Saturday, April 27, 2013

Karpal Singh Hidapi Saraf Politik?

ULASAN ISU                                                                                          

Kalau kita menyifatkan Karpal Singh sedang menghidap satu penyakit berhubung saraf mungkin ada yang tidak bersetuju dan akan menganggap tanggapan itu busuk dan kejam. Tetapi kalau diperhatikan tindak tanduk dan aksi-aksi lisan poliiknya (kenyataan media) yang tidak menuruti alunan angin semasa dalam PKR, Karpal Singh memang sah menghidap sejenis penyakit.

Karpal: Naif politik.
Pemikirannya mungkin masih waras, tetapi politiknya sudah tidak begitu waras. Karpal semacam bercakap apa yang terlintas di kepalanya saja tanpa mempedulikan maslahat lain dan dia seakan berada dalam kekacauan fikiran antara politik dengan profesyennya sebagai seorang pengamal undang-undang. Apakah Karpal tahu bahawa di dalam politik tidak ada (valid) undang-undang? Atau undang-undang hanya digunakan untuk pemanis mulut sahaja bukan untuk diamalkan sepenuhnya seperti di dalam sebuah perbicaraan mahkamah yang mempunyai tatacara dan peraturan ketat?

Jadi dunia politik tidak boleh disamakan dengan dunia mahkamah yang berdasarkan hujah dan fakta dan menang kalah bergantung kepaada teknikal?

Di dalam politik juga tidak ada kebenaran yang mutlak sebaliknya penuh dengan kemunafikan dan tipu helah. Tidakkah Penegerusi DAP itu mempelajari politik dari pihak lawan yang menyerang membabi buta tanpa mempedulikan undang-undang adat dan agama. Tidakkah dia tahu politik itu untuk mendapatkan kuasa dan kuasa itu akan digunakan membentuk apa yang kita perjuangkan?

Karpal seharusnya sudah arif dengan perkara ini sebab dia adalah orang usang dalam politik. Sudah menjadi ahli parlimen lebih 30 tahun. Sepatutnya dia tidak lagi bermain (berperang) dengan diri dan prinsipnya. Kalau dia mahu tegak dengan prinsipnya lebih baik beliau keluar dari circle politik. Duduk di pejabat, pergi ke mahkamah dan debatkan undang-undang di sana.

Haron: mencari modal.
Desakan terbaru Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim agar menyatakan pendirian dan sikap mengenai hudud adalah sesuatu yang bercanggah dengan semangat politik masa kini. Desakan Karpal itu songsang dan mematahkan semangat orang lain. Karpal tertinggal kapal politik masih membicarakan soal-soal yang remeh dari konteks politik. Saat orang bergerak untuk mendapatkan kuasa bagi memperbetulkan setiap kesilapan dibuat UBN, dia masih menggoncang sauh kapal kononnya ia perlu dipebetulkan.

Apakah Karpl tidak merasai yang kapal Pakatan Rakyat sedang meluncur laju dengan penuh bergaya kini. Kenapa hendak dikucahkan laut menjadi ombak bagi mengoleh-olehkan kapal? Karpal mendesak Anwar menyatakan soal hudud itu apabila Timbalan Mursyidul Am Haron menegaskan yang PAS tetap akan melaksanakan hudud. Karpal mungkin tidak faham apakah manfaat kenyataan Haron Din itu dengan suasana pilihan raya ini. Beliau sepatut bijak membaca kenyataan itu dan bukan bodoh menembak.

Sebagai parti Islam yang concern kepada hukum Islam semestilah Haron Din menegaskan demikian. Bagi PAS usaha melaksanakan hudud adalah wajib. Dan penegasan Haron Din itu juga dalah aset buat PAS dalam konteks Melayu. Seharusnya Karpal bijak membaca isi hati Haron Din.

Itu sebab saya kata Karpal cerdik dalam bidang undang-undang tetapi kurang bijak dalam politik.
Tenguk Lim Kit Siang atau Guan Eng, mereka juga ada agenda dan matlamat sendiri. Mereka juga ada sudut-sudut yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan lain baik Nik Aziz atau Anwar Ibrahim. Saya percaya mereka juga kurang bersetuju dengan hudud. Tetapi kerana mereka bijak politik tahu waktu mana hendak menyalak dan waktu mana hendak pejam-pejam mata.

