Sunday, August 4, 2013

Cadangan Gerakan Pemutihan Pistol Milik Awam Perlu Disegerakan

SUSUPAN PETANG                                                                              

Cadangan agar dilakukan gerakan pemutihan untuk menentukan berapa bilangan pistol milik awam sebagai salah satu makenisme untuk mengurangkan kejadian jenayah berat (tembak) seperti dicadangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Razali Ibrahim lebih praktikal dan berbobot berbanding dengan tundingan jari bekas KM Melaka Mohd Ali Rustam kepada pembangkang berhubung isu sama.

Cadangan Razali itu perlu disegera. Apabila diketahui berapa jumlah pistol yang dilesenkan, maka kita tahulah berapa banyak jumlah pistol yang haram. Berbanding dengan sikap Ali mengenai halk sama yang menuduh berlakunya jenayah berat disebabkan pembangkang. Hamlau...

Kekerapan berlaku tembak menembak akibat kehilangan nyawa ada tanda-tanda lambakan pistol haram di negara ini. Kemungkinan ia diseluduk dari luar yang bergerak seiringan dengan kegiatan penyeludupan.


Kemungkinan pada awalnya pistol ini digunakan bagi tujuan melicinkan kegiatan haram itu.

Sekiranya andaian ini benar - kemasukan senjata luar, ia sudah pasti berlaku kelonggoran kawalan di sempadan. Tidak ditolak juga kemungkinan berlaku rasuah atau tumbuk rusuk di kalangan pengawal sempadan. Kalau tidak masakan ia mudah lolos?

Sekiranya tidak berlaku unsur-unsur ini pihak kerajaan wajar memperketatkan kawalan di sempadan. Mungkin CCTV perlu dipasang di sepanjang sempadan strategik apabila pengawal sempadan sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Pasukan keselamatan polis dan tentera juga wajar ditempatkan di semua sempadan. Memandangkan jenayah di dalam negeri tidak begitu memerlukan tenaga ATM, wajar kalau ATM diletakkan di semua sempadan. Diberi tugas baru mengawal sempadan seperti mana dibuat di Sabah.

Ancaman dari luar secara ketenteraan tidak begitu membimbangkan jadi elok letak askar agar jaga sempadan.

Perkara ini perlu diberi penekan kerana kejadian jenayah melibatkan tembakan kerap berlaku dan ia sudah menjadi sesuatu pertuturan awam. Dalam minggu lalu saja lima kes melibatkan jenayah menggunakan senjata (pistol). Ejekan akhbar The New Paper dari Singapura terhadap keselamatan negara kita berkaitan dengan apa yang berlaku sungguh menyedih dan memalukan.

Ejekan itu patut diambil sebagai cabaran kita mengawal keselamatan negara kita  dan jangan menganggap ia mahu mencampuri urusan keselamatan kita.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar tidak perlu memberi reaksi beremosi kepada akhabr The New Paper itu tetapi harus menerima hakikat yang polis sudah tidak mampu lagi untuk membendung kejadian jenayah terutamanya melibatkan penembakkan. Jangan sampai ada mana-mana pegawai tinggi polis terkena insiden itu baru hendak bertindak.

Khalid juga patut menjadikan masalah jenayah berat ini sebagai agenda atau pun iltizam utamanya sebagai ketua polis yang baru dilantik. Di samping itu juga jangan dilupakan ikut sama menjadi rasuah di kalangan anggota polis sebagai tumpuan. Salah laku polis mengenai rasuah ini juga sesuatu yang memalukan dan meletak taraf polis ditahap paling rendah dari segi integriti anggota berpasukan. [wm.kl.4:28 pm 04/08/13]

1 comment:

  1. sebagai anak jati klate sudah tentu tuan arif benar kawalan sempadan kita mcmana...sama ada belah rantau panjang atau pkln kubor..

    ReplyDelete