Tuesday, December 13, 2022

Membaca maksud kunjungan MB Perlis terhadap PM

 SESUDAH SUBUH

MB Perlis Mohd Shukri mengunjungi 
Anwar bawa salam Pas. 
KUNJUNGAN Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli terhadap perdana menteri Anwar Ibrahim semalam dilihat perkara biasa yang menjadi amalan seorang MB dengan Perdana Menteri.

Ia dilakukan sebagai tanda hormat seorang menteri besar kepada seorang perdana menteri. Walaupun MB berkenaan daripada parti lain, tetapi atas semangat federalisme, Mohd Shukri sedia berbuat demikian. Kunjungan itu tentu sedikit sebanyak dapat mengundang ketenangan politik.

Sesungguhnya kunjungan itu sesuatu yang sangat baik yang menyerlahkan akal budi Mohd Shukeri sebagai seorang MB. Beliau tidak terbawa-bawa dengan sentimen "politik becak" (politik kampungan) yang terus bergasak walaupun pilihan raya sudah selesai. Apa yang berlaku biarlah berlaku dan tumpuan ialah kepada membina negeri dan membangun rakyat. Di sinilah kelebihan seorang profesyen guru apabila mereka menjadi pemimpin.

Shukri nampaknya mahu jadi seperti orang yang memadamkan api yang membakar huma tanpa mahu melihat asapnya berkepul ke langit.

Mungkin ada menganggap kunjungan MB Perlis itu kerana negeri itu miskin tidak sama seperti negeri-negeri lain, seperti Kelantan, Terengganu dan jirannya Kedah yang lebih kaya yang mana MBnya tidak perlu bergegas ke Putrajaya jauh sekali untuk mengalungkan tahniah kepada Anwar yang dilantik menjadi PM.

Lantaran itu Shukeri perlu bangkit segara untuk melaksanakan kewajiban dan tanggungjawabnya sebagai ketua kerajaan. Mandat dan kepercayaan rakyat yang diberikan perlu dihormati dan digunakan sebaik-baiknya. Shukeri adalah MB Perlis pertama daripada Pas yang mengadakan kunjungan hormat kepada perdana menteri ke-10 dalam tempoh belum sampai 40 hari. 

Pun begitu saya melihat kunjungan itu bukan bermotif wang dan untuk menagih peruntukan semata-mata. Saya mengira Perlis tidak begitu miskin sangat berbanding dengan negeri lain maka MBnya perlu tergesa-gesa dan "gaduh lorat" perlu berjumpa perdana menteri. Bagi saya ia ada membawa maksud dan nawaitu lain yang lebih mulia digendung Shukri.

Dalam perkiraan saya Mohd Shukeri tidak pergi bersendirian melain ia mendapat doa dan restu oleh pihak tertentu. Maksudnya bukan atas ideanya melainkan mendapat restu mereka yang berada di atas dalam hierarki partinya. Sudah tentu sebagai ahli parti yang taat kepada pemimpin, beliau bertanya dan meminta pandangan pemimpin terlebih dahulu, tidak memandai-mandai melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan wibawa partinya bagi mengelakkan beliau terkhilaf.  

Pemimpin yang dimakudkan itu tentulah ialah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin. Kebetulan Hashin Jasin merupakan orang lama dan tokoh ampuh Pas Perlis. Hashm Jasin sangat dihormati oleh rakyat Perlis dan juga para ahli dan penyokong Pas. Cara belau berpolitik, mengeluarkan kata-kata dan memberi pandangan sungguh menyenangkan. Sudah pasti Shukri berbincang dengan Hashim mendapat nasihat dan restunya sebelum ke Putraja untuk berjumpa dengan Anwar.

Lantaran itu saya mengira pemergaian Shukri berjumpa dengan Anwar itu bukan semata-mata untuk memohon bantuan dan meminta Anwar memberi fokus kepada Perlis, tetapi ada maksud lain. Pemergian itu bukan semata-mata atas nama MB Perlis sebaliknya atas nama Pas negeri Perlis yang di bawah naungan Hashim Jasin.  Pemergian Shukri itu adalah mewakili batang tubuh Hashim Jasin yang merupakan Mursyidu Am Pas. 

