Tuesday, June 19, 2018

Pelantikan MB Selangor baharu dimana silapnya?

ULASAN

Amiruddin Shari
HARI ini Adun Sungai Tua Amiruddin Shari, 38 telah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor menggantikan Mohamed Azim Ali yang meletakkan jawatan apabila dilantik menganggotai kabinet Dr Mahathir Mohamad, sebagai Menteri Pembangunan Ekonomi. Peralihan jawatan itu sepatutnya lancar dan tidak mengguriskan hati mana-mana pihak.

Tampaknya ia tidak berlaku demikinan, kerana kurang cermat berpolitik menyebabkan pelantikan Amiruddin dilihat ada sedikit "mengudis" yang boleh membawa kepada kudis buta.


Dr Idris Ahmad
Pelantikan Amiruddin dipertikaikan oleh salah seorang calon MB, Adun, Ijok Dr Idris Ahmad. Kata Dr Idris pelantikan Amiruddin tidak mendapat sokongan dan persetujuan komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau yang dipilih untuk menjadi MB mendakwa beliau mendapat sokongan keempat-empat parti komponen PH.

Beliau menunjukkan surat persetujuan itu yang ditanda tangani oleh ketua keempat-empat komponan itu sebagai bukti.

Presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini mengumumkan hanya nama Dr Idris yang dihantar kepada Sultan untuk diangkat menjadi MB Selangor. Ekoran pengumuman itu sudah ada sujud syukur di kalangan orang terdekat dengan Dr Idris. Hal itu juga diakui oleh Dr Idris. Pengumuman Wan Azizah itu dilihat power kerana beliau adalah Presiden Keadilan. Pengumuman itu juga mengakhir pelbagai desas desus mengenai pengganti Azmin itu sebelum ini. Selain nama Dr Idris dua nama lain juga disebut, Dr Sharuddin Badaruddin dan yang bin Shafei.  Tetapi nama itu sebagai wanyangan sahaja.

Apabila yang pergi ke istana, Amiruddin bukan beliau sudah tentu Dr Idris jadi terkilan dan tertanya-tanya apa sudah terjadi? Sebagai orang sudah diviralkan akan jadi MB tetapi akhir tidak, tentu beliau malu. Beliau tentu merasakan dipermain-mainkan. Maka wajar kalau Dr Idris mempertikaikan dan menuduh yang Adun Sungai Tua itu tidak mendapat restu PH.

Bagi saya pertukaran nama dan orang itu sedikit pun tidak memelikkan. Sebagai seorang yang mempelajari dan mengenali seluk beluk politik, perkara "bertukar" dan berpindah disaat akhir itu biasa. Dalam politik ia bukan memerlukan kehebatan, pengalaman dan kesetiaan sahaja, itu tidak menjadi lesen besar, tetapi memerlukan kelictan yang luas biasa juga. Inilah yang Dr Idris tidak miliki maka dengan mudah beliau disimsilabinkan.

Saya membaca kegagalan Dr Idris untuk jadi ini MB ini kerana beliau tidak ada ilmu itu, kelicitan, dan juga orang sebagai god father. Dalam politik kem dan puak sangat penting. Kepuakan boleh mengenepikan kewibawaan dan integriti seseorang. Selain itu "bodeksime" dan "ampusime" juga mustahak.

Ada kalanya "bodekisme" dan "ampuisme" ini lebih utama daripada apa-apa kelebihan lain. Dr Idris perlu belajar dua subjek ini. Seperkara lagi ialah rapat dengan Istana, tahu berapa buah pintu rahsia di sesebuah istana itu. Inilah dunia politik. Berada dalam medan politik tidak sama dengan berada dalam dewan bedah.

Dr Idris yang tidak lahir dari akar umbi politik rencam dan lebih kepada golongan profesional, tidak mudah untuk mengayuh diri dalam lautan politik. Beliau akan gagal dan gagal lagi. Kalau beliau hanya tahu pintu istana hanya berada di hadapan tetapi tidak tahu pintu di rusuk kiri dan kanan maka beliau akan gagal. Bukan sahaja bagi Dr Idris tetapi orang lain juga.

Kepercayaan dan keyakinan kepada politik adalah keyakinan yang halimunasi. Perhatikan sebelum ini Dr Wan Azizah sudah mengumumkan hanya satu nama (nama Dr Idris) dihantar kepada Sultan, iaitu nama Dr Idris Ahmad. Pengumuman itu cukup menyakinkan. Jika hendak dikira siapa lagi boleh menidakkan apa yang diumumkan. Tetapi sebenarnya tidak begitu, pengumuman sang presiden itu hanya berlalu di angin lalu sahaja. Atau naman itu juga boleh berlalu dengan libasan kipas Cina sahaja.

