Husam: Khalid jalan alatkan Pas. |
Dengan penuh berhati-hati Husam telah memberi pandangan jilan kepada Abdul Khalid Ibrahim menerusi surat terbuka kepada Khalid dengan apa yang berlaku yang disifatkan MB bebas itu sebagai telah memperalatkan Pas untuk kepentingan politiknya.
Kata Husam, Khalid sebagai seorang insan gentlemen dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau menumpang Pas dan tahu yang Presiden Pas telah menghulurkan "ranting zaitun" kepadanya saat Khalid kelemasan.
Bekas Exco kanan Kerajaan Kelantan itu tidak lupa menyedarkan Khalid bahawa bekas MB Pakatan Rakyat itu sudah hilang legitimasinya sebagai MB apabila tidak mendapat majoriti di Dewan dan tindakannya terus kekal di kerusi MB mencemarkan institusi raja.
Dalam pada itu Husam berpendapat Pas tidak perlu timbul tenggelam dengan Khalid Ibrahim sehingga mengorbankan prinsip dan namanya yang lebih besar dari Khalid. Pas sebagai sebuah parti politik tidak wajar membeli kuda yang kalah lumba untuk dijadikan alat.
Naib Presiden Pas itu lantas menggesa Khalid agar meletak jawatan secara terhormat sambil mengingatkan meletak jawatan dalam keadaan sekarang bukan berakhir sebuah kerjaya politik. Bagi Husam masa depan Khalid dalam politik masih ada kalau pengudurannya dibuat dengan penuh bermaruah.
"Kerjaya politik itu bukan berakhir dengan meletak jawatan, tetapi kerjayaan politik berakhir bila ia dibuat secara tidak terhormat," demikian tegas Husam.
Berikut surat terbuka Husam Musa kepada Khalid yang diemailkan kepada blog saya.
TAN SRI KHALID IBRAHIM CUKUPLAH MEMPERALATKAN PAS
Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.
Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.
Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.
Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama Pakatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.
Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.
Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?
Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?
Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.
Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi. Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.
Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.
Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.
Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.
Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.
Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.
Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan tersebut amat terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.
UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.
Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.
Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 13 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.
Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.
Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.
Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 12 ADUN UMNO dan turut campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.
50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.
Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.
Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.
Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan'.
Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.
Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.
Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup. Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.
Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.
Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.
Tan Sri tahu ini.
Lantas, apa lagi yang ditunggu?
Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?
Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?
Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?
Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?
Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.
Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin.
PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oleh parti gabungan yang lain.
Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.
Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.
PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.
Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.
PKR tidak menjamah urusan itu.
Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978.
Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.
Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.
Namun, bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.
Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.
Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014. [wm.kl.5:52 pm 15/08/14]
Begitu lunaknya nasihat dan teguran oleh Saudara Husam Musa. Sentuhan begini adalah terpuji dan tidak menyinggung perasaan. Terbaik dan syabas!
ReplyDeleteulasan yang terbaik..bukan suara dari longkang..tapi sayang oghe macam Dato Husam tidak diberi peluang mentadbir Kelantan..kami anak2 muda dahagakan pandangan dan idea yang lebih ke depan serta bernas
ReplyDeleteSudah berhari hari saya mencari dan melihat berita2 hotspot krisis politik cacamerba selangor di internet terutama komen2 pihak dalam pas yg sokong TSKI maka apa yg dapat saya rumuskan ialah rupanya Hadi Awang benar2 ditaksubi oleh sebahagian besar ahli pas sehingga bertaraf maksum.Akal fikiran mrk dah jadi biol akibat cinta yg mendalam kpd presiden mrk sebagaimana syair Tantawi velfire syahdukan dlm fb nya baru2 ini.Cukup menyesatkan perbuatan mrk itu Mrk wajib bertaubat dgn sebenar benar taubat spya mata hati mrk kembali jernih dan waras.
ReplyDeleteDan mengapa PAS sanggup diperalatkan oleh KI ? sudah hilangkah jatidiri PAS ?
