Monday, May 29, 2023

Mengidam nak makan makanan haram

SESUDAH SUBUH 

Presiden Pas Abdul Hadi Awang terus membuat lawak bodoh yang menjelaskan kesakitan jiwa politiknya apabila beliau mendakwa ada orang tertentu menghubnginya beberapa kali mengajak menyertai kerajaan Madani. 

Tanpa menyebut nama, bila atau menjelas secara spesifik individu yang konon mempelawa beliau itu bermakna itu hanya cerita Abu Nawas semata-mata. Gimik orang politik yang senak jiwa. Cerita-cerita begitu sudah klise apabila kerajaan pimpinan Anwar sudah menjangkau setengah tahun. Tutur presideh Umno Zahid Hamidi Hadi beperasanan. 

Mengenang kisah Hadi ini ia tidak ubah umpama kisah wanita bunting sulong yang mengidam untuk memakan makanan yang tidak halal. Tidak boleh disembunyikan sebagai seorang politik apa lagi pernah merasai keempukan kerusi sebagai Duta Khas, Hadi tentu ingin dan mengidam untuk jadi kerajaan sekali lagi. Kalau tidak masakan dia memburu syufaat dari Mahathir Mohamad.

Pelawaan itu menurutnya tidak diendahkan kerana Pas hanya diajak menjadi ekor sahaja sedangkan Pas patut jadi kepala kerana parti itu menang banyak kerusi. Nafsu Hadi memang besar. Beliau memberi alasan Pas menang 40 kerusi, jumlah terbanyak berbanding dengan parti lain, seperti Keadilan 30 kerusi, DAP 40.

Atas perkiraan (metametik) itu juga mungkin menyebabkan Hadi sebaik selepas keputusan pilihan ke -15 lalu diumumkan beliau bersama Mahiaddin telah mendakwa PN sudah mendapat majoriti. Beliau sendiri dari dalam kereta menjerit yang Pas (PN) sudah cukup jumlah bahkan sudah melebihi apabila diajukan pertanyaan oleh para wartawan.

Pemimpin tertentu dimaksudkan Hadi itu (saya kira Ahli parlimen) mana yang tolol untuk mengajak MP Marang itu menyertai kerajaan. Lainlah kalau Anwar Ibrahim kerana PM ke 10 itu terus mengamalkan amalan politik berbaik sangka baik dengan kawan dan juga lawan. Apakah Anwar yang dimaksud Hadi itu? Tidak mungkin.

Bagi saya cara Hadi itu hanya gimik untuk menambah garam dalam suasana politik hari ini, berniat untuk mengucar kacirkan kerajaan hari ini. Kenyataan yang cuba untuk menghidupkan saraf politiknya seperti mana dilakukan Mahathir Mohamad. Mahathir kalau tidak membuat kenyataan politik dalam sehari akan demam. Nah begitu juga dengan Hadi. 

Mengenang nafsu Hadi dalam mengejar untuk jadi kerajaan tidak ubah seperti serigala yang gagal untuk mendapat anggur yang diidamkan.

Serigala yang angkuh apabila gagal mendapat anggur disebabkan kedangkalan daya politiknya, ia menempelak anggur itu sebagai masam. Orang yang tidak mahu mengakui kesilapan akan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Bagaimana pun Hadi tidak boleh menipu pekebun anggur kerana pekebun tahu mana anggur masam dan tidak.

Gelagat dan kenyataan politik Hadi selama ini menunjukkan dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya. Hadi sedang dilanda gelombang kecewa yang besar apabila Pas gagal menjadi kerajaan selepas Piraum lalu. Hadi malu kerana kononnya Pas akan membentuk kerajaan Malaysia sudah dihebohkan ke seluruh dunia. 

Mengenai kegagalan Pas itu bukan faktor lain melainkan kerana ketidak-cerdikan Hadi sebagai prersiden. Beliau perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Kegagalan dan kesilapan dilakukan Hadi lantaran kedangkalannya sangat besar dan merugikan Pas. Perjuangan Pas sejak 70 tahun lalui dikhianati oleh keangkuhan dan kesombongan presiden Pam itu. Sayang dan malang buat Pas. Pas di bawah pimpinan Hadi relatif lebih berjaya dan ia juga relatif lebih gagal. Sepatutnya Pas mendapat untung sekarung, tetapi terpaksa memikul kerugian berguni kerana cara Hadi berpolitik. 

Gara-gara kedangkalan politik Hadi menjadikan Pas terlepas peluang keemasan yang tidak mudah untuk hadir kembali bagi menjadi kerajaan. Hanya semata-mata terpesona dengan kata-kata Mahiaddin Yassin dan yakin kepada penasihat kiri dan kanan berkepentingan menyebabkan Pas berputih mata tidak berpeluang menjadi kerajaan, bersama membentuk kerajaan Perpaduan. Yang termampu oleh Pas berbangga dengan kemenangan besar?

Bayangkan kalau Pas ikut sama menjadi kerajaan, setidak-tdiak Pas dapat menyelamatkan tiga buah kerajaan negeri; Terengganu, Kelantan dan Kedah secara automatik. Jika Pas jadi kerajaan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan dalam pilihan raya dihadapi akan nanti tidak lagi sebagai pembangkang tetapi parti memerintah. Belum tentu gelombang Hijau akan muncul dalam pilihan raya nanti. Ketiga negeri itu juga tidak akan dideskriminasi oleh pemerintah.

Malang Abdul Hadi tidak pandai mengambil kesempatan untuk menerima cadangan Yang diPertuan Agong agar diwujudkan kerajaan Perpaduan dimana jika ia diterima sudah tentu Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan. Tidak mustahil dengan kedudukan jumlah kerusi yang besar, mungkin wakil Pas menjadi salah seorang timbalan perdana menteri. Pas berjaya dipesonakan oleh Mahiaddin yang ketika itu sudah tidak laku gadai lag. Pas menurut kata orang buruk kepala tinggal orang yang berpotensi. 

Kerana kebodohan itu Pas terlepas peluang dan menjadikan Hadi terus morayan untuk jadi kerajaan. Cerita-cerita politik yang digambarkan oleh Hadi dan kuncu-kucunya kini menggambar kekecewaan mereka. Kekesalan yang menanbun dalam diri tidak dapat dileraikan. 

Maka untuk terus berada dalam khayal dan igau maka dibuatlah berbagai spekulasi dan wayang kononnya kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat. Namun hakikatnya habuk pun tidak ada. Ura-ura untu mengemukakan undi tidak percaya terhadap Anwar di parlimen entah ghiab ke mana. 

Kepada pendokong kerajaan usah layan kerenah Hadi dan kuncu-kuncunya kerana ia membuang masa sahaja. Bak mengikut telatah orang gila jangan silap hari bulan kita juga lama-lama sakit mental.

Saya yakin dihati kecil Hadi ingin bersama kerajaan, tetapi kerana ego dia menolaknya dalam paksa seperti mana perempuan bunting tadi mengidam untuk memakan makanan yang haram namun tidak boleh memakannya. Yang termampu hanya melihatnya sahaja dan memberi alasan apa diidamkan itu haram sebagai mengelakkan tidak kelihatan begitu kecewa dan hampa. [wm.kl.9:29 am 29/05/2023]

No comments:

Post a Comment