Jika itu yang berlaku pemergian itu membawa sesuatu yang baik dan serta boleh difahami apakah tujuan dan masudnya. Tujuannya sangat murni dan suci. Cetusan itu mungkin setelah Mursyidul Am Pas  melihat sesuatu yang perlu dilakukan bagi mendamai suasana politik hari ini yang mana usaha itu bermula dari Perlis.

Kita tahu akan kecenderungan Hashim Jasin sebelum ini dalam agenda perpaduan ummah beliau lebih senang dengan Umno berbanding dengan Bersatu. Beberapa kenyataanya jelas menunjukkan beliau mahuan Pas bermuafakat dengan Umno dan tidak dengan Bersatu. Sebab itulah apabila berlaku ketegangan di antara Pas dengan Umno belau cuba menyejukkan keadaan. 

Apabila Umno kini sudah berada dalam kerajaan PERPADUAN  di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, maka agenda yang tergendala itu perlu disambung kembali dan ia lebih mudah. Inilah ketika terbaik untuk meneruskan agenda perpaduan yang telah dirintis bersama Umno dulu. Mursyidul Am itu mungkin berfikir jika agenda itu diteruskan perpaduan yang wujud nanti lebih menyeluruh kerana ia membabit sama PH. 

Apa yang boleh ditafsirkan di sini, perjumpaan Shukri dengan Anwar semalam adalah perjumpaan boleh disifatkan membawa salam Mursyidul Am Pas kepada pengerusi PH yang juga perdana menteri. Mungkin selepas ini akan ada pula susulan kunjungan politik daripada pihak Pas khasnya Mursyidul Am, Hashim Jasin. Tidak pelik kalau selepas ini Hashim Jasin sebagai seorang tok guru akan turut dijemput untuk menghadiri majlis mahabbah bersama PM dalam majlis Tahlil Mingguan di Seri Perdana. 

Tanggapan ini adalah bertepatan dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas ketika ini yang mana terdengar pelbagai cerita dan desas kurang menyenangkan dalam Pas. Ada cerita dari dalam tersebar secara senyap katanya wujud dua puak yang mempunyai pemikiran berbeza dalam Pas berhubung langkah dambil Hadi yang membuta tuli mengikut Mahiaddin. 

Satu pihak yang kecewa dengan sikap diambil oleh presiden Pas Abdul Hadi Awang yang ikut retak Mahiaddin Yassin menolak cadangan mewujudkan kerajaan Perpaduan seperti dianjurkan oleh Yang di Pertuan Agong. Golongan ini merasakan tindakan diambil presiden itu sebagai tidak bijak dan membelakangkan pimpinan tertinggi Pas dalam Majlis Syura Ulama (MSU). Keputusan menolak saranan Yang di Pertuan Agong tidak merupakan keputusan majmuk sebaliknya keputusan dibuat secara veto oleh presiden parti.

Golongan ini berpendapat sepatutnya presiden serta pimpinan tertinggi dalam Pas seperti lujnah politik yang di dalamnya berada sama setiausaha Agung, timbalan presiden dan naib-naib presiden, membawa atau mendapat pandangan Mursyidul Am terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menolak saranan Yang di Pertuan Agong. 

Apa yang mengecewakan golongan kerana langkah dibuat Hadi dan Majlis Kerja tertinggi Pas itu secara sepihak dan bukan keputusan bersifat majmuk, tanpa mengambil pandangan MSU seperti mana yang diamalkan sebelum ini. Hal-hal sepenting itu ungkit golongan ini seharusnya ia mengambil kira pandangan semua pihak khasnya MSU yang merupakan badan tetinggi Pas bukan kuasa veto prerogatif presiden kerana ia penting membabitkan masa depan negara dan maruah parti. 

Khabarnya kesilapan itu sedang cuba diralatan dan kunjungan Shukeri ke atas Anwar itu sebagai permulaan meralat kesilapan besar itu. Kita tunggu perkembangan lanjut. [wm.kl.7:34 am 13/12/222]


No comments:

Post a Comment