Wednesday, October 21, 2015

Parlimen akan bergelegak lagi petang ini

DARI PARLIMEN

Sidang parlimen petang ini mungkin akan panas dan riuh randah lagi apabila usul untuk menggantungkan ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dikemukakan untuk dibahas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said dilaporkan akan membawa usul tersebut petang ini.

Menurut Azalina usul itu sudah pun ditandatangani dan anggota dewan sudah pun dikerah agar berada dalam dewan petang ini.

Usul penggantungan Kit Siang itu dibuat apabila ahli parlimen Gelang Patah itu tidak sedia untuk akur kepada desakan Speaker, Pendikar Amin Mulia yang meminta Kit Siang memohon maaf kepadanya.

Semalam speaker telah membuat rulling (arahan) supaya Kit Siang memohon maaf kepadanya kerana Kit Siang dikatakan telah memfitnah dan menghina speaker kononya telah mensebotaj agar penyiasatan skandal 1MDB tidak diteruskan apabila beranggapan jawatankuasa kira-kira terpilih parlimen tidak berfungsi lagi apabila beberapa ahlinya termasuk pengerusi dilantik menjadi menteri.

Apa yang menarik petang ini siapakah yang akan mempengerusi mesyuarat atau sidang parlimen ketika usul itu dibentangkan kelak. Apakah Pendikar Amin Mulia sendiri mempengerusikannya atau pun diserahkan kepada timbalannya.

Sekiranya Pendikar Amin sendiri mempengarusikan maka jelas parlimen Malaysia sudah menjadi perlimen beruk.

Perbahasan usul untuk menggantungkan Penasihat DAP ini pasti mendapat perhatian anggota dewan khasnya dari pembangkang khasnya pakatan Harapan Baru. Pas juga mungkin tidak terkecuali akan turut menentang usul berkenaan.

Bagi pembangkang mereka mengira usul itu sengaja dibentangkan bertujuan untuk menganggu agenda pembangkang yang paling utama dalam sidang ini yakitu untuk meluluskan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri, Najib Razak.

Sekiranya usul menggantungkan Kit Siang dilulus sudah parti satu undi yang diharapkan untuk menyokong usul undi tidak percaya kepada Najib akan terjejas. Apakah perbahasan usul untuk menggantungkan Kit Siang petang nanti menyebabkan beberapa anggota lain akan direhatkan atau pun turut sama dinyahkan dari sidang parlimen? [wm.kl.3:33 pm 21/10/15]

No comments:

Post a Comment