Tuesday, February 4, 2014

Kenyataan Abdul Hadi, kebijaksanaan seorang presiden

MENGIRING MENTARI                                                                        

Kebimbangan akan ada pemboikotan oleh sesetengah pihak dari rakan PKR terhadap piliihan raya kecil Kajang tidak berbangkit dan perlu dibimbangi lagi, apabila PAS rakan kongsi PKR malam tadi telah memutuskan akan menyokong pilihan raya tersebut. Kenyataan ini memberi terjemahan jelas, bahawa PAS akan sokong Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihan raya berkenaan dan juga sokong kalau dilantik menjadi MB Selangor.

Perkara ini dijelaskan oleh presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat. Dr Mohd Hatta Ramli akan dihantar oleh PAS untuk menjadi kepala menggerakkan pilihan raya itu dan menjamin kemenangan Anwar.

Bagaimana pun penjelasan Abdul Hadi itu tentu tidak akan memuaskan hati sesetengah pihak khasnya dari kalangan PKR apabila beliau menyebut, soal perlantikan MB tidak berbangkit. Ertinya PAS tidak menyatakan persetujuan secara langsung mereka kalau Aanwar diangkat menjadi MB.



Sebenarnya hal ini tidak menjadi masalah. Sememanglah bagi Abdul Hadi beliau tidak perlu membincangkan soal menteri besar. Pertamanya, kerana yang penting ditumpukan kepada pilihan raya itu dulu, sebab kerusi Dun Kajang sudah dikosongkan ertinya pilihan raya pasti diadakan.

Adapun soal MB Selangor memang tidak berbangkit. Kedua, Khalid Ibrahim pun masih belum melepaskan jawatan itu. Khalid masih lagi menjadi MB. Sebagai presiden dan seorang berhemat adalah tidak wajar kalau Abdul Hadi bercakap soal pesakara (MB) sedangkan penjawatnya masih hidup. Mana boleh hendak kebumnyikan orang yang sedang koma?

Demikian juga boleh dianologi, tidak elok bagi beliau dan sesiapa saja yang baru menanam pokok sudah menanda (cup) buah itu dia yang punya dan sebagainya sedang pokok baru ditanam berbunga pun belum lagi. Jangan bergaduh tanda buah itu dan buah ini tetapi akhirnya pokok ditanam mandul nanti diketawakan orang.

Kalaulah semua pihak faham politik dan 'kerenyehan'nya, penjelasan Abdul Hadi itu tidak bercanggah dan meninggal apa-apa kesan negatif pun kepada sesiapa termasuk Anwar. Apabila PAS sudah menyatakan sokongan kepada pilihan raya itu, sudah tentulah PAS juga menyokong apa yang ada disebalik pelan transisi dengan mengadakan pilihan raya itu. Selalunya orang tua tidak bercakap secara terus terang dalam hal-hal agak sulit melainkan berkias kata. (Bukan KIAS Kelantan, tetapi berkias kata).

Masakan Abdul Hadi hanya bertindak menyokong kepala tetapi ekor tidak disokong? Kalau diibarat untuk memelihara ikan PAS dan Abdul Hadi pasti perlulah juga menyokong ekor setelah menyokong kepala. Kerana kalau ambil kepala sahaja ekor tidak ambil sama, nescaya ikan akan mati dan tidak hiduplah si ikan itu.

Bagi saya penjelasan dan kenyataan Abdul Hadi itu satu kenyataan politik yang bijak. Ia tidak menyakitkan sebelah Anwar ia tidak memedihkan disebelahnya (PAS). Itulah fatanah namanya. [wm.kl.10:27 am 04/02/14]

2 comments:

  1. [QUOTE]jAN 29, 2014 Apakah Abdul Hadi juga tidak setuju dengan Anwar?

    Sehingga hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum memberi apa-apa komen. Sikap diam diri Abdul Hadi ini tidak sukar untuk difahami. Mungkin beliau juga menolak pelan berkenaan?

    Boleh jadi juga beberapa kerat pemimpin PAS itu berani mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan semangat Pakatan Rakyat kerana berpandukan kepada pendirian Abdul Hadi sebelum ini yang tidak setuju Anwar Ibrahim mengganti Khalid Ibrahim. Abdul Hadi dikatakan berminat untuk menamakan wakil rakyat PAS. Nama disebut ialah Iskandar Abdul Samad pesuruhjaya PAS Selangor kini.

    Sikap Abdul Hadi itu mengecewakan dan ia juga tidak menggambarkan setiakawan dan semangat dalam Pakatan Rakyat. Ia berbau tamak dan mulai merasa syok untuk berkuasa. [QUOTE]

    Perbedaan komeen anda kali ini dan yang di atas menunjukkan anda mempunyai masalah pemikiran dan justifikasi. sila muhasabah diri anda lebih kerap.

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya rasa saya tak ada masalah fius, tetapi sdr kena perbetulkan fius sdr. Cuba faham setiap apa yang saya catatkan. Apa ertinya sebelum ini, sebelum ini bukan ketika ini atau hari ini atau essok. Fahami sebelum ini, sebelum ini ialah sikap Hadi yang saya fahami dan ketahui.

    ReplyDelete