NOTA PENTING
PIRAUM (Pilihan raya umum) ke-14 meninggal dan mencatatkan beberapa peristiwa cukup istimewa dan mengejutkan. Segala yang berlaku ini memperlihatkan perubahan dalam landskap politik negara ini yang sebelum ini sukar untuk berlaku evolusi sebesar ini.
Apa yang berlaku 9 Mei lalu persis rakyat negara ini mencapai kemerdekaan kedua, selepas kemerdekaan pertama 61 tahun lalu. Kemerdekaan kedua ini adalah merdeka daripada cengkaman regim UBN yang dianggap sebagai mencengkam rakyat selama ini.
Perubahan yang berlaku ini memecah "mental blok" sesetengah golongan selama ini yang menganggap kerajaan UBN tidak akan terlawan kerana ia dianggap sebagai keramat, setengah orang mengkhurafatkan kononnya UBN sahaja layak dan menjadi pembela Melayu.
Kekalahan UBN juga sekaligus merelaikan rekod dunia yang dipegangnya sebagai satu-satunya kerajaan yang betah bertahan di dunia ini setelah kerajaan demokrasi di negara-negara lain sudah lama bertukar ganti seperti di Jepun India, Indonesia dan Aurstalis dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa keistimewaan dan keterkejutan dalam pilihan raya ke 14 itu.
1. Tumbangnya kerajaan UBN berusia 61 tahun.
2. Tertubuhnya kerajaan PH sebuah gabungan baharu terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
3. Peralihan kerajaan berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang kekalutan seperti dijangka dan dirancangkan.
4. Terjemahan apa yang berlaku dalam pilihan raya itu sehingga membawa perubahan:
i) Rakyat tidak terbius dengan kebendaan, wang yang ditabur oleh UBN untuk pancing undi seperti BR1M pelbagai one off dan sebagainya. Rakyat mengambil wang tetapi mereka tidak sedia memberi undi.
ii) Rescue (penyelamatan) daripada SPR untuk UBN dengan melakukan pindaan sempadan secara Gerry Mandering tidak membantu UBN.
iii) Pertandingan tiga penjuru dengan Pas menjadi satu lagi fraksi sebagai penganggu untuk menyelamatkan UBN tidak memberi kesan.
iv) Ledakan media sosial yang meluas di mana propagnda yang dimainkan oleh media arus perdana, televisyen yang menyokong UBN selama ini dibentngi oleh ledakan media sosial.
v) Kesan daripada polisi dan dasar pengembangan ekonomi dan pengawal ekonomi diperkenalkan Najib seperti cukai GST, pelupusan subsidi minyak dan sebagainya tidak memberi bekas malahan memburukkan keadaan.Cukai itu diterima rakyat sebagai suatu cukai menyeksakan.
vi) Skandal 1MDB yang gagal dijelaskan oleh Najib khasnya mengenai penerimaan wang derma sebanyak RM2.6 billion yang dikatakan daripada Raja Arab Saudi.
5. Pilihan raya ini menunjukkan jelas sikap rakyat di sebelah barat banjaran Titiwangsa dengan rakyat di sebelah timur banjaran Titiwangsa. Pemikiran atau kesedaran rakyat di sebelah barat banjaran Titiwangsa lebih terbuka dan berani, advencure, sementara tidak bagi pengundi di sebelah timur banjaran Tititwangsa yang berhati-hati, ragu-ragu dan tetap berpegang kepada politik amalan politik setengah abad lalu politik yang diseliputi fahaman agama yang sempit dan pasif.
Arus yang bergelombang di pantai barat tidak sampai ke pantai Timur kerana dihalang oleh perbezaan taraf berfikir dan status sosial masyarakat di timur dengan barat, Titiwangnisme.
6. Kemenangan Pas di Kelantan dan Terengganu serta menambah kerusi di Pahang menunjukkan rakyat di kedua-dua buah negeri itu mempunyai semangat kedaerahan (provincial) yang tinggi. Ia ada sangkut paut dengan fahaman mereka berkaitan politik dengan agama. Geografi politik mereka dipengaruhi oleh lautan China Selatan yang luas sehinggakan mereka sukar untuk menerima pengaruh luar seperti mana negeri-negeri di sebelah barat Titiwangsa yang terdedah dengan selat Melaka yang bebas dan rencam budaya.
7. Lain-lain keistimewaan yang menjadi sejarah pilihan raya itu.
i) Berlaku bekas PM menjadi PM kali kedua. Ada yang bekas MB menjadi MB kali kedua.
ii) Robohnya kubu kuat Umno bila mana Johor buat pertama kali bertukar kerajaan dalam tempoh 61. Umno di tubuhkan di Johor, bila Johor roboh bermakna sebahagian ahli Umno turut terlibat membakar kubunya sendiri.
8. Perubahan drastik dilakukan oleh pemerintah baharu:
i) Mengusahakan pengampunan ke atas bekas pemimpin Umno, Anwar Ibrahim. Beliau akhirnya diberi pengampunan penuh oleh Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad Ke V.
ii) Memberi kebebasan kepada individu yang disekat diera kerajaan UBN, seperti kartunis Zunar dan pemilik Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tindakan yang drastik memenuhi tuntutan kebebasan rakyat yang diingini.
iii) Pengelidahan ke atas rumah bekas PM bersangkutan dengan isu skandal 1MDB. Najib menjadi PM pertama yang mengakhir kekuasaan penuh tragis bila mana disiasat dengan skandal.
7. Pilihan raya ke - 14 menyaksikan perubahan kerajaan negeri buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.
i) Johor.
ii) Melaka.
iii) Negeri Sembilan.
iv) BN hanya berjaya mengekalkan Perlis dan Pahang,
8. Menyaksikan presiden Umno yang juga pengerusi BN Najib Razak meletakkan jawatan serta merta sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan perdana.
9. Menyaksikan ketua-ketua badan dan institusi penting seperti Ketua SPRM, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pengerusi Felda dan sebagai meletak jawatan atau pun diminta bercuti serta merta.
9. Berlakunya parti komponen BN keluar dari barisan itu dan juga perletakan jawatan pemimpin Umno di peringkat bahagian dan juga penghijrarah beberapa wakil rakyatnya menyokong kerajaan PH.
[wm.kl.12:28 pm 20/05/18]
Abang MSO pernah menggelarkan Tun M sebagai MahaFiraun sebelum ini. Justeru, pada pandangan Abang MSO, mungkinkah pemerintahan kukubesi MahaFiraun akan berulang lagi pada kali ini?
ReplyDelete