Karpal cekap membela anak guamnya tetapi dia kurang cekap dan naif dalam politik. Kalau dia cerdik dia tidak akan membicarakan soal hudud dan bercakap benda-benda yang bertentangan dari segi moral, budaya dan agama pada saat sedang berjalan menuju ke pusat mengundi. Dia tidak bergasak dengan Dr Haron Din yang menyatakan pendirian dan sikapnya terhadap agenda Islamnya.

Dalam soal ini Haron Din juga boleh dipersalahkan kerana kurang bijak untuk menjual modal bagi mendapat undi. Beliau sepatutnya tidak membuka budu di tengah ramai kerana bau wangi budu itu akan menerpa hidung sesiapa saja termasuk yang alergik dengan pencicah pembuka selira makan itu.

Mulai hari ini baik Karpal dan Haron Din atau sesiapa jangan membincangkan soal agenda masing-masing dari lorong dan lurah agama dan bangsa. Kurang perselisihan atau tahan nafas untuk berlaga angin sesama sendiri. Yang penting biarlah Pakatan Rakyat menang dahulu. Selepas itu kalau hendak bergasak sampai berasap pun silakan. Kalau hendak bertikam main pedang pun silalah. Tetapi janganlah menjadi pandir, lebai malang ata pak kadok, kita bergaduh sebelum masanya. Kita berlundur sebelum duduk. Kebodohan kita jangan sampai dipersendakan oleh rakyat.

Semua pemimpin Pakatan Rakyat harus meletakkan usaha untuk menang terlebih dahulu. Soal tetek bengkit atau mengenai dasar dan polisi untuk menepati nyawa perlembagaan parti masing-masing bincang kemudian. Kalau dibincang masa ini, sebelum kuasa ada ia tidak menjadi apa-apa. Sia-sia sahaja. Pastikan meja bulat di Putrajaya terbentang dulu sebelum kita hendak berdebat dan menuntut hak.

Kepada rakyat dan pencipta perubahan pula usah pedulikan pertikaikan dan kekaburan politik orang seperti Karpal Singh atau Haron Din atau sesiapa pun. Tinggalkan mereka bergaduh dengan diri mereka sendiri. Kalau boleh campakkan mereka ke dalam tong sampah. Biar dia berkokok dari dalam ruang yang hanyir itu kerana ia sesuai dengan tahap politik mereka yang hampak dan haprak. Kalau kita mengambil pot kepada butir bicara yang merugikan kita, kita juga akan jadi seperti mereka. [wm.kl.10:50 am 27/04/13]

10 comments:

  1. Benar, Karpal sudah sampai ke penghujung arena politiknya. Biar Deo menerajui sptmana Guan Eng. saya Kira begitu jua dgn segelintir Kepimpinan PAS, yang walaupun tidak ramai, Ada kalanya terlupa, agenda Utama adalah menumbangkan rejim bn! Bukan menembak sesama sendiri.
    Bersihkan dosa dosa yg bn lakukan, belajar Dari Mesir Dan Turki. Laksanakan keadilan, pasti umat Akan tawadduk Dan lakukan perubahan secara perlahan, supaya mudah diterima .
    Pemimpin jangan emosinya dengan kenyataan2 provokasi bn.

    ReplyDelete
  2. Tuan haji.
    Saya setuju dengan pendapat dan cadangan tuan haji.Masing masing mereka ingin mendapatkan political mileage masing masing.Us Haron Din bercakap dalam bidang ketokohan dan alam sekitar pengundi Melayu.Karpal Singh pula dikerumuni pengundi Cina, rasanya tidak ada pengundi sorangpun yang sewaktu dengan dia.Jadi untuk menang itulah pula modalnya walaupun dia sudah ketinggalan bas.Cumanya hal tersebut boleh merencatkan hala tuju pakatan rakyat ke Putrajaya.Pengundi Melayu perlu bijaksana dan bijaksini, bahawa kalau yang menentang hukum hudud dilaksanakan itu orang bukan Islam berlapang dadalah.Memang itu sifat dan sikap orang bukan Islam. Kalau Karpal Singh sutuju hukum hudud itulah yang pelik dan mengkhairankan.Sudah pastilah Karpal Singh itu sudah mengucap dua kalimah syahadat.Kalau ustaz Haron Din yang cakap tidak mahu hukum hudud barulah kita rasa pelik.Itupun jangan kita terus menempik dan melatah, bak kata tuan haji MSO, kena "check" dulu atau buat kajian.Jangan terus buat andaian dan tuduhan.Selamat mengundi dan doalah sentiasa semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam dan menghancurkan segala perancangan jahat musuh musuh Islam.Terima kadih tuan haji kerana member laluan.

