Thursday, June 8, 2023

Mari kita membina khandaq

Sebahagian individu yang bersama
Mahathir untuk khianati Anwar.

SESUDAH SUBUH

Kelmarin diadakan pertemuan dalam kalangan penentang kerajaan perpaduan amnya dan penentang Anwar Ibrahim khasnya atas nama untuk membela Melayu.

Pertemuan itu dikepalai oleh Dr Mahathir Mohamad. Tujuan pertemuan itu ialah untuk membela orang Melayu dengan menganjurkan apa dinamakan Proklamasi Orang Melayu. Mereka yang didakwa hadir adalah yang mewakili organisasi dan NGI Melayu. 

Antara pemuka atau individu yang hadir dan mendampingi Mahathir ialah Abdul Hadi Awang presiden Pas, Takiyuddin Hassan Setiausaha Agong Pas, Annuar Musa bekas Setiausaha Agong Umno, Ibrahim Ali presiden parti Katak (Putra), Noh Omar bekas MT Umno, Shahidan Kassim bekas ahli Umno, Tamrin Ghafar bekas ahli Umno dan beberapa yang lain.

Apakah kehadiran Hadi dan Takiyuddin atas kapasiti dirinya sendiri atau mewakili Pas. Ia menjadi persolan kerana pemimpin tertinggi Pas lain seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai timbalan presiden dan Hashim Jasin selaku Mursyidul Am sepatut hadir tetapi tidak kelihatan. Boleh jadi penyertaan Pas itu atas pandai dan veto Abdul Hadi semata.

Menurut ketua kumpulan itu, Mahathir Mohamad tujuan pertemuan itu untuk merumuskan pembelaan kepada orang Melayu. Bagaimana pun itu hanya muslihat dan tipu, kenyataannya bermotif politik sahaja, sebalik tujuannya ialah bagi mengatur strategi untuk menumbang kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim. Jika dilihat kepada muka setiap individu yang hadir itu semuanya mereka yang berdendam dan membenci Anwar. Mereka yang cemburu dengan kejayaan Anwar sejak lama dahulu.

Mengenang maksud itu, pertemuan itu bolehlah disifatkan satu pakatan secara besar-besaran untuk mengganggu Anwar dan kerajaan Perpaduan. Tampak semua musuh Anwar sudah berkumpul dan sepakat.  Cuma yang tidak kelihatan ialah Mahidaan Yassin selaku pengerusi PN. Apakah beliau akan muncul sedikit masa lagi dan menyerahkan kepada timbalannya Abdul Hadi Awang sebagai mewakilinya dan membuat perhitungan awal? Lagi pun Mahiaddin sudah membayangkan akan berkolaborasi dengan Mahathir.

Apa dilakukan oleh kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan. PH, BN serta komponen gabungan lain GPS, GRS, Warisan dan Muda perlu berbuat sesuatu. Tindakan segera secara konfrehensif perlu diadakan. Jangan tunggu minit-minit terakhir bahaya. Pertemuan itu juga jangan dipandang rendah kerana selepas ini mereka tentu akan menggerakan kepada pertemuan dan himpunan lebih besar.

Melihat kepada keseriusan golongan berkenaan mengadakan pakatan dan mengatur strategi, ia tidak ubah kepada peristiwa pengepongan kota Madinah di zaman Rasulullah S.a.w. dahulu. Kota Madina di kepong oleh musuh Islam selama beberapa minggu tujuan untuk menawannya. Ia merupakan pakatan dari beberapa puak yang kemudian berjaya mempengaruhi bani Quraizah dan puak Yahudi.

Bagaimana pun rancangan jahat musuh itu disedari oleh pihak Nabi dengan membuat persiapan bagi menghalang kemaraan mereka dengan membina parit besar (Khandaq) dari arah menuju ke Madinah. Dengan pembinaan parit itu ia menghalang kemaraan tentera musuh menyebab Madinan selamat diserang dan ditawan oleh kumpulan jahat itu.

Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku itu wajar kalau pihak kerajaan Perpaduan khususnya PH, BN, GPS dan GRS bertindak membina "parit" bagi menyalamatkan kerajaan Perpaduan atau Anwar diganggu gugat oleh kumpulan yang menamakan mereka sebagai Proklamasi Orang Melayu (POM) itu. 

Semua pihak perlu sepakat dan mengambil tanggungjawab masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada untuk membina "parit" bagi mempertahankan kerajaan Perpaduan.

Sebenarnya usaha ke arah untuk membina kekuatan kerajaan dengan menjalin persefahaman bersama telah pun dibuat. Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di WTC baru-baru ini adalah usaha ke arah itu. Bagaimana pun ia tidak cukup dengan konvensyen berkenaan sebaliknya kerjasama dan sirapan persefahaman lebih erat dan mantap perlu diadakan. 

Konvensyen peringkat negeri belum diadakan lagi. Jadi tidak dapat dilihat apakah sambutan dari kalangan penyokong dan ahli parti-parti gabungan diperingkat negeri memberangsangkah atau sebaliknya. Apabila konvensyen diadakan baru ia dapat dinilai kekuatan sebenar. Dalam masa terdekat perlu diadakan konvensyen kerajaan Perpaduan di semua negeri sebaik-baiknya sebelum pilihan raya di enam buah negeri.

Selain itu, ada usaha atau mesej lain dilakukan oleh pihak kerajaan Perpaduan sebagai menggali "parit" untuk mempertahankan kerajaan mereka. Misalnya jemputan Anwar Ibrahim dan beberapa ketua parti komponen PH ke Perhimpunan Agong Umno (PAU) esok adalah sebahagian daripada usaha memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti kerajaan.

Buat pertama kali selepas dipecat daripada Umno oleh Dr Mahathir Mohamad 25 tahun lalu, Anwar akan hadir sebagai tetamu istimewa dalam PAU esok. Suasana PAU esok akan menjadi indikator dan bayangan apakah Anwar dan kerajaanya diterima atau tidak. Ia akan memberi jawaban dan bayangan apakah Anwar sebagai bekas pimimpin Umno diterima ataupun dicemuh. Jangan esok ada suara atau jeritan yang memperli Anwar, jikalau itu ada ia tidak baik.

Sebaliknya kalau kemunculan Anwar dipentas khas esok disambut penuh bersemangat dan ada pula laungan Reformasi daripada hadirin, ia memberi gambaran yang Anwar diterima baik dan ini bermakna kerjasama di antara Umno dengan Keadilan padu dan bulat. Situasi itu akan menggusarkan musuh nanti.

Sekiranya berlaku sambutan luar biasa terhadap Anwar nanti ia tidak mustahil rintisan ke arah kerjasama lebih mantap di antara Umno dengan Keadilan boleh dilakukan termasuklah kemuncaknya kedua parti itu bergabung menjadi satu dengan Anwar Ibrahim selaku presiden.

Apapun tafsiran atas apa yang berlaku, apa yang penting semua orang yang sayang dan kasih kepada kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Yang diPertuan Agong itu sama-sama bergotong royong menggali "parit" untuk menimbuskan musuh-musuh kerajaan laksana kaum Muslimin menimbus puak musyirikin ke dalam Khandak dahulu demi menyelamatkan kerajaan Madani. [dk.kl.6:55 am 08/06/2033]

 

No comments:

Post a Comment