Sebelum apa-apa saya hendak bagi definisi sedikit mengenai Pengkalan Kubur, gelanggang yang mulai dibuka dengan rasmi pada 13 September nanti. Mulai tarikh itu akan berlangsunglah peperangan politik. Pengkalan Kubur dalam jujutan dibuat oleh SPR merupakan N1. Bermaksudnya kawasan Dun nombor satu di Kelantan.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki |
Pengkalan dalam konotasi pilihan raya dan politik, adalah tempat seseorang sampai atau singgah untuk memulakan perjuangan dan hidup jaya dalam politik lebih jauh, mencapai cita-cita peribadi dan juga parti yang diperjuangkan.
Manakala Kubur pula bermaksud, tempat terakhir seseorang yang melalui perjalanan hidup. Kubur adalah tempat abadi untuk seseorang, dimana jasadnya disemadikan. Kubur juga menjadi tanda (monument) kepada sejarah hidup seseorang. Seseorang yang mulia dan berjasa akan ada mempunyai kuburnya sendiri.
Dari sudut lain Kubur sesuatu yang menggeri dan menakutkan. Kubur sering kali dianggap sebagai kawasan menggerunkan. Kawasan penuh dengan makhluk halus dan hantu syaitan. Sesetengah orang pula terutama mereka yang ingin mendekati diri kepada Allah, bermahasabah, suka akan kubur kerana untuk bersuluk dan berkhalwat kerana kawasan atau tanah kubur memberi kedamaian yang sungguh unik.
Dari konteks pilihan raya, Dun Pengkalan Kubur cukup penting dan membawa pengertian yang tersendiri. Justeru kepada sesiapa yang ingin menerjunkan diri atau mencapai sukses dalam karier politik, Pengkalan Kubur akan membawa dua implikasi kepadanya, berjaya (permulaan) atau pun akan disimpan dalam kubur.
Membicara hal Pengkalan Kubur dalam siri keempat mengenai Pengkalan Kubur ini, saya ingin menarik perhatian kepada parti Umno dalam mencari calon untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Ada seseorang yang dikira layak untuk dipertimbangkan oleh Umno Kelantan. Beliau yang dimaksudkan ialah Asyraf Wajdi Dusuki, seorang tokoh muda Umno yang tidak perlu disebut dan diperkenalkan lagi akan kegahannya di mata rakyat.
Siapa tidak kenal dengan Asyraf Wajdi dan siapa yang tidak tahu akan kehampirannya dengan dunia Islam lantaran latar belakang keluarganya. Seorang tokoh muda yang terdidik dalam bingkai Islam yang cukup mampan. Memiliki dua set ilmu sekali gus agama dan profersional. Sebagai pemuda yang lahir dari keluarga beragama, beliau sudah terasuh dengan didikan agama sejak dari kecil.
Dan sebagai anak muda yang membesar dalam pemadatan ilmu dunia, beliau juga lengkap dengan ilmu profesional. Asyraf sudah mendapat gelar sebagai Prof Madya dan Dr Phd dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam daripada universiti Loughborough, United Kingdom.
Kehebatan dan keistimewaan anak ketiga Dusuki Ahmad daripada enam orang adik beradik itu, bukan saja disebut dalam negara dipanggil untuk memberi syarahan mengenai kewangan Islam dan mengemukakan teori kewangan Islam, tetapi beliau juga sering dijemput menyampaikan pandangan (teori) dan gagasan Islamnya di serata dunia. Disamping itu juga beliau menjadi panel kewangan Islam di beberapa buah negara dunia. Satu darjat yang jarang diraih oleh anak muda sebaya dengannya.
Tidak cukup itu, bakanya juga sudah menyakinkan untuk beliau dilihat sebagai sorang berjiwa Islam yang bagus. Bapanya bekas ahli Parlimen Tumpat, Dusuki Ahmad manakala moyangnya seorang "ahliLah.." yang hebat. Nama Tok Selehor terkenal bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh Nusantara. Apabila dirujuk kepada dunia kerohanian dan tasauf, nama Tok Selehor akan berada dalam senarai teratas sebagai pembangun Islam sufiah.
