Monday, September 1, 2014

Usul tidak cerminkan Islam daripada Dewan Ulamak Selangor

LIDAH ISNIN                                                                                     

Tindakan Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas, Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin kerana kedua mereka menanda tangani akur janji menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dilihat tidak berapa cantik dan relevan.

Anggota Dewan Ulamak Selangor bersidang.
Sebagai sebuah dewan (sayap parti) yang dianggap mulia dengan namanya "al ulamak", golongan yang senantiasa bertaaruh diri kepada Allah, menyeru kebaikan dan memberi nasihat demi maslahat ummah, tidak sepatutnya mengambil jalan politik menghentam wakil rakyatnya sendiri yang merupakan darah dagingnya juga.

Ayat atau bahasa yang digunakan dalam usul berkenaan juga (mengutuk dan mengecam) kurang sopan dan tidak menandakan ianya lahir dari sebagai sebuah dewan ulamak yang diharap penuh berakhlak.

Penggunaan bahasa kesat dan ksar itu boleh mengelirukan orang bukan Islam apa lagi yang baru mendekati diri dengan Islam dan mengharapkan Pas menyediakan lorong ke Syurga untuk mereka. Mereka akan berfikir dan bertanya apakah begini cara Islam? Sedangkan setahu mereka Nabi Muhammad seorang yang penuh berakhlak dan lemah lembut.

Disini diturunkan usul berkenaan yang diambil dari laman Facebook Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor:

USUL Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kali ke - 26

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Kali ke - 26 Tahun 2014 yang bersidang pada 5 Zulkaedah 1435 bersamaan 31 Ogos 2014 di Dewan Al-Munirah, Johan Setia, Klang, Selangor Darul Ehsan, telah bersetuju sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan YB Saari Bin Sungib dan YB Hasnul Bin Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan & persetujuan parti, serta menyerahkannya kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas ADUN berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.


Daripada konteks politik juga tindakan dewan itu sudah tersasau. Sebagai dewan yang ditubuhkan untuk menyuburkan Islam (sebenarnya kumpulan agama) dalam Pas, dewan itu sepatutnya lebih berlunak dan bijaksana (fatanah). Cara mereka mengumukakan usul agar diambil tindakan ke ata kedua Adun itu mengikut Fasal 82, tidak menggambarkan mereka sebagai sebuah badan penasihat dan pemantau seperti mana diharap dan difikirkan.

Yang sepatut dilakukan dewan berkenaan ialah memberi nasihat atau pun pandangan serta peringatan kepada mereka berdua atau sesiapa sahaja agar tidak mengulangi perkara sama dimasa-masa depan dan perlu berwaspada dengan sebarang tindakan boleh merumitkan keadaan. Tindakan paling baik dan sempurna diambil dewan itu ialah dengan menyatakan nasihat atau memberi amaran. Apa dibuat itu tidak memperlihatkan sikap "tasamuh" dewan berkenaan dan tanggungjawab itu sesuai dengan fungsinya.

Usul itu mungkin berniat baik, tetapi cara implimantasinya tidak baik sehingga ia menggambarkan satu dendam dan kesumat daripada dewan berkenaan. Mungkin sewaktu memulakan mesyuarat para ulamak yang hadir itu tidak berwuduk? Lantaran itu ia lebih mirip kepada unsur politik. Usul dan tindakan itu juga dangkal kerana ia menunjukkan kecetakan minda ulamak mengenai kerenah politik.

Sekali lagi hendak dikatakan Dewan Ulamak seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana sentimen politik baik dari dalam Pas atau diluar Pas. Dewan Ulamak harus konsisten sebagai badan penasihat dan penunjuk ajar dan pemandu memisahkan mana jalan ke Syurga dan mana jalan ke Neraka. Dewan Ulamak perlu bertindak sebagai saksi bukannya pendakwa, jika tidak mampu untuk menjadi hakim yang adil.

