Monday, March 25, 2019

Naratif baru politik Malaysia

PERHATIAN 

TANPA menggantungkan agenda politik Malaysia yang sedia ada, kita perlu melihat naratif baru politik Melayu pasca Dr Mahathir kali kedua. Plot naratif baru politik sedang berjalan dan ia seakan tidak dapat dibendung lagi. Politik pasca Dr Mahathir sangat menarik perhatian dan mencabar sekaligus menjadikan politik Malaysia terus hidup.

Tindakan Nurul Izzah Anwar yang ada kalanya sukar untuk difahami semacam ada kaitan dengan kemunculan naratif baru politik Malaysia itu. Izzah seolah sedang mahu memberi isyarat kemunculannya.

Naratif baru ini akan didominasi watak-watak baru yang boleh menyebabkan kita terkesima. Sekaligus naratif ini akan membawa kekecamukan dalam politik.

Apabila bercakap siapa bakal mengganti Mahathir sebagai PM, kita terus akan terkenang kepada Anwar Ibrahim. Namun naratif baru politik ini tidak mengaitkan Anwar sebagai salah seorangnya. Malahan Anwar ingin diketepikan. Beliau dikeluarkan dari naratif ini. Ini mengejutkan.

Begitu juga dengan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai presiden PBBM juga tidak menjadi watak penting kandatipun beliau orang nombor dua dalam parti itu. Yang sedikit dimusykilkan, peranan Mahathir dalam memenjelamakan watak-watak baru yang mengarai naratif baru politik ini. Daripada sikap PM itu ia menyerlahkan semacam ada restu daripadanya.

Orang-orang seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mohamad Sabu atau Lim Guan Eng  sama sekali tidak ada, bukan watak membentuk naratif baru ini.

Siapakah watak yang akan membentuk naratif baru politik pasca Mahathir ini?

Biarlah saya dedah dan sebutkan nama-nama mereka di sini; Azmin Ali, Mukhriz Mahathir dan Hishamuddin Hussein. Kewujudan Hishamuddin ada kaitan atau perselingkuhan dengan Najib Razak.

Mereka ini bakal membentuk naratif baru politik Malaysia sekaligus akan mengenepikan watak-watak lain. Pembentukan naratif ini masih belum kelihatan tetapi ada gerak mengarahkan ke situ. Sejauh mana mereka mampu melakukannya? Yang pastinya naratif baru ini mendebarkan.

Saya cuba menghurai dan mendedahkan naratif baru politik Malaysia ini dalam buku baru saya yang insya-Allah akan menemui pembaca April hadapan. Teori perwujudan naratif baru ini berdasarkan kepada hipotesis kepada sejarah dan lakar politik masa lampau. [wm.kl.6:16 pm 25/03/19]

No comments:

Post a Comment