Thursday, May 26, 2022

Pengsyoran kaji fatwa haram ziarah masjid al Aqsa wajar

SUSUPAN PAGI

Kenangan ketika saya ziarah masjid 
Al.Aqsa.
SALAH satu resolusi yang diputuskan dalam sidang Kemuncak Ulama Islam 2020 yang berlangsung di
ibu negara Kuala Lumpur beberapa hari lepas, mengsyorkan supaya fatwa mengharamkan umat Islam melawat Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis kerana masjid itu berada di bawah jajahan Israel perlu dikaji  sesuatu yang wajar. 

Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa sidang, Dr Khairuddin Aiman Razali, pada majlis makan malam hari hari akhir persidangan bagi membantu umat Islam setempat menggerakkan ekonominya. 

Cadangan itu sewajarnya disegera dan diputuskan segera. Apakah kebaikan dan kerugiannya halangan terhadap umat Islam untuk melawat ke masjid berkenaan. Bukankah masjid al-Aqsa adalah antara tiga masjid yang digezetkan mempunyai banyak fadhilat.

Hal ini disebut sendiri oleh Rasulullah Muhammad S.a.w., seperti mana diriwayatkan Bukhari, "Janganlah kalian menempuh perjalanan jauh kecuali menuju ke tiga masjid; masjidku ini (masjid Nabawi), mnasjid al Haram, dan masjid al-Aqsa.

Apa disebut Nabi itu menjelaskan akan kemuliaan ketiga-tiga masjid itu. Ertinya Nabi menggalakan  umat Islam berpegerian, menziarahi serta mengimarakkan ke masjid berkenaan walaupun jauh dan terpaksa menempuh kesulitan kerana fadhilat diperolehi beribadat di masjid berkenaan amatlah besar.

Bagi saya tidak ada erti apa lagi keuntungan larangan itu dikenakan, atas alasan kerana tidak mahu membantu regim Israel dalam aspek perwisataannya. Kononnya dengan membenarkan umat Islam melawat masjid itu ia akan menyumbang perkembangan ekonomi kepada negara itu sementara di sisi lain kita seperti mengabaikan tanggungjawab agama.

Apakah kita sedar, walaupun umat Islam dilarang atas alasan ekonomi, tetapi terdapat banyak negara-negara Islam termasuk Malaysia sendiri terlibat dalam perdagangan dan hubungan ekonomi dengan Israel. Ada aspek tertentu khususnya kepakaran professional daripada negara itu diguna pakai oleh pihak-pihak tertentu dari negara kita.

Satu contoh mudah saya berikan, terdapat satu produk minuman kesihatan yang dikeluarkan di negara kita turut terjual di kios di Baitulmaqdis, Ini adalah contoh kecil yang saya sendiri temui, dimana tentu ada produk ataupun perdagangan lebih besar yang negara kita jalan dengan Israel. 

Justeru, fatwa melarang umat Islam melawat ke masjid al-Aqsa atas alasan untuk tidak membantu Isreal adalah sesuatu yang melucukan dan tidak munasabah. Kadang-kadang kita menipu diri sendiri penuh retorika. 

Mengenai fatwa melarang umat Islam melawat masjid al-Aqsa itu bukan datang daripada negara kita melainkan ia adalah fatwa ulamak sedunia. Harus ada dari kalangan ulama kita yang berani merombak fatwa yang kurang munsabah itu. Ulama kita mesti berani menyatakan sikap dan pendirian atas ijtihad dan keilmuan yang kita miliki bukan menjadi pak turut.  

Dari sudut lain, kalau pun kita mungkin berjaya mengekang ekonomi Israel dari sudut perlancungan, tetapi tidakkah tanpa kita mengunjungi masjid al-Aqsa kita seperti mengaasingkan masjid berkenaan dan saudara seIslam kita di sana? Secara tidak langsung kita tidak menghormati dan menjunjungi suruhan Nabi. Islam menggalakkan kita agar berhubung sesama saudara kita dan saling bantu membantu.  

Setidak-tidaknya kalau kita berbondong-bodong ke sana walaupun atas tujuan beribadat atau ziarah ia boleh mengukuh silaturahim sesama kita. Penziarahan kita ke masjid berkenaaan selain daripada memaknakan kehidupan kita seperti mana dianjurkan Rasulullah itu ia juga menyuntik semangat dan menguatkan jiwa saudara kita di Palestin itu. Ziarah itu juga sebagai penawar kepada umat Islam di Palestin yang tertindas.  

Selain menyemak fatwa larangan itu ada baik juga kalau kerajaan sendiri mengemukakan cadangan kepada Israel menerusi negara-negara Islam (OIC) untuk memberi kelonggoran bagi umat Islam menziarahi masjid al-Aqsa tanpa ada perasaan garum dan waspada.  [wm.kl.10:27 am 26/05/2022]

No comments:

Post a Comment