Wednesday, April 10, 2013

Mahathir Minta Tanding di Putrajaya?

EKSKLUSIF                                                                                                                              

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya.

Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya.

Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.


Katanya diukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan.

Kononnya untuk memastikan kerusi Putrajaya selamat dan menjadi satu-satunya kerusi selamat dalam Wilayah Persekutuan apabila kerusi parlimen Setiawangsa juga cemas, Teuku Adnan perlu ditukar dan calon terbaik ialah Mahathir. Sumber itu menyebut Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Putrajaya.

Bagaiaman pun sumber lain menyebut hasrat Mahathir itu sudah pun dimaklumi Najib dan Najib sendang mempertimbangkan permintaan berkenaan. "Saya tidak fikir Najib sedia untuk memberi kebebasan begitu sekali kepada Dr M, sehingga menerima permintaanya untuk menjadi calon," kata sumber itu. Masa ini Mahathir adalah pengarah atau master mind Umno untuk pilihan raya ini. Katanya semua tindakan ataupun strategi berkaitan dengan pilihan raya ini Najib terlebih dahulu mendapat arahan atau signal dari Mahathir.

Dari desas desus ini jelas menunjukkan Mahathir masih terliur dan berminat untuk menjadi wakil rakyat atau pun sekadar berada di dalam parlimen. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahathir dikatakan telah memberi kata dua kepada Najib atas kapastitinya 'pengtarah pilihan raya BN' agar tidak memberi watikah kepada Abdullah BAdawi sebagai calon di Kepala Batas.

Mengenai kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah pula, semalam Teuku Adnan Teuku Mansor telah menghadap Tengku Razaleigh untuk menyampaikan watikah sebagai calon BN di parlimen Gua Musng. Najib dan Umno tidak ada pilihan lain melainkan 'terpaksa' mengambil Tengku Razaleigh sebagai calon untuk menyelamatkan kerusi berkenaan. [wm.kl.1:15 pm 10/04/13]

3 comments:

  1. Konon ada pengaruh besar di Putrajaya,...Pooooorrraaaah. Ingat pegawai2 kerajaan di Putrajaya tu orang tonggong ke? Luar memang mereka terpaksa berlakon cintakan Umno, tapi dalam hati tunggu peluang nak terajang Umno sebagai kerajaan. Elok sangat letak mamak yang dah tarikh laku dah expired di situ untuk dilunyaikan oleh Husam supaya boleh didelete keangkuhan Mahathir.

    ReplyDelete
  2. Dalam Pilihanraya 2008, pegawai SPR mencatitkan no KP pegawai kerajaan yang membuang undi di Putrajaya di belakang kertas undi.....mereka yang mula-mula nak pangkah PAS terus tak jadi berbuat demikian....Ramai yang masih percaya periuk nasi mereka ditentukan oleh UMNOH....

    ReplyDelete
  3. pegawai yg memberi kertas undi DILARANG sama sekali memegang apa2 jua alat tulis..jika ternampak sila bantah!!!...jika nak bantah pun takut entah lerr.....atau tak tau???.....sepatutnya semua pengundi tau hak2 kita ...selamat mengundi PR...

    ReplyDelete