Monday, September 2, 2013

Beraya Di Harakah, Sambil Mengusik Kawan

CATATAN RAYA                                                                                 

Rumah terbuka Hari Raya Pas Ahad lalu saya tidak sempat hadir kerana terpaksa bekejar ke Kuala Lipis untuk menziarahi jenayah bapa saudara yang meninggal pagi minggu itu. Peluang untuk berjumpa dengan para pimpinan Pas terlepas. Ada beberapa pemimpin Pas yang perlu saya beraya dengan mereka kerana sering kena usik dan kena 'catuk' didalam blog.

Makan semeja dengan Presiden Pas.
Apabila sdr Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah menghantar SMS, jemput hadir rumah terbuka Harakah tengah hari ini saya tidak lepas peluang. Di sinilah dapat saya qodar untuk berjumpa dengan pimpinan Pas. Selalunya ramai pimpinan Pas yang hadir rumah terbuka Harakah

Walaupun ada janji dengan seseorang pada masa sama saya lencong dahulu ke rumah terbuka Harakah. Bimbang tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan pimpinan yang hadir.

Ketika saya sampai khemah sudah penuh. Para tetamu sudah mula menjamu selera. Pimpinan juga sudah ada yang pulang. Orang kuat Harakah Lutfi, Termizi Mohd Jam dan lain-lain bukan main lagi segak dan ramah melayan tetamu. Lutfi nampaknya terus melayan tamu dengan tongkat.

Saya duduk dimeja Dr Mohd Nasir, calon Pakatan Rakyat di Kota Damansara. Bersama semeja Subky Latif kemudian ia dipenuhi silih berganti dengan tetamu lain termasuk Pak Shukur bersama anak isteri dan cucu. Saya agak lama berbicara dengan Dr Nasir. Entah kenapa ada sesuatu yang semacam terbuku dihati mengenainya.

Tentulah soal pilihan raya lalu. Tetapi kerana suasana yang tidak mengizinkan untuk mempersoalkannya, butir bericara kami bergajak kepada dua siri lawatan saya ke perkampungan Rejimen Ke-10 (Komunis Malaya) di kampung Chulabhorn Pattana 12, Shukirin, Thailand baru-baru ini.

Beliau juga tidak menyebut fasal pilihan raya, saya juga tidak bertanya lanjut. Faham sama faham. Kehadirannya pada rumah terbuka Harakah itu menjelaskan Dr Nasir seorang terbuka. Sosialis yang Islam dan meraikan majlis terbuka Hari Raya. Dia juga tidak mendendami sesiapa di kalangan Pas. Kesudian beliau menghadiri diri walaupun menghormati Harakah, sudah tentulah menghormati Pas sebagai rakan dalam Pakatan.

Lutfi segak bertongkat melayan Abdul Hadi. 
Jauh dari itu kehadirannya menunjukkan Dr Nasir sedia melupai sejarah hitam yang ada kaitan dengan individu tertentu didalam Pas. Semangat beginilah yang dimahui kalau hendak menjatuhkan BN atau menjadi tokoh hebat dalam dalam politik. Ada sesuatu mesej yang Dr Nasir hendak diambiliktibarkan darinya khasnya untuk golongan muda.

Apa Idris katakan kepada Abdul Hadi, Sallahuddin buat dak..
Menerusi Dr Nasir juga, katanya Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din baru sahaja pulang. Haron duduk semeja dan beramah tamah dengan Dr Nasir. Sayang saya tidak sempat berrjumpa dengan Dr Haron Din ada satu soalan cepu emas yang hendak saya campakkan kepadanya. Tentu dia akan menjawab atau dia akan menegur saya. Sebagai tokguru dan ulama saya sedia menerima pandangan Dr Haron Din. Dia adalah antara enam ulamak yang dipesankan oleh seseorang agar saya menghormati. Saya masih ingat dan beliau mengetahuinya.

"Sayuti enta sudah hebat...sebelum ana meninggal ana nak pesan kepada enta, hormati enam orang ulamak ini, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din," begitu pesan oleh arwah yang sudah meninggalkan alam ini 13 tahun lalu. Pesanan itu tidak pernah saya alpakan.

Sedang asyik saya berbicara dengan Dr Nasir, Tan Seng Giok sudah mahu pulang, dia keliling bersalaman dengan semua tetamu yang duduk di meja kami. Mungkin orang tidak tahu yang ahli Parlimen Kepong ini tahu dan pandai membaca Yassin?

