Thursday, August 27, 2015

SPRM boleh siasat Ahmad Yaakub dan Nik Amar

ULASAN TENGAHARI

Laporan berita mengenai Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah yang dikaitkan dengan memiliki harta mencecah jutaan ringgit boleh membuka jalan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

Nik Amar Nik Abdullah
Ahmad Yaacub
Siasatan itu perlu bagi membersihkan nama kedua-dua pemimpin Kelantan itu daripada diprejudis dengan perkara buruk.

Ahmad Yaakub dikaitkan dengan pembinaan banglo oleh anak-anaknya bernilai cecahan RM2 juta manakala Nik Amar pula memiliki kereta mewah yang dibeli dengan harga dibawah harga biasa bernilai RM200,000.

Nilai semasa kereta Range Rover dibeli TMB itu ialah RM300,000 yang diperolehi menerusi seseorang yang terbabit dengan penjualan kereta motor.

Walaupun dakwaan-dakwaan itu dinafikan (oleh wakil mereka) tetapi SPRM masih boleh membuat siasatan dengan tujuan membuang persepsi umum terhadap mereka berdua dan membersihkan nama baik kedua pemimpin tertinggi Pas itu.

Dakwaan yang tersebar menerusi media baru itu membina persepsi buruk ke atas kedua pemimpin Kelantan yang disanjungi itu, apa lagi oleh mereka yang tidak senang dengan mereka berdua.

Penafian yang Ahmad terbabit dengan pembinaan banglo bernilai jutaan ringgit itu dibuat oleh seorang pegawainya. Menurut pegawainya seperti dilapor, rumah-rumah anak MB itu dibina sendiri oleh mereka dengan pinjaman perumahan tanpa membabitkan Ahmad Yaakub. Pegawai itu mendakwa anak-anak MB itu semuanya bekerja.

Manakala penafian berhubung dakwaan ke atas Nik Amar pula dijawab oleh seseorang yang mewakilinya yang mendakwa dia mendapat penjelasan sendiri daripada Nik Amar, dan Nik Amar mengakui pemilikan kereta mewah itu. Dakwaan ke atas Nik Amar itu kata wakil itu sebagai fitnah.

Apa yang dilakukan oleh pegawai akhbar MB itu, secara tidak langsung mendedahkan duduk perkara sebenar berhubung hartanah milik anak Timbalan Mursyidul Am Pas itu. Kalau sebelum ini orang tidak tahu mengenai hartanah anak-anak Ahmad, kini semua orang mengetahuinya.

Jawaban dan penjelasan sebagai menafikan dakwaan itu yang Ahmad mengamalkan gaya hidup sedarhana seperti bekas MB Kelantan sebelum ini tidak berkesan kerana Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak-anaknya tidak ada yang memiliki banglo. (Tidak tahulah kalau anaknya yang menjadi wakil rakyat itu ada memilik banglo tersembunyi?).

Yang menjadi tanda tanaya kini apakah penjelasan itu atas arahan Ahmad Yaakub atau pun pandai-pandai pegawai berkenaan? Ternyata apa dibuat itu satu langkah tidak bijak dan seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan imej MB Kelantan itu. Kerja ini seperti kerja orang yang hendak membungkus nangka tetapi kainnya sendiri terselak sampai nampak batu peler.

Berhubung dakwaan itu walaupun ia bersifat liar, sebaik-baiknya Ahmad Yaakub dan Nik Amar tampil membuat penjelasan dan penafian. Dengan cara itu ia dilihat sebagai lebih gentlemen dan boleh mengelakkan kekeliruan-kekeliruan yang timbul apabila ia dijelas oleh orang lain.

Sekiranya apa dinyatakan oleh orang yang menjadi wakil Ahmad dan Nik Amar itu benar, maka SPRM ada jalan untuk membuat siasatan atau pun bertanya khabar Ahmad dan Nik Amar berhubung dakwaan berkenaan kerana ia ada asas. Yang mustahak persepsi buruk berhubung dakwaan itu perlu segera dipadamkan.  [wm.kl.2:25 pm 27/08/15]http://www.msomelayu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment