Friday, June 14, 2013

Biarlah Idris Paten Asam Pedas, Ustaz Mat Jangan Patenkan Budu Sudahlah...

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Kehebatan seseorang pemimpin itu bukan ditilik kepada kekuatan body dan fizikalnya saja, atau besar kecil kemas atau tidak srban dan ikatannya, tetapi ia akan diukur kepada kecanggihan ideanya. Kemunasabahan buak fikirnya dan apa yang dilontarkan boleh menyebabkan orang 'terkanyak' - terkejut.

Terkanyak di sini bukan dalam erti kata lain 'gelak' atau lucu dengan buah fikiran itu tetapi merarasa 'aduhhh' dan 'wah'- hebatnya. Cara begitulah baru orang mengata pemimpin itu hebat dan ada keupayaan idea dan berpotensi untuk menjadi pemimpin membawa perubahan dan pembaharuan. Pemimpin yang baik dan ada idea juga akan memandu perjuangan dan wadahnya ke depan bukan berselibah dengan ekor serban dan kaki jubah.

Ada juga sesetengah orang bila pemimpin itu berfikir di luar kotak kemampuan dan 'kelontong' politik, ia akan dianggap sebagai khayalan dan impian. Dijehkan (persendakan) sebagai pemimpin yang tidak ada arah. Semisalnya bekas Exco Kelantan Husam Musa yang melontarkan beberapa idea untuk menjana pembangunan untuk rakyat Kelantan sedangkan keupayaan kewangan negerinya tiada, orang beranggap idea Husam sebagai angan-angan dan impian kosong. Ia digelar sebagai angan-angan Mat Jenin.


Lebih sedih lagi ada yang beranggap idea Husam telah menyusahkan Pas. Astga...anak beruk baham ayam,  teruk sangatlah pemimpin yang berfikiran sempit dan rigid begini. Mengambil muda sesuatu yang tidak mungkin dilaksanakan dengan keupayaan semasa, terus mengatakan ia membebankan Pas. Sebenarnya orang yang berkata demikian yang menyempitkan lorong fikir yang menyusahkan Pas. Orang yang bersikap negatif dan mudah gerun ini tidak akan berjaya untuk membangun negeri dan memimpin rakyat. Kehadiran mereka akan menghabiskan boreh saja dan membuang masa emas perjuangan.

Seorang pemimpin yang kepalannya bergerak itu akan berfikir sesuatu yang diluar kebiasaanya. Dia akan mencari berbagai formula dan berani membuat percubaan demi percubaan selagi ianya tidak berkadas dengan syarak dan garisan perjuangan.

Kerana itulah seseorang yang hendak menjadi pemimpin ini bukan sembarangan. Dia akan menghidupkan suasana yang mati dan boleh menangkan suasana yang kritikal. Pemimpin juga bukan saja menimbulkan masalah (kontroversi) tetapi juga boleh mendamaikan keadaan yang berkemelut. Pemimpin juga adalah pak tukang yang boleh menyelesaikan berbagai masalah di luar kemampuan orang lain bukan saja 'pisik' menimbulkan masalah.

Di sinilah kehebatan pemimpin itu. Seperti orang yang dipenjara tetapi masih dapat mengeluarkan buah pandangan dan mengeluarkan arahan walaupun tangan dan kakinya diberkas kejap, itulah pemimpin yang hebat dan yang tulen. Kalau sudah kena lokap atau pun diberikan sebutir gula-gula kemenangan (seperti dipilih menjadi wakil rakyat) sudah mendiamkan diri atau selesa dengan gula-gula kemenangan dan reda dengan kekalahan kawan kita, itu bukan pemimpin tetapi itu 'anak ayam' didik berekor togal.

Anwar Ibrahim adalah contoh pemimpina jenis dan 'cap' berkenaan. Walaupun dia meringkuk dalam penjara segala kebebasan bersuara disekat, kalamnya dipatah, pennya dikeringkan dakwat dan laptopnya diletupkan, tetapi dia masih mampu mengeluarkan pandangan dan arahan. Dia masih boleh mengkritik dari dalam penjara. Dia masih mencari helah bagaimana memastikan suara dan pandangannya terus meruang di luar.