Subky sudah lama duduk di meja ini. Dia sudah tidak larak lagi hendak makan. Disebelah saya Zulkifi Sulung sedang meratah satay. Lama juga tidak jumpa dengan Zulkifli. Pepindahannya dari Harakah Daily ke Malaysia Insider menjadi topik perbualan dengan saya. Tulisannya semasa dia ziarahi Tokguru Nik Abdul Aziz menjadi persoalan umum, apakah perkara yang Tokguru Nik Aziz bisikkan kepadanya mengenai Husam Musa.

Kerana saya juga kebetulan menziarah Tokguru beberapa jam selepas pemergian Zulkifli maka saya juga ditanya dan dikorek apa yang Tokguru bisikkan kepada Husam. Lebih adil dan afdal kata saya kepada yang bertanya mengenai bisikkan Tokguru  itu, tanya kepada Zulkifli sendiri. Kalau dengan saya tidak ada apa-apa bisikan istimewa kecuali Tokguru ada menyebut nama Husam, menceritakan Husam ada menceritakan sesuatu kepadanya. Tetapi yang jelasnya bila membicarakan soal Husam, Tokguru jadi segar tiba-tiba.

Sebentar kemudian singgah Wan Johari, Pegawai Khas Ahli-Ahli Parlimen Pas di meja saya. Tidak sah kalau dia tidak usik dan 'cerca' saya. Entah dimana puncanya dia mempersoalkan mengenai sikap dan prinsip politik saya. Katanya, "Sayuti boleh berkawan dengan semua orang, tetapi semua orang dia bantai," katanya sambil memecah gelak. Saya hanya tersenyum dan sudah kenal dengan perangai Wan Jo. Lagipun saya menerima apa yang beliau lafazkan.

"Kenapa jadi begitu Jo," tanya saya menyetujui kata-katanya. "Memang ana baik dengan semua orang, tetapi kalau bantai semua orang tak betul," ujar saya mempertahankan diri sambil memberi contoh Subky Latif yang berada selang dua kerusi dengan saya. "Jo.. ini Ustaz Subky ana kenal sejak tahun 70-an, ana selalu sebut namanya dalam buku-buku ana, sekali pun ana tidak bantai dia, kenapa? Sebab dia tidak buat salah dari kaca mata saya, kalau salah saya tibai juga." Wan Jo tergelak. Subky Latif juga tersenyum-senyum. Yang lain juga memberi reaksi tersendiri. Meriah.

Kemudian menjelma Naik Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersalam dengan saya dan tetamu di meja kami penun sentimental. Biasalah Salahuddin dengan wajah tenang dan yakin, tersenyum saja, selepas bersapa dua tiga perkataan dia beredar bersalaman dengan tetamu lain. Paling mengembirakan saya sebaik sahaja melabuh punggung di kerusi, tiba-tiba bahu saya dipicit mesra...oleh seseorang. Saya menjenguk rupanya orang yang sejak semalam saya memburunya, dia dimaksudkan Abu Bakar Chik. Lama saya tidak berjumpa dan bertelefon dengannya yang saya panggil Ustaz Dato'.

"Ini blogger hebat kita ni...," katanya. Saya terus bangun bersalaman dengannya sambil berhari raya. "Semalam lagi ana kejar Ustaz tetapi tak jumpa," cerita saya. "Silakan makan, nanti kita berjumpa katanya," Bakar Chik kemudian berlalu dan kemudian saya menemuinya diketika yang lain. Banyak mendapat info terbaru darinya dan juga mengenainya. Biasalah kalau berjumpa dengannya, tidak ada soal lain difikir, soal parti, masa depan parti dan juga ummah. Inilah yang saya kagum dengan bekas ketua pemuda Pas ini sangat concern kepada parti dan tahan telinga mendengar bidasan saya.

Saya masih dimeja sama, Di meja sebelah duduk Idris Ahmad. Sejak dia jadi MP Bukit Gantang ini tidak lagi berjumpa dengannya. Wah bajunya nampak makin kemas dan berstiker macam guru besar. Harap-harap balik ke Bukit Gantan tidak naik bas lagi? Bersamanya beberapa pimpinan lain, termasuk PPJ Pas dari Sarawak, Ahid Adam, Dr Zulkifli Ahmad dan lain. Tuan rumah Kamaruddin Jaafaar saya sudah ternampak tetapi Pengerusi Harakah Mustapa Ali masih belum nampak batang hidung, mungkin dia sedang menanti kedatangan Presiden.

