RENUNGAN PETANG
Selepas Sultan Selangor memberi tempoh yang tamat hari ini kepada parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama sebagai pengganti Khalid Ibrahim, kini semua orang sedang menanti apakah tindakan selanjutnya. Parti Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa jadi MB walaupun mereka mempunyai sokongan majoriti dalam Dun Selangor.
Keadaan ini agak anih dan berbeza, kalau Umno yang mendapat majoriti sudah pasti siapa pengganti Khalid awal-awal lagi sudah diketahui. Biasanya orang yang akan diberikan nama untuk diperkenan menjadi MB dibuat oleh presiden parti dan bukan pihak lain.
Inilah nasib pembangkang dalam negara demokrasi bernama Malayisa yang bersimbolkan abjabkan "tigatujuhkosong".
Bagi saya apabila sultan meminta lebih dari satu nama bermakna ia ada masalah. Nama yang dipersetujuan Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti akan ditolak. Penolakan itu tidak boleh dipertahankan lagi kerana ia tertakluk kepada soal adat dan budibicara. Budibicara kedudukannya lebih tinggi dari perlembaga. Kalau orang negara demokratik mendengarnya mungkin ia mengatakan demokrasi kita gila.
Sebab itu saya katakan, tak payahlah pakar perlembagaan atau sesiapa bertermpik menegaskan yang perlembagaan sebagai perkara tertinggi, tetapi budibicara yang ada kepada sultan dan amalan sebelum ini akan mengatasinya. Sultan tetap sultan walau bagaimana sekali pun. Bagi sesetengah orang inilah rahisa kenapa institusi sultan dipertahankan, kononnya untuk menjadi penyelamat?
Kerumitan untuk menggantikan Khalid sebagai MB bukan sahaja terbatas setakat kedegilan Khalid sahaja, tetapi sudah ada kuasa atau tangan lain dalam diri MB bebas itu. Khalid hanya seorang Adun yang dirinya sudah ditumpangi hantu atau pun roh lain. Perangai dan saksyiah Khalid yang baik sebelum ini telah rusak bila dia dirasuk.
Seperti orang yang memelihara hantu raya pada saat nyawa dan jasadnya hendak berpisah. Walaupun badanya sudah lemah kerana tidak makan berbulan-bulan, tetapi dia masih ada kudrat dan kuasa kerana tubuhnya dimasuki unsur luar. Begitu juga dengan Khalid. Selagi unsur luar itu menumpang ditubuhnya ia terus hidup dan menjadi kuat dan bertahan. Sebenarnya apabila dia sudah hilang sokongan di DUN, Khalid telah pun tidak bernyawa lagi. Tetapi kenapa beliau masih bergerak, kerana ada hantu dalam tubuhnya.
Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua orang yang beriya-iya hendak menurunkan Khalid. Patut fikir yang Khalid ada memelihara hantu raya. Tetapi kerana terlupa melihat akan perkara ini menyebabkan kerumitan menukar MB yang selalunya mudah itu menjadi rumit. Memang kematian orang biasa yang tidak diganggu hantu dan syaiatan senang, tidak nazak begitu lama. Bahkan sekali baca Yassin sahaja sudah go.
Firasat saya masih seperti awal-awal dulu. Bahawa kemelut di Selangor akan berakhir dengan pembubaran DUN Selangor. Hari ini pihak tertentu sedang membuat kajian dan soal selidik sejauh mana kesediaan dan peluang Umno kalau DUN dibubarkan. Pelan juga diatur sebaik mungkin bagi memastikan kalau pilihan raya semula diadakan, ertinya Umno sudah bersiap sedia. Kerumitan sengaja dinantikan untuk menghalalkan tindakan.
Boleh jadi Sultan akan memberi perkenan kepada nama dari Adun Pas. Dan bila nama ini diangkat dan menjadi MB, Adun ini akan ditentang dalam DUN dengan mengemukakan undi tidak percaya. Saat berlaku kekalutan inilah nanti pelaung terbaik untuk membubarkan DUN dibuat. Sandiwara ini sedang siap untuk dimulakan.
