Sunday, July 17, 2016

Beranikah Zahid menjadi wira penyelamat negara

IKTISAR

Ahmad Zahid Hamidi bukanlah seorang ahli politik yang boleh dianggap cemerlang dan jauh sekali mempunyai pemikiran siasah mampan. Dia hanya seorang anak Melayu keturunan Jawa yang minat dengan politik dan berwarna Islami.

Zahid memakai semutar Jawa.
Kelengkapan dirinya sebagai seorang politik, pemimpin yang mempunyai idealisme tidak seberapa. Ditinjau pemikiran politik yang ditetasnya, baik di zaman menjadi ketua pemuda Umno membawa ke hari ini, orang nombor dua, dari aspek menguruskan krisis dan menjawab isu-isu berkenaan keselamatan negara tidak begitu menyakinkan.

Zahid tidak menggambarkan kemampuan sebenar diperlukan oleh orang bakal memimpin negara. Beliau masih belum merubah stail dan pendekatan politiknya serta gagal menambahkan ilmu dan pengetahuan politik walaupun sudah berada pada takah hari ini.

Jawaban dan ulasan-ulasanya berkaitan isu dibawah kementeriannya tidak begitu kemas. Seakan apa yang diucapkan tidak difikir dan dikaji implikasi terlebih dahulu, dibuat secara samborono sahaja seperti tidak mendalami sesuatu isu dan pakai lepas cakap.

Percanggahan kenyataan beliau sebagai menteri KDN dengan Ketua Polis Negara (KPN) dalam sesetengah isu menjelaskan perkara ini. Kelemahan itu menunjukkan TPM itu bukan seorang pentadbir yang cekap.

Kelebihan yang ada kepadanya yang menjadikan beliau popular sehingga menjadi seorang berpengaruh hingga dimanfaatkan pula oleh bosnya Najib Razak, ialah PR, gaya dan "silaturahim politik" dalam berhubung dengan orang ramai. Perhubungan politik dengan publik yang ditunjukkan baik. Sentuhan, jabatan salam dan gurauannya yang disusuli dengan senyum dan tawa menarik orang kepadanya. Inilah keistimewaan body language yang ada kepada Zahid tetapi bukan fikrah.

Kelebihan ini menimbus kelemahan sebagai seorang aktisas dan potensi politik yang hendak diletak di bahunya. Negara seakan sangsi dengan kebolehan beliau dan sejauh mana beliau dapat memimpin tertakdir beliau menjadi PM. Dengan apa yang ditunjuk sejak jadi menteri kanan dan TPM, sangat meragukan. Zahid sendiri tidak cuba merubah dan membaiki imej dirinya sebagai seorang bakal menjadi orang nombor satu negara.

Beliau menjukai naik dalam politik ditampungi nasib baik. Ketika saat beliau sudah kian tidak poplar dan hilang keyakinan mengenai prospeknya, ketika pacar-pacar Umno yang cuba merenggangkan beliau dari bendul kekuasaan, tiba-tiba pula Muhyiddin Yassin mengambil sikap berani melawan Najib sehingga dipecat. Nasib yang tertimpa Muhyiddin itu memberi peluang kepada Zahid. Di sinilah nasib berpihak kepada Zahid.

Zahid perlu menganalisa dan memahami dunia politik serta membaca perjalanan politik dalam Umno. Beliau kena insaf sebenarnya yang patut jadi TPM bukan beliau, tetapi Hishamuddin Hussein. Najib walaupun menerima Zahid sebagai budak pejabatnya, tetapi hubungan darah daging dengan Hishamuddin tidak dapat diputuskan. Air dicincang tidak akan putus, sebusuk-busuk daging dibasuh akan dicecah jua. Zahid harus mewaspadai kenyataan ini.

Di tinjuaun dari DNA, Najib lebih yakin dan percayakan sepupunya Hishamuddin. Kalau beliau memerlukan sfety boat suatu hari nanti, maka Hishamuddinlah orangnya, bukannya Zahid. Tetapi kerana pengaruh isterinya Rosmah Mansor mengatasi pengaruhnya maka hasrat itu diundurkan. Rosmah dikatakan menunjukkan Zahid sebagai pengganti Muhyiddin? Tentu ada muslihat kenapa Rosmah memilih Zahid bukan sepupu lakinya.