Dalam masa sama juga Dewan Ulamak jangan sahaja faqeh mengenai hukum syarat, tetapi seharuslah mendalami dan tahu seluk beluk politik dalam kata lain berstrategi juga. Apabila kita sudah memasuki gerbang politik kita tidak boleh melindungi kepala kita hanya dengan kopiah dan serban sahaja, tetapi ada masanya di tempat-tempat tertentu kita perlu memakai topi keledar. Inilah baru dikatakan bijak bersiasah.

Dibimbangi kalau Dewan Ulamak asyik jinak berbuat demkian, lama kelamaan orang akan hilang keyakinan kepada fungsi dan matlamat penubuhan dewan berkenaan. Orang akan melihat dewan itu tidak lebih daripada cop mohor agama untuk sesuatu tujuan demi kepentingan pihak tertentu. Malang sekali kalau orang meletakkan dewan itu sama fungsi dan darjahnya sama tinggi dan sama rendah dengan Dewan Pemuda. Kita tidak mahu Dewan Ulamak juga nanti dikatakan dianggotai oleh para ustaz Juz Amma.

Mungkin ramai yang ralat dengan tindakan Dewan Ulamak Selangor itu sehingga ada yang memikirkan kalau itulah peranan dan akhlak Dewan Ulamak, elok ia dibubarkan sahaja kerana kewujudannya tidak membantu mengharmonikan parti, sebalik menambahkan lagi keretakan dalam parti. Karekator atau tindakan dewan itu sedemikian juga mencamarkan nama al Ulamak itu sendiri sebagai pewaris Nabi. Tindakan, hatta atas nama kebenaran, tetapi kalau tidak bijaksana ia membawa kerosakan kepada maksud kebaikan yang lebih besar. Maka sia-sialah.

Melucukan apabila Dewan itu menyarankan agar dua orang wakil rakyat itu diambil tindakan dibawah Fasal 82 mengikut Perlembnagaa Pas. Kerana kalau membaca dan memahami serta mengmbil kira apa yang dibuat oleh dewan itu, dewan itu juga tertakluk dengan perkara (f) dalam fasal berkenaan; "mengamal akhlak Islam". Di mana usul dikemukakan dewan itu sendiri sudah tidak menggambarkan mereka tidak berakhlak Islam, maka mereka juga tertakluk dengan Pekara (f) itu.

Untuk dimasa-masa depan Dewan Ulamak di peringkat mana juga harus lebih berhati-hati dan menjaga martabat diri mereka agar ia dihormati sebagai dewan tertinggi di dalam Pas dan menjadi paksi kepada Pas sebagai parti agama. Dewan ulamak jangan menjadikan mereka sebagai dewan suci dalam Pas. [wm.kl/10:46 am 09/09/14]

12 comments:

  1. Tidak semua ustaz layak diiktiraf sebagai ulamak... ulamak perlu ada 'wisdom' dalam mengeluarkan nasihat atau pandangan disamping 'faqeh' dlm bidangnya... bukan macam ustaz2 yang berserban besar dan perasan bagus.... tapi bila bahas isu... habis ke laut!

    ReplyDelete
  2. dari mula lagi Pas sudah salah dalam isu MB Selangor ni....bermula dari tuan presideng buat kenyataan syok sendiri sokong khalid...lepas tu MSU Pas pulak berpakat menyokong kenyataan presideng...walaupun pada dasarnya menyalahi Asas PRINSIP kesepakatan dalam PR.

    ReplyDelete
  3. malang bagi PAS mempunyai golongan lemah dalam mencari musuh...silap percaturan bnyk lg masalah umum diam membisu..masalah ekonomi pengangguran maksiat media songsang unflasi fitnah kos kehidupan GST diam membisu....tidak dpt membezakan musuh dan kwn...musuh senyum melebar tidur lena...mereka gah dgn serban ketayap jubah besar tanpa memikirkan masalah umat marhain...malang bagi PAS skrg mempunyai pendayung jumud tersasar uslub dakwah perjuangan....

