Monday, December 31, 2018
Sunday, December 30, 2018
Bersatu ambil alih tugas dan tanggungjawab Umno
ULAS UCAPAN DASAR
DEWAN PICC bergema dengan laungan “Hidup Tun”, “Hidup Tun” oleh lebih 1,200 perwakilan di perhimpunan agung ke- 2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM). Laungan itu beremosi sebaik sahaja Dr Mahathir selesai menyampaikan ucapan dasarnya.
Cara Dr Mahathir “landing” — mengakhiri ucapannya dengan sedikit emosi menyebabkan perwakilan tersentuh lantas bangun memberi tepukan dan laungan semangat buatnya. Para pemerhati dan tetamu khas termasuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hasanuddin Md Yunus juga ikut sama terkelam.
Dr Mahathir sedang menyampaikan ucapan. |
Cara Dr Mahathir “landing” — mengakhiri ucapannya dengan sedikit emosi menyebabkan perwakilan tersentuh lantas bangun memberi tepukan dan laungan semangat buatnya. Para pemerhati dan tetamu khas termasuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hasanuddin Md Yunus juga ikut sama terkelam.
Saturday, December 29, 2018
Mengenang sejarah 2018, menanti harapan tahun 2019
ULASAN
KURANG 73 jam lagi kita akan menjenguk ke tahun baharu Masihi, 2019. Kita akan tinggalkan daun-daun kalender 2018 jauh ke belakang yang akan mereput kemudian hilang. Namun setiap apa yang tercatat di daunan kalender itu akan jadi sejarah dan kenangan. Tidak akan terlupa sampai kapan. Iya, tak akan dilupakan sampai kapan...
Azmin dan Anwar jangan bawa masalah kepada PH. |
Selamat bergaduh Azmin dan Anwar
CATATAN AKHIR TAHUN
Diucapkan selamat bergaduh kepada Mohamad Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. Anda berhak bergaduh kerana anda ada anak buah, ada puak, ada geng dan ada sang setia masing-masing untuk membantu anda merawat luka atau membawa air ketika anda haus. Horas. [wm.kl.4:57 pm 29/12/18]

Wednesday, December 26, 2018
Bersatu tidak perlu takut untuk terima ahli Umno
ULASAN
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perhimpunan agung ke duanya pada 28 hingga 30 Disember ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya. Perhimpunan kali ini berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, dimana Bersatu kini komponen parti kerajaan bukan lagi parti pembangkang.
Antara pemimpin tertinggi Bersatu. |
Sunday, December 23, 2018
Jalan Raja Azlan Shah jadi Lembah Pakistan
RENCANA KHAS
MULANYA kewujudan restoran Pakistan terletak di bangunan lama di Jalan Sultan Azlan Shah (dahulu dikenali Jalan Ipoh) berhampiran Chow Kit, tidak dipeduli oleh orang ramai malahan ada yang beranggapan ia sebagai restoran yang semacam menanti masa untuk tutup sahaja.
Suasana kaki lima di restoran Pakistan di Jalan Ipoh. |
Saturday, December 22, 2018
Penjelasan Anwar buka apa yang terlibat di hati
REAKSI
Sepatutnya selepas jabat salam ini tiada lagi keraguan yang timbul. |
PENJELASAN dan sokongan Anwar Ibrahim dengan tindakan anaknya Nurul Izzah yang melepaskan semua jawatan dalam politik dan tidak sedia untuk memegang jawatan kerajaan atas apa jua kapasiti, membuka bekung keraguan dan kecelaruan banyak orang berhubung tindakan tiba-tiba Nurul Izzah itu.
Kenyataan Anwar itu, ia bagaikan bau yang tidak boleh disembunyikan lagi. Macam buah durian yang merkah, tiada penebat yang sakti mampu membatasinya baunya. Baunya melarat menyumbat lubang hidung. Begitulah penjelasan Anwar berhubungan aksi Izzah itu yang persis terbuka (ikhlas) tetapi kurang bijak kerana memberi klu kepada umum memahami apa yang sedang berlaku.
Apakah Anwar bermaksud begitu?
Tuesday, December 18, 2018
Apa yang Izzah mahu?
ULASAN RINGKAS
Izzah perlu ambil semangat ayah dan ibunya dalam berpolitik. |
Dalam survei yang saya buat dalam Facebook, ramai yang tidak setuju dengan tindakan Izzah itu. Dari jumlah 200 yang mengundi lebih separuh mengatakan ia tidak wajar. Selebihnya mengatakan wajar tindakan itu atas prinsip dan integriti?
Monday, December 17, 2018
Amanah parti masa depan dan cabarannya
PASCA KONVENSYEN
SERIUS saya mendengar ucapan penggulungan oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir di konvensyen nasional ke 3 parti itu, yang menaburkan harapan begitu indah terhadap masa depan partinya. Anuar mengukir masa depan Amanah yang bergitu “bersinar-banar”.
Sebahagian daripada para perserta konvensyen. |
Dapatan yang dibuat berhubung potensi parti itu sungguh besar sekali sehingga terasa macam Amanah boleh memeluk cakerawala bulan dan mentari.
Thursday, December 13, 2018
Gelora politik Sabah timbulkan beberapa implikasi
ULASAN SUBUH
Wakil rakyat Umno Sabah umum keluar parti. |
Tuesday, December 11, 2018
Konvensyen nasional ke 3 Amanah dijangka panas
RENCANA KHAS
Mohamad sebagai presiden perlu dihormati. |
PARTI Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan kongres nasional ke tiga yang akan berlangsung di Perak selama dua hari, 14 hingga 16 Disember. Dijangka seramai 1,000 perwakilan daripada 156 kawasan parti itu diseluruh negara akan berhimpun di Ipoh. Ia juga dijangka akan dihadiri 3,000 para pemerhati.
Saturday, December 8, 2018
HASNI ABAS |
HARAPAN kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi impian dan inspirasi rakyat ternyata besar dan meluas. Ia bukan sahaja dari kalangan rakyat biasa atau golongan yang selama ini tidak berpuas hati dengan kerajaan lepas, tetapi golongan budayawan, sasterawan dan intelektual juga berkongsi perasaan sama untuk mencapai sesuatu yang mereka idamkan.
Mereka mengira kerajaan PH akan menyelak mentari baharu buat mereka untuk melihat berlaku perubahan atau sekurang-kurangnya boleh memperbaiki sesuatu yang tidak menyenangkan mereka selama ini. Tujuan mereka bukan apa melainkan untuk melihat sesuatu itu kembali seperti sebelum ini demi negara.
Friday, December 7, 2018
Wajar untuk MB Johor lepas jawatan
SELEPAS SUBUH
PEMANSUHAN pewartaan Pulau Kukup yang terletak di Pontian sebagai Taman Negara untuk digazetkan sebagai Tanah Kesultanan oleh kerajaan Johor pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah memberi tekanan dan sekaligus mencabar wibawa Osman Sapian (foto) sebagai Menteri Besar Johor.
Tindakan itu dilihat Osman sebagai seorang MB tidak dapat mempertahankan pulau itu sebagai warisan negara untuk kepentingan umum dan terpelihara apabila ia terlepas kepada pihak Istana Johor. Osman juga sebagai MB gagal mempertahankan hak awam tetapi lebih rela memuaskan hati pihak lain.
Keputusan memansuhkan pewartaan pulau Kukup sebagai Taman Negara dibuat dalam mesyuarat Exco 24 September lalu kemudian dikeluarkan pemakluman pada 25 Oktober. Difahamkan keputusan itu dibuat secara senyap.

