ULASAN
VETERAN Umno yang dilihat yakin dan tegar dengan idealisme asal Umno sebagai pejuangan bangsa Shahrir Abd Samad (foto) tidak begitu percaya dengan pembentukan kerajaan PN kini terutamanya kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri apabila beliau mempertikaikan keputusan dibuat Umno dan Pam menyokong dan menamakan Muhyiddin sebagai PM selepas Piraum ke -15 kelak.
Menurut Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Umno dan Pam sepatutnya menyelesaikan dahulu bagaimana mekanisme gabungan UBN dengan Pas menerusi PN dan bersama Bersatu dan lain-lain itu.
Apabila beliau melontar kepentingan itu bermakna beliau menolak Muhyiddin sebagai perdana menteri dan tidak bersetujuan dengan ketetapan diambil.
Pertikaian Shahrir itu menjelaskan bahawa beliau tidak senang dengan keputusan dibuat oleh Umno dan Pam menerusi jawatankuasa teknikal (PN) yang bersetuju menamakan Muhyiddin sebagai PM. Bagi Shahrir ketetapan diambil itu tidak menggambarkan keputusan kolektif yang boleh menjejaskan keberkesanan pakatan berkenaan.
Ertinya ketetapan dicapai seperti diumum itu masih dipertikaikan dan kedudukan PN masih kabur dan berbelah bahagi di peringkat pimpinan tertinggi.
Jelas dan tekan beliau lagi apa yang patut dibincang dan diputuskan rupa bentuk pakatan itu, apakah gabungan dalam pakatan terdiri berbagai parti itu akan bertanding atas satu lambang atau lambang masing-masing untuk melawan PH yang sudah mula membulatkan pakatan mereka.
Mungkin juga yang tidak disebut Shahrir mengenai manifesto. PN perlu sekurang-kurangnya mengemukakan deraf manifesto mereka untuk diteliti rakyat sebagai perbandingan dengan manifesto PH yang tidak sempat dilaksana sepenuhnya apabila kerajaanya dikudeta. Kerajaan PN yang memerintah sekarang ini adalah kerajaan tanpa rangka dan manifesto.
Yang pastinya PH sudah pun mempunyai lambang sendiri yang akan digunakan oleh tiga buah parti yang bergabung dalam PH; PKR, DAP dan Amanah, yakni lambang berhuruf HARAPAN.
PH sudah tidak bermasalah lagi mengenai simbol yang akan digunakan.
Cetusan berupa bantahan dikemukakan oleh Shahrir itu menunjukkan permuafakatan Umno, Pas dan Bersatu dalam PN masih belum mantap dan konkrit. Sebelum ini dilaporkan Umno dan Pas bersetuju dengan Muhyiddin terus jadi PM selepas Piraum akan datang. Ia juga disebut oleh seorang pemimpin tertinggi Umno yang dikenal pasti sebagai orang Muhyiddin.
Perkembangan itu sepatutnya diperhati dan diambil kesempatan oleh PH bagi memastikan mereka menang besar dalam Piraum ke-15 nanti.
Apakah kegagalan mencapai kata putus itu lebih awal oleh gabungan PN yang bakal membawa masalah kepada PN kelak? Bukan sahaja soal simbol tetapi pembahagian kerusi di kalangan parti gabungan itu juga bermasalah khasnya di antara Umno, Bersatu dan Pas. Mengenai pengagihan kerusi inilah yang diramalkan bakal memecahbelahkan PN di saat-saat akhir nanti.
Umno dikatakan menuntut kerusi lebih banyak memandangkan mereka parti terbesar sementara Bersatu pula mahu perkara yang sama atas alasan PM kini daripada partinya. Menurut beberapa maklumat bebas, Umno dikatakan mahu menguasai (bertanding dan menang) sekurang-kurang 90 kerusi, sementara Bersatu 50 hingga 60 kerusi dan Pas sekitar 30 kerusi. Bagi Umno dengan jumlah kerusi itu mereka berhak menuntut jawatan PM dan mengetuai PN.
Saling tuntut kerusi.
Bagaimana pun timbul masalah dan pertikaian secara senyap apabila Bersatu juga mahu terus mengetuai kerajaan PN kelak dengan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Pemimpin Bersatu sedang mencaturkan agar parti mereka mendapat kerusi sekurang-kurang sama rata dengan Umno walaupun relatif kedudukan mereka sangat berbeza.
Masalah pembahagian kerusi ini adalah perkara penting dan bakal menjadi masalah yang boleh memecahkan kesatuan dalam PN khususnya di antara Umno dengan Bersatu, apa lagi mereka juga masing-masing ingin menguasai kerusi sama di antara satu sama lain yakni kerusi dominan Melayu.
Mungkin menyedari masalah ini menyebabkan Shahrir melihat UBN dan Pas perlu menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu sebelum menamakan sesiapa untuk menjadi perdana menteri. Bagi Muhyiddin kejayaan PN dalam Piraum nanti bergantung kepada kejayaan menyelesaikan permasalahan ini.
Hakikat yang nyata Umno tidak dapat menerima Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan UBN 61 tahun adalah Muhyiddin.
Tidak mungkin Umno boleh memaafkan tindak tanduk Muhyiddin itu, sementara pemuafakatan yang berlaku kini bersifat sementara sebagai menyokong ahli Parlimen Pagoh itu untuk menumbangkan Dr Mahathir daripada terus menjadi PM semata-mata bukannya sokongan muafakat untuk tulen.
Diam-diam Umno mengangan-angan jawatan PM akan dimiliki semula selepas ini. Walaupun Umno tidak menaruh harapan kepada Zahid Hamidi dan Najib Razak menjadi perdana menteri tetapi mereka ada calon perdana menteri sendiri yang ditawarkan kepada rakyat. Antara mereka ialah Mohamad Hassan, manakala timbalan perdana menteri, katanya Shahrir juga berminat selain Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa. [wm.kl.11:10 am 03/07/2020]

No comments:
Post a Comment