Thursday, May 2, 2013

Esok Ada sedikit Kejutan Kecil di Kampungku, Rantau Panjang

KHABAR SENJA                                                                                                               

Awas orang PAS Rantau Panjang esok dikhabarkan ada sedikit kejutan. Sedikit sahaja tetapi walaupun begitu berita itu akan diperbesarkan. Media penjilat buntut pasti sudah bersiapa sedia untuk membuat tokoh tambah agar orang PAS akan ketar lutut dan lemah semangat apabila mendengar atau membacanya.

Jangan risau siapkan mental dan fizikal sekuatnya. Jangan mudah kenalin. Apa yang dimaksudkan besok ada orang akan mengistyharkan diri keluar dari parti dan mengatakan sokongan kepada calon BN untuk kerusi parlimen Ghazali Ismail.

Kejadian itu lebih kurang sama apa yang berlaku ke atas seorang bekas ahli PAS yang kemudian menyertai Umno kemudian kembali kepada PAS dan kemudian mengistyharkan diri di Kuala Lumpur menarik balik sokongan kepada PAS dan memberi sokongan semula kepada Umno.


Berita esok juga lebih kurang sama standard dan kelasnya dengan apa dilakukan oleh bapa si pembacuh kopi, yang telah menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum itu mengakui anaknya diperalatkan menerusi satu konspirasi mengakui diri diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dan semalam alih-alih si bapa pembacuh kopi itu menarik balik kenyataan dan permohonan maafnya kepada Anwar dan memberi sokongan semula kepada anaknya sambil juga meminta maaf. Berapa kali maaf dahhh...

Nah.. apa yang berlaku besok lebih kurang sahaja dengan peristiwa lompat dan ubah pendirian dan sokongan saat menjelang hari pengundi. Kejadian besok jauh lebih busuk dengan tindakan Inchek Ibrahim yang khaianat keada orang yang membantu dan menolongnya. Cuma besok kenyataan isythar keluar parti dibuat itu kerana Ghazali adalah ada pertalian darah dengan mereka. Jadi mereka tidak dapat mengelak selain mengatakan sokongan kepada Ghazali.

Sebenarnya kalau tidak keluar parti pun undi mereka tetap masih valid untuk Ghazali. Kalau mereka akal kekal bersama psrti, undi masih boleh diberikan kepada Ghazali. Tetapi mungkin kerana dengan pengistyharan itu menampakkan ia boleh mengugatkan undi calon PAS maka ia dibuat. Sejauh manakah gemanya nanti. Bimbang takut kata orang kerana mengharapkan hujan di langit air di tempayan dicurahkan. Nanti malu dan menyesal.

Dari maklumat adalah dipercayai angka yang keluar parti besok akan diperbesarkan lebih dari 200 orang dan ia akan digembar-gemburkan parti itu sudah lumpuh di Rantau Panjang. Wahal kalaupun tidak diityharkan keluar parti, parti itu sudah pun lama lumpuh dan dihidapi kencing manis serta penyakit-penyakit kronik lain seperti lelah, gaout dan juga bisu dipunggung. Cuma bak kata orang kalau hendak menjual payung agar dibeli orang juallah waktu hujan.

Tindakan sekumpulan ahli parti itu bagi saya tidak ubah seperti cuba menjual payung di musim hujan bagi membeli sekati dua ikan kering.

Hari ini musim pilihan raya ia umpama hujan akan turun. Jadi banyaklah para penjual payung mengambil kesempatan untuk menjual payung hatta payung yang sudah robek dan cari marik pun akan cuba dijual mana tahu kalau badan beruntung akan dibeli orang.

Esok Ghazali hanya akan mendapat sekaki payung yang sudah carik dan telah pun lama tersangkut di joker dapurnya. InsyaAllah 'payung' itu tidak pun akan dapat meneduhinya dan mengurangkan pengaruh PAS di Rantau Panjang. Sebab apa, sebab saya kenal siapa dia Ghazali Ismail yang dimesrai dengan panggilan cikgu Li itu.

Abdullah Mat Yassin boleh hubungi saya kalau beliau ingin mengenali lebih dekat calon parlimen Rantau Panjang. Saya juga boleh memberi jawaban konkrit kenapa Abdullah tersengeh-sengeh ke hulu ke hilir membawa diri dari Tok Deh sampai Kuabang Kual atau dari Tok Pelanduk ke Banggul Kemeyan kerana tidak dapat bertanding. Adakah patut kita sebagai ketua bahagian, orang nombor satu dan nombor wahid yang baik dengan Najib laki bini tetapi hanya melilau macam budak penampal poster sahaja. Al malulah. [wm.7:22 pm 02/05/13]


No comments:

Post a Comment