Ahmad, tak jadi MB tak pa asal hudud dilaksana. |
Beliau membuat penegasan itu dalam sidang DUN Kelantan tengah hari ini semasa menggulung perbahasan titah ucapan di Raja.
Katanya; "saya tak apa kalau tak jadi MB asalkan hudud dilaksanakan," disambut dengan tepukan meja oleh ahli Dewan.
Penegasan dan pengakuan Ahmad itu menggambarkan beliau tulus dan serius untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan sehingga sanggup mengorbankan kedudukan dan pangkat.
Ahmad juga memberi tahu dewan mengenai hasrat kerajaan berhubung hudud itu turut dibangkitkan semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak bersama beberapa Exco pertengahan November tahun lalu dalam rangka kunjungan hormat kepada orang nombor satu negara itu.
"Semasa jumpa Perdana Menteri saya ada bangkitkan sedikit perkara ini (hudud) kepadanya," jelasnya.
Bagi merealisasikan cita-cita lama kerajaan Kelantan itu, kerajaan jelasnya, mencadankgan agar diadakan muzakarah bagi mencari titik pertemuan mengatasi masalah teknikal yang menyebabkan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan seperti mana diharapkan.
Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II (termasuk hudud) pada tahun 2003 tetapi tidak dapat dilaksnakaan kerana masalah percanggahan dengan Perlembagaan negara serta disebabkan masalah teknikal-teknikal lain.
Ahmad juga menjelaskan sebagai mengatasi masalah itu bagi ianya dapat dilaksanakan, pihaknya mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengadakan muzakarah dengan kerajaan negeri Kelantan bagi mencari titik persamaan.
Penjelasan Ahmad itu juga menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan Kelantan 'main-main' degan hukum hudud.
Sebelum itu Ahmad yang kelihatan tenang dalam menggulung perbahasan itu membuat lawak kecil diawal penggulungannya dengan menarik perhatian kepada telatah beberapa Adun pembangkang yang kerap memujinya sebagai baik.
"Saya ucapkan terima kepada pembangkang yang memuji saya sebagai MB baik, iya.. baik, baik ada makna tu," katanya disambut dengan gelak tawa anggota Dewan termasuk anggota pembangkang.
Dalam perkembangan lain, ketika memberi respon kepada cadangan dibangkitkan oleh Adun Melor, Dr Yusnan Yusof berhubung pegawai kerajaan yang kurang efeksyen dan perlu diadakan motivasi menjelaskan dasar dan polisi kerajaan, Ahmad menjelaskan pihak kerajaan ada kaedah tertentu dalam menentukan atau memastikan akan keberkesanan pegawai kerajaan menjalankan tugas untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Menurutnya tanggungjawab berhubung pergawai kerajaan ini terletak atas tanggungjawab TSU, timbalan Setiausaha Kerajaan yang bertanggung jawab mengenai pengurusan. Keadah yang dipakai pada masa ini ialah memantau keberadaan pegawai kerajaan di pejabat.
Ahmad sekan kesal dengan tingkah laku pegawai kerajaan yang tidak berada di pejabat sebaik sahaja selepas mereka mengetik kad perakam waktu. Manakala, katanya ada ketikanya pejabat kelihatan penuh tetapi malangnya yang ada hanya kakitangan bukan pegawai atau pelanggan atau pun mereka yang menjalankan praktikal.
Sehubungan itu beliau berharap agar pemantauan mengenai keberadaan pegawai di pejabat ini dibuat dalam tempoh setiap dua jam sekali oleh ketua-ketua jabatan. [wm.kl.1:35 t/hari 06/03/14]
Retorik ! Dah 20 tahun, jalankanlah. Nak jalan nak jalan tapi tak jalan jalan jugak. Mesyuarat JK Teknikal kali pertama dah sudah ke belum?
ReplyDelete