Tuesday, June 26, 2018

Politik dangkal berlandaskan kebencian


ULASAN MARAH
Tuan Ibrahim berpolitik
dangkal.

KEBENCIAN dan dendam selalunya menjadikan manusia tidak berfikir rasional sekaligus meletakkan daya politiknya rendah dan cetak. Inilah silap dan tidak baiknya kalau berpolitik berlandaskan kepada kebencian dan dendam ia menjadi tidak waras dan merugikan banyak orang.

Kenyataan dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu ada menteri dari Kelantan menyerlahkan akan lemahnya akal politiknya.

Mulanya saya mengira hanya Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (Kapak), Abdul Razak Abbas sahaja berpendapat demikian, tetapi rupa-rupanya pendapat huduh itu disokong juga oleh orang lain yang lebih kompeten daripada Razak.


Ia merebak ke dalam diri Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim menyebabkan saya membuat catatan, ulasan marah ini.

Iya, saya tidak peduli apabila Razak atau pihak lain menyarankan agar Dr Mahathir tidak perlu melantik mana-mana orang dari Kelantan untuk menjadi anggota kabinetnya. Biasalah, dan orang sangat fahamlah kenapa cadangan rendah akal itu dibuat oleh Razak. Kebencian Razak kepada Husam tidak akan pernah terhenti mungkin membawa ke khiamat. Tetapi apabila ia turut sama dimainkan Tuan Ibrahim, menyedihkan.

Cadangan mereka itu bukan sahaja melambangkan politik rendah akal, tetapi ia bertentangan dengan aspirasi politik di negeri lain yang suka kalau ada orang asal negerinya berada dalam kabinet. Langkah itu songsang.

Dalam hal ini, jika kenyataan mereka berdua itu sebagai kenyataan Pas, Pas Terengganu lebih baik kerana tidak pun melarang Dr Mahathir melantik mana-mana orang dari Terengganu daripada menjadi menteri kabinet. Ertinya MB Terengganu Dr samsuri Mokhtar atau Abdul Hadi Awang lebih terbuka berbanding dengan Tuan Ibrahim.

Mengapa negeri lain suka kalau ada anak negerinya menjadi menteri?  Mengapa tidak, banyak keuntungan yang diperolehi apabila ada menteri dari sesuatu kawasan atau negeri itu. Setidak-tidaknya menteri berkenaan akan berfikir, berikhtiar membawa projek dan peruntukan untuk negerinya.

Husam Musa
tidak rugi apa-apa
.
Saya faham dan orang lain juga faham kenapa, Razak membuat cadaangan itu kemudian diheret oleh Tuan Ibrahim kerana mereka bimbang kalau Dr Mahathir melantik orang dari Kelantan, PM akan melantik Pengerusi PH Kelantan Husam Musa. Mungkin kalau nama orang lain dicadangkan sebagai menteri tidak dipersoalkan. Ertinya mereka sangat personal dengan Husam. Mereka benci dan berdendam dengan Husam. Itu masalahnya.

Namun sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar itu bukan sikap fatanah seperti dimilik Abu Bakar al Siddiq.

Tampak sangat cadangan Razak yang kemudian disambung Tuan Ibrahim itu berniat buruk dan bersifat membenci, sehingga tidak apat melihat kelabaan lain di sebalik (kalau) Husam dilantik sebagai menteri. Seperti dikatakan tadi, sebagai anak berbenihkan baka Kelantan Husam (kalau menjadi menteri) beliau akan memikirkan pembangunan di negerinya. Beliau akan cuba membawa apa-apa perubahan kepada rakyat negeri Kelantan kerana itu nawaitu dan gagasan perjuangannya.

Sepatutnya perasaan benci dan dendam kepada Husam tidak perlu timbul lagi. Sesudah selesai pilihan raya semua pihak kena simpan bendera parti kalau pun tidak membakarnya. Apa yang perlu dilakukan ialah mendokong sesiapa sahaja yang berpotensi untuk membawa pembangunan di Kelantan. Semua sepakat untuk membangun Kelantan. Itulah motif dan tujuan berpolitik. Dalam konteks di Kelantan sebagai parti menang Pas menjadi pembimbing bukan penentang mengikut amarah.

Husam sudah letak asas baik.
Husam sudah memulakan sesuatu yang lunak semasa tampil dalam satu slog di Astro Awani dengan menegaskan royali Petroleum harus diberikan kepada Kelantan secara langsung. Tidak ada sepatah kata halangan daripadanya. Walaupun kenyataan itu dikesali oleh para pengikutnya yang tidak dapat memaafkan perbuatan pengkuluts Pas, namun Husam rasioanl dalam politiknya. Dia tidak terikut dengan politik ala kebudak-budakkan. Kenyataan itu boleh dianggap sebagai cease fire daripada Husam.

Beliau pernah berkata, politik adalah perjuangan untuk membawa kebaikan, Fastabiqul khairat.  Jadi sesiapa yang ada peluang, siapa yang menang haruslah bergerak ke arah itu dengan menepikan segala perselisihan dan memadamkan perasaan dendam dan benci. Itu politik yang dianjurkan oleh Islam.

