Mungkin catatan ini ramai yang tidak mahu ianya ditulis begini kerana ia boleh menyenak hati dan menyebakan dada. Tetapi untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tidak lalai kemudian akan kecewa berat, elok kalau saya membuat catatan ini sebagai persiapan.
Ahli Pas mahukan pendirian yang tegas. |
Sebaliknya pula catatan ini menggembirakan setengah pihak yang lain. Mereka menerimanya dengan perasaan terbuka dan rasa mujur yang tinggi. Mereka tidak perlu berkerja kuat. Kalau mereka seorang petani, seperti mereka menanam ubi kayu (species ubi yang mudah hidup dan berisi). Mereka perlu meriba tangan dan menanti ubinya membesar selepas "memekong" benih ke dalam semak. Ubi kayu akan tumbuh dan berisi walaupun tanpa batas.
Begitulah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat waktu ini, ia memberi kesempatan dan peluang baik kepada UBN khasnya Umno. Mereka memerhati dengan penuh minat tanpa banyak campur tangan. Sebab itu Mohd Najib Razak yang kebetulan yang sedang berdukacita atas kejadian kapal terbang Mas hilang dan jatuh tidak banyak komen. Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi juga tidak rancak memberi komen, melakukan provokasi dan tidak perlu "menyucuh karak" (pasang api) dipunggung Pakatan Rakyat agar ia terus berkobar dan terbakar.
Pakatan Rakyat sudah dikenakan api dan ia sedang membakar diri, hanya menanti hangus saja.
Bagi Umno Pakatan Rakyat telah ada tanggungjawab tersendiri untuk membesarkan perbalahan mereka atau sebaliknya menutup perbalahan mereka. Jadi Umno hanya perlu mendiamkan diri sahaja dan memerhati percakaran Pakatan Rakyat khasnya Pas dengan PKR bagaikan serigala memerhati perbalahan anak-anak kambing menunggu mana yang cedera untuk dibahamnya.
Saya katakan tadi catatan ini mungkin tidak sedap didengar dan menggerunkan. Tetapi saya perlu memberitahu kerana ianya tanggungjawab saya selaku penulis dan pemerhati kerdil. Saya ada tanggungjaab sosial yang tidak perlu pun diupah. Sebenarnya saya kesian kepada rakyat yang menjadi penyokong dan ahli parti, Pas dan PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Bagi saya mereka ikhlas dan sangat pemrih serta akan pasrah kepada takdir yang dilakarkan pemimpin masing-masing. Mereka juga sanggup berkorban masa, tenaga dan harta benda. Sebagai pemberi jasa dan bakti mereka tentu mengharap imbuhan dalam bentuk kemenangan. Apapun perjuangan dan bila mendapat kemenangan rakyat hanya dapat bertepuk tangan, tidak lebih daripada itu.
Mereka yang melihat dengan mata ikan kering terhadap kemelut hari ini meletakkan kesalahan apa yang berlaku kini sepenuhnya kepada musuh parti mereka. Mereka sama sekali tidak cuba menyalahkan peranan atau sikap para pemimpin mereka yang haloba dan egois. Keadaan inilah saya berasakan rakyat seakan tertipu dan teraniaya. Maka perlu saya memberi pendangan dengan mendedahkan apa yang ada menurut firasat saya dan diketahui untuk dijadikan pertimbangan.
Biarlah saya bercerita untuk pengetahuan umum dari pengamatan kolam fikir saya. Saya tidak memaksa untuk mempercayainya, tetapi sebagai bahan renungan pada pagi yang mulia ini agar kita (rakyat penyokong dan ahli parti) tidak terlalu teraniaya dan tertipu dengana apa yang berlaku. Tidak tertipu hidup-hidup dengan pemainan politik penuh bernafsu dan berlambang-lambagan dan dihiasi dengan ayat-ayat Tuhan dan Nabi.
Pertamanya, apa yang perlu difahami ialah, pertikaian Pas dengan PKR (Anwar Ibrahim) bukan berpunca daripada isu Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Ia bukan isu politik perlu dipolimekkan sedemikian rupa. Ia cukup mudah diselesaikan kalau itulah isunya. Tetapi kerana ia bukan menjadi inti kepada perbalahan ataupun perncanggahan pendapat yang berlaku kini, maka ia lambat "serek" (berhenti).
