Semua orang kini mengejapkan fokus kepada pilihan raya umum Ahad, 5 Mei. Ada dua perkara penting yang dinantikan pertama apakah UBN yang akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia. Sejajar itu juga orang sedang menanti siapakah yang akan mengangkat sumpah menjadi perdana menteri ke-7. Hanya ada dua calon saja layak, Anwar Ibrahim atau Najib Razak.
Razaleigh: Pertandingan ke 10. |
Selain pemerhatian kemas orang ramai kepada keadaan itu, yang menjadi tumpun sampingan ialah kepada beberapa buah kerusi yang dianggap sengit berlaku pertarungan. Kerusi-kerusi yang tidak terlepas dalam perkiraan umum ialah, kerusi parlimen Galang Patah, Johor yang membabitkan Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman.
Kerusi parlimen Lembah Pantai di antara Nurul Izzah Anwar dengan Raja Nong Chik, kerusi Putrajaya di antara Husam Musa dengan Teuku Adnan Teuku Mansor. Dan yang juga tidak terlupa ialah kerusi parlimen Pasir Mas, di antara Nik Muhammad Abduh Nik Aziz dengan Inchek Ibrahim Ali.
Dalam catatan ini saya akan memberi sedikit ulasan dan pandangan istimewa kepada satu lagi kerusi yang tidak kurang menariknya iaitu kerusi Gua Musang, di antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Pertandingan di antara kedua tokoh ini ada sentimental value tersendiri. Pertandingan ini bolehlah disifatkan sebagai pertadingan ulangan selepas hampir 30 tahun. Wan Abdul Rahim pernah mencabar Tengku Razaeleigh pada tahun 1986 di mana perlawanan itu dimenangi Tengku Razaleigh dengan majoriti 7,319.
Rahim: Cari kemenangan.. |
Penyertaan Tengku Razaleigh kali ini adalah ke-10. Sesungguhnya banyak jasa dan bakti beliau di Gua Musang. Tidak cukup se bandle kertas A4 untuk disenarai dan dituliskan jasa-jasa dan bakti beliau. Gua Musang itu sendiri sebati dan senoniom dengan nama Tengku Razaleigh.
Kalau dicungkilkan mengenai sejarah Gua Musang, bandar itu bangun dan berkembang seiringan dengan Tengku Razaleigh sebagai pemimpinnya. Sesuatu yang menarik dan tidak jarang dikenang orang, ialah kenapa Tengku Razaleigh memilih Gua Musang sebagai daerah pembaktian kepada rakyat. Kenapa beliau tidak memilih kawasan bandar seperti Kota Bharu dan sebagainya.
Ini menunjukkan concern beliau kepada rakyat. Beliau sengaja memilih kawasan miskin dan daif untuk memberi cabaran kepadanya sendiri sebagai pemimpin. Kalau dia memilih bandar mungkin tidak banyak pengorbanan dan fikiran yang perlu diperahkan untuk memajunya. Di sinilah kehebatan dan keikhlasan Tengku Razaeligh dalam menabur budi dan jasa kepada rakyat.
Ternyata hasil pengorbanan, kegigihan dan komitmen yang diberikan untuk memajukan Gua Musang ia menjadi realiti selepas 30 tahun kemudian. Gua Musang yang dulunya dihuni 200 orang dan tidak ada siapa yang hendak bertandang ke situ, kini penduduk Gua Musang sudah 70,000 jiwa. Hasil titik peluh dan buah fikir beliau juga hartanah di Gua Musang yang dulunya tidak ada nilai langsung hari ini harta seperti rumah kedai di Gua Musang menyamai harga rumah teras di Kuala Lumpur RM250 hingga RM300 seunit.
Pembangunan yang menjadi katalis kepada Tengku Razaleigh di Gua Musang ialah pembinaan lebuh raya Gua Musang - Kota Bharu. Jalan inilah membawa rahmat dan mengubah landskap sosio ekonomi dan politik di Gua Musang. Gua Musang kalau dulu dikenali sebagai tempat jin bertendang tetapi kini ia bertukar menjadi tempat jin bermain futsal, badminton dan snoker dan sebagainya.
Pembangun yang terhasil selama ia adalah hasil kreativi Tengku Razaleigh bukan saja dalam bidang sosial dan politik tetapi pendidikan dan keagmaan juga. Paling merujakan seperti mana dijelasnya anak-anak Orang Asli di Gua Musang kini sudah ada yang mendapat lapan A di dalam peperiksaan SPM.
Kalau pengundi Gua Musang mengenang segala jasa dan perubahan nasib mereka dan perubahan ke atas bandar terselatan di Kelantyan itu, di atas kertas Tengku Razaleigh akan menang mudah 5 Mei ini. Tidak ada sebab rakyat Gua Musang untuk menolak dan mengakhiri perjuangan Tengku Razaleigh dengan kekalahan. Semasa ucapan selepas proses penamaan calon dan diulang dalam rakaman video perutusan khas, Tengku Razaleigh membayangkan pertandingan ini adalah kali terakhir untuknya.
"Saya tidak mahu mengatasi takdir Allah tetapi barang kali pertandingan ini adalah yang terakhir bagi sata." ujarnya dengan penuh tenang. Tengku Razaleigh senantiasa insaf bahawa masa terus berjalan dia berada jauh di belakang manakala masa untuk generasi muda akan mengambil alih kepimpinan Gua Musang sedang menanti. Sesiapa pun tidak dapat mengatasi lumrah kehidupan bahawa kita ditelan masa dan harus mengaku kalah dengan keadaan.
