Selepas The Gian Killer, Shamsul Iskandar Md Akin menegur presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kongres nasional PKR tiga hari lalu berhubung kejadian pertindihan calon di antara PKR dan PAS di beberapa buah kerusi yang menyebabkan calon PKR (Pakatan Rakyat) kalah, saya menanti mana-mana pemimpin bangkit PAS menjawab kritikan pedas Shamsul itu.
Shamsul jentik Hadi. |
Shamsul secara tidak berselindung menyalahkan kepada Abdul Hadi atas kejadian itu. Beliau melontarkan kemarahan itu di hadapan perwakilan kongres nasional PKR. Mungkin dia ada hujah dan maklumat konkrit maka beliau berani berbuat begitu. Shamsul adalah seorang peguam yang tahu mentafsir undang-undang dan juga bijak memanipulasikan hujan untuk kemenangan - kebenaran? Saya mengenali beliau sejak tahun 1998.
Nah, hari ini sudah ada orang PAS yang bangkit membela presiden mereka. Ia adalah dari anak muda, dari Dewan Pemuda PAS. Anak muda itu Khairil Nizam Khairuddin yang juga bendahari dewan berkenaan. Kenapa tidak Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hassan yang menjawab? Atau timbalan ketuanya Nik Mohamad Abduh? Begitu juga kenapa Dewan Muslimat membisu, apakah mereka suka presiden mereka dicela?
Mungkin Nasarudin mengarahkan anak buahnya itu untuk menjawab bukan beliau. Jika benar tekaan saya ini, ini menunjukkan ada sedikit kebijaksanaan dari Nasarudin. Kalau beliau yang menjawab akan nampak pertentangan di antara dua kumpulan anak muda dalam Pakatan Rakyat dan situasi itu tidak begitu baik.
Khairil Nizam dalam membalas ketukan Shamsul kepada presiden PAS tampak agak marah sedikit. Sewajarnya kalau anak muda menunjukkan kemarahan dan kebengisannya. Kenyataan dalam tujuan begitu harus keras dan pedas juga.
Beliau mengingati Shamsul agar jangan menjadi hero di hadapan perwakilan kongres dengan menghentam Abdul Hadi Awang. Beliau kesal kerana Shamsul menjadikan kritikan kepada Abdul Hadi sebagai modal untuk menunjuk hebat. Kosa kata Khairil Nizam itu bermaksud kalau hendak menjadi hero janganlah di laman rumah tetapi keluar jauh ke kampung.
Saya yang jahil dan kurang pengetahuan ini tidak jelas dengan hujah Khairil Nizam yang mengkritik Shamsul ini. Beliau telah meminta Shamsul membuat kajian dari berbagai sudut termasuk dari sisi fekah dan usul untuk membuktikan PAS telah langgar semangat 'tahaluf syasi'.
"Jika Shamsul benar-benar 'faqih' (faham) mengenai tahaluf syasi hingga berasa dirinya layak untuk menegur pemimpin PAS, saya persilakan beliau untuk bawa apa saja kajian oleh PKR dari segi usul dan kaedah fikah atau apa-apa justifikasi yang boleh membuktikan bahawa PAS sudah melanggar prinsip tahaluf siyasi. Begitulah kata-kata Khiril Nizam dipetik.
Saya terus terang, saya tidak memahami apakah pengertian dan terma tahaluf syiasi sebenar di antara PAS dengan PKR. Cuma apa yang difahami tahakluf syiasi itu adalah persepakatan atau persefahaman politik untuk saling kerjasama di antara satu sama lain. Bagi PAS ia dibolehlah selagi ia tidak bercanggah dengan prinsi-prinsip (syariah) Islam.
Apakah ada terma lain lagi disebalik tahaluf syiasi itu sehinggakan Khairil Nizam meminta Shamsul menjelaskan atau tunjuk dari sudut mana PAS telah melanggar tahaluf syiasi itu. Ini kerana bagi saya dengan mengambil fahaman dan pengertizn tahaluf syiasi disebutkan tadi, jelas apa yang dilakukan oleh PAS amnya dan Abdul Hadi khasnya telah melanggar perinsip itu.
Dalam kontesk kerusi Kota Damansara dan Sungai Aceh itu jelas apa dilakukan PAS itu telah melanggar semangat berkenaan? Atau apakah di dalam tahaluf syiasi itu ada ruang untuk PAS atau mana-mana parti Pakatan Rakyat melakukan sabotaj di antara satu sama lain? Kalau ini wujud maka saya sangat jauh darinya dan tidak mengetahuinya. Mungkin ada.