    ReplyDelete
  3. kemenangan belum pasti, bergaduh macam dah pegang kuasa. politik adalah agenda, setiap orang yang menyokong partijuga ada agenda, dan agenda terbesar adalah mahukan kemenangan. munafik bagi orang islam jika tak mahu hukum ditegakkan, tapi biarlah bila kuasa di tangan.

    kasihan, bila kapal sedang meluncur laju membelah gelora badai, tapi masih ada awak-awak yang masih mahu menebuk dinding bukan menampal

    minta kita ambil iktibar peristiwa pemanah uhud di jabal rumah

    ReplyDelete
  4. memang menghairankan. Berpolitik sampai 30 tahun, tapi pemikiran masih sama macam dulu. TIDAK TAHU cara untuk menang! Tidak strategis!

    suasana dan momentum memang menyebelahi pakatan rakyat - adalah sangat bodoh memberikan bola tanggung kepada media BN!

    abaikan 2 orang tersebut. Tumbangkan BN, kalau 5 tahun PR pegang tak bagus, apa susah - pangkahlah balik BN.

    ReplyDelete
  5. Sy sgt2 bersetuju dgn pendpt tuan mso.. 7hari terakhir ni sgt kritikal utk mendptkan undi atas pagar.. BN mmg tak de isu nak bangkitkan. . sbb tu dpt isu hudud tu terus front page dlm media depa..

    ReplyDelete
  6. Saya setuju benar dgn tuan mso.semua pimpinan PR SILA berpantang dan berhati hati dgn media PB.Jangan dok gila microfon bawak bertenang dan berpantang jangan dok kacau daun.

    ReplyDelete
  7. Apakah KS sudah jadi macam M. Cerdik tapi bercelaru antara masa dahulu dan masa kini? Masa muda-muda dulu masih boleh membezakan antara tugas peguam dan ahli politik, sekarang bercampur aduk.

    ReplyDelete
  8. betul la mso,yg nk bagi peluru kt bn waktu2 mcm ni bt apa?x boleh ke tunggu lepas kita tawan putrajaya kita bt forum kita beri faham kt bkn islam dan islam apa itu hudud,yg penting dptkn kuasa baru la boleh jalan hudud,x bijak betul la asal sua microfon melatah ini mcm nk sabotaj pakatan je

    ReplyDelete
  9. pemikiran Karpal sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia terlalu lama jadi pembangkang maka itu dia hanya mahu jadi pembangkang. Dia tidak dapat bayangkan macam mana jadi pemerintah. Kit Siang satu masa dulu pun macam Karpal ni jugak, tetapi dia telah berubah banyak (mungkin Guan Eng telah memberikan penerangan sejalas-jelasnya kepda ayahandanya). Oleh itu orang di sekeliling Karpal perlu melindunginya daripada ditemuramah oleh pemberita Media arusperdana. Ada baiknya dibawa Karpal pergi bercuti ke luar negara sehingga 5 Mei.

    ReplyDelete
  10. Tuan MSO,

    Saya setuju bila Tuan berkata Karpal dan Haron Din harus pejam mata dulu tentang isu hudud.

    Apa yang penting sekarang adalah menang dan membentuk kerajaan. Seterusnya selesai dahulu isu-isu kebajikan rakyat. Tunaikan dahulu manifesto yang dihamburkan. Kemudian sedikit demi sedikit terangkan ilmu kepada masyarakat. Biar masyarakat faham apa itu Islam dan apa itu hudud.

    Mohor extremist dalam PAS berlapang dada dahulu, jangan terus-terusan mendesak melaksanakan hudud, sedangkan rakyat terutama non-muslim masih belum jelas akannya.

    ReplyDelete