Khalid Ibrahim adalah modal sahaja, ia satu kebetulan dan bukan perkara pokok. Isu MB Selangor bukan mauduk besar bagi Pas. Sokongan terhadap Khalid itu adalah simbolik yang perlu difikirkan apakah motif sebaliknya. Pas sebagai parti politik yang juga turut bermain tipu muslihat, bukan ikhlas yang menggunakan ritual agama untuk mencapai matlamat politiknya. Pas bukanlah parti maksum kalau pun tidak sekotor PKR dan Umno.
Jika diperhatikan isu Khalid yang seharus didepani PKR, dan tidak pun perlu menyebabkan berlaku perpecahan dan pergeseran politik dalam Pas yang berpotensi untuk berpecah. Kini wujud dua golongan atau puak dalam Pas, satu golongan yang menyokong Khalid Ibrahim terus menjadi MB atas maslahat menyelamatkan Pakatan Rakyat. Manakala satu lagi tidak bersetuju dan tidak akur dengan keputusan PKR yang mahu memecat Khalid, juga atas maksud dan matlamat yang sama.
Puak yang menyokong memberi alasan kononnya Khalid tidak ada kesalahan dan belum disabitkan kesalahan. Tidak melakukan kesalahan syarie. Manakala pandangan Majlis Syura Ulamak (MSU) dijadikan pandangan qati'e oleh sebahagian ahli Pas untuk mempertahankan Khalid sampai diadakan solat hajat walaupun pendirian MSU itu boleh dipertikaikan.
Manakala pihak yang menyokong melihat dari sudut politik dan implikasi politik serta mengenai masa depan Pakatan Rakyat itu sendiri. Sepatutnya perkara ini diselesaikan di meja mesyuarat oleh para pemimpin Pas. Amalan mesyuawarah patut dipraktikan, tetapi nampaknya dalam hal ianya tidak berlaku. Mereka boleh mencapai kata sepakat terhadap isu yang mudah ini. Kenapa tidak, kerana ia membawa motif lain lebih besar dan hanya menjadikan Khalid sebagai isu pertelingkahan sahaja. Isu Khalid hanyalah umpan atau batu loncatan sahaja.
Apa yang dapat saya suluhkan, konflit mengenai isu Khalid ini adalah konflit dalam Pas itu sendiri. Ia adalah kesenimbungan konflit yang menimpa Pas selepas pilihan raya umum ke-12 lagi berhubung memwujudkan Unity Government (UG). Perkara ini menjadi antara rahsia dengan tidak rahsia. Yang jarang mahu disebut orang dan tidak berani dikatakan secara berterusan terang oleh Pas. Kedua-dua pihak khasnya yang mempertahankan Khalid tidak berani menyatakan apakah maksud mereka sebenar disebalik pengeksplotasian isu berkenaan.
Puak yang mempertahankan Khalid, adalah mereka yang TIDAK SUKAKAN kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin PKR dan juga pemimpin yang disebut sebagai perdana menteri dalam penantian. Dalam kata mudah mereka tidak mahu Anwar memimpin PKR dan juga menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat. Sebab musababnya ialah kerana mereka tidak boleh menerima Anwar kerana moralnya. Dalam kata terus terang, mereka mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar yang dipersembahkan oleh Umno khasnya mengenai liwat. Orang yang waruk tidak dapat menerima Anwar?
Tuduhan yang setengahnya fitnah mentah-mentah diacarakan Umno ditelan bulat-bulat oleh pemimpin Pas. Apabila pihak KDN menayangkan video sulit Anwar kepada mereka (sesetengahnya) mereka terus menelan dan mempercayai? Mungkin ramai orang tidak tahu KDN telah mengadakan tayangan perdana eksklusif filem mengenai Anwar Ibrahim dan antara penonton kelas pertamanya adalah pemimpin Pas tidak termasuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pendirian dan kebencian golongan ini dalam Pas tidak boleh dinafikan. Kerana itu mereka menyerang dan cuba menyekat agenda Anwar bukan sahaja dengan isu Khalid hendak digugurkan ini dan diganti dengan Dr Wa Azizah Wan Ismail, tetapi menerusi beberapa strategi atau tindakan politik lain sebelum ini. Cukup kalau disebutkan beberapa contoh, misalnya mengenai projek 16 September, Kajang Move dan juga pertemuan dan perbincangan sulit beberapa pemimpin Pas dengan Abdullah Badawi, kemudian dengan Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Klimeks kepada tindakan mereka yang seharusnya sudah diinsafi oleh Anwar, apabila Pas mengemukakan nama Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri bagi menggantikannya menjelang pilihan raya umum ke-13. Tindakan-tindakan berupa "tikam belakang" itu semua adalah cerminan kepada kebencian dan penolakan mereka kepada Anwar. Ramai yang beranggapan agenda menukar Anwar dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai "rekayasa", tetapi saya hendak tegaskan di sini saya mengetahui hal ini dari A sampai Z daripada mulut tuan-tuan tubuh berkenaan sendiri.