Khairil Nizam minta untuk berdepan dengan Shamsul mengenai hal ini, pastilah untuk penyelesaian. Saya merasakan elok mereka berjumpa dan menghalusi perkara ini agar tidak berlaku perselisihan berpanjangan dan terus melepas tembakan pula selepas ini. Shamsul boleh memberi pejelasan mengenai konsep tahalauf syiasi yang beliau fahami manakala Khairil Nizam pula boleh menjelaskannya apa yang beliau ketahui.
Sekiranya pemahaman mereka salah, tidak sekata.. ini menunjukkan kerjasama yang dijalankan oleh PAS dengan PKR menerusi konsep tahaluf syiasi ini dibuat tanpa kedua-duanya masak memahami konsep ini, dan ini benarlah apa dituduh oleh pihak UBN bahawa kerjasama politik antara PAS dan PKR adalah tidak matang dan longgar.
Mengenai tindakan Shamsul mengkritik presiden PAS itu saya rasa dia bukan sengaja untuk menjadikan isu untuk menunjukkan dia hero. Shamsul kalau pun tidak mengkritik Abdul Hadi dia sudah hero kerana dalam pilihan raya lalu dia telah mengalahkan gergasi Umno di Melaka. Untuk pengetahuan, Shamsul mengalahkan Ali Rustam bekas Ketua Menteri Melaka di parlimen Bukit Katil.
Jadi tidak timbul apa dibangkitkan Shamsul itu untuk beliau jadikan modal bagi menunjukkan kehebatan dirinya di hadapan perwakilan. Sebaliknya apa yang diungkitkan itu satu tanggungjawab beliau sebagai pemimpin bagi menjelas dan menghapuskan persoalan yang timbul di hati para perwakilan. Isu pertindihan ini benar-benar mengilan dan menjadikan ahli PKR marah. Saya percaya kalau Abdul Hadi hadir masa perasmian kongres berkenaan beliau akan di boo.
Sebagai Ketua AMK, PKR seharusnya Shamsul berani membuat teguran terhadap apa-apa yang berlaku. Isu pertindihan calon itu besar bagi PKR kerana disebabkan itu calon mereka kalah. Di sini bukan timbul soal Shamsul biadap atau tidak, tetapi menyatakan sesuatu yang menjadi tanggungjawab dan haknya.
Teguran Shamsul itu kandati pedas ia harus diterima sebagai peringatan di masa akan datang. Jangan melihat ia satu sikap sombong atau 'agah'. Selepas ini jangan lagi ada kekeliruan dan pertindihan seumpama itu yang akhirnya membawa rugi kepada semua pihak. Pakatan di antara PAS, PKR dan DAP tidak bermakna sekiranya masih ada atau berlaku perkara seperti di Kota Damansara, Sungai Aceh, Labuan atau pun tiga Dun di Terengganu itu.
Khairil Nizam atau sesiapa didalam PAS tidak boleh membela presiden mereka tanpa usul periksa dan melihat siapa yang benar dan siapa yang salah. Walaupun presiden ada kuasa proregatif terhadap partinya tetapi bukan untuk digunakan pada saat-saat akan berlangsungnya pilihan raya. Betapa pun kuasa proregatif itu hak mutlak presiden tetapi penggunaan disaat begitu beliau tidak akan dilihat sebagai bijaksana.
Bukankah peruntukan kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR? Jadi terserah kepada PKR untuk meletakkan siapa juga calonnya, dan tugas PAS yang sememangnya mempunyai jentera yang kuat harus menyokong berlandaskan tahaluf syiasi yang dipersetujui. Itu baru dinamakana kerjsama dan sepakatan.
Apabila ia diganggukacau lagi, di sini timbul persoalan dan kepelikan. Umum sudah tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik kacau ganggu itu? Iya adalah permainan atau game presiden sendiri. Watikah untuk calon-calon PAS di Kota Damansara, Sungai Aceh dan tempat lain mulanya tidak dikeluarkan, tetapi kerana desakan akhirnya ia dikeluarkan atas nama kuasa prerogatif. Di sinilah kelemahan daya politik Abdul Hadi Awang sebagai presiden beliau tidak tegas dalam tindakannya.
