BELASUNGKAWA
Bekas ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas) Nurkiah Mahmood Baginda (foto) telah meninggal dunia jam 4:45 petang ini di kediamnanya di perkampungan perdamaian Chulabhron Pattana 12, Shukirin Selatan Thailand.
Nurkiah juga merupakan balu kepada salah seorang pemimpin kanan Rejimen Ke-10 PKM, Abu Samah Mohd Kassim yang telah meninggal dunia kira-kira empat tahun lepas.
Nurkiah memimpin Awas selepas Aishah Ghani yang ketika itu ketua Awas meninggalkan gerakan itu selepas akta dharurat diistyharkan.
Kekosongan jawatan itu dipenuhi oleh Nurkiah. Nurkiah bersama suaminya Abu Samah meneruskan penentangan ke atas penjajah dengan memasuki hutan berjuang secara gerila yang bermarkaz di sempadanan Malaysia - Thai.
Sejak ketiadaan suaminya Nurkiah sering uzur, dan kedua belah matanya sudah tidak nampak. Allahyarham juga tidak mempunyai cahaya mata dan hidup secara bersendirian selepas suaminya tiada. Makan minumnya dijaga oleh seorang anak angkatnya dan rakan-rakan sepejuangan di perkampungan berkenaan.
Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Golok, esok. Al fatihah. [wm.kl.10:17 pm 04/02/14]
Hakikatnya dia dan rakan-rakan nya adalah serikandi pejuang bangsa. Walaupun sejarah melukiskan nya dengan gambar hitam. Pengorbanan itu adalah bukti ketulusan hati nya mengharungi perjuangan. Al Fatihah
ReplyDeleteAlFatihah buat Srikandi pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kelapangan di alam barzakh. Amin