ReplyDeleteTerus terang saya beritahu..saya ahli biasa pas..ahli seumur hidup..tiada guna lagi pas berada dalam pakatan rakyat..kerja2 islam tersekat..semua perkara nak kena rujuk ajaran pakatan rakyat..perjuangan islam terbengkalai..nak jaga hati pkr dan dap..pas keluar sajalah..kita bergantung dan berserah kepada ALLAH swt...kemenangan soal kedua..soal pertama kerja pas ni berkat ke tidak ..dah tahu parti dap lawan hudud terang2an..nak apa lagi..dap ni lebih teruk dari mca..saudara mso sayang pakatan rakyat ke sayang islam? Menang islam tu Allah tentukan..tak payah nak reka strategi dan formula kalau tak ingat Allah..kalau menang pun tak berkat..kita nak menang di akhirat...
ReplyDeleteSdra....bangun dari mimpi yang tak betul. Kerja Islam apa lagi yang tersekat. Kerja paling besar ialah m3njalankan hukum hudud. Kerana penting agenda ini PAS begitu berani berlawan dengan siapa sahaja yang menolak hukum hudud termasuk UMNO dan Karpal Singh.
DeleteHukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama ini t3lah diterj3mahkan dengan hukum hudud di Kelantan. Hukum hudud kelantan ini telah diluluskan oleh DUN Kelantan lama dulu dan bersedia dilaksanakan bila-bila masa sahaja jika dibenarkan kerana ia sudah lengkap.
Apa pasal dalam sebulan dua ni takde ulamak-ulamak PAS besar dan kecil dalam PAS dok cerita atau menggunakan hukum hudud ini untuk melawan musuhnya sekarang? Mana g3ng-g3ng Dewan Ulamak? S3lalu inilah hujah yang diguna bila PAS nak bergaduh dengan sesiapa?
Sdra tahu ke apa dah jadi dengan Enakmen Hudud K3lantan ni sekarang? Pemimpin-pemimpin PAS dah serah Hukum Hudud Kelantan ni kepada musuh PAS berpuluh-puluh tahun semua sekali ( sehingga PAS dah takde hak keatas hudud ini lagi) baru-baru apabila termakan dengan tipu muslihat UMNO konon-kononnya menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan.
UMNO dah ambik pusaka yang paling yang dimileki oleh PAS dan sedang buat p3kasam. UMNO sudah kontrol bila hudud ini bol3h dilaksanakan setelah PAS Kelantan bagi semua s3kali kat UMNO.
Hari ini PAS hanya mengharapkan kasihan belas UMNO je untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. PAS dah xde kuasa lagi. Tak percaya? Pi tanya Nik Amar atau MB Kelantan atau mana-mana Tuan Guru di dalam PAS: APA PERK3MBANGAN TER BARU T3NTANG PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN?
Saya pasti jawapannya lebih kurang begini : KITA MASIH MENUNGGU UMNO/KERAJAAN PUSAT BAGITAU TENTANG TINDAKAN SELANJUTNYA. SETAKAT INI TAKDE PERKEMBANGAN BARU!......tak percaya cuba tanya mana-mana pemimpin PAS sekarang?
Kena tunggu keputusan UMNO/Kerajaan Pusat? Tak tahu lagi perangai UMNO tentang masa? Masa bagi UMNO bagi untuk PAS tunggu untuk melaksanakan Hudud di Kelantan IALAH SELAMA MANA KENA TUNGGU UNTUK KUCING TUMBUH TANDUK!!!!
Jadi apa lagi kerja Islam PAS yang ada? Tolong senaraikan....
Selepas persaraan TGNA, Kelantan juga ada potensi akan jatuh kepada BN. Saya melihat Kelantan di bawah MB baru ni x de beza sangat dgn Azizan di Kedah dahulu (kurang kredibiliti).
ReplyDelete