Nah, hal yang sama dengan Husam Musa di Kelantan. Walaupun umum tahu Kelantan tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk membina projek-projek raksasa untuk rakyat seperti lebuh raya atau stadium dan prasarana lain, tetapi dia masih mampu berfikir bagaimana kemungkinan melaksanakan projek berkenaan. Husam sekurang-kurang ke depan berbanding dengan pemimpin lain yang untuk berkhayal demi rakyat pun takut atau tiada idea.

Contohnya untuk membina lebuh raya, walaupun tidak ada peruntukan kewangan tetapi dia cuba mengemukakan kaedah dan pendekatan baru dengan bantuan atau gotong royong dari rakyat. Sesuatu yang tidak mustahil kaedah gotong royong atau melibatkan rakyat untuk membina sesuatu kepentingan rakyat boleh dilaksanakan, kerana sejarah dan kejayaan sudah ada.

Modul ataupun kaedah yang cuba dipakai Husam bukan sesuatu yang baru dan ilusi. Tetapi ia sudah menjadikan kenyataan sebelum ini. Di zaman-zaman sebelum kemodenan dan negara kaya, kaedah itulah yang digunaka pakai. Pemerintah ketika itu raja akan mengerahkan rakyat untuk bergabung tenaga membina apa-apa projek untuk rakyat. Gotong royong adalah makenisme terbaik dan suci. Rakyat akan merasakan apa yang diwujudkan itu adalah hak mereka.

Bukan itu sahaja untuk melawan musuh yang jumlahnya lebih besar dari keupayaan tentera yang ada, rakyat juga dikerah untuk bergabung diri dan mempertahankan negara. Rayat yang beriman dan cintakan kepada negara pula sanggup menyambung nyawa. Bahkan rakyat merasa bangga dan mengimpi-impikan kematian (syahid) kerana itulah destinasi penghidupan mereka selepas tiada.

Konsep atau pun perabadan manusia itulah yang hendak cuba dipraktikan Husam di Kelantan. Kerana sejarah sudah ada mencatatkan kejayaan maka beliau cuba untuk mengulanginya sekali di zaman moden ini. Cuma sayang sedikit Husam tidak terlebih dahulu menterbiahkan rakyat agar memahami hakikat itu menyebabkan rakyat bahkan pemimpin lain mentertawakan idea beliau itu. Melihat apa yang bekas Exco kanan itu hendak bawa sebagai satu petaka pula kepada parti.

Saya menukilkan kisah kehebatan dan cara berfikir Anwar dan Husam ini ialah saya hendak kemukakan di sini mengenai perbezaan atau pun teknik berfikir dan berpolitik di antara orang yang berilmu dengan mereka yang berpegang kepada tradisi lama dan tidak mahu menggerakkan kedua-dua belah orak kiri dan kanan. Perbezaan itulah menyebabkan tindakan-tindakan Husam di Kelantan itu dilihat sebagai satu bahana dan cara Husam berpolitik ala-ala badut. Itu saja.

Mengenai hal ini cuba perhatikan pandangan Ketua Menteri Melaka yang baru Idris Haron yang telah melontar satu idea yang sebelum ini tidak terfikir oleh bekas-bekas KM Melaka sebelum ini. Semalam Idris telah memberi pandangan untuk mempatenkan resipi masakan asam pedas negeri Melaka menjadi warisan negeri itu. Beliau bercakap soal makanan dan masakan.

Mungkin baginya idea itu sudah hebat kerana tidak pernah terfikir oleh bekas KM yang sebelum ini, tetapi beliau nampak akan perkara itu. Apakah pentingnya dan munasabahnya pandangan Idris itu. Apakah selama ini orang tidak kenal dan tahu akan keunikan masak pedas negeri Melaka? Orang sudah tahu dan resipi tidak pun perlu dipatenkan. Resipi bukan seperti rekaan enjen atau pun cap perdagangan yang perlu dirigesterkan.

