Thursday, April 11, 2013

Siapa Yang Memohon Maaf Kepada Anwar?

SESUDAH SUBUH                                                                                                                

Semalam saya mendapat tahu dari seseorang, bakal calon Bebas yang akan diretui oleh UBN telah memohon maaf kepada Anwar Ibrahim di mahkamah. Bakal calon itu hadir ke mahkamah dan membuat pengakuan dan memohon maaf kepada Anwar beberapa hari lepas. Permohonan maaf itu direkodkan oleh Hakim.

Belum diketahui apakah puncanya bakal calon itu berbuat demikian? Apakah dia juga menghadapi saman oleh Anwar ekoran kelancangan mulutnya memfitnah Anwar membabi buta selama ini? Saya sedang berusaha untuk mendapatkan surat permohonan maaf oleh bakal calon bebas direstui Najib itu.

Persoalannya apakah boleh dipercayai dengan apa dilakukan bakal calon itu? Sejauh manakah permohonan maafnya valid dan berintegriti?. Semua orang kenal siapa dia orang ini dan kenal fiil perangai dan sifat munafiknya. Bukan sahaja ahli politik, pemerhati dan rakyat di kawasannya saja yang tahu tetapi semut di celah kayu atau gajah di dalam hutan juga tahu dan kenalkan dengan kebusukan dirinya itu.


Jadi apakah perlu Anwar untuk menerima maaf beliau? Atau bakal calon bebas ini terpaksa membuat opologetik kerana dia bimbang rahsianya akan dibongkar dalam pilihan raya nanti. Bakal calon ini cukup tahu apakah kesalahan atau najis beliau yang disembunyikan oleh Anwar. Selama ini Anwar hanya mendiamkan diri sahaja.

Perlu diingatkan kepada Anwar beliau jangan percaya dengan bakal calon itu yang juga pernah mengakui dia bersahabat dengan Anwar. Dia adalah seorang hipokrit dan oportunis. Dia boleh melakukan apa-apa saja watak untuk kepentingan dan politiknya. Bukan saja pembawa karak (jamur) (pak pacat) tetapi menjadi pelacur jantan juga dia bisa lakukan. Asalkan apa yang dihajatinya boleh.

Tertakdir dia benar bertanding londehkan segala-gala mengenai dirinya biar rakyat tahu dan tidak bersubahat mengangat seorang munafik. Usah dikesian belas lagi kerana orang ini kerana dia tidak pernah tahu berterima kasih. Bunga yang diberikan kepadanya dia akan membalas dengan tahi. Susu yang dituang ke dalam mulutnya tatakala dia hampir nazak, tuba akan dibalas selepas dia sihat dan kuat.  Basa menantang.

Hendaknya Anwar tidak akan terpesona dengan opolegetik itu, dan saya akan bercerita lanjut setelah surat permohonan maaf itu diperolehi kelak. [wm.kl.7: 30 am 11/04/03]

No comments:

Post a Comment