Tidak menjadi masalah kalau sesetengah pemimpin Pas menolak Anwar. Itu adalah hak mereka atas keyakinan ilmu dan sumber yang mereka perolehi. Hukum syarak meletakkan keraguan boleh membatalkan niat sesuatu ibadat kita. Misalnya kalau kita meragui akan kewarakan dan akidah imam di depan kita, kita berhak untuk "mufarakah" - meninggalkannya. Dalam konteks ini ada pemimpin Pas yang bimbang kebajikan mereka sia-sia kerana terbatal. Mereka beranggapan pintu syurga bagi mereka ditutup oleh dosa-dosa Anwar, jadi mereka tidak mahu bersubahat.
Tetapi apa yang menjadi pertikiaian, (saya pertikaikan) kenapa Pas tidak berterus terang dalam soal ini. Kenapa Pas melakukan tindakan secara senyap (syaitan bisu) tanpa memberi tahu kepada ahlinya secara terbuka. Kerana hal ini diecerkan ke dalam satu golongan sahaja dan kini digunakan WhatsAap untuk menyebarnya (taboo). Sikap begini tidak cocok dan sesuai dengan Pas sebagai parti mengakui lebih Islamik daripada Umno. Pas harus lebih berani dan bertanggungjawab.
Kalau Pas sudah yakin dari segi syarak dan aktikad yang Anwar tidak layak menjadi pemimpin atau untuk diangkat menjadi pemimpin kerana sebab dan dalil-dalil tertentu, kenapa tidak disebut secara berterusan terang. Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas wajar memberi fatwa dalam hal ini agar ia didengar oleh semua pihak. Apakah MSU pernah bersidang dan membuat ketatapan mengenai peribadi Anwar ini? Atau pun MSU juga berpolitiking?
Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang kalau satu masa beliau pernah mengeluarkan amanat, (Amanat Haji Hadi), kenapa tidak berbuat perkara sama tentang Anwar ini. Berterus terang dan beranilah dalam tindakan dan jangan dibincang dan disebarkan sesama ahli sahaja kerana ia boleh meresah dan mengelirukan ahli di luar sana.
Sikap berdolak dalih atau kepuraan-puraan ini mengelirukan ahli dan penyokong bawahan. Rakyat akan jadi bingung dan merasa jijik dengan ulah Pas sebegini. Satu masa mereka lihat pemimpin mereka duduk bersama, tetapi dalam masa lain membantahkan dan mengeji dari belakang. Apakah sikap sebegini tidak boleh dijatuhi hukum munafik? Jangan ada ramai Mandalir dalam Pas.
Sikap seorang muslim tidak berpura-pura dan munafik. Orang yang benar-benar beriman berani menyatakan kebenaran dan sanggup memikul apa saja risiko. Katakanlah kebenaran itu kandatipun pahit. Apakah pemimpin Pas yang menerima keadaan itu bimbang Pas akan hilang undi kalau menolak Anwar secara terang-terangan? Jadi untuk memastikan undi daripada pengundi liberal maka mereka perlu menggunakan Anwar sebagai umpan? Begitukah? Ingatlah kita tidak boleh membawa kucing dan anjing dalam satu tangan.
Pas perlu berbuat sesuatu untuk memuktamadkan perkara ini. Pas kena putuskan secara kolektif (pinjaman istilah Abdul Hadi) mengenai kedudukan ini, dimana ia perlu melibatkan semua ahli. Kalau betul Pas yakin dan percaya berkawan dengan Anwar boleh menutupkan kemenangan kerana dosa, nah, ambil ketatapan dan tegas jangan berbolak balik. Melengah-lengahkan keputusan juga tidak baik kerana ia memberikan peluang untuk syaitan merayap lebih jauh. Kenapa kita perlu rapatkan saf dalam solat kerana tidak mahu memberi peluang syaitan mencelah. Begitu juga dengan pengurusan masa.
Mungkin satu muktamar khas untuk menentukan kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat perlu diadakan. Pandangan dan pendapat ahli bawahan perlu diambil kira. Sekiranya Pas telah merasa cukup kuat untuk berdiri sendiri lakukan, dan cara itu lebih dihormati. Begitu juga kalau Pas mengira mereka lebih afdal untuk bersatu dengan Umno untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa, nah, lakukan usah merasa "semen" atau malu alah dengan sesiapa.
