Insya-Allah Putrajaya akan jatuh secara mutlak kepada Pakatan Rakyat 5 Mei nanti? Itulah doa semua orang yang ingin melihat perubahan dan pembaharuan. Melihat bondongan manusia yang memasuki Putrajaya sejak kelmarin dan terbaru malam tadi, menjadikan saya optimis sesuatu kejutan akan berlaku 5 Mei kelak. Kalaupun kerusi Putrajaya liat untuk tumbang kerana kawasan itu eksklusif... tetapi apa yang sedang bergelombang di sana kini mencemaskan Teuku Adnan Teuku Mansor.
Dua anak muda (sebelah kanan) datang jauh dari Gerik. |
Pun begitu mungkin terlalu awal untuk mengatakan Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan tetapi gambaran fizikal menunjukkan kemungkinan itu bukan sesuatu yang omongan. Jika rahsia dari risikan mengatakan Pakatan kini sudah memiliki 124 kerusi, sah kerajaan UBN akan tumbang dan berakhirlah hegomoni UBN lebih 55 tahun.
Malam tadi lebih 20,000 orang hadir untuk mendengar ceramah "Tawan Putrajaya" oleh Azhar Idrus pendakwah celeberti. Kehadiran yang begitu ramai serta luapan perasaan yang menakjubkan memberi gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat kian meningkat dari hari ke sehari. Garaf Pakatan Rakyat terus menegak seolah tidak akan mendata lagi.
Si kembar ini juga datang untuk sokong Pakatan. |
Yang hadir semalam juga bukan saja mereka yang berada di Lembah Kelang, tetapi mereka termasuk juga dari Seremban, Selangor, bahkan yang datang dari Gerik Perak pun ada. Apa yang mengejutkan lebioh separuh yang hadir ada golongan muda.
Kesanggupan mereka datang dari jauh ini menjelaskan apa yang akan berlaku selepas ini. Bahawa rakyat khasnya orang Melayu tidak dapat ditahankan lagi kemarahan mereka kepada UBN. Tahap sokongan mereka kepada Pakatan sudah bertambah dan membuak-buak. Di kala ini bagilah apa saja kebendaan kepada mereka, mereka tidak akan peduli lagi. Mereka marah.
Kalau sebelum ini sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat dibawah 40 peratus, tetapi apa yang berlaku semalam saya berani mengatakan sokongan Melayu kepada Pakatan kini sudah melebih 40 peratus. Setidak-tidaknya ia sudah menjangkau ke angka 41 peratus.
Setiap hari ada-ada saja tokoh dan juga individu atas pagar mengumumkan diri menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Misalnya malam tadi aktor Mustapa Kamal bersama 100 orang mengistyharkan diri menyertai PAS secara rasmi. Penyertaan mereka akan memberi semangat dan mengetuk hati para peminat mereka untuk mengikut jejak mereka. Mereka tidak akan menjadi jalan mati kalau tidak yakin Pakatan Rakyat akan membuka lebuhraya kebenaran dan keadilan buat mereka dan rakyat jelata.
Pertambahan sokongan Melayu sehari dua ini juga sedikit sebanyak ada sangkut paut dengan kesedaran bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang mengambil keputusan untuk bersama PAS. Pengaruh beliau semasa menjadi MB Selangor masih tersisa. Orang-orang yang setia dengan perjuangannya yang obses kepada Melayu masih utuh. Dan mereka sudah tentu sedia untuk dielakkan menyokong Pakatan Rakyat.
Taburan kereta di sebatang jalan di Presint 19. |
Anak muda mendominasi kehadiran. |
"Orang cerita Pakatan akan menang jadi saya datang, saya tidak mahu berada di pihak yang akan kalah.... Saya mahu tengok perubahan," katanya menjelaskan perubahan dirinya.
"Saya baca blog Tuan yang menceritakan ledakan berlaku di Putrajaya, jadi saya mahu tengok sendiri. Ah... benar apa yang tuan kata. Saya percaya tuan, hidup tuan," katanya yang seorang lagi mengakui pembaca tegar blog saya dan tidak dapat menembunyikan keseronokan berjumpa dengan saya.
