Sunday, June 23, 2024

Mahathir yang tidak mengingati kejahatannya

ULASAN MINGGU

CEMUHAN Dr. Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu sebagai "Melayu mudah lupa", tidak akan diluput selama-lamanya oleh orang Melayu dan juga bangsa lain. Sinisme Mahathir itu akan diingati dan dilihat sebagai beliau tidak menghormati atau menghina bangsa Melayu. Kandatipun ia merupakan suatu motivasi tetapi ia sedikit keras.

Sinisme Mahathir itu berbeza dengan gesaan bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam yang menyuruh agar orang Melayu bersikap kurang ajar. 

Apabila dia mengatakan orang Melayu mudah lupa ia merujuk kepada bangsa Melayu mudah lupa, atau pelupa, tidak mempunyai ingatan yang baik dan kukuh. Boleh juga dianalogikan sebagai nyanyuk.

Perkataan itu subjektif, tetapi apa yang dia hendak ditekankan ialah orang Melayu cepat melupai seasuatu. Bersifat pemaaf (apolegetik) juga termasuk dalam mudah lupa, lupa akan kesadisan atau apa-apa kejahatan orang kepada kita. Mudah lupa juga tidak bersifat dendam.

Mudah lupa juga boleh dikonotasi sebagai tidak mengenang budi, mudah melupai apa-apa kebaikan dan hadiah daripada orang. Bersifat kacang lupa kulit. 

Melupai sejarah, asal usul, dan peristiwa yang pernah dilalui juga termasuk dalam mudah lupa. Dan sebagai orang mempunyai sebahagian DNA Melayu, (ayah Mahathir India berasal dari Krala, dan emak Melayu), Dr Mahathir juga memiliki sifat mudah lupa itu. 

Dalam hendak memanggungkan dirinya terbaik, beliau kata orang Melayu berpecah atau tidak bersepadu selepas beliau tidak jadi perdana menteri. Perpaduan dan keutuhan orang Melayu selama 22 tahun semasa wujud ketika beliau jadi PM, dari 1981 hingga 2003. Selepas itu UMNO dan Melayu lemah dan berpecah.

Beliau sangat simplistik meletakkan keadaan itu berlaku kerana ketidakcekapan para penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak. Beliau mengambil contoh kejatuhan lima buah kerajaan negeri semasa Abdullah jadi PM semasa pilihan raya 2004 sebagai alasan. Dan apabila Pak Lah diganti oleh Najib keadaan Melayu lebih teruk lagi, apabila kerajaan BN tumbang sama sekali gara-gara skandal1MDB membabitkan Najib.

Enak Mahathir memuji dan memanggung dirinya sendiri. Dia tidak merasa bersalah sedikit pun keadaan Melayu yang berpecah dan lemah kini. Dia merasa dia tidak ada saham sekuman kurus pun. Itulah yang hendak saya katakan, dia juga ada sifat ego atau penyakit lupa atau pelupa yang parah. 

Dasar manusia apabila merasa syok sendiri dan melihat orang lain lemah, maka lupa apa yang dia sendiri lakukan. Dasar manusia seperti inilah yang boleh dianggap sebagai burung gagak yang mengatakan burung helang hitam. Sebagai dulang mengatakan paku serpih.

Pada saya Dr. Mahathir sudah terlalu jauh dihimbau dengan sifat kelupaanya. Sebelum dia hendak meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada penggantinya atas kelemahan Melayu, dia harus menyelidiki dengan adil setiap apa yang berlaku dan dilakukan. 

Kita akui kekuatan Melayu khususnya UMNO sedang melalui jalan parah ketika ini. UMNO tidak lagi seperkasa dan seagung dahulu. Namun dia kena kaji dan dinois kenapa berlaku demikian. Inilah keterlupaan Mahathir untuk menilik cermin atau pun kencing dalam tempurung bulu. 

Perpecahan dalam UMNO bukan selepas Abdullah dan Najib ambil alih, tetapi berlaku awal sebelum transisi itu. Ia berlaku setelah wujudnya team A dan team B dalam UMNO yang terbentuk gara-gara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, kemudian pengharaman UMNO tahun 1987. 

Selepas pengharaman itu yang dikatakan sebagai satu strategi politik Mahathir hendak memancung kerjaya politik Tengku Razaleigh, wujudnya parti Semangat 46 merupakan serpihan daripada UMNO, di sinilah menyebabkan UMNO terbelah dua kemudin menjdi compang comping. 

Fahaman sebaik baiknya, siapakah angkara terjadi tragedi malang itu. Orang Melayu berpecah dan melemah kerana Mahathir. Apakah angkara tragedi malang itu berlaku ketika UMNO dibawah pimpinan Pak Lah atau Najib?

Tidak terhenti setakat itu sahaja, 1998 UMNO sekali lagi berpecah belah dan jadi sopek. Selepas Tengku Razaleigh atas rasa bersalahnya membubarkan parti Semangat 46 demi perpaduan Melayu dan untuk menguat UMNO sekali lagi parti nasionalis itu berpecah dan jadi sopek dan renyuk pada 1998 apabila berlakunya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim secara jahat dan hina daripada parti itu. 

Kesan daripada perpecahan itu tertubuhnya parti Keadilan Nasional. Siapa yang jadi perdana menteri ketika itu, bukankah Mahathir Kutty Mohamad?

Cukup diberikan dua contoh dan peristiwa itu sahaja, jelas yang menjadi pemecah belah Melayu yang melemahkan Melayu adalah Mahathir Mohamad sendiri. Adapun kenapa Abdullah dan Najib tidak berjaya mengembalikan UMNO ke zaman awal era pemerintahannya, (1982 - 2003) adalah kerana beliau sendiri. Beliau tidak pernah memberi sokongan padu kepada Abdulah, malam siang, siang malam beliau mengkritik dan menggerudi Pak Lah. Beliau tidak jujur dan ikhlas.

Hal sama juga berlaku apabila Najib ambil alih daripada Pak Lah. Siapa yang menggelar Najib sebagai penyamun, penyangat dan penipu serta kerajaan Najib kleptokrasi? Siapakah, bukankah manusia itu bernama Mahathir Mohamad?

Kerja dan amalan jahat diwarisi dari Firaun itu diteruskan hingga ke hari ini. Jadi kalau Mahathir hendak memuji diri sendiri dan merendah orang lain, ia adalah songsang. Kenapa dia tergamak melakukan begitu adalah kerana dia sebenarnya SUDAH LUPA. Mahathir melupai kejahatan diri sendiri dengan membalikan bayangan kejahatan dilakunya sehingga melemahkan Melayu itu kepada orang lain. 

Mahathir lupa apa yang dia ucap dan apa yang dia buat. Hanya yang belum dia lupa ialah makan dan minum sebab itu dia masih sihat. Jangan jangan beraknya juga sudah dilupainya.  [wm.kl.11:28 am 23/06/24]



2 comments:

  1. Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Andrei Bogdanov hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau Whatsapp +447918641801

    ReplyDelete
  2. Semua ahli politik sama saja, 2x5, semua ada selective memory tapi sekurang2nya TunM 'direct' menyatakan pandangan, tak macam ada seorang tu yg konon nya reformist, bermuka2 & cakap tak pernah serupa bikin.

    Kesimpulan nya, M'sia tak akan bergerak kehadapan selagi ahli2 politik dinosaurs ni tak reti nak berundur dan beri peluang kpd pemimpin lain.

    ReplyDelete