Jadi pendek cerita, penutup kata sebelum hendak melaram makan tea tarik, kata perintah untuk bubar DUN dibuat setelah semuanya sudah siap sedia. Jadi kalau hendak tahu bila kena tanya Umno sebab parti itu ada akses yang baik dengan kuasa penentu DUN dibubarkan. Pembubar DUN Selangor saya yakin diambil restu daripada Umno. [wm.kl.6: 20 pm 03/09/14]
Tuan MSO
ReplyDeleteTujuan langkah Kajang sebenarnya adalah untuk mengantikan TSKI kerana beberapa masaalah yang akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat didalam PRU 14. Sebenarnya langkah kajang itu tidak perlupun jika TSKI akur dengan keputusan parti. Jawatan MB itu adalah jawatan partinya, bukan jawatan peribadi TSKI.
Kita telah kenal Anwar begitu lama dan kita tahu sejauh mana kemampuannya sebagai orang politik. Tak mungkin dia membuat langkah kajang diatas perkiraan politik yang setengah masak. Sebenarnya jika apa yang dihadapi oleh Anwar ini terkena kepada batang tubuh orang lain, sudah lama individu itu sudah menyerah kalah.
Nampaknya semua orang t3lah dipermainkan oleh TSKI. PKR dan PAS paling teruk kena main. Jika PRN diadakan yang paling terok akan menerima kesannya adalah PAS. PKR mungkin tidak seteruk PAS.
Jadi jika PRN diadakan bermakna s3gala sokongan PAS kepada TSKI selama ini t3rmasuk PAS berkeras h3ndak menghantar 2 nama Adun PKR s3bagai calon MB( saya takde maklumat yang PAS juga menghantar nama Adun-Adunnya), dibalas dengan tuba ol3h TSKI.
Sudahlah angan-angan PAS hendak menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO di Selangor gagal, nasib PAS didalam PRN ( jika diadakan) juga dijangka terok. Inilah yang dikatakan nasib pak lebai malang.
Pada pandangan saya kelihatannya kerasukan hantu raya lebih jelas dapat dilihat ditubuh Anwar dan Azizah....
ReplyDeleteMinta MB Selangor yang baru ni lebih prihatin terhadap masalah air, denggi, sampah, jalan berlubang, tempat letak kereta awam,pusat urut dan pusat judi online.
ReplyDelete"Malaysiakini melapurkan Pegawai Istana mengunjungi Ibu Pejabat PKR."
ReplyDeleteSaya juga seperti Tuan MSO amat yakin Selangor akan mendapat PRN baru.
Natijahnya bila berlansung PRN, apakah modal kempen Pas?
Adakah Pas akan bertempik sorak mengkritik BN? Ada modalkah atau tergamakkah Pas mengkritik BN?
Bila runtuhnya kerajaan PR melalui PRN, bolehkah parti-parti PKR dan DAP menahan diri daripada mempersalahkan Pas dan adakah Pas hanya membiarkan dirinya dibelasah oleh PKR dan DAP?
Sudah tentu akan berlaku perang diantara DAP dan PKR dengan Pas.
Yang untung besar ialah Umno walau pun MCA dan MIC tidak mendapat banyak manafaat.
Mungkin Umno tidak akan menyerang Pas sebaliknya menumpukan perhatian kepada PKR dan DAP sahaja. Ini berlaku kerana Umno membuat persediaan untuk memikat Pas menubuhkan kerajaan jika kedua-dua parti tersebut mampu meraih jumlah kerusi majoriti.
Sungguh pun banyak pehak meramalkan Pas hilang banyak kerusi, namun jika BN berjaya meraih 20 kerusi dan Pas dapat mengekalkan 10 kerusi, ia masih memberi nyawa kepada Pas bila ia bergabung dengan BN untuk menubuhkan kerajaan.
Jika berdasarkan bahasa badan (body lenguage) Pas sepanjang mengharungi krisis Selangor ini boleh difahami apa yang bakal dilakukan Pas selepas tamat PRU nanti dengan jumlah kerusi yang dimenangi seperti diatas.
Oleh itu permainan Pas dalam game ini masih belum tamat lagi.
Pendirian Pas akan dapat dibaca apa kesudahannya berdasarkan corak dan bahan kempen yang dilaksanakan dalam kempen PRN nanti.