Dan adalah tempat bagi Rosmah membuat pilihan itu. Rosmah lebih bijak membaca demografi politik di Malaysia ini. Rosmah yang mempunyai skuad risikan lebih banyak berbanding Najib, dapat menghidu siapa yang mempunyai pengaruh bawahan lebih besar antara kedua naib presiden itu. Pengambilan Zahid adalah sebagai benteng kepada Najib. Zahid mempunyai pengaruh luas dengan menguasai ahli Umno peringkat bawahan dengan menggunakan aset apa yang disebut tadi. Situasi ini tidak wujud kepada Hishamuddin.

Atas hakikat itu, apa yang hendak saya cadangkan di sinilah kepada Zahid, masa dan peluang terbaik untuknya kini terbuka. Apakah Zahid ada cita-cita untuk menjadi PM? Kalau beliau menyimpan cita-cita dengan motif lebih besar, nah beliau perlu berbuat sesuatu. Zahid harus mengambil kesempatan daripada apa yang menimpa Najib hari ini dengan melakukan kudeta.

Masalah dihadapi Najib dalam kes skandal 1MDB, yang kini mula dimainkan secara serius oleh Amerika Syarikat adalah masa terbaik bagi Zahid. Zahid perlu menangguk di air keruh dengan situasi yang berlaku kini. Jangan terfikir tindakan itu tidak baik dan perbuatan tidak mengenang jasa. Zahid harus meletakkan keutamaan dan berfikir mengenai Umno dan negara.

Zahid tidak perlu memikirkan mengenai nasib Najib. Baginya yang lebih afdal menyelamatkan Umno. Kalau Najib terus tercakung di atas kerusinya, dengan pesepsi buruk terhadap Umno yang timbul kini Umno akan tertumus, meninggalkan pesaka. Jadi Zahid kena fikir ini dan berani mengambil risiko.

Bangsa Umno tidak akan melihat Zahid pengkhianat kalau beliau bertindak menyelamatkan Umno. Bangsa Malaysia juga tidak akan cop beliau jahat kalau dapat menyelesaikan masalah rakyat yang kini hilang kepercayaan kepada Najib memimpin negara gara-gara 1MDB.

Zahid harus bijak dalam permainan politik ini. Beliau tidak boleh bergantung kepada nasib seperti mana dia mendapat jawatan TPM. Nasib baik biasanya sekali sahaja menyinggahi seseorang. Belum pernah ada orang menang loteri nombor satu dua kali dalam dunia ini.

Beliau kena menelaah mengenai nasib dan kedudukannya dalam Umno. Beliau kena sedar kedudukannya hari ini tidak selesa mana. Sejarah telah menjamin penjawat jawatan TPM semua berakhir dengan menjadi PM. Apa dialami Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan terbaharu Muhyiddin adalah "kuo" (kenan) buat Zahid. Jika silap perhitungan Zahir akan menjadi member baharu dalam persatuan atau kelab bekas TPM.

Orang yang Zahid perlu perhatikan ialah Hishamuddin. Musuh politik Zahid dalam merebut tempat nombor satu dari dalam Umno ialah Hishamuddin. Dan sejarah lampau macam mana Hishamuddin telah melanggarnya semasa dalam pemuda Umno perlu diingati. Pada hemat saya Hishamuddin akan mengulang sekali lagi sejarah hitam itu pada perhimpunan agung akan datang. Usaha yang sedang dijalankan Hishamuddin sekarang ini ialah melintasi perlaluan Zahid.

Bertitik tolak dan dengan menghitung itu semua, maka Zahid perlu bertindak cepat. Tindakan yang baik baginya ialah dengan mengambil alih kerusi PM dipegang Najib kini dengan menggunakan kesempatan dalam Najib tertekan waktu ini. Lakukan kudeta. Tindakan sebegitu nanti membawa dua makna demi menyelamatkan Umno dan negara dan juga menjamin masa depan politiknya untuk menjadi orang nombor satu Malaysia. [wm.kl.6:20 pm 22/07/16]

No comments:

Post a Comment