Meskipun banyak jasa dan bakti ditabur oleh beliau, tetapi dalam politik semua itu bukan boleh dijadikan ikatan. Dalam politik tidak ada kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan mutlak. Manusia boleh ingat dan boleh lupa sekelip mata. Manusia boleh 'geledek' oleh kerana satu sebab kecil saja. Sebab itu pertembungan kali kedua beliau dengan Wan Abdul Rahim hari ini bukan boleh dianggap mudah. Jelasnya pertembungan ini bukan seperti pertembungan tahun 1986.
Abdul Rahim juga memerlukan kemenangan, kekalahannya kepada Tengku Razaleih tahun 1986, sedikit sebanyak meninggalkan dendam kesumat buatnya. Kalau bukan kerana ingin membalas dendam Cikgu Rahim sudah tidak perlu bertanding lagi? Seikhlas mana beliau dengan Tengku Razaleigh yang dibentuk atas persahabatan dan pengenalan namun kelumit rasa berkenaan tetap ada di hujung hatinya.
Mungkin beliau mengenang peristiwa lama dimana Tengku Razaleigh pernah bergurau dengannya, tatakala dia (Wan Rahim) pertama kali menentangnya, Tengku Razaleigh memperkecil-kecilkan cikgu Rahim dengan berkata, "PAS telah menghantar budak mana untuk melawannya."
Iya 30 tahun lalu cikgu Rahim budak masih mentah. Tetapi kini setelah melalui proses permatangan politik, beberapa kali kalah dan menanag, mengutik pengalaman di DUN, sebagai spekaer dan Adun dan dalam pilihan raya lepas sebagai ahli parlimen Kota Bharu, menyebabkan cikgu Wan Rahim sedia berdepan dengan Tengku Razaleigh atas arahan parti? Beliau juga tentu sudah merasai cukup dewasa dan matang.
Justeru Tengku Razaleigh tidak boleh pandang remeh dan mengambil 'cakduh' kemunculan Wan Rahim ini. Bekas presiden Semangtat 46 itu harus melihat orang yang dulunya adalah budak kini sudah dewasa dan membuntuti beliau dari belakang kesekian lama. Dan saya percaya Tengku Razaleigh sebagai seorang yang bersikap humble dan suka merendah dan merai orang, menghormati cikgu Rahim walaupun terpaksa dilawannya dalam gelanggang politik.
Bagaimana pun apa yang pastinya pengundi Gua Musang berjumlah 40,215 akan menentukan segala-galanya. Sudah pasti walaupun sudah ramai pengikut dan penyokong setia Tengku Razaleigh yang tiada, tetapi beliau masih ada penyokong tegar yang dilihat lebih tulus dan ikhlas. Orang-orang celik dan tahu menilai kebaikan dan keburukan akan tetap bersamanya dan terus memberi sokongan sebagai satu cendermata istimewa di dalam pilihan raya kali ini.
Kalau ditanya saya, siapa bakal menang di antara Tengku Razaleigh denagn cikgu Rahim saya berani mengatakan Tengku Razaleigh juga akan mendapat kemenangan seperti mana akan menangnya Tokguru Nik Aziz Nik Mat di Chempaka. Pengudi akan bertekad untuk memberi kemenangan terakhir buat mereka sebagai souvenir untuk dijadikan legasi dalam dunia politik.
Dan bagi Wan Abdul Rahim mungkin beliau merasa puas hati selama berkecimpuang dalam politik kerana dapat berdepan dengan Tengku Razaleigh untuk kedua dan juga bakal mengakhiri penglibatannya dalam pilihan raya sejurus ini.
Kita harus hormat keberanian dan kesediaan Wan Abdul Rahim atas prinsip bukan kerana bencikan Tengku Razaleigh tetapi akur kepada arahan parti di mana arahan itu tidak boleh dielakkan. Kita percaya beliau juga serba salah untuk berdepan dengan Tengku Razaleigh dalam situasi hari ini. [wm.kl. 10:19 am 02/05/13]
Ku Li menang bukan kerana parti yg didokongi tapi karisma dia sendiri. Bertandinglah atas parti manapun, Gua Musang miliknya.
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteSemasa penebusan tanah2 di Hulu Kelantan yang digadaikan kepada Timbermine, Kerajaan UMNO yang dikepalai oleh Tan Sri Mohamad Yaakob telah tidak memindahakan hak miliknya kepada Kesedar tetapi meletaknya atas nama Kerjaan Negeri Kelantan. Hakikat ini digunakan oleh Majlis Daerah Gua Musang dengan membangun Bandar Gua Musang selepas pertukaran kerajaan dalam PRU 1990. Apa yang dilihat sekarang adalah hasil usaha MDGM dibawah Kerajaan PAS setelah pembanguan Bandar Gua Musang stagnate sebelum 1990. Pembangunan infrastruktur asas seperti jalan adalah dibwah BN tetapi tidak pembangunan kedai2 dalam bandar Gua Musang. Justeru Ku Li tidak terlibat langsung kerana Ku Li selepas 1990 tidak memberi sumbangan yang besar terhadap pebangunan ini walaupun dia memegang Kerusi Parlimen Gua Musang. Angin perubahan sedang bertiup sekarang dan besar kemungkinan kerusi Galas akan tumbang dan ianya akan mengheret bersama Parlimen Gua Musang walaupun DUN Nenggiri dan Paloh masih dapat dikekalkan. Sesungguhnya politik Gua Musang amat menarik sekarang.
Saudara Pak Mso,
ReplyDeleteSaya suka pada Kuli tapi Kuli berdepan dengan orang yang lebih licik dan ular semasa berada di UMNO, takdir Tuhan beliau tak dapat jadi PM, walaupun beliau merupakan pilihan Datuk Hussien Onn, banyak jasa economy datang dari beliau, tapi sebagaimana Pak Mso yang selalu tegaskan, Tuhan akan menentu segala-galanya...terimakasih