang sedia ada, selepas tu baru kita bincang berapa pampasan nak beri kepada tuan rumah, berapa pampasan nak beri kepada tuan tanah, nak bina mesjid sahaja atau nak bina tokong saja atau nak bina mesjid dan tokong dalam satu kompleks, kemudian kita boleh bincang "

    Anda tahu apa akan berlaku selepas rumah lama dirobohkan dan tanah telah diratakan.

    1. Tuan rumah mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
    2. Tuan tanah juga mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
    3. Mesjid tak menjadi kenyataan.
    4. Tokong juga tak menjadi kenyataan.
    5. Tanah itu akhirnya ditumbuhi semak dan samun.
    6. Pemaju sesama dia naik turun mahkamah tak sudah2.

    Berdoalah supaya selepas PRU13 nanti KITA SELAMAT dan NEGARA JUGA SELAMAT.

    ReplyDelete
  2. Salam TokGaru

    Jika kita berpeggang kpd Allquraan dan Sunnah...Insyallah kita tidak akan sesat....kerana itu jgn ada keraguan di hati seperti yg Tokgaru katakan itu...

    Pecaya lah...melainkan jika Tokgaru BUKAN beragama Islam...maafkan saya.

    ReplyDelete
  3. Kedudukan Islam telah terjamin dlm perlembagaan Malaysia dan DAP telah berulang kali menegaskan yg DAP berpegang teguh kepada perlembagaan sedia ada. PR hanya perlu sedikit( minor ) pindaan utk memperkasakan kedudukan Islam di Negara kita. InsyaAllah, dgn jumlah MP di dewan yg majority adalah Islam, sebarang minor amendment tidal menjadi masalah

    ReplyDelete
  4. Salam...izinkan ambo menambah sikit apa yang dikatakan Tokgaru itu, rasanya tidak berapa kena jika bandingan seperti mengubahsuai rumah yang Tokgaru ibaratkan, beberapa kali ambo ulang baca bandingan itu bertambahlah rasa tidak sesuai bandingannya, bagi ambo hanya pemaju yang tamak, rakus, rasuah dan menindas yang lemah sahaja akan gagal. Pemaju yang ikhlas, sentiasa berusaha dan bertawakkal pada Allah pasti berjaya. Satu soalan ambo ingin tanya Tokgaru, habis tu sampai bila Tokgaru nak tinggal di rumah buruk yang usang penuh dengan tikus, pepijat hisap darah yang memudaratkan penghuninya, mahu tak mahu rumah usang itu rebah dengan sendirinya jua. Mungkin Tokgaru suka bertemankan tikus dan pepijat sebagai teman?!

    ReplyDelete