Ahli-ahli Pas dan orng ramai tidak akan marah kepada Pas kalau Pas mengambil keputusan meninggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Pas bebas membuat pilihan dan pendirian politiknya. Dalam hal ini Pas perlu bersikap; tangan yang mencincang bahu kena sanggup memikul. Tidak ada guna Pas hidup dalam keadaan dua alam, siang menyokong dan mengatakan iya kepada Anwar, malam menentang dan mengatakan tidak kepadanya.
Pas perlu mengambil keputusan tegas kalau ianya mahu dihormati sebagai parti agama. [wm.kl.7:37 am 15/08/14]
Catatan: Artikel ini ditulis Jumaat lepas tetapi ditangguhkan penyiarannya.
Tuan MSO,
ReplyDeletePunca kemelut dan kecelaruan dalam PAS senang sahaja iaitu kelemahan kepimpinan Presiden PAS sendiri, TGHH. Dalam bahasa mudah - takde bakat kepimpinan walaupun ilmu ugama amat tinggi.Ini adalah simptom klasik dalam mana-mana organasasi samada syarikat atau persatuan maupun parti politik. Ini ilmu asas pengurusan. Leader kena ada leadership qualities untuk memimpin organasasi.
Dalam kecelaruan dan kemelut PAS hari ini tidak ada orang lain yang bol3h dipersalahkan atau harus menerima tanggungjawab melain TGHH sendiri. Dia kena bertanggungjawab sepenuhnya.
Sudah sampai masa TGHH memikul tanggungjawab sebagai pemimpin No.1 PAS. Jangan subkontrak kepada Mustafa Ali atau orang lain. Rasanya tak patut kita yang jahil ini mengingatkan TGHH bahawa kepimpinan beliau dalam PAS akan ditanya di akhirat kelak.
TGHH juga beratanggungjawab membetulkan keadaan PAS sekarang kembali kepada kestabilan seperti keadaan PAS ysng beliau warisi dari Almarhum Dato Fadzil Nor dulu.
Pilihan mana PAS dibawah kepimpinan TGHH samada kekal dalam Pakatan atau bergabung dengan UMNO atau bergerak bersendirian adalah pilihan PAS dsn ahlinya. Jangan jadi tsmak haloba, kiri,kanan,atas,bawah nak sapu semua. Orang tamak haloba dibenci manusia dimana-mana pun dia pergi.
Jangan salahkan pihak lain sedangkan kesilapan sendiri cuba disembunyikan.
ReplyDelete1. Langkah Kajang diumumkan sebelum persetujuan rakan Pakatan. Kemudian paksa orang sokong.
2. Wan Azizah diumumkan sebagai ganti MB sebelum persetujuan rakan Pakatan. Kemudian paksa orang sokong lagi.
3. Hadi pula umumkan sokong Khalid sebelum berbincang dengan rakan Pakatan.
4. PAS pula lambat buat keputusan menyebabkan timbul masalah baru.
5. 2 Adun PAS sokong Wan Azizah sebelum duduk berbincang (bermesyuarat).
Impaknya besar bila buat pengumuman kepada media.
Masing2 nak tunjuk dia besar, disokong dan perlu dihormati. Terimalah padahnya.
Dari artikel MSO ini, beberapa perkara tentang PAS boleh disimpulkan ;
ReplyDelete1. Adanya Sikap Munafik pada kepimpinan PAS kerana depan sokong, belakang tikam belakang
2. Mempercayai tuduhan ke atas Anwar tanpa bukti mengikut syarak e.g tuduhan zina @ liwat
3. Berpura pura dan oportunis
4. Kepimpinan lembab dan tidak berani mengambil risiko..
Boleh kah kita wala dengan kepimpinan yang bersikap munafik, tidak ikut syarak dalam mempercayai tuduhan, lembab bertindak dan penakut untuk ambil risiko serta oportunis dalam usaha mendapat kuasa? Fitnah pil kuda dan tuduh komunis tanpa bukti ni dibenarkan oleh Islam dalam usaha mendapat kuasa dan kedudukan? Aduyaiiiii....
Catatan yang ringkas tapi padat dengan fakta saya tambah satu lagi,DSAI nak naik isteri dia dan sebagai penasehat ekonomi di Selangor jadi kita fikirlah sendiri apa akan diuruskan jika terjadi perubahan MB ,bukankah belambak lagi ADUN PKR kenapa tidak dicalunkan.
ReplyDeleteTGHH dan DSAI kedua-dua perlu letak jawatan presiden parti masing2 kerana sudah lama dan saya sebagai pengundi parti tersebut di atas muak dengan cara mereka mengendalikan isu2 berkaitan pakatan rakyat.