Alasan kerana calon PKR menganut fahaman komunisme dan menjadi pengedar pil kuda adalah alasan tidak relevan dan perkara itu tidak pun perlu disebut. Kalau presiden PAS itu benar-benar seorang politician yang memahami strategi dan tektik serta daya sensitiviti yang tinggi beliau tidak akan mengungkit perkara itu. Itu adalah hak dan tanggungjawab PKR. Perkara atau maklumat itu bukan menghalalkan beliau untuk memberi watikah kepada calon PAS.
Sama ada calon PKR itu berfahaman komunisme (kafir) atau pun menjadi pengedar pil kuda ia dibawah tanggungjawab parti berkenaan. Semangat Pakatan Rakyat tidak menjadi masalah kalau PAS menyokong dan ia bukan dianggap bersubahat. PKR juga tidak pernah mempertikaikan mana-mana calon PAS walaupun ada yang perangainya lebih teruk dari calon PKR.
Juga, apakah dalam soal ini PAS sangat mementingkan kesucian calon dan keIslaman dalam perjuangannya? Kalau begitu ingin saya tanya macam mana dengan tindakan PAS yang jelas memberi laluan kepada orang kafir (Cina) untuk bertanding di atas lambangnya? Siapa Hu Pang Chaw yang diletak bertanding di Johor? Dan kalau begitu kenapa secara majoriti PAS menolak untuk bekerjasama dengan Umno, dan kenapa pula Abdul Hadi tidak menggunakan kuasa proregatif yang dimiliknya untuk memaksa PAS menjalini kerjasama dengan Umno?
Apakah pula tahaluf syasi yang digunakan PAS dalam hal ini? Dan apakah pula tafsiran tahaluf syiasi digunakan untuk menafikan calon PKR di kerus-kerusi berkenaan? Saya tidak mahu mengatakan tindakan Abdul Hadi sebagai double standard, tetapi tampaknya begitulah jadinya beliau mendengar nasihat dari orang yang doubale standard.
Berbalik kepada kecaman Khairil Nizam kepada Shamsul Iskadar itu, sebaik-baiknya mereka berdua berjumpa dan bincang masalah dihadapi presiden PAS itu. Itulah afdalnya. Mereka harus sama-sama memahami tahaluf syiasi yang digunakan pakai oleh kedua parti itu di dalam pilihan raya lalu. Kekeliruan ini kena diperbetulkan untuk memastikan hal-hal yang 'domba' begitu tidak lagi berulang.
Sikap kecam mengecam atau pun melaung dari jauh tidak akan berkesudahan malahan ia akan jadi bertambah buruk dan memberi senjata kepada musuh. Saya percaya perkara ini kalau tidak dikawal akan meluas. Dua tiga bulan lagi PAS akan mengadakan muktamar. Dalam muktamar itu pasti akan ada ahli-ahli yang bercakap menyinggung dan menyentuh batang tubuh penasihat umum PKR Anwar Ibrahim sebagai balas dendam.
Sebelum perkara ini berborak, elok isu pertindihan calon yang menjadi singgungan Shamsul kemudian dibalas oleh Khairil Nizam dihentikan atau diselesaikan dengan baik. Saya yakin berdasarkan latar belakang pendidikan mereka, penyelesaian jalan ukhwah Islamiyah dapat dicapai. [wm.kl.9:45 am 27/05/13]
Patut pun TGHH kena tegur, apapula x boleh tegur syaidina Omar pun suruh orang tegur dia. TGHH jd presiden 2 negeri 2004 terengganu dan 2013 Kedah jatuh balik ke BN. Jadi masa dah tiba TGHH jadi nelayan semula.
ReplyDelete"Apakah dalam soal ini PAS sangat mementingkan kesucian calon dan keIslaman dalam perjuangannya?"
ReplyDeleteWell said...kupasan yang menarik.
Bergerak secara sendirian lah,saya tengok PAS ibarat orang muka tak malu tapi terhegeh-hegeh2.
ReplyDeletePAS kuat dahulu,sekarang lihat bagaimana?
Pas sekarang makin mundur bukan makin maju,melihat perkembangan Pas dalam Pakatan,Pas sering disalahkan dan diungkit2.
Lihat sahaja kes UG dalam Pas,tak habis2 dihentam tak dikira lagi dengan golongan Pro ulama dan Moderate dalam Pas yang sering bertelagah.