Kalo benar dakwaan MSO, benarlah tekaan sya sblum nie sbb SUK diganti dgn khusrin munawi
ReplyDeleteTunggu dan lihat. Adakah ia hanya fantasi MSO atau realiti. Cukup halus dan berlapik entri ni. Namun sgt mendalam dan mudah dihadam. Demokrasi dunia Melayu la katakan.
ReplyDeleteSalam Tuan MSO.
ReplyDeleteAku setuju sangat dengan kata2 bat8. Bagi aku, setakat ni hanya individu bernama Sdr. Anwar Ibrahim sahaja yang boleh menyatukan rakyat Malaysia bagi menyuburkan demokrasi. Semoga Allah memelihara kesejahteraan beliau sekeluarga. Ameen...
satu ulasan persepsi yg tepat oleh MSO.. saya stuju dngn ulasan dan jangkaan sdra MSO.. memang pembubaran DUN la yg akan menjadi penutup kemelut ini sekiranya adun PAS dilantik menjadi MB dan PAS sekarang ini menjadi caramerba kerana badi Wala` yg tidak berpaksikan kepada keadilan dan ke amanahan menjadi wirid kebanyakn orang PAS sekarang...
ReplyDeleteSaya berpendapat bahawa pakar strategi PKR telah mengkaji semua kemungkinan termasuk pembubaran DUN.
ReplyDeleteMelihat kepada "kedegilan" PKR yang tetap inginkan "isteri" DSAI menjadi MB tanpa kompromi..., maka saya menelah bahawa PKR sendiri mungkin "menginginkan" pembubaran DUN itu berlaku.
Akal saya tidak sebijak pakar strategik PKR yang merancang semua ini..., kerana pada saya, jika itu berlaku..., harapan PR untuk menang semula hanya sekitar 50% malah mungkin kurang. Seperkara lagi, sekiranya pelihanraya dibuat dan jika PR menang sekalipun, Sultan boleh menolak untuk melantik DSWA sebagai MB. Hasil pembubaran DUN ini juga akan menyebabkan PAS kalah banyak kerusi yang akan menyebabkan PR berpecah dan lain-lain kemungkinan yang merugikan "Rakyat".
Namun..., bagi menelah "akal" pakar2 strategik PKR..., saya hanya mampu meng"agak" bahawa...,
1) PKR sememangnya inginkan DUN dibubarkan.
2) Dengan pembubaran ini, DSAI dapat melemahkan kepimpinan Ulamak (Juz 'Amma) dalam PAS sekaligus memungkinkan penggabungan PKR dan PAS.
3) Semua ini adalah bagi "pertempuran" kalah mati politik DSAI dalam PRU 14 untuk menjadi PM.
Hanya Allah yang lebih mengetahui dan Allah jualah sebaik-baik perancang.
Merujuk kepada tulisan sdr MSO kemungkinan besar DUN Selangor akan dibubarkan bagi menyelesaikan masalah pengganti MB di kalangan PKR, kemungkinan juga boleh berlaku. Tetapi rakyat Malaysia harus ingat, kejatuhan pemerintahan di negara-negara Timur Tengah seperti Afghanistan,Iraq, Syria, Mesir, Libya dan di negara-negara blok Afrika berpunca daripada perebutan kuasa di peringkat dalaman pada awalnya sebelum dikarakapikan oleh kuasa-kuasa Barat. Sehingga sampai sekarang pun negara-negara tersebut masih lagi bermandi darah. Suasana yang dulunya begitu tenang diharubirukan oleh perebutan kuasa menyebabkan rakyat juga yang menderita. Peristiwa yang semacam ini sepatutnya kita kena elak daripada berlaku di negeri atau negara kita.
