SALAM KEJAUHAN
Bagus juga cadangan agar ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot takilmat parlimen yang akan diadakan Selasa depan. Tindakan itu seperti mana kata ketua pemuda pusat DAP Anthony Loke sekurang-kurang memberi tekanan ke atas pihak kerajaan berhubung usaha Pakatan Rakyat yang mahukan pilihan raya bersih.
Walaupun tindakan itu bukan menggambarkan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memboikot sidang parlimen, tetapi ia merupakan satu tindakan meneruskan protes. Ketika ini Pakatan Rakyat sedang melakukan protes terhadap pilihan raya yang baru lalu yang dianggap penuh dengan penipuan dan ketidak adilan.
Sebelum ini telah diadakan beberapa siri himpunan dikenali dengan Black505. Himpunan itu tidak akan memberi apa-apa erti kalau ia terhenti di situ saja. Apa lagi kalau selepas ini semua ahli parlimen menghadiri sidang seperti biasa. Satu himpunan raksasa dirancang pada pertengahan bulan depan.
Pandangan Anthony itu nampaknya disokong oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan. Sikap DAP dan PKR mengenai protes ini konsisten berbanding dengan ahli parlimen PAS yang kelihatan tidak semua sekata. Yang menjadi persoalan kini bagaimana penerimaan ahli parlimen baru PAS khasnya di kalangan pemuda yang kini sudah pun ada yang bercakap sumbang?
Apakah mereka juga akan mengambil langkah sama atau akan memulaukan tindakan itu atau tidak akan menyokong apa-apa pandangan untuk terus melakukan protes? Mungkin ahli parlimen PAS akan mengambil jalur lain dalam hal ini. Al maklumlah sesetengah yang baru menang kini sudah pun sibuk belajar berjalan sebagai ahli yang berhormat.
Sudah kedengaran ada yang ingin membeli kereta baru atau pun bertanya bila parlimen akan membahagi-bahagikan crown Parlimen. Atau pun sudah ada yang menempah kot untuk ke parlimen dan berangan-angan mengambil gambar dengan lambang parlimen tersemat di dada.
Perbezaan pendapat dalam hal ini akan terus menyerlahkan tidak semaufakat dalam tindakan dikalangan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat. Situasi ini menyebabkan tindakan pemulauan sebagai tanda protes kurang berhasil. [jkt. indo.7:49 am 07/06/13]
Pas dah terhasut dgn mainan umno dan ketuanan melayu..
ReplyDeleteSelagi DAP, PKR dan Pas (saya tak mahu sebut pembangkang)masih belum memerintah semua negeri dan berkuasa di Putrajaya, semua mereka tidak akan mengakui ada pilihan raya bersih di Malaysia. Dalam bab keduniaan seperti lagilah tak ada segan silu mengadakan2 isu pelik. Dalam bab akidah yang jelas seseorang sudah muslim pun dikorek2 utk dikatakan dia tak Islam sebab tidak dalam tiga kapal itu. Moga Allah rehatkan manusia-manusia yang membawa mudarat kepada rakyat terbanyak. wassalam.
ReplyDeleteSalam. Dalam bab ni saya kurang setuju dgn pak mso. Jalankanlah tanggungjawab yg diamanahkannoleh rakyat sebaik mungkin. Kalau nak boikot biar betul- betul, sidang dun selangor, penang dan kelantan juga jgn diadakan bukan hanya sidang parlimen
ReplyDeleteCukup2 lah.kami nie dh naik bosan dh. Dgn mandat yg sudah diberi rakyat, tunaikanlah sebaik mungkin. Buktikan yg pr berbaloi utk dipilih utk nxt pru.
ReplyDeletePak MSO,
ReplyDeleteSaya rasa tidak perlulah sampai memboikot taklimat parlimen. Sebab bukan semua rakyat (yang memenangkan PR) sokong tindakan ini.
Nampak seakan PR berpolitik tak sudah-sudah. Baik ditumpukan untuk menyumbangkan idea demi pembangunan rakyat.
Kepada MP PR, jalankan tugas sebaik mungkin. Kelak,rakyat dapat menilai kualiti yang ada pada MP PR benbanding BN, yang akan memenangkan PR di PRU-14..
Nampak sgt PR tidak ada kesepaduan. Jgn tggu PRU br nampak nak bersatu. Itu bodoh sbb pengundi tidak bodoh. Belum berkuasa dh bertelagah... Tgk kt selangor, dh wujud perasaan hasad dengki, pkr,pas, dap. So, klu nk tawan PRU14, tunjuk contoh yg baik drpd sekarang.
ReplyDeleteSalam MSO
ReplyDeleteNampak sangat mereka lebih pentingkan jawatan dan pangkat dari sama2 memprotes untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Dari pandangan kaca mata rakyat mereka cuma dilihat bersatu tapi disebalik itu sebenarnya tidak. Begitu juga dengan himpunan 'Black 505',ada suara-suara sumbang dari pimpinan PAS yang tidak setuju dan ada juga yang menyokong. Jika dilihat dari sudut itu mereka semua tidak sehaluan di bawah satu pakatan.Tanpa muafakat nescaya PAS, PKR serta DAP tidak kemana. Realitinya mereka hanya layak menjadi parti pembangkang seumur hidup.
NURUL MUBIN Siraj
ReplyDeletebab akidah sila tanya hasan ali atau mufti haru sana sini.