Tuesday, September 3, 2013

Naib Ketua Pemuda Pas Perlu Tahu Membeza Keadaan

SUSUPAN PETANG                                                                          

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss sepatunya dapat membezakan bentuk dan suasana pelawaan kerjasama yang dibuat di antara Anwar Ibrahim agar diadakan dialog perpaduan dengan saranan diwujudkan kerajaan perpaduan (UG) yang pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin Pas tertentu tidak lama dahulu.

Bahawa dari segi semangat dan pendekatan kedua cadangan kerjasama itu berbeza. Dalam soal ini bukan saya bermaksud ingin membela mana-mana pihak, tetapi bercakap sesuatu yang benar dan nyata serta jangan cuba menegakkan benang yang basah.

Pelawaan atau cadangan Anwar agar Najib Razak memanggil segera untuk diadakan dialog bagi kepentingan bersama berdasarkan isu semasa ia dibuat secara terang dan nyata tidak tersembunyi. Anwar membuat seruan itu menerusi perutusan khas beliau sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara. Semua orang baca dan mengetahuinya.

Cadangan Anwar dibuat tanpa terlebih dahulu ada risikan atau pertemuan-pertemuan sulit di antara beliau atau wakil beliau dengan mana-mana pihak didalam Umno atau kerajaan. Ini berbeza dengan cadangan Unity Gorvenment yang disarankan Pas sebelum ini di mana ia didahului beberapa pertemuan sulit di antara pemimpin tertinggi Pas dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu.

Sekurang-kurang tiga kali pemimpin Pas berjumpa dengan Abdullah secara sulit. Sekali di rumah kerajaan di Jalan Belamy, sekali di rumah Abdullah di Sungai Penchala dan sekali di sebuah hotel di Damansara. Kuala Lumpur. Ia bukan setakat itu sahaja pertemuan juga berlaku diperingkat 'pegawai' beberapa kali. Saya rasa Dr Ahmad Al Hiss maklum mengenai perkara ini atau beliau boleh merujuk kepada ketuanya Nasarudin Hasan atau timbalannya Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang saya percaya mereka mengetahui segala kronologinya.

Pertemuan yang dilakukan atas lesen 'dibenarkan Pas mengada 'tahalul syiasi' itu ia bersifat sulit dan diluar pengetahuan rakan-rakan Pas termasuk Anwar Ibrahim. Bahkan di dalam Pas sendiri tidak mengetahui akan pertemuan itu kerana ianya dirahsiakan. Disebabkan kalangan pemimpin tertinggi Pas tidak diberitahulah maka rancangan UG itu menjadi masalah.

Pertemuan sulit itu terbongkar apabila ia diakui sendiri oleh Abdullah Ahmad Badawi apabila bertalu-talu pemimpin Pas menafikannya.

Sebagai pemimpin muda yang dinamik, hendaknya Dr Raja Ahmad dapat membezakan di antara dua pertemuan dan rancangan ini. Kalau difahami akan perbezaan dari segi semangat dan integriti kedua-dua pertemuan itu, Dr Raja Ahmad atau pihak Pas tidak perlu merasa gelisah dan gunda dengan pelawaan Anwar Ibrahim itu. Jelas dalam soal ini Anwar lebih terbuka dan agak ikhlas.

Apa lagi dilakukan Pas dalam usaha untuk perpaduan Melayu dengan Umno itu diambil kira dengan satu  lagi pertemuan special di antara Najib Razak bersama Abdul Hadi Awang dan Tokguru Nik Abdul Aziz di Istana Terengganu di Kuala Lumpur di hadapan Sultan Mizan Sultan Zainal Abidin ketika baginda menjadi Yang di-Pertua Agung ia lagi tragis.

Perjumpaan itu sebenarnya lebih tragis dan menyakiti hati dan memeranjatkan Anwar dan rakan Pas yang lain dalam konteks Pakatan Rakyat kerana ia tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Mungkin Pas boleh menganggap pertemuan itu adalah personal di antara Pas dengan Najib. Tetapi apa pun alasan dalam konteks politik dan dalam suasana Pas masih menjalinkan hubungan dengan Pakatan Rakyat ia tidak boleh dianggap personal melainkan pertemuan itu sebagai satu pengkhinatan.

Sejujurnya saya kemukakan ini bukan apa sekadar untuk memberi fahaman kepada Naib Ketua Pemuda Pas atau mereka yang lain juga agar jangan bersikap kuman di seberang nampak tetapi gajah di hadapan mata tidak nampak. Dr Raja Ahmad perlu dapat membezakan situasi kedua-dua cadangan itu dan jangan suka melihat 'pelakar' itu menggerunkan tetapi lupa yang 'kilat' juga membimbangkan. [wm.kl.5:38 pm 03/09/13]

4 comments:

  1. klu jadi jgn le buat keje2 dan cakap2 yg tak berapa cerdik tu,buat malukan parti je

    ReplyDelete
  2. Dr Raja Ahmad Al Hiss, jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

    ReplyDelete
  3. yang mana ahli tak boleh dikritik? Memalukan ahli lain..menegak benang basah itu elok rujuk pakar ke sepuluh sifat munafik..

    ReplyDelete
  4. Di sini lah matangnya cara DSAI berpolitik berbanding TGHH berpolitik. Ini belum lagi mengambill isu-isu calon mengagung-agung Karl Marx, DUN K.Damansara dan pil kuda menjelang PRI13 yang baru lalu. Apa-apa, saya benar-benar inginkan pimpinan PAS bukan lagi jenis mediocre saperi sekarang.

    ReplyDelete