ReplyDeletePermainan bola sepak di gelanggang padang rasanya lebih mudah daripada permainan di gelanggang politik yang tiada garis out dan tiada pengadil yang berkuasa veto. Kalaulah DUN Selangor dibubarkan dalam jangka masa yang dekat ini, apakah implikasi yang bakal berlaku? Katakanlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti PR itu mendapat kerusi yang sama banyak. Sudah pasti akan berlaku masalah seperti yang sedang berlaku juga. Parti PKR pasti akan mencadangkan nama presidennya ( DWA ) sebagai calon MB Selangor. Jadi tak berkesudahan juga. Adalah lebih baik PKR memilih calon lain selain daripada presiden dan timbalan presiden yang dicadangkan daripada kalangan 12 orang tokoh PKR yang berkelibar itu. Lagi pun hanya untuk sementara waktu, dalam jangka 3 tahun setengah sahaja menjelang PRU ke-14. Walau pun tidak menjadi MB, kuasa eksekutif presiden dan timbalan presiden dalam ruanglingkup politik mengatasi kuasa MB. Kuasa MB cuma dalam urusan pentadbiran negeri sahaja. Dan sebahagian besar tugas-tugas MB boleh dipantau oleh presiden dan timbalan presiden.
Kalaulah ditakdirkan berlaku juga pembubaran DUN dan pilihan raya kecil negeri Selangor di adakan. Adakah PKR dapat memberi jaminan akan mencapai kemenangan kerusi seperti PRU ke-13 yang lepas. Ini harus diperhitungkan dengan penuh rasional dan profesional. Kena buat kajian secara mendalam adakah PKR yang ada pada hari ini masih kuat dan utuh seperti sebelum PRU ke-13 dalulu. Pergolakan yang dialami dalam tubuh PKR sendiri pun nampaknya tak habis nak dihitungkan. Misalnya pertandingan jawatan timbalan presiden, pembuangan TSKI dari MB Selangor,pertandingan di peringkat bahagian, pencalonan DWA sebagai calon MB Selangor. Semua peristiwa dan pergolakan yang berlaku dalam badan PKR ini perlu diambil kira untuk mempastikan PKR masih sihat, segar bugar dan cergas serta boleh berlari seperti dahulu.
Memang agak sukar hendak membuat sesuatu keputusan yang besar apabila sesebuah organisasi itu presidennya tidak ada kuasa veto atau penentu, apabila ditentukan oleh penasihat atau penaung. Sedangkan penasihat pula tidak dipilih secara demokratik dalam mesyuarat agung.
Resiko jangka pendek jika diadakan pilihan raya kecil ialah SPR terpaksa menggunakan perbelanjaan berjuta-juta ringgit.Parti-parti politik yang terlibat pun terpaksa mengeluarkan wang yang tidak sedikit untuk kemenangan calon masing-masing. Menyusuhkan rakyat atau pengundi yang berada di luar negeri dan negara kena balik mengundi.Para pegawai kerajaan negeri dan pusat akan tutur terlibat dan sudah pasti tugas-tugas rasmi pun akan terganggu. Akan tercetus beberapa pergaduhan kecil di sana sini. Para anggota polis dan tentera terpaksa di kerah ke sana yang sepatutnya mereka bercuti dan sebagainya. Para pelabur yang sepatutnya datang untuk merisik peluang perniagaan akan menangguhkan dahulu hasrat itu dan lain seterusnya.
Gangguan ini sebenarnya sekadar untuk mengisi masa lebih kurang tiga tahun setengah sahaja sementara menanti PRU ke-14. Cuba bayangkan, rasional tidaknya.
Janganlah kita memeningkan pihak istana, kerana apa yang diputuskan oleh sultan itu ialah untuk kebaikan kepada rakyat semua. Sultan adalah payung dan tempat berlindung kepada kita semua.
Tuan Azmar,
ReplyDeleteSoalnya apakah benar PR telah memeningkan kepala sultan, atau sebaliknya yang terjadi iaitu sultan yang memeningkan kepala PR?
Kedua, apakah benar apa yang diputuskan soltan itu untuk kebaikan rakyat semua? Atau untuk kebaikan pihak2 tertentu yang tdak pro kepada rakyat?
Dan ketiga, apakah benar sultan sekarang menjadi payung dan tempat berlindung kepada rakyat? Secara teorinya memang sepatutnya begitu, tapi di segi realitinya apakah ianya benar2 terjadi? Contohnya kejadian yang baru berlaku di Perak beberapa waktu yang lalu! Di mana nilai perlindungan tersebut? Kita boleh menjawab sendiri......