Kasihanlah sama penyokong..Buat sesuatu.
KAH KAH KAH PROSES PENGAPI-APIAN INI AKAN BERLANJUTAN, AKHIRNYA SUDAH TENTU AKAN MENIMBULKAN KEKECOHAN KERANA MASING-MASING ADA HUJAH TERSENDIRI...SELAGI TIADA PERTEMUAN SECARA BERDEPAN SUDAH TENTU AKAN MENAMPAKKAN KELEMAHAN MASING-MASING. APA YANG JELAS, PKR MEMPUNYAI HUJAH YANG LEBIH BAIK DARI PAS DALAM PERKARA INI...HJ HADI JUGA TELAH MEMBERI PANDANGAN YANG JUGA LEBIH BERSIFAT HENTAMAN TERBUKA TERHADAP PKR...SEPERTI MENUDUH SEMBERONO KEGIATAN JENAYAH YANG DILAKUKAN PKR...JANGAN SEBAB TERASA DIRI KUAT, MAKA PAS JUGA SUDAH MAHU MELENYEK PKR...PERKARA INI HARUS DITELITI DENGAN BIJAK... JIKA PRESIDEN PAS BERTERUS TERANG MENGHENTAM PKR DALAM ISU JENAYAH-EDAR PIL KUDA DAN PENGANUT STALIN, KEMUDIAN DIBALAS OLEH PKR DALAM ISU PERTINDIHAN CALON, KEMUDIAN SEKALI LAGI DIBALAS OLEH PAS MENUDUH PKR CUBA JADI HERO...MAKA TAK LAMA LAGI AKAN ADA BALASAN DARI PKR PULA...KESIMPULANNYA SUDAH JELAS...PAS SEMAKIN LIAR, MANAKALA PKR SEMAKIN DEGIL...ELOK KER MACAM TU?? MANA KONTEKS KEBERSAMAAN ITU? JIKA SALING MENCARI SALAH PARTI KAWAN, BUKAN PARTI LAWAN???
ReplyDeleteKenapa ada berbincangan penetapan kerusi sesama PR (hingga kesaat akhir) sekiranya telah ada ketetapan hak kerusi yang di pertanding?.
ReplyDeleteSalam Tuan MSO,
ReplyDeleteBagi saya TGHH kene terlebih dahulu meperaktikan ucapannya di stadium merdeka tahun ini.Yang lebih kurang macam ini"Dalam pakatan kita boleh bertelagah, umpama kaca air dalam gelas jangan sampai pecah,....biar sangkut ke tengkok BN".Saya pun dah tak ingat kenyataan penuh, tapi sebagai org Ganu saya memahami maksud dan tujuan ayat itu.Cuma belum nampak dengan cantik penterjemahan maksudnya dalam Pakatan.
Give Meaning for What You Have Said.
Pandangan Khalid Samad lagi bagus. Pemuda2 Pas tak patut berpandangan sempit dan bebal. Presiden dah secara terbuka buat silap. Mengaku silap lebih baik drpd bebal nak marah2 kpd teguran. Membela puak sendiri yg silap atas nama sesama puak itula assobiyah.
ReplyDeleteTuan MSO, Kaedah Tahalluf Siyyasi gagal di hadam oleh pemimpin2 PR secara amnya dan PAS / PKR khasnya. Perebutan kerusi di KD dan SA membogelkan belang sebenar mereka. Lebih malang apabila pemimpin bertaraf ulama terlibat sama...melanggar dan melakukan khianat sesama sekutu atas alasan yg pelik - pelik adalah amat di kesalkan. Apatah lagi tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Kami rakyat marhaen / pengundi jengkel melihat gelagat mereka. Kalau pemimpin sendiri gagal utk meneladani rakyat tentang kaedah Tahalluf Siyyasi ini, bagaimana dengan rakyat ...muslim dan non-muslim. Lebih menjengkelkan bila mereka saling meninggi diri dgn mengatakan siFulan menang sebab undi PAS dan sebaliknya pihak PKR juga mengklaim perkara yg sama. woi, kami pengundi bukan mahukan itu. Cubalah tonjolkan perbezaan / kebaikan diri anda dari UMNO/BN. Ingatlah , PAS yg selalu merasa hebat kerana mendukong nama Islam dan selalu merasa lebih islam dari orang lain dan PKR yg kononnya adalah pejuang keadilan terunggul....siapa KAMU tanpa kami , pengundi / rakyat marhaen...