ReplyDeletePengurusan krisis ini membuktikan PAS bukannya harapan masa depan rakyat Malaysia. Hj. Hadi tiada ketokohan untuk memimpin Malaysia, buktinya tindakan yg lembap, tidak cekap serta tindakan yg tidak cermat dalam menguruskan krisis politik di Kedah dan yang terbaru di Selangor.
ReplyDeleteKepimpinan2 PAS yang lain yang masih mempunyai naluri yang jujur untuk menyelamatkan rakyat malaysia sewajarnya membentuk wadah perjuangan baru. Wadah yang baru itu akan bangkit bersama2 PR untuk memperjuangkan nasib rakyat malaysia.
Assalamualaikum, Tuan Haji.
ReplyDeleteSegala galanya telah terungkai dan apa yang ada dalam fikiran dan terbuku dihati selama ini telahpun terang dan jelas, Tuan Haji luahkan.Sebenar apa yang tersirat di hati Tuan Haji begitu juga kepada orang lain.Cumanya bak kata orang putih,"too polite to tell the truth".Itu lah kelemahan orang Melayu tanpa mengira dari golongan agamakah atau sebaliknya.
Alhamdulillah, sekarang Tuan Haji suratkan apa yang tersirat selama ini semoga para pemimpin PAS dapat mengambil iktibar dan membuat keputusan, agar cerah segala yang gelap dan rakyat dapat buat pilihan dan pendirian.Terima kasih atas ketegasan dan keberanian Tuan Haji.
PAS dah rasa besar kepala.
ReplyDeleteKenapa still insist DSWA sedangkan rakyat selangor nak orang selangor...ramai lagi calon dari anak selangor...
ReplyDeleteMasalah akan selesai jika TSKI letak jawatan atau pilih calon PKR selain dari DSWA...pada pendapat ambo
Assalamualaikum Tuan MSO,
ReplyDeleteMenggerunkan juga kandungan yg diutarakan kali ini. Jika ianya benar, reputasi PAS akan jatuh merudum dan payah untuk dipulihkan, walaupun perjuangan PAS meletakkan Islam sebagai dasarnya. Amat setuju dgn guna, PAS mestilah tegas, cekap dan sentiasa tel us.
Salam.....apa yg tuan katakan itu betul..kami di bawah ni makin keliru...nk ditentang TGHH jd ssh sbb beliau adlh ulamak..nk skong semacam tidak btul..akhir skli umno syum puas...
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan... suatu pencerahan yg tepat pada masanya... ditengah kemelut MB Selangor kini...
ReplyDeleteapa yang berlaku mungkin mengingatkan kembali kita pada cerita tradisi turun temurun masyarakat melayu..seperti pak pandir, pak kaduk dan lebai malang...watak-watak berkenaan muncul kembali dalam kemelut politik selangor .... ramai yang masih tertunggu-tunggu apakah kesudahan dari kemelut poliytik ini...
ReplyDeletesebabnya mudah, rumah orang jangan kita ganggu dia kan jiran kita, hormati mereka nescaya mereka akan menghormati kita.
ReplyDeleteKenapa DSWA? Kalau calon lain mungkin Pas tak berdolak-dalik. Pas juga perlu ada pendirian tak seperti kerbau dicucuk hidung. Seperti kes2 sebelum ini Pas byk mengalah demi menjaga PR. Jadi, berilah sedikit ruang kpd Pas utk menyatakan pendiriannya. Bukankah skrg dunia akhir zaman, dimana fitnah sukar dikesan, samaada dtg dari kawan atau lawan.
ReplyDeleteKenapa Wan Azizah ditolak oleh Pas dan kenapa PKR beria-ia mahukan PKR dan kenapa Pas kata sultan Selangor tdk memperkenaankan Dr Wan Azizah. Jawapannya satu sahaja, DWA sukar dibeli oleh UMNU. Kalau YB lain senang dirunding dan dibeli, lihatlah apa yang berlaku di Perak dulu, bagaimana Kedah jatuh semula ke tangan UMNU..kerana apa? Fikir-fikirlah sendiri. Saya rasa faktor utama kenapa PKR mahukan Wan Azizah krn harapan UM NU untuk berunding musnah. Tapi kalau Khalid atau mereka yang rakus dan tamak haloba jadi menteri besar macam Khalid Ibrahim hancurlah PR macam hari ini. Saya pun dapat menyuluh mengapa PKR mahukan Wan Azizah dan bukan orang lain.
ReplyDelete