Wednesday, October 21, 2015

Usul gantung Kit Siang ditarik balik

DARI PARLIMEN

Pendekar Amin diserang?
Setelah dipertikaikan oleh pihak pembangkang akhirnya usul untuk menggantungkan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang ditarik baik.

Speaker Pendikar Amin Mulia mengarahkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said menarik balik usul berkenaan.

Sebaik Azalina bangun menarik balik usul itu, anggota pembangkang bersorak kemenangan sambil berterima kasih. Penarikan balikan usul itu menunjukkan pihak kerajaan kalah.

Sebelum usul itu ditarik balik, sidang parlimen riuh randah dan kecuh hampir setengah jam, apabila hampir semua anggota pembangkang Pakatan Harapan bangkit mempertikaikan notis usul untuk menggantung Kit Siang itu.

Buat seketika timbalan speaker Ronald Kiandee, tergaman dengan serangan bertubi-tubi oleh wakil pembangkang. Wakil pembangkang tidak puas hati dengan notis usul itu dikemukakan sebelum Kit Siang yang diberi peluang untuk menarik balik tuduhan yang didakwa ke atasnya. Semalam speaker berjanji dan memberi peluang kepada Kit Siang agar menarik balik kata-kata kesatnya ke atas speaker.

Sehinggalah sidang dipengerusi oleh Pendikar Amin, wakil pembangkang terus mempertikaikan tindakan notis usul berkenaan termasuk menuduh menteri Azalina Othman Said yang membuat notis usul itu dianggap sebagai telah mencabuli kuasa speaker.

Pendika Amir yang menyedari tindakan Azalina itu melangar prosuder dan persetujuan yang dicapai sebelum ini memperbetulkan bahawa usul yang diedarkan itu hanya notis yang boleh ditarik, dan bukan usul. Sambil meramas (keronyok) notis usul itu Pendikar Amin berkata usul berkenaan bukan usul tetapi hanya notis. "Iya notis semata-mata bukan usul," katanya.

Pembangkang melihat notis usul itu dibuat kerana ingin melihat Kit Siang akan dinyahkan dari parlimen. [wm.kl.4:40 pm 21/10/15]

No comments:

Post a Comment