ReplyDeleteSalam.. amat tertarik dengn ulasan2 tuan berkenaan isu2 yg mewarnai politik tanah air,olahan yg relevan, kritikan yg seimbang, pendapat yg bernas.. pengetahuan sy tentang politik semasa masih cetek krn br shj mndpt kesedaran tentng kepentingan pengetahun ini, oleh itu, ulasan2 sebeginilah yg dicari2, bknnya tuduh-menuduh, fitnah menfitnah, cela-mencela, saling mengaibkan antara satu sama lain dan bnyk lg ulasan yg negatif yg tidak membantu dalam mematangkan org spt sy bahkan menimbulkan satu prasangka bahawa politician ini sama shj,baik PR mahupun BN, semua mempunyai kepentingan masing2, keikhlasan hanyalah utk mengaburi motif sebenar mereka... tp sy akui bkn semua mcm tu.. trskan penulisan2 sebegini, ia bnyk mmbntu dalam menghalusi setiap jln yg penuh dengn liku dalam kancah politik tanah air..
ReplyDeleteambo sokong abe ti....
ReplyDeleteset2 pas ni kade2 supo tok pok mano..
saloh ore napok sangat...dale kain sediri busuk kohong...
terutamonyo tuan presiden pas sendiri tok reti berpolitik...bulih kato penting diri...agah.supodio tu "maksum"tapi nok "perpaduang"kah2..
nok jadi menteri boh....mujur TGNA ado....mursyidul am....kalu tidok puok2 pas keno wak "anjing" ko set BN/umngok lamo doh...
semoga kes ini diperbesarkan lagi, dan berdoa akibatnya hadi awang kalah pemilihan presiden. padan muka.
ReplyDeletenak habaq mai, hangpa orang PAS berapa kerat je kalo nak banding dgn fence sitter mcm aku. aku rasa lepas PRU aritu kami yg umur early 30's takda yg suka kat hadi awang.
pesanan ikhlas.. jgn berlaku zalim pada diri sendiri; pilih ketua yg pandai dan layak memerintah malaysia, bkn ketua yg main cakap ikut suka je. jgn sebab pas berketuakan hadi awang, next PRU parti lain pun terpalit sama.
Bagi saya tindakan segelintir pemuda PAS memberi komen balas terhadap kenyataan YB Shamsul adalah wajar, ibarat ayah kita dihina orang, walaupun mungkin ayah kita tak berapa benar tindakannya, jangan dihina. Boleh gaduh jadinya. Nak tegur, nak kritik, cakap bisik-bisik, dengan semangat kekeluargaan bukannya umum di khalayak. Ibarat suami isteri bergaduh di tengah pasar malam, orang tak tanya siapa yang salah, tapi orang akan kata, suami isteri tu bengap, nak bergaduh, pergi balik rumah, gaduh dalam bilik, anak-anak pun tak payah tahu.
ReplyDeleteSeperkara lagi, apakah perasaan orang-orang PAS di kawasan YB Shamsul yang berkerja bersunguh-sungguh memenangkan beliau di Bukit Katil? Selepas ini, tentu susah mereka nak kerja dengan gembira, senyuman dan ikhlas seperti sebelumnya.
Sebaiknya AMK gunakan ruang dalam kongres parti untuk memperkukuhkan parti dan muhasabah diri, kenapa kawasan yang tidak berlaku pertindihan pun tidak menang dan bagaimana membina akar umbi parti lebih mantap dan kuat?
Pas juga pula perlu ambil iktibar, sebagai "abang" yang sudah "baligh", kena tunjuk kematangan. Kalaupun pertindihan calon itu betul kepada PAS, tetapi sebagai "Abang", mengalah tak bermakna kalah. Kalau taknak mengalah dan kalau betul sekalipun, "abang" akan tetap dipersalahkan, kerana "adik" yang belum "mumayyiz"; masih belum faham betul atau salah. "Abang" lah yang kena tunjuk contoh, bukan berebut "gula-gula" sama-sama. Kadangkala, pengajaran terbaik ialah selepas kita terkena "sakit" dahulu.
Saya setuju dgn komen tuan dan komen tuan MSO..
