CATATAN PETANG
Najib khusyuk mengaminkan doa di sebuah masjid. |
Itulah detik permulaan bagi seorang lelaki berusia 65 tahun itu untuk merasai hijrah rasa dan perasaan. Agak lambat untuk dia mengenali erti kehidupan sebenar kerana dia lahir dalam keadaan bernasib baik.
Sebelum ini Najib tidak pernah menghadapi liku-liku perlaluan setajam semalam. Beliau dapat berjalan lurus dan mulus tanpa sebarang gangguan. Tidak payah menuruni lembah curam dan mendaki bukit apa lagi gunung licin berlumut. Laluanya di atas hamparan permaidani merah yang lurus dan lumus. Tapak kasutnya tidak pernah haus.
Keselesaan ini dialaminya baik semasa beliau di zaman kanak-kanak, di zaman remaja maupun di era kepemudaan. Dunia dan zaman itu dilalunya indah dan "bersinar banar" (berkemilau). Begitu juga pelaluannya sebagai seorang ahli politik tidak banyak ranjau dan onak mencucuk kakinya seperti mana tokoh-tokoh lain sebaya dengannya atau sebelum daripadanya yang terpaksa mengheret dada untuk berjaya.
Semua itu kerana takdir dan nasib yang ditentukan Allah untuknya. Sebagai anak lelaki sulung beliau dikasihi dan dicintai sepenuhnya oleh kedua orang tuanya. Ayahnya Abdul Razak bin Hussein, ibunya Rahah binti Mohamed Noh. Razak dan Rahah adalah dari keturunan orang ada-ada. Razak keturunan bangsawa dari Makassar dari susur galur Sultan Hasanuddin (Bugis). Maknya dari golongan ningrat - Orang-Orang Kaya.
Lahir dan menjadi cucu kepada orang ada-ada menjadikan kehidupan Najib bersinar banar, dia dipuja dan dibuai semahu yang boleh. Ditantang bagaikan minyak yang penuh. Tidak ada apa yang "tertala" teganggu dalam hidupnya. Hidupnya penuh kegemukan.
Menghimbau zaman kanak-kanaknya, beliau bersekolah menengah di Institusi St. John Kuala Lumpur, sekolah terkenal dengan sekolah anak orang ada-ada. Tentu pergi dan baliknya ke sekolah dihantar dan diambil. Pasti ada pemandu khas. Jika di zaman penjajah dahulu pasti kenderaanya kereta kuda yang ditarik kuda perkasa nan anggun.
Najib akan diletakkan di pelana direka khas dan semasa melalui jalan melewati kumpulan kawan-kawannya sedang berjalan kaki, dia akan dilambai dan membalas lambaian kawan. Indah.
Kemudian ke luar negara, menuntut di Kolej Lelaki Malven, England dan dikatakan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Industeri daripada Universiti Nottingham tahun 1974.
Sepulangnya dari England beliau berkhidmat dengan Bank Negara sebelum ke Petronas. Beliau tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja kerana Pengerusi Petronas ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah kawan baik bapanya. Hubungan itu memudahkan Najib untuk mendapat kerja dan latihan iktisad di situ. Birokrasi itu berlaku sampai sekarang dimana sesiapa yang ada hubungan (cable) dengan pemimpin tertinggi mudah untuk mendapatkan kerja untuk anak-anak atau saudaranya..
Najib seorang bernasib baik dan anak bertuah, kematian ayahanya 14 Januari 1976, memberi pesaka kuasa kepadanya, Dia bertanding di Pekan Pahang mengganti ayahnya. Pertandingan itu dimenanginya secara percuma apabila tiada pertandingan. Keromah dan jasa budi ayahanya meletakkan dia di situ.
Kemenangan itu menjadikan Najib muncul sebagai ahli parlimen termuda, dalam usia 23 tahun. Dan dia juga termuda dilantik menjadi timbalan Menteri, Tenaga, Telekom dan Pos, ketika usia 25 tahun dalam kabinet bapak saudara sabitnya Hussein Onn. Beliau juga menjadi timbalan Menteri Pendidikan, Kewangan sebelum menjadi MB Pahang tahun 1982 ketika usia dibawah 30an.
Dalam pilihan raya 1986 beliau diletak bertanding di parlimen kemudian dilantik menjadi timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, selepas itu bertukar ke menteri Pertahanan dan menteri Pendidikan.
Semua itu dicapai Najib dengan mudah.
Demikian juga dalam menjawat jawatan parti. Najib naik berdecun tanpa sebarang halangan dengan memulakan menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan dan dilantik menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia kemudian membawanya dipilih menjadi MT Umno.
Tahun 1982 darjat politinya terus meningkat lagi menjadi Naib Ketua Pemuda Umno yang kemudian diikuti dengan menjadi pemangku Ketua Pemuda Umno Malaysia apabila ketuanya Anwar Ibrahim meninggalkan dunia kepemudaan untuk bertanding Naib Presiden. Dengan menuruti jejak politik Anwar, seali lagi beliau terus mendapat laluan mudah apabila menang dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden Umno.
Krisis melanda Umno 1998 menyebabkan Anwar yang memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan juga Timbalan Perdana Menteri disingkir memberi keuntungan kepada Najib. Implikasi krisis itu akhirnya membawa beliau menuju ke kemuncak kerjaya politiknya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Penguduran Abdullah, mengesahkan dia mengapai kedudukan sebagai PM Malaysia ke 6 dengan mudah dan selamat pada tahun 2009.
Bila diperhati kepada cara dan stail Najib berpolitik beliau seorang yang playsafe, tidak mahu menanggung risiko. Najib seorang yang tidak suka kepada kontroversi apa lagi mengambil risiko untuk sama-sama memikul masalah orang lain. Semasa Anwar disingkir daripada Umno hatta ke penjara Najib tidak sedikit pun membela Anwar walaupun dengan cuba memberi simpati.
Ironisnya sebagai orang yang mengikut jejak Anwar dan menumpangnya, Najib tidak pun bersimpati kepada Anwar.
Apa dikesalkan oleh mereka yang melihat Najib membina empayar atas ehsan Anwar, berasakan Najib seorang yang tidak ingat kepada jasa dan budi kawan. Beliau bersikap enau dalam belukar dalam politik. Ciri-ciri atau fiil perangai anak bangsawan yang hidup tidak tahu erti derita dan tidak mudah merasai kesakitan orang lain ada kepadanya.
Hari ini apabila Najib tertakdir melalui jalan perit apabila berhadapan dengan sebuah kekalahan perdana, maka kenal dan tahulah dia erti sebuah hidup dan perjuangan. Hari ini tidak ada siapa sanggup bersamanya. Takdir kalau dia akan terpaksa dingunsikan ke dalam penjara atas kesalahan bakal dihadapkan kepadanya, Najib harus menghadapi dengan kesendirian seperti mana dia tidak pernah berkongsi keselesaan dan keseronokan hidup yang dikecapi selama ini dengan kita.
Apa pun kita doakan semoga Najib tabah menghadapi hidup yang baru bermula itu. [wm.kl.2:50 pm 19/051/18]
Semoga beliau sempat belajar erti sebuah kehidupan.
ReplyDeleteAllah SWT masih sayangkan beliau tatkala diberi pembalasan di dunia lagi. Yang hilang kuasa diuji dan yang diamanahkan kuasa pun diuji. Sama-samalah kita sebagai rakyat terutamanya Muslim menegur kezaliman sang penguasa selepas ini. Jangan diulang kesilapan lepas pabila golongan agamawan juga turut berdiam diri dan memejamkan mata bila penyelewengan berlaku.
ReplyDeleteSaya tertarik dgn kata2 tuan'Najib harus menghadapi kesendirian seperti mana dia tidak pernah berkongsi keselesaan dan keseronokkan hidup hidup yg dikecapi selama ini dgn kita.Ayat yg paling menyentuh jantungku.
ReplyDeleteSemuanaya harus dimaafkan dari segi agama, tapi tidak harus dilupakan, kerana rakyat dikorbankan demi tunggak kuasa yang tidak dikemaskinikan oleh perlembagaan..cuma bayangkan kalau Najib berada di tunggak kuasa pada hari ni.... cuma bayangkan.... alangkah rakyat sekarang bersyukur kepada MAHA ESA... akhirkan negara yang kebanyakan terdiri daripada orang yang beriman... akhirnya cita cita dan doa doa mereka dikurniakan oleh Maha Esa.......
ReplyDelete