Ketua Mslimat Siti Zailah Yusuf datang menabir diri di meja kami duduk sambil mengucap selamat hari raya. Sebelum itu Dr Mariah Mahmud sudah muncul mengucap selamat hariraya sembil berkata 'kosong-kosong'. Apa yang berlaku saya tak kisah katanya. Tak kisah tapi koma, kata saya menyebabkan dia ulang lagi, saya tak kisahhhh, ok. Dia berlaku ...

Ketika saya melilau bersalaman dengan teman-teman di Harakah dan semasa sedang asyik berbisik dengan Bakar Chik, masa mana presiden masuk dan duduk di meja. Bakar Chik terus mengajak saya berjumpa dengan presiden dulu. Hormat. Sallahuddin satu-satunya Naib Presiden yang hadir melayani presiden. Dia mengamit saya duduk sama. Sebelum duduk saya bersalama dan berhari daya dengan presiden. Sebelah presiden Idris Ahmad. Kemudian Mustapa Ali masuk dan duduk disebelah saya. Di tepi Mustapa Ali Dr Wan Suhaimi Wan Daud yang kini makin mesra dengan pimpinan Pas?

Mustapa ada keistimewaan dan keunikan tersendiri bagi saya. Salamnya kemas dan genggamnya erat. Itulah persalaman perjuangan dan persahabatan. "Ana nak makan, berlawan dengan, Sayuti..," katanya bergurau. Tokguru Haji Hadi hanya diam saja terus makan. Saya menghulur sepiring lada untuk beliau.

Untuk memeriahkan suasana, saya dengan perangai asal saya mengusik dan berguru. "Di meja ini sudah hampir lengkap ada seorang Naib Presiden, seorang calon Naib Presiden, Setiausaha Agung di sebelah saya dan presiden..," kata saja sambil diperhati oleh beberapa tetamu yang perasan dengan guruan saya. Wan Jo yang menyedari terus merakam gambar sambil berkata; Sayuti dan nak mula berkempen, dah...

"Anta sokong yang mana, MSO?" tanya Wan Jo. "Ana mudah saja akan sokong calon yang ana hormati dan menghormati ana," balas saya. Tokguru Abdul Hadi tersenyum mendengar kata-kata saya manakala Mustafa Ali gelak melucu. Dia mungkin suka bila saya kata Setiausaha Agung still...

Usikan saya tidak panjang mungkin kerana ada yang malu-malu. Mereka yang sedia menawarkan diri tidak mahu bersabung kata nanti buruk padahnya. Di meja vvip bersama Abdul Hadi itu tidak lengkap kerana tidak ada timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden Husam Musa dan Mahfuz Omar. Begitu juga dengan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka tiada mungkin ke tempat lain atau hadir kemudian selepas saya meninggalkan majlis.

Juga terasa majlis rumah terbuka Harakah itu tidak lengkap bila tidak ada pimpinan tertinggi Dewan Pemuda Pas. Tidak nampak kalibat Nasarudin Hassan dan juga Nik Abduh Nik Aziz. Mungkin mereka sibuk sedang menyiapkan soalan untuk dimajukan ke parlimen yang akan bersidang bulan depan. Maklumlah mereka ahli parlimen?

Tutup cerita majlis rumah terbuka Harakah tadi meriah dan menyerlahkan persaudaran sebenar. Paling bermakna kemeriahan itu mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemimpin sama pemimpin, rakyat dengan pemimpin dan juga karyawan Harakah dengan seluruh massa dan pemimpin. Terima kasih kepada sdr Lutfi dan Termizi Mohd Jam atas jemputan dan layanan. [wm.kl.7:50 pm 02/09/13]

5 comments:

  1. Salam tuan MSO,

    Rasa terharu bila saya baca tulisan tuan tentang kemesraan antara pemimpin sesama pemimpin dan pemimpin dgn rakyat...satu lagi rasa teringin sangat utk mengetahui siapakah lima orang lagi ulama yg dimaksudkan itu...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan MSO

    Siapa enam ulamak tu? Kalau tak ada halangan boleh tuan bagitau..

    ReplyDelete
  3. 1. Almaruhm Ishak Baharum.
    2. Almarhum Fadzil Noor.
    3. Almaruh Sheikh Azmi.
    4. Tokguru Nik Abdul Aziz.
    5. Haron Din.
    6. Abdul Hadi Awang.

    Walahu'alam.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    Terima kasih atas senarai tersebut...semuanya tokoh ulamak yg amat disegani cuma saya tertanya2 adakah almarhum sheikh azmi yg dimaksudkan adalah bekas mufti ppinang...

    ReplyDelete