GEDIT KAKI
Sikap berhati-hati calon DAP dalam pilihan raua kecil Telok Intan Dyana Sofya untuk tidak menjawab soalan-soalan pelik dari wartawan bagi mengelakkan dirinya terperangkap atau jawabannya dieksploit sebagai bahan kempen, mungkin tidak menjadi isu besar dan perkara sangat ganjil lagi apabila orang bertaraf menteri sendiri juga berbuat demikian.
Mernteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek (foto) juga dilaporkan meninggal majlis tergesa-gesa untuk mengelak dari ditanya wartawan berhubung skandal pinjaman Baank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan karpet berbangsa India yang diberikan tanpa faedah.
Pegawai akhbar Hasan membantu menyalamatkan tindakan Hasan itu kononnya dia perlu segera kerana ada satu lagi acra yang hendak disertainya. Mengapa nampak culas Hasan kali ini kalau tidak dia sangat mesra dalam hal ehwal memberi tahu harga ayam tidak naik, ataupun kelebihan memakan gula bagi menjustifikasikan kenaikan mendadak harga gula.
Dia juga nampak rajin menjawab dan mengulas isu GST yang ada kalanya jawabannya tidak boleh hendak difahami akan relevansinya.
Jadi kalau seorang menteri boleh lari daripada pertanyaan wartawan, apa hendak diharainkan dengan Dyana yang baru pertama kali masuk gelnggang. Sehari dua baru ini ada laporan mengtaakian Dyana tidak menjawab soalan susah sebaliknya diserahkan kepada pimimpin DAP.
Kepada mereka yang merendah-rendahkan kemampuan calon DAP itu diharap dapat menggunakan akal membandingkan apa yang dilakukan Hasan itu.
Hasan menjadi culas kerana skandal berkenaan. Pinjaman daripada Bank Rakyat sebanyak RM33 juta tanpa faedah itu didedahkan oleh bekas Pengerusinya Sabaruddin Chik minggu lepas. Ia dikaitkan dengan Hasan Malik yang dikatakan terlibat dalam membenarkan pinjaman itu tanpa faedah. [wm.kl.12:55 t/hari 29/05/14]
Itu dia tindakan drp pejuang pembela melayu!!'!
ReplyDelete