Dalam tempoh 12 jam semalam dan malam tadi Putrajaya diserang dan ditakluki oleh Pakatan Rakyat apabila belasan ribuan rakyat bermukim di situ untuk mengikuti ceramah perdana Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekaligus menzahirkan sokongan dan simpati kepada calon Pakatan Rakyat, Husam Musa.
Tokguru mendoakan untuk Husam dan PR. |
Sebaran gambar dan video kehangatan sambutan kepada Tokguru di masjid itu di wall Fb telah menarik perhatian dan minat orang ramai untuk mengikuti ceramahnya di sebalah malam. Sejak awal-awal sebaik lepas Maghrib lagi orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke lokasi ceramah di Prinsit 3, di belakang kompleks bangunan mahkamah. Seluurh kawasan melimpah dengan orang ramai yang kebanyakannya kaum remaja.
Kebetulan semalam adalah hujung minggu, memberi masa dan ruang kepada warga kota untuk bersantai sambil mengikut aktiviti kempen pilihan raya. Menyaksikan belasan ribuan yang hadir ia menandakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari sehari ke sehari. Malam ini seleberiti dakwah Azhar Idrus pula akan turun ke Putrajaya.
Boleh dikatakan separuh yang hadir malam tadi adalah anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Kelang. Kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan memberi petunjuk, semangat anak Kelantan untuk membela negerinya menerusi PAS begitu tinggi sekali. Mereka hadir juga atas dasar semangat Kelantanis, untuk menyatakan sokongan dan mendorong calon PAS di Putrajaya Husam Musa agar tidak gugah berdepan dengan Teuku Adnan Teuku Mansor.
Suasana semalam memberi gambaran rakyat Kelantan yang berada di luar akan kembali mengundi di Kelantan. Keadaan ini sudah tentu lebih 80% dari 160,000 pengundi luar akan berpihak kepada PAS. Seharusnya Umno merasa cemas dengan apa yang berlaku semalam. Sambutan diberikan itu sudah dapat dibayangkan setiap mereka yang hadir semalam akan mengundi bulan.
Kandati Umno Kelantan kini dikata mendapat sokongan, tetapi kepulangan perantau dengan niat membela Kelantan akan meranapkan harapan Umno untuk memerintah. Sekali lagi fenomena tahun 1999 dan 2008 akan berulang. Seandainya fenomena ini benar-benar berulang besar kemungkinan Umno akan gagal untuk meraih satu kerusi dan enam kerusi Negeri dan dua parlimen yang dimiliki sekarang juga akan terlepas.
Apakah sejarah 1990 akan berulang?
Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang dirakam wakil saya, MEMS malam tadi;
Lautan manusia. |
Berhimpit mendekati skrin untuk melihat wajah Tokguru. |
Semua sudut sendak. |
Laksana di Padang Arafah. |
Putrajaya penuh sesak dengan kereta. |
Hampir separuh yang hadir rakyat Kelantan. |
Semua jalan penuh dengan kenderaan. |
Pertandingan heavyweight yang ditunggu-tunggu, seorang berdarah kelantan dan seorang lagi berdarah acheh, kedua2 negeri adalah digelar serambi mekah. Putrajaya mesti dipertahankan oleh bn, kerana itu maruah umno/bn, lebih besar lagi itu adalah maruah madey. Selama ini madey hidup dengan ego yang tinggi, sentiasa dilambung-lambung oleh pembodek-pembodek disekeliling yang sentiasa mengangguk. Insyaallah dato husam akan merobek keegoan madey dan bn dengan menawan putrajaya di pru 13 ini. Sinar mata dato husam adalah sinar mata keyakinan. Sinar mata seorang yang berhati kental. Runtuh putrajaya bermakna runtuh nya bn.
ReplyDeletesubhanallah.wahai Tuhanku.izinkanlah untuk kesekian kalinya, kami rakyat marhaen di tanah tumpah yg keramat ini merasai kenikmatan hasil rahmatmu melalui pemimpin yg adil dan dan sentiasa tunduk kepadaMu. palingkanlah hati2dan jiwa mereka untuk bersama2 kami membina Malaysia baru perpandukan hukum dariMu.
ReplyDeleteTq Tuan MSO yg istiqamah menyiarkan berita tentang lewat Putrajaya. Ins sya Allah. Inikalilah.Takbir..
segala puji bagi Allah...selamat tinggal BN yang tidak mesra hukum Allah.
ReplyDeletesaya juga anak kelantan di perantauan...akan balik mengundi Insya Allah...dgn niat..sahaja aku balik kg utk mengundi inikalilah...
ReplyDeleteMoga kejayaan berpihak pada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang bakal menjelang. Aaminn..
ReplyDeleteSdr MSO, saya suka penulisan saudara. Cuma satu teguran: berhati-hati apabila mencatatkan ungkapan2 kedaerah (seperti 'anak Kelantan' atau 'Kelantanis')kerana ia boleh mencetuskan semangat kedaerahan ke negeri-negeri lain. Apabila 'perang' kedaerah berlaku, ia sukar dibendung dan boleh menjejaskan keharmonian dalam PR hatta penyokong2 PAS sekalipun.
ReplyDeleteSaya sokong dgn pandangan Pak Lang Rembau wpun lari dari tajuk di atas.. Sbgi contoh apabila di universiti pelajar2 Kelantan selalu shj mencari 'geng2' diorang samada dlm mencari rumah sewa, membuat assignment dsbnya.. Secara jujurnya, diharap Pak MSO dpt menjadi pemangkin menepis sifat kedaerahan @ kenegerian yg menebal.. Maaf ya diatas teguran ikhlas ini..
ReplyDeleteApalah salahnya kita berbaik-baik sesama kita. Ini tidak semestinya kita tidak berbaik dengan orang lain. Memang sifat anak Kelantan, kami sangat bangga dengan asal-usul kami, tetapi itu tidak semestinya kami tidak menghormati kawan-kawan dari negeri-negeri lain.
ReplyDeleteAdakah salah sekiranya kami bersatu hati diantara kami?