Thursday, December 6, 2018
Politik Perak bergolak?
Aziz dituding? |
PERKEMBANGAN politik di Perak waktu ini agak menarik dan mengsuspenkan. Dari laporan media massa memberi gambaran politik di negeri itu berada di ambang pergolakan. Apakah peristiwa Januari 2009 akan berulang kembali, dalam senario tersendiri? Lupakah kita semua kepada peristiwa pada tarikh itu dimana kerajaan Pakatan Rakyat gugur dan diganti oleh kerajaan BN.
Atau pergolakan yang menghangatkan kini itu hanya dalam cawan sahaja. Pergolakan dalaman yang sengaja diriuh-randahkan. Yang pastinya perkembangan di Perak bakal menjadi bahan berita hangat dan tidak mudah dilupakan oleh pemerhati politik.
Wednesday, December 5, 2018
Elok kalau Dr Mahathir ikut hadir himpunan ICERD
SUSUPAN MALAM
Munasabah cadangan Senator Husam Musa agar penganjur himpunan kesyukuran menolak ICERD mengundang sama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan para menteri kabinet ke himpunan berkenaan.
Alasan diberikan Husam, kerana penolakan terhadap ICERD itu disuarakan sendiri oleh Dr Mahathir dan semua pimpinan PH mengambil langkah sama. Jadi tidak ada sebab untuk tidak mengundang Dr Mahathir dan jika diundang tidak ada sebab juga Dr Mahathir menolaknya.
Lagipun himpunan pada 8 Disember adalah halal apabila kerajaan sendiri memberi kebenaran. Datuk Bandar Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan himpunan di benarkan di Dataran Merdeka. Begitu juga dengan Ketua Polis Kuala Lumpur membenarkan himpunan berkenaan.

Monday, December 3, 2018
Usah ganggu Dr Samsuri tadbir Terengganu
ULAS TINJAU
SEMASA bercuti dua tiga hari lepas di sebuah pulau terbesar di rantau ini saya ditanya sesuatu yang agak mengejutkan juga oleh seorang yang saya anggap sebagai master mind (intel) politik asal dari negeri Terengganu. Apa yang ditanya kepada saya ialah tentang kerajaan Pas Terengganu yang dikatakan bergolak. Bergolak? Terkejut saya!
Menurutnya kedudukan MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sedang diancam. Samsui akan cuba disingkirkan dan akan diganti dengan seorang tokoh lain. Beliau ada membayangkan nama tokoh itu tetapi tidak wajar saya sebutkan di sini kerana belum absah perancangan itu?
Dr Samsuri perlu diberi peluang untuk beliau bangukan Terengganu. |
Menurutnya kedudukan MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sedang diancam. Samsui akan cuba disingkirkan dan akan diganti dengan seorang tokoh lain. Beliau ada membayangkan nama tokoh itu tetapi tidak wajar saya sebutkan di sini kerana belum absah perancangan itu?
Saturday, December 1, 2018
Shamsul sentuhi pekebun kecil getah di Kuala Krai
CATATAN PERJALANAN
BEGITU saya diberi tahu Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md. Akin akan turun ke Kuala Krai untuk bertemu dengan para pekebun kecil getah di kawasan itu saya turut terpanggil untuk ikut sama ke majlis itu.
Saya terpanggil dan berasa perlu mengikutinya kerana majlis pertemuan pemimpin dengan penduduk luar bandar itu sesuatu yang saya harap-harapkan. Bagi saya rakyat marhen yang tidak berkepentingan perlu dahulukan.
Saya mahu lihat sendiri dari dekat akan perasaan dan wajah rakyat luar bandar apabila berjumpa dengan pemimpin apa lagi bertaraf menteri atau timbalan. Dengan perjumpaan itu mereka akan dapat menyampai dan meluahkan masalah mereka secara langsung dan pemimpin dapat memahaminya.
Shamsul menyampaikan sumbangan kepada Amni Baldisha. |