Menurutnya beliau sanggup datang dari Pekan Pahang semata-mata untuk menyaksi sendiri gelombang yang sedang merempuh Putrajaya. "Saya tahu Ustaz Azhar popular tetapi malam ini jumlah pendengarnya bertambah saya yakin kerana orang ingin menjatuhkan Barisan Nasional," ujarnya sambil membuat kesimpulan.
Semasa berjalan untuk memasuki ke kawasan ceramah di padang bola Presint 19, saya menyapa dua orang anak muda yang berjalan penuh bersemangat. Saya fikir mereka tinggal di Selangor atau Bangi, tetapi ia sungguh mengjutkan bila mana katanya dia datang dari Gerik. "Gerik...?" tanya saya tidak percaya. "Iya Gerik..Perak," balasnya.
"Jauh...," kata saya.
"Demi perjuangan nuntuk menjatuhkan Najib, bang...kita perlu melupai apa saja, jauh ke ataupun susah ke," balasnya sambil ketawa tetapi dalam nada serius.
"Macam mana di sana?" Saya mengambil kesempatan bertanya dua anak muda ini mengenai perkembangan di Perak. Di sana juga Alhamdulilah abang, hebat juga. "IysaAllah Perak akan dapat dirampas balik. Kali ini menang lebih besar," tegasnya.
Lokasi ceramah malam tadi agak tersorot. Pihak berkuasa sengaja meletakkan Pakatan Rakyat di tempat yang tidak begitu kondusif. Kereta tidak dapat diparking rapat dan terpaksa diletak jauh dari tempat ceramah dan kena menapak berkilo meter. Ada yang terpaksa berjalan lebih lima kilo meter pergi balik. Kerana tempat sempit, ada yang tidak dapat masuk dan memerhati dari jauh.
Hampir semua jalan menghala ke lokasi ceramah di Presint 19 itu poenuh sesak dengan kenderan serdaha dan mewah yang di parking di kiri kanan jalan sampai tiga line. Sesuatu yang bernasib baik dan ini pelik, polis trafik bermurah hati tidak bertindak menyita atau menyaman kereta yang diparking berselerakkan itu.
Mustapa Kamal bersama 100 membernya bersama Husam. |
Ada mengatakan yang hadir dekat ceramah Pakatan terdiri dari orang luar dan bukan pengundi di Putrajaya. Itu tidak menjadi masalah. Tujuan ceramah itu diadakan ialah untuk meledak Putrajaya dan memberi isyarat bahawa Putrajaya sudah berjaya dimasuki. Kehadiran malam tadi yang merupakan rekod benar-benar menggegarkan Putrajaya. Sudah pasti cerita Putrajaya sudah ditawan Pakatan Rakyat ini akan terhimbau ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, dan akan menjadi semangat untuk untuk menumbangkan UBN. Inikalilah.... aik. [wm.kl.11:44 am 28/04/13]
Alhamdulillah, mohon imam dan jemaah setiap masjid dan surau mengadakan solat hajat dan berdoa memohon kemenangan PR dlm PRU13 pada setiap malam selepas isyak hingga hari pilihanraya pada 5 Mei ini. Di samping usha keras Doa adalah senjata kita. Tinggal 6 hari lagi...Ini Kali Lah.
ReplyDeleteSaudara, saya sungguh terharu dan air mata membasah pipi apabila membaca lapuran saudara ini. Saudara saudara kita yang datang dari jauh hanya semata mata untuk bersama sama menghadiri dan menjadi sebahagian daripada arus perubahan amat mengharukan. Bayangkanlah kepayahan dan kesulitan yang terpaksa mereka harungi untuk tiba ketempat ini. Inilah dikatakan KUASA RAKYAT,INILAH DIKATAKAN SEMANGAT KEBANGKITAN RAKYAT.
ReplyDeleteSaya bukan orang melayu tetapi orang India. Tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia, saya begitu terharu dengan kesungguhan dan pengorbanan saudara saudara. Saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya. Saya berdoa agar setiap pengorbanan saudara saudara kita akan dikurniakan dengan hajatnya. SELAMAT BERJUANG SAUDARA SAUDARA SEMUA!
Moga impian menjadi kenyataan.
ReplyDeleteTerbaekk!! Tuan MSO..saya pun pengikut tegar blog tuan setiap hari dr tahun 2009....
ReplyDelete