Sayang tapak atau asas dilangangkan Husam itu tidak dipandang oleh orang seperti Razak Abbas itu. Kalau setakat Razak masih tidak saya kesali, tetapi apabila orang seperti Tuan Ibrahim yang dianggap faham agama juga berpendapat dan pendirian sama sangatlah mengecewakan. Sebagai orang dekat dengan masjid dan berada di bawah rak kitab sepatutnyt Tuan Ibrahim memahami hal ini. 

Dengan sikap dan pendirian begitu dipegang oleh Tuan Ibrahim, apa yang dapat rakyat Kelantan harapkan daripadanya yang diangkat sebagai ahli parlimen dalam Piraum lalu? Apakah pendirian begitu yang akan diperjuangkan dalam parlimen kelak, memusuh orang-orang seperti Husam. Maka pemilihan beliau sebagai wakil rakyat Kubang Kerian bagi saya ianya sia-sia sahaja dan mengecewakan pengundinya sendiri.

Kita faham, apabila Tuan Ibrahim mengatakan keperluan melantik orang Kelantan sebagai menteri tidak berbangkit sekiranya semangat federalism dapat diperkemaskan. Apa yang beliau maksud dan mahukan peyaluran peruntukan dan projek pembangunan Kelantan perlu dibuat menerusi mekanisme yang sedia ada, kerajaan Kelantan. Maka ia tidak perlu kepada menteri.

Maksud beliau mahukan segala-galanya disalurkan kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri boleh melaksanakan segala projek itu. Ia ada benarnya juga. Tetapi perkara yang tidak disedari, sejauh manakah kerajaan Kelantan dapat melaksanakan segala pembangunan itu jika ia disalurkan langsung kepadanya. Satu hal yang mungkin lupa dikaji, tetapi dilihat dan dipantau Dr Mahathir apa yang berlaku dalam kerajaan Kelantan selama ini.

Ada beberapa projek yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan walaupun peruntukan sudah disalurkan. Ambil contoh paling klasik mengenai air bersih di Kelantan. Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM600 juta untuk meresionalisasikan air bersih di Kelantan. Apa jadi dengan peruntukan besar itu?

Sekiranya kerajaan Kelantan cekap, telus dan mempunyai kepakaran, dengan peruntukkan sebanyak itu, masalah air di Kelantan tidak berlaku lagi. Tetapi yang jelasnya Kelantan menghadapi masalah air bersih sampai sekarang. Paling mengejutkan lagi ada beberapa tander projek air boleh dipersoalkan. Terdapat satu kes projek diberikan kepada syarikat yang masih pun belum berdaftar dengan pejabat pendaftaran syarikat (RoC).

Kelemahan dan kepincangan itu semua dilihat oleh Dr Mahathir. Jadi tidak mungkin PM itu sedia memenuhi keinginan dan doa Tuan Ibrahim itu. Ada baiknya kalau Dr Mahathir mewujudkan satu instrument atau badan tersendiri untuk menguruskan pembangunan di Kelantan.

Bagi saya cadangan agar tidak ada orang dilantik menteri dari Kelantan itu bukan sahaja bersifat dendam dan benci, tetapi kependekan laras politik Pas Kelantan khasnya. Mungkin bagi mereka hanya melihat Husam sahaja yang layak menjadi menteri, maka saranan itu dibuat. Apabila mereka hanya melihat Husam yang layak tetapi mereka halang membuktikan mereka mengikhtiraf Husam, cuma dendam dan kebenciannya sahaja menjadi penghalangnya.

Mereka tidak mengambil sikap itu, kerana selain Husam masih ada beberapa tokoh di luar Pas yang boleh diangkat menjadi menteri. Nama-nama seperti Dr Radzi Jidin, Abdul Aziz Kadir, dan lain-lain adalah layak menjadi menteri. Kalau kerajaan Kelantan boleh melantik orang yang tidak habis sekolah sebagai Exco, kenapa tidak dengan Dr Mahathir melantik antara dua nama disebut itu, mereka ada kelayakan dan kelulusan bertaraf universiti dan Phd.

Juga apabila penolakan itu dibuat bermakna Pas sendiri tidak berpeluang untuk menjabat menteri dalam kabinet Dr Mahathir. Semisalnya kalau Dr Mahathir terbuka hati untuk melantik Takiyuddin Hassan atau Abdul Latif Abdul Rahman atau Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menjadi menteri, ia ia turut terhalang dengan saranan dan pandangan Tuan Ibrahim dan Razak itu. 

Itulah, apabila dendam menyumbat ke dalam diri, hati diselaputi kebencian dan ketidakwarasan berpolitik, maka intan tetap disangka batu, batu disangka berlian. Ruang fikir juga menjadi sempit seluas tempurung, maka maka mereka hidup dan bergerak dalam ruang itu sebagai gogat (jejentik) Untung tidak ada laba tak diperolehi. Sesiapa yang menolak dan menghalang anak Kelantan jadi menteri adalah mereka yang menolak tuah. [wm.kl 5:28 pm 26/06/18]

No comments:

Post a Comment