    ReplyDelete
  4. Siapa ahli2 dewan ulmak pas Selangor ambo nok knal? Dh nmpk semakin celaru dlm pas ni... Ambo akn mikir 2 kli klu nk bg undi pd pas wlaupun ambo ni pngundi d klntan, pas klantn pun samo jah.. 2x5 blko, lps TGNA lps jd mb makin kucar !!!!

    ReplyDelete
  5. Sebabnya ramai ngaku ulamak walhal hanya ular dalam semak.

    ReplyDelete
  6. Spt " melaknat " bahasa yang x cermat dr badan yg fakeh

    ReplyDelete
  7. Tidak sepatutnya dinamakan dewan ulamak pas.Lebih baik ditukar nama kepada Dewang Pengampu Predideng.

    ReplyDelete
  8. Tuan MSO,
    Mengapakah isu Keputusan Dewan Ulama diperbesarkan dan diperbahaskan? Niat dan kewarasan dewan dijadikan modal pertikaian umum? Mengapa kewarasan tindakan dua Adun berkenaan tidak dijadikan topik penting dan dikaji dan diperbahaskan? Adakah kerana mereka orang2 Anwar maka tuan MSO kurang berminat membuat in depth study?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab duduknya asas persoalan kepada tindakan dari ke dua belah pihak itu berbeza.....cuba tuan dulukelateloniteganu baca dan hayati tulisan rakan-rakan komen di bawah ini.....sepatutnya itulah pemahaman kita apabila kita berhadapan dengan suatu polemik...maka kita perlu kembali kepada ASAS DAN PRINSIP nya...

      Delete
  9. Ingatlah sirah Rasulullah dlm perjanjian Hudaibiyyah walaupun nampak berat sebelah baginda tetap patuhi & akhirnya Allah memberi kemenangan pada Islam. Walaupun bergelar ulamak tetapi melanggar peranjian bukanlah akhlak Islam. Sama2 kita renungkan.....

    ReplyDelete
  10. Antara realiti dengan fantasi.. golongan berpendidikan timur tengah ini tidak dapat menghayatinya... nasihat saya jangan cepat dan selalu menghukum...kerana islam mengambilkira realiti dan kondisi sebab itu hukum islam bersifat murunah.....flexible. Kenapa tindakan perlu dikenakan ke atas dua ADUN tersebut? kerana tidak patuh pada jamaah..mendahului presiden. Tapi terfikirkan mereka bahawa presiden juga tidak patuh kepada jamaah...mendahului AJK Pusat dan MSU.. sedangkan wujudnya entiti tersebut (AJK dan MSU) adalah dua badan yang dipersetujui bersama dan mempunyai fungsi-fungsi masing-masing. Mereka bertindak begitu kerana kenyataan presiden tidak menguntungkan dari sudut realiti politik semasa...Sayyidina Umar membebaskan pencuri kerana suasana dan realiti semasa tidak mengizinkan pencuri itu dihukum... kalau 2 ADUN mesti dikenakan tindakan, maka presiden juga mesti dikenakan tindakan. Nabi pernah bersabda...jangan hanya dikalangan rakyat marhain sahaja yang dikenakan hukuman manakala dikalangan pemimpin dan orang besar2 dibebaskan... jangan kita berada di alam fantasi... terpenting lihatlah realiti dan kondisi lingkungan anda! barulah keputusan yang dibuat berwibawa...bukan ikut emosi.

    ReplyDelete
  11. Bila yang duk dalam MSU ada jawatan dalam AJK PAS Pusat, macam nilah jadinya. Semua hasil pastinya berkiblatkan kepentingan golongan UG. PAS sudah hilang kredibiliti dan kepercayaan di mata pengundi muda seperti saya. Wala' tak bertempat, perjuangkan demokrasi tetapi keputusan muktamar dilanggari.

    ReplyDelete