Kewujuda asam pedas Melaka sejak turun temurun. Ia adalah tradisi dan budaya warisan. Kehebatan masakan asam pedas samalah dengan kehebatan masakan dan makanan-makanan lain negeri-negeri lain juga yang dihasilkan dari budaya dan tradisi rakyat sesebuah negeri yang mempunyai rasa tersendiri dan ada keunikan. Apakah budaya dan tradisi perlu dan patut dipatenkan?

Katanya untuk tujuan itu satu pertandingan masakan asam pedas akan diadakan bagi memilih masakan terbaik kemudian akan dipatenkan menjadi harta pusaka Melaka.

Inilah yang hendak persoalkan. Pandangan dan idea seperti apa diluahkan oleh Idris itu. Pemimpin itu bukan sembarangan dan ia tidak boleh bercakap ikut suka hati saja dan memerlukan seorang yang mempunyai idea yang bernas. Apa yang dicadangkan Idris itu menggambarkan sejauh mana tahap pemikiran dan kreativiti beliau sebagai seorang pemimpin. Cadangan itu juga akan menjadi kayu ukur kemampuan dia sebagai ketua menteri.

Saya percaya pandangan itu bukan dibuat wewenang sebaliknya selepas difikir. Sama ada ianya perkara besar atau kecil yang akan diketawakan tetapi itulah yang mampu dizahirkanya untuk membuktikan dia sebagai Ketua Menteri mempunyai idea. Kalau dia ada idea lebih hebat dari itu dia tidak akan membuat cadangan mempatenkan resipi masakan pedas seawal dia memegang jawatan sebagai ketua menteri.

Tetapi kerana itulah yang dikira hebat maka dizahirkan untuk dilihat oleh rakyat Melaka betapa hebatnya Idrsi sebagai ketua menteri Melaka. Setidak-tidaknya cadangan itu bagi Idris dia telah mengatasi bekas KM Ali Rustam yang terlupa untuk mematenkan resipi masakan asam pedas Melaka. Atau pun sekomang-kompong Ghafar Baba semasa menjadi ketua menteri Melaka dulu tidak pernah terlintas untuk mempatenkan resipi masakan asam pedas Melaka?

Sejajar itu, peringatan untuk Ahmad Yakob di Kelantan yang baru mengambil alih jawatab MB jangan berfikir seenting fikiran seperti Idris itu. Beliau harus mengemukakan gagasan dan pemikiran besar sebagai kesenimbungan gagasan dan wawasan kepimpinan Nik Aziz Nik Mat sebelum ini. Kalau pun Ustaz Mat tidak dapat menandingi, biarlah gagasan dan idea itu seiringi dengan idea pelopor kepimpinan ulama itu, dan jangan sesekali ianya dilihat berkadas pula dengan apa yang telah digaristetapkan sebelum ini.

Ustaz Mat hendaknya tidak akan 'gelenyer' untuk mempatenkan budu sebagai masakan pembuka selera trsohor itu menjadi warisan budaya makanan Kelantan yang tidak boleh diciplak oleh mana-mana orang. Ustaz Mat perlulah membebaskan rasa budu mengikut cita rasa lidah yang mengecapnya. [wm.kl.11:15 am 14/06/13] * tanpa edit.

2 comments:

  1. meme bernas sekali apa hak tuan mso nukilkan... saya duk google cari mana2 laman krajaan negeri yang menerima pandangan2 dr rakyat marhein.. kalu kerajaan ada laman sebegini mungkin ianya akan menjadi platform kepada pemimpin2 negeri untuk melihat lebih luas diluar kotak.. ada masanya pakcik hak duk menoreh pun ada idea yg boleh diketengahkan.. rasanya patut sekali kerajaan negeri buat pertandingan "proposal rakyat utk kelantan maju" yg diacarakan diperingkat DUN dan seterusnya yg terbaik dipersembahkan diperingkat negeri..

    ReplyDelete
  2. Memang pedas ayat ni..lebih pedas dari asam pedas Melaka..

    ReplyDelete