Statistik poll yang dikhianati. |
Mengejutkan angka yang dipunggut Husam Musa telah menurun daripada lebih 1,400 undi turun menjadi 745 undi atau 37% dari jumlah pengundi setakat kelmarin sebanyak 1,984.
Walhal jumlah undi menjelang tengah malam semalam sudah mencecah 1,100 untuk atau 58% dari jumlah undi yang keluar sekitar 1,700.
Disebalik turun mendadak undi Husam, undi untuk Mohd Amar yang sebelum ini mendapat undi paling corok tidak sampai 60 undi ditambah sebanyak menjadi 753 undi mengatasi undi yang diberikan untuk Husam sebanyak 746 kedudukan itu membezakan Mohd Amar mengatasi Husam dengan enam undi.
Lebih separuh undi Husam dipindah kepada kotak Mohd Amar.
Jelas apa yang berlaku adalah pengubahan kedudukan dan poll ini telah diceroboh.
Saya tidak pasti pengubahan ini angkara siapa tetapi yang jelasnya mereka yang kurang senang melihat kedudukan Mohd Amar yang corok dan jelous dengan sokongan Husam oleh pembaca blog ini yang amat memberangsangkan. Pencerobohan ini bukan saja tidak berakhlak tetapi menggambarkan mereka yang bertanggungjawab kurang cerdik serta tidak menghormati keputusan poll bebas.
Sehubungan itu saya dengan ini menarik balik poll berkenaan kerana ia telah dikhianati dan bukan relevan lagi. Bagaimana pun daripada poll yang telah dilakukan jelas menunjukkan Husam merupakan calon popular untuk menjadi timbalan presiden Pas dari kalangan penjengok blog ini. Kemungkinan saya akan melancarkan poll baru selepas ini.
Berdasar kepada ranting sebelum ini dengan jumlah pengundi sebanyak 1,000 sehari poll ini akan memunggut pengundian lebih 7,000 dalam tempoh tujuh hari. Adalah dipercayai sekiranya poll ini selesai diadakan jumlah yang dikutip Husam sekitar 5,500 atau 65% undi mengatasi kesemua calon yang lain. Sementara bedasarkan pencapaian semalam Mohd Amar akan mengutik tidak melebihi 222 undi sahaja atau bawah 6%.
Selain Husam dan Mohd Amar, dua nama lagi yang dicalon ialah Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pengundi sebelum ini Tuan Ibrahim menduduki tempat kedua dengan jumlah undi sekitar 300 atau 16% manakala Mohamad Sabu ditempat ketiga dengan jumlah undi 160 undi atau 7%. [kb.kel.8:15 am 21/09/13]
SOALAN :
ReplyDeleteSiapakah Penceroboh ( Penyangak tersebut )
a) PKR & kuncu-kuncunya
b) DAP & kuncu-kuncunya
c) PAS ( Tulen )
d) PAS ( gang UG )
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSlm tuan mso..Sya amat terkejut sebenarnya...mutakhir ni ahli2 pas telah menampakan kebuduhan dn kebebalan mrk yg berselinfung disebalik jubah dn serban rupsnya.Menyesal sya sokong pas...
ReplyDeleteAllah memandang kpd seseorang muslim itu pada Amalnya kah atau pangkat / kedudukan / gelaran? ...atau / dan ulamak atau tidak ulamaknya seseorang muslim itu...Pemimpin Islam mestilah bijaksana dan ikhlas dlm setiap hal , bijak berpolitik dan mampu bergaul dgn semua lapisan masyarakat...barulah kepimpinan / misi dakwah sampai ke sasaran. Mungkin kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin adalah contoh terbaik kejayaan kepimpinan ulamak. Namun harus di ingat ,sosok-sosok lain yg bukan ulamak seperti Salahuddin Al-Ayubi , saifuddin Al-Qutuz , Muhammed Al-Fatih dll juga telah mewarnai kejayaan demi kejayaan kepimpinan Islam dari zaman ke zaman.Allah telah menetapkan kewajiban utk memartabatkan Islam ke bahu setiap muslim. Secara realitinya hari ini, calon -calon yg berhasrat utk membarisi kepimpinan islam tidak boleh lari dari tuntutan syarak demi mengejar jawatan. Dlm kamun perjuangan islam , tiada istilah ` matlamat menghalalkan cara '. Ayuh, kita tolak calon yg kurang bijaksana dan menggunakan kaedah huduh spt melabel dan merendah-rendahkan kemampuan ilmu calon lain utk mendapatkan jawatan dalam kepimpinan . Ingat , rakyat marhaen / pengundi sekarang bijak menilai.... Masih mengharap akan lahir pemimpin sehebat TGNA & Ust. Fadhil Noor dan memiliki skill berpolitik melebihi Dr.M dan DSAI.
ReplyDeleteKepimpinan khulafa ArRasydin bukanlah contoh kepimpinan Ulamak yang berjaya! Amirul mukminin Abu Bakar Assidiq, Umar AlKhattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib bukan golongan ulamak! Mereka adalah sahabat nabi yang diakui keperibadian dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul.Mereka ini dari golongan professional dan aktivis pada zamanya!
Deletedi sinilah saya melihat tiada bezanya di antara umno dgn pas ... kedua-duanya sanggup melakukan apa saja
ReplyDeleteuntuk jawatan. mungkin apa yang pernah disuarakan oleh datuk mohammad daud iraqi telah pun menjadi lebih teruk . bagi saya kedudukan mohammad sabu telah pun tergugat selepas media memainkan isu pemimpin mestilah dari golongan ulamak ... sepanjang yang saya ikuti ,, mohammad sabu adalah orang yang sanggup berjuang utk parti dan pernah ditahan bawah isa bersama sama dgn arwah buniyamin .
apa yang pasti pas sekarang sedang megejar kebendaan sama seperti yang pernah dilakukan oleh umno. .. selamat menuju kehancuran.
dari dulu saya melihat saingan antara husam dgn nik amar seperti dirancang oleh pas pusat dan negeri . yang jelas apabila husam tidak bertanding lagi utk kerusi parlimen . .. maka nik amar pun terpaksa bertanding untuk kerusi dun . saya cukup curiga dari dahulu lagi tentang percaturan dua insan ini . perkara yang paling mencurigakan apabila keputusan utk kedudukan husam terpaksa diketahui selepas pukul 2 pagi pada pemilihan yang lepas .. susah sangat rupanya untuk membilang undi ... seolah sma seperti spr membilang undi.
ReplyDelete