Sejak tidak dilantik menganggotai barisan kabinet Kelantan yang dibentuk dalam tempoh tidak sampai 60 jam selepas pilihan raya umum lalu, malam tadi Husam Musa telah muncul dalam majlis orang ramai apabila beliau hadir dalam majlis Himpunan Black505 yang diadakan di Ketereh, Kota Bharu Kelantan.
Husam muncul bersama isterinya, Rohana. |
Husam tiba setelah kira-kira 10 minit ketibaan Menteri Besar Ahmad Yaaob bersama Nasaruddin Daud dan lima minit kemudian diikuti ketibaan Anwar Ibrahim yang juga berpakaian serba hitam.
Ketibaan Husam menjadi perhatian umum kerana sejak selepas pilihan raya lalu malam tadilah beliau muncul dalam majlis orang ramai di Kelantan. Beberapa majlis yang diadakan sebelum ini tidak kelihatan wajah Husam kerana beliau berada di luar negara ini menjadi para penyokong tertanya-tanya dan merinduinya.
Ketibaan Husam juga dinanti-nanti dan ada yang menyangka beliau tidak akan tiba kerana Husam baru saja sampai dari luar negara. Sebaik saja beliau masuk ke padang majlis Bandaran Ketereh, para penyokong khasnya anak-anak muda yang meminati Husam berkerumum dan berebut-tebut untuk bersamaan dan bertanya khabar dengannya.
Ada juga yang berpelukan erat dengan Husam dan ada yang mengesat air mata tatkala melihat Husam berjalan masuk.
Husam yang baru balik dari mengerjakan Umrah dan lawatan ke Turki bersama keluarga kelihatan ceria dan tersenyum menyambut sapaan salam dan huran tangan orang ramai seperti tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya.
Penamplikan Husam tanpa memegang jawatan Exco kelihatan lebih menyenangkannya dan seakan beliau boleh bergerak lebih bebas dan mempunyai masa yang banyak untuk bersama rakyat serta membangunkan parti. Sokongan orang ramai pula menjadikan beliau tidak kesepian walaupun dinafikan untuk berkhidmat kepada rakyat menerusi jawatan.
Khabarnya sejak tidak sibuk dengan urusan kerajaan, beliau kini mendapat berbagai undangan dari berbagai pihak termasuk menyampaikan ucapan di universiti di luar negera serta berjumpa dengan rakan dialog perniagaan. Dalam masa terdekat katanya Husam akan berlepas ke Libya untuk menghadiri satu undangan persidangan berhubung diner emas dan beliau juga khabarnya dijemput oleh sebuah badan di London untuk menyampaikan ucapan berhubung masa depan dan peralihan politik Malaysia.
Ternyata kehadiran Husam malam tadi sedikit sebanyak dapat mengubat hati para penyokong dan anak-anaknya muda yang tertarik dengan gaya kepimpinan dan idea-idea beliau berhubung dengan pembangunan negara dan politik.
Dalam pada itu Himpunan Black505 malam tadi dihadiri lebih 30,000 orang. Lebih 60 yang hadiri terdiri dari golongan muda yang mengenakan baju T berwarna hitam. Himpunan itu anjuran gabungan 30 NGO yang membantah keputusan pilihan raya ke-13. [wm.kl.12:08 pm13/06/13]
Kelantan sangat rugi ketepikan husam
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteSaya cadangkan Husam bertanding jawatan Presiden Pas...tak salah, 'kan?
Memang sesuai sangat saudara.
DeleteSetuju
DeleteSaya pon setuju Dato Husam bertanding Presiden PAS. PAS amat perlukan pemimpin berkarisma spt Husam
ReplyDeleteSangat setuju dengan cadangan Putra Bertam. Ya..pertandingan adalah baik dan sihat untuk Parti PAS dan perjalanana nya..dan tak salah bertanding Jawatan Presiden PAS..tukar orang lain lah pulak TGHH dah lama sangat kat kerusi Presiden..
ReplyDeleteCuma si tolol lagi bahalol yang buta sejarah dan perlembagaan PAS saja yang membantah cadangan Husam bertanding Presiden.
ReplyDeletejuga golongan yg suka nampak pemimpin islam yg nampak takda ciri statesman serta pikir dalam jemaah je sokong yg dok ada skg. pas kalo nak jd mainstream kena org moderate mcm husam.
ReplyDeleteHusam 4 President!
ReplyDeleteSalam MSO
ReplyDeleteYang menjadi musykil dan persoalannya, kenapa YB Husam tidak terpileh dan dikekalkan sebagai exco kerajaan Kelantan. jika dilihat dari sudut kepimpinan dan senioriti beliau dalam PAS sepatutnya beliau diantara satu tokoh yang perlu dikekalkan. YB Husam adalah orang kuat di belakang Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade. Begitu juga kewibawaan beliau membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan malah dari beliaulah tercetusnya projek lebuh raya K/Krai-KB, Stadium baru dan sebagainya. Disebalik itu beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan semata-mata untuk mengetuai isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS. Jika dilihat dari kepimpinan dan ketokohan beliau terbukti sudah ianya merupakan sebutir permata yang hilang dari negeri serambi mekah. Yang hairan dan nyata kenapa beliau tidak terpileh dan diketepikan bagai orang yang tidak pernah berbudi. Tanpa beliau ianya dianggap tidak lengkap sebagai pemimpin berwawasan untuk membawa Kelantan kearah negeri yang lebih cemerlang dimasa2 depan memandangkan pimpinan yang tersedia ada tidak larat memikul beban2 yang begitu banyak ditinggalkannya..
DHM bertanding jawatan presiden adalah satu cadangan yang baik untuk melihat sentiment dan halatuju PAS; samada utk dipimpin oleh ulamak dlm bidang agama atau ulamak dlm bidang professional (yg juga memiliki asas agama yg mantap).
ReplyDeleteDHM Presiden dan TGNA Mursyidul Am. Perghhh!
Salam izquina izlan,
DeleteTak baik kata perghhh begitu kpd kedua2 tuanguru... jasa & pengorbanan mereka tersangat banyak dlm perjuangan Pas... apabila saya mencadangkan Husam bertanding jawatan presiden, saya melihat sudah sampai masanya kepimpinan Pas diambilalih oleh orang yg lebih muda, fokus, energetik dan kreatif...
bagus jugak cadangan ...teman2
ReplyDeletekawe meme setuju.....DHM tanding jawatan presiden PAS....Dengan ketokohan beliau dan halatuju pemikiran yang terurus/politik thingking yang mantap....PAS akan dapat menarik lebih ramai golongan muda...pada saya pimpinan pas yang sediada agak "leweh"...
ReplyDeleteMemang sesuai dan patut, masanya telah tiba. Ambe sokong.
ReplyDelete