DeleteSlm semua. Sy setuju dgn Ibnu Tukiman. Sedikit tambahan...! Pas dh byk 'berdiplomasi' dlm byk hal...sampaikn ada yg brpndgn Pas dh mengorbankn prinsip perjuangan. Namun sbgai rakan pakatan, perlukh kita mengiyakn setiap apa yg rakan kita mahukn? Pas juga berhak bersuara jika berpendapat sesuatu perkara itu ada cacat celanya. Umpamanya dlm kita mengatakn bahawa berlakunya penipuan dlm GE13, Pas mempunyai pandgn & pendekatannya sendiri. Perlukh rakan pakatan yg lain memaksa Pas untuk sependapt dgn mereka? Begitu jugalh dlm hal2 yg lain. Kenapa mahu menunding jari? Adalh lbh molek jika setiap parti dlm PR muhasabah (post mortem) diri sendiri trlbh dahulu sblum menunding jari. Tiap2 parti ada kelebihan & kekurangn masing2, tk perlu menyalahkn pihak lain. Wallahu'alam.
DeletePRU13 sudah berakhir. Masanya utk membuat post-mortem. Pemimpin yg lemah/ gagal membaca kehendak rakyat marhaen...samaada pemimpin besar atau kecil, sila berundur.Ingat...majority undi utk PR datangnya dari bandar dan spara bandar yg di percayaai memiliki pendidikan yg lebih baik. PR memerlukan pemimpin yg hebat , bertoleransi tinggi dalam keadaan tertentu dan mampu mengaum dlm situasi yg lain......bukan sekadar mengaum untuk menyelamatkan suku-sakat!!!Tahalluf siyyasi mesti di junjung di tempat yg sepatutnya, bukan di jadikan alat utk menyeleweng. Kendati ada laporan dari SA yg mengatakan PAS setempat memutuskan ikatan Tahalluf Siyyasi dgn PKR , ekoran dari pertindihan kawasan walaupun telah di putuskan oleh pimpinan tertinggi PR sbg milik PKR. Contoh yg huduh utk Siasah Sariyyah dan dakwah. Dalam kes SA , KD dll, mesti ada yg di pertanggung jawabkan. Kita rakyat / pengundi merasa di khianati.Kemenangan PRU adalah bersandarkan kepada jumlah kerusi yg di menangi. Amat kesal bila ada suara-suara dari pimpinan yg mengatakan mereka sudah biasa dgn kekalahan.
ReplyDeleteMenyorot kpd siri penipuan PRU 13 dan reaksi rakyat/ penyokong PR terhadap penipuan itu...di mana pemimpimpin2 besar PR yg lain terutama PAS . Adakah mereka redha dgn penipuan ini atau mereka sudah selesa kerana menang di tempat masing2. Jumlah pembantah yg melepasi angka puluhan malah ratusan ribu membukti kan rakyat tidak redha dgn sebarang bentuk penipuan. Mesej jelas utk pemimpimpin begini....berundur!!
Saya setuju dengan MSO, yang mengatakan Shamsul dah memang jadi hero kerana menumbangkan tokoh besar dan hebat Melaka.Sikap yang diambil oleh Shamsul adalah bijaksana kerana berani menyuarakan dan mengkritik kepada pemimpin.Ini dia baru dikatakan Melayu baru dan berani berubah.Berani mengatakn tidak tanpa rasa bersalah.Jangan menjadi Melayu pak turut, too polite to tell the truth.Jati diri inilah perlu ada pada orang Melayu dan perlu ditanamkan oleh Pkr dan Pas.Bukan jiwa pengecut dan pembodek dan jiwa hamba kepada pemimpin dab orang besar.Jiwa hamba hanya semata mata kepada Allah sahaja.
ReplyDeleteSlm Tuan MSO... sebagai pengundi saya sememangnya amat terkilan dengan tindakkan parti PAS. saya adalah pengundi di kawasan Kota Damansara... kami telah kehilangan seorang pwmimpin yang teramat baik dan bertanggungjawab. dimana beliau amat mengambil berat terhadap rakyatnya. beliau memang amat baik, dimana segala masaalah yang disuarakan oleh rakyatnya beliau akan cuba sedaya upaya untuk selesaikannya. disebabkan parti PAS, kini kami telah kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. pada parti PAS, diharap pada PRU yang akan datang, jadilah lebih matang, jangan di ikutkan hati. bukankah tujuan kita semua ingin kuburkan rejim yang zalim ini?????
ReplyDelete