Justeru Asyraf Wajdi mempunyai jiwa dan roh Islam bukan sahaja ilmu syaariat, tariqat, tetapi turut mencecah hakikat dan makrifat. Maksudnya kalau beliau tidak dapat menyelami dirinya dalam "zouk" Allah seperti dilalui moyangnya, tetapi sekuruang-kurangnya dia mengetahui apa itu metodologi Islam.
Dari ukuran mata saya, jika Umno hendak memilih calon yang "ideal" Asyraf Wajdi lah sosoknya. Sebaik saya menerima khabar kerusi Pengkalan Kubur kosong nama Asyraflah yang menajak dalam diri saya. Pilihan itu bertolak daripada latar belakang dan ketokohan yang ditanggung oleh Asyraf.
Ketanggungannya bukan sahaja berdasarkan latar belakang kependidikan itu, tetapi darjah atau aset yang ada kepadanya. Posisi yang dimiliki kini sangat tanggung. Hari ini Asyraf Wajdi adalah Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) anggota Senat dan juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Dalam badan perhubungan Umno Kelantan beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Penerangan mendapat asuhan dan didikan langsung daripada Mohd Alwi Che Ahmad manakala pemandu politik tradisinya oleh Ramzi Abdul Rahman.
Resume Asyraf telah lebih daripada cukup untuk melayakkan dia menjadi calon dan diambil menjadi calon. Bagi Umno Kelantan cicit Tok Selehor inilah paling layak dan paling sesuai. Umno Kelantan tidak perlu menyenaraikan banyak nama untuk dipilih sebagai calon. Mustapa Mohamed sebagai ketua Umno Kelantan juga tidak perlu banyak membuat kesimpulan.
Kelayakan Asyraf bukan sahaja berdasarkan latar belakang tersebut, tetapi ia bertepatan dengan hasrat Umno Kelantan sendiri yang kini sedang bersiap sedia untuk mengambil alih kerajaan Kelantan. Dalam rangka persiapan menyediakan pemimpin baru, Asyraf Wajdi adalah salah seorang namanya yang boleh dipakejkan dalam set kepimpinan baru Umno yang dinamik di Kelantan.
Pilihan raya Pengkalan Kubur adalah kesempatan terbaik untuk menobatkan Asyraf sebagai wakil rakyat, walaupun beliau sudah memiliki beberapa pangkat dan kuasa lain, tetapi title wakil rakyat akan mengesahkan akan dirinya sebagai pemimpin. Lagipun peluang untuk Asyraf menang dan belajar menjadi wakil rakyat, berdebat dalam Dewan Undangan Negeri, adalah terbaik dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Pengkalan Kubur akan menjadi pengkalan untuk beliau meredah bahtera bagi menguburkan Pas? Ewah...
Tidak dinafikan, mungkin dengan karektor dipamerkan Asyraf Wajdi berdasarkan status dalam Facebooknya (yang bagi saya agak keterlaluan) juga sukar untuk rakyat menyesuaikan diri dengan beliau. Jika orang meninjau Facebooknya melihat cara beliau mempamirkan dirinya menyebabkan orang gerun untuk mendekatinya diri. Tetapi itu bukan alasan untuk merasa gerun dengan kekalahan kalau Asyraf diletakkan sebagai calon.
Pilihan raya kecil lebih senang untuk diuruskan. Peluang BN untuk menang juga lebih terbuka memandangkan Pengkalan Kubur adalah kerusi milik BN sebelum ini. Faktor Asyraf Wajdi sebagai anak berkas MP Tumpat dua penggal, turut sama menyumbang kepada kemudahan itu. Dengan pencapaian Allahyarham Noor Zahidi Omar dalam pilihan raya 2013 mengutip majoriti 1,736 undi menyebabkan BN tidak perlu bimbang untuk kalah.
Oportuniti lain yang ada kepada BN bagi menjamin kemenangan Asyraf ialah kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat antara Pas dengan PKR hari ini. Kekalahan Asyraf dalam percubaan pertama dalam pilihan raya 2008 di kerusi parlimen Tumpat bukan menjadi "cending" kepada Asyraf untuk merasa phobia dengan pilihan raya atau pun menjadi sebahagian hisab untuk Umno tidak meletakkannya sebagai calon dalam PRK Pengkalan Kubur.
Sekiranya Umno Kelantan khasnya Mustapa Mohamed berhajat untuk menampilkan tokoh muda untuk persiapan menawan Kelantan, sosok-sosok seperti Asyraf Wajdi itu adalah orangnya dan golongan sepertinya perlu diberi peluang sebagai bakal pelapis. [wm.kl.11:57 am 02/09/14]
Tuan
ReplyDeleteDa4i segi p3ndidikan, Asyraf Wajdi merupakan ancaman kepada p3mimpin-pemimpin UMNO Kelantan. Ambo meletakkan Asyraf Wajdi ini mempunyai kelulusan, kepimpinan sebagai calon terbaik UMNO untuk m3njadi MB Kelantan jika UMNO menang PRU 14 nanti. Pada ambo, dia jauh berkaliber dari Dato Pa sendiri. Nuar Muso lagi le tokl3h nak banding. Apatah lagi p3luang pemimpin2 UMNO Kelantan untuk ketek duit royalti minyak akan hilang jika Asyraf Wajdi menjadi MB Kelantan.
Dengan asas ugama yang kukuh dia mampu m3nyatupadukan rakyat Kelantan yang memang taksub dengan fahaman politik masing-masing
Cadangan sdr MSO agar UMNO Kelantan memilih Prof. Madya Asyraf Wajdi Bin Datuk Haji Ahmad Dusuki Bin Haji Ahmad sebagai bakal calon DUN Pengkalan Kubur ( N1 ) pada 13 September 2014 hari penamaan calon dan pada 25 September, 2014 hari pembuangan undi, itu saya rasa ada rasionalnya. Seorang tokoh anak muda yang khatam dalam dua set ilmu sekaligus ( Ukhrawi dan duniawi ). Pula dari keturunan atau baka yang baik-baik dan mulia. Baka yang disegani dan disanjungi tinggi bukan sahaja di negeri Cik Siti Wan Kembang, bahkan ke seluruh pelosok semenanjung. Sukar untuk mencari bakal calon yang serba lengkap seperti yang diulas oleh sdr MSO itu. Walau pun Asyraf Wajdi tidak memegang jawatan tertinggi dalam UMNO Bahagian Tumpat, tetapi rasanya beliau memang layak bahkan lebih daripada itu. Tokoh yang ada asas latar belakang agama seperti inilah sepatutnya UMNO Kelantan buat pilihan. Trend kepimpinan UMNO sekarang telah berubah berbanding 10 dan 20 tahun yang lampau. Sesuai dengan konsep transfomasi dalam UMNO. UMNO itu harus disi dengan roh dan jiwa Islam. Roh dan jiwa Islam itu ada pada diri individu pemimpin.Lebih-lebih lagi nak jadi wakil rakyat di negeri Serambi Mekah. Perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, majoriti wakil rakyat PAS berhujah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Hadis dan al-Quran cair di bibir mulut sebahagian besar wakil rakyat PAS. Manakala wakil rakyat dari UMNO yang ada di Dewan Undangan Negeri Kelantan sekarang, berapa kerat yang hafal hadis dan al-Quran. Di sinilah saya rasa sdr. Asyraf Wajdi memang benar-benar layak diangkat sebagai calon DUN Pengkalan Kubur dalam PRK pada kali ini. Jangan disia-siakan sebiji mutiara yang sedang bersinar banar ini.
ReplyDelete