Baca komen Dr Wan Azizah selepas pelantikan Amiruddin selesai. Katanya, soal pelantikan Amiruddin sebagai MB tidak mendapat restu Pakatan Harapan tidak berbangkit lagi. Katanya kena ingat salah satu nama dicadangkan juga adalah Amiruddin. Sangat simplistik cara Azizah menenangkan keadaan. Apakah orang-orang yang bengkak hati dengan peristiwa "kilas" hari ini akan dapat menerimanya? Soalnya semasa mengumumkan nama Dr Idris kenapa Azizah tidak umum sama nama Amiruddin?

Sepatutnya Dr Wan Azizah lebih bertanggungjawab dengan pengumumannya yang dibuat itu. Beliau perlu menjaga maruah dan kredibilitinya sebagai presiden. Kalau kata-kata seorang presiden tidak tegas, -- tidak boleh diyakini macam mana orang akan menilai kata-kata selepas pada ini. Cara seperti itu menyebabkan orang tidak akan mempercayai apa yang akan diungkap dan diumumkan olehnya lagi.

Malang lagi kenyataan Azizah itu disambung pula dengan mudah dan ringkas oleh Penasihat Umum Keadilan, Anwar Ibrahim. Katan Anwar, semua orang perlu dukung Amiruddin sebagai MB Harapan. Itu sahaja yang dapat Anwar luahkan sebagai mengubai hati bengkak.

Secara jujur Dr Idris tidak pun bengkak hati kalau dia tidak pun dipilih jadi MB. Sebelum ini semasa Projek Langkah Kajang apabila nama Dr Wan Azizah dipertikaikan, nama Dr Idris sudah pun disebut-sebut akan menjadi MB. Kemelut ketika itu selesai apabila Azmin yang mengangkat sumpah sebagai MB. Tidak ada pun apa-apa penafian dan komentar daripadanya.

Tetapi kali ini yang mungkin mengilannya ialah apabila beliau dirasakan dipermainkan. Sekiranya baik Dr Wan Azizah dan parti tidak dapat memastikan beliau diterima menjadi MB, kenapa perlu diumumkan? Bukankah lebih baik didiamkan sahaja, sehingga selesai upacara angkat sumpah. Inilah yang sedikit mengilankan dan tidak boleh diterima dan ia kelemahan dunia akhirat Wan Azizah.

Saya yakin dan percaya Dr Idris tidak bersedih dan dapat akur kepada kehendak politik. Beliau bukan seorang ambisis sangat dalam politik. Sebagai seorang memegang kepada etika profesinolisme beliau akan menerima kata-kata Azizah dan Anwar itu dengan baik. Tetapi yang mungkin akan dinilai di sebalik "sandiwara" pelantikan MB Selangor kini ialah tentang peranan director nya Azmin Ali. Azmin suka atau tidak akan menerima persepsi buruk disebalik kejadian ini.

Azmin tidak dapat tidak akan dilihat sebagai orang bertanggungjawab dengan pelantikan Amiruddin itu. Dalam catatan di Facebook saya, saya sudah membuat kesimpulan dengan pelantikan Amiruddin itu ia memberi kemenangan moral kepada Azmin. Azmin dilihat mempunyai pemusatan kuasa yang besar dalam Keadilan, dengan pelantikan Amiruddin yang dianggap sebagai kumpulannya. Pemilihan Amiruddin itu dan kerja-kerjanya selepas ini bukan sahaja untuk meneruskan pembangunan di Selangor dibina Azmin, tetapi juga memastikan bahawa Keadilan dikuasai oleh kumpulannya ang diketuai oleh Azmin.

Dalam tweet saya di twitter pula saya memberi amaran kepada Anwar dengan apa yang berlaku di Selangor kini agar mengawal Azmin agar tidak sampai menjadi seperti Sazali di dalam filem Anaku Sazali. Untuk mengetahui apa maksud dan ertinya sila tonton kembali filem berkenaan dan hayatinya falsafahnya.

Apapun sebagai seorang pemerhati bebas saya mengucapkan tahniah atas pelantikan Amiruddin Shari sebagai MB Selangor. Beliau tidak bersalah dalam kasus ini. Satu yang saya rasa beliau pantas untuk menerajui Selangor ialah kerana usianya. Sepantasnya kepimpinan utama kerajaan dan juga parti diserahkan kepada anak-anak muda sebaya dengan Amiruddin. [wm.kl.5:51 